jump to navigation

Dari mahkamah rayuan 220509, keputusan siapa MB Perak yang sah May 22, 2009

Posted by nikmj in General.
trackback

Untuk berita terkini, sila klik REFRESH

Keputusan Mahkamah Rayuan 22/5/09 :

Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.  Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
  
Panel tiga hakim itu – yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam – sebulat suara menerima rayuan Zambry.

Sementara itu, peguam Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

*** This decision by Court Of Appeal seems to support the Article The Corridors of Power written by Raja Petra this morning . What a coincidence? Or RPK knows the result already? !!!

16.40 pm : Keadaan di luar Istana Kehakiman lengang selepas keputusan diumumkan. Keadaan di Istana Kehakiman Putrajaya kembali tenang. Penyokong sudah meninggalkan kompleks ini.

16.30 pm :Penyokong  Nizar sudah mula beransur keluar dari Lobi Istana Kehakiman. Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir bersyukur dengan keputusan Mahkamah Rayuan menerima permohonan beliau mengetepikan perisytiharan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah.Beliau juga menyifatkan keputusan itu sebagai “kebenaran telah tiba”.

 

16.20 pm : Adun Pakatan Rakyat mengadakan sidang media.Penyokong Nizar masih berkumpul di lobi Istana Kehakiman.

16.10 pm :Keadaan semakin tegang. di lobi Istana Kehakiman.

16.02 pm : Polis berkawal selepas keputusan diumumkan.Kelihatan penyokong Nizar mula berteriak kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan.


16.01 pm : (LimKitSiang –5-min not judgment but findings,said justice abdul aziz erred, holds zambry lawful mb,distinguished from stephen kalong ningkan case)

15.55 pm : Zambry kekal sebagai MB Perak selepas mahkamah benarkan rayuannya ketepi keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.Penyokong Nizar masih berkumpul di hadapan penghadang menuju ke arah Bilik Bicara 3.

15.49 pm :Wartawatan-wartawan asing merungut kerana tidak di benarkan masuk.Tidak kelihatan DS Nizar dan Zamry

15.47 pm :Semua panel hakim mahkamah rayuan diketuai Datuk Raus Mohd Shariff ambil tempat   masing-masing untuk   memulakan pembacaan kehakiman.

15.45 pm :Penyokong di Istana Kehakiman.

15.40 pm :Semua pihak terbabit sudah bersedia. Mahkamah mula bersidang bila-bila masa dari sekarang.

15.33 pm :Kira-kira 200 penyokong berkumpul di lobi Istana Kehakiman.

15.32 pm :Pihak media dan orang ramai masih menunggu di hadapan  lobi Istana Kehakiman.

15.31 pm :Polis Mahkamah memberi isyarat sesi akan bermula.

15.28 pm :Kelihatan Menteri di JPM, T Murugiah bergerak ke arah Bilik Bicara 3

15.25 pm :Cecil dan DPP Tun Majid Tun Hamzah dari pejabat Peguam Negara telah masuk ke mahkamah.Peguam Sulaiman Abdullah telah masuk ke dewan mahkamah

15.20 pm :Penyokong berdiri di tangga kerana tidak dibenarkan masuk.

15.16 pm :Gambar suasana di luar pintu masuk mahkamah, orang awam dan media  mula berpusu-pusu masuk. Penyokong yang tidak   dibenarkan masuk kelihatan duduk di tangga Istana Kehakiman termasuk yang berdiri. atastangga

15.13 pm :Kelihatan polis memperketatkan kawalan di sekitar lobi Istana Kehakiman.

15:07 PM : Suasana di sini bertukar daripada tenang ke riuh rendah

03.00 pm :Ketika ini dianggarkan 100 penyokong sudah berkumpul di lobi Istana Kehakiman.

03.02 pm :DPP Tun Majid Tun Hamzah dari pejabat Peguam Negara masuk ke mahkamah, begitu juga Cecil.  

14:57 Terdapat lebih ramai pegawai serta anggota polis berbanding semalam

14:56 Hanya pemberita dan wartawan yang terhad sahaja di benarkan masuk ke dalam lobi

14:55 Terdapat lebih kurang 500 orang Penyokong DS Nizar di perkarangan makamah

12:05 Beberapa pegawai mula keluar bagi menunaikan Sembahyang Jumaat dan makan tengahari

11:47 Keadaan amatlah tenang dan sunyi

11:46 Terdapat juga beberapa anggota polis di sekitar makamah

Comments»

1. alhusseyn - May 22, 2009

saya kopi dan paste keblog saya

2. lagos8586 - May 22, 2009

Analisis Keputusan Mahkamah Rayuan Kes Zambry Vs Nizar
http://impianrakyat.blogspot.com/2009/05/keputusan-zambry-vs-nizar-di-mahkamah.html

3. alhusseyn - May 22, 2009

Askum, saya kopi dan paste ke blog saya!

Silakan, tiada masalahnya, masukkan ke blog list lagi bagus..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: