jump to navigation

Salahkah berkumpul ditanah sendiri? May 20, 2009

Posted by nikmj in General, malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , , , , , , ,
trackback

Polis menahan 2 orang wakil rakyat malam semalam. Seorang Ahli Parlimen YB Teo Nie Ching dan seorang lagi ADUN YB Jenice Lee. Kedua-dua wakil rakyat yang ditahan polis adalah wanita. Mereka ditahan kerana melibatkan diri dalam acara‘nyalaan lilin’ sebagai ‘tanda berkabung matinya demokrasi.

 Ahli Parlimen DAP Serdang dan ADUN DAP Teratai ini ditangkap bersama-sama dengan 9 orang ahli DAP di program nyalaan lilin di Seputeh lebih kurang jam 8.20pm.

 Nyalaan lilin itu telah diadakan di luar pejabat ahli Parlimen DAP Teresa Kok. Ia disertai berpuluh-puluh orang penyokong yang memakai baju-T berwarna hitam. 

Menurut pihak penganjur, nyalaan lilin itu diadakan sebagai menandakan “pembunuhan demokrasi oleh kerajaan haram Perak”.

Penyokong-penyokong berkumpul di tanah lapang luar bangunan DAP. Mereka memegang poster-poster yang meminta DUN Perak dibubarkan. 

Sewaktu mereka hendak melancarkan kempen tandatangan, sebilangan besar anggota polis telah mengepungi mereka. Polis telah mengarahkan mereka beredar dari tempat itu dengan mengatakan bahawa perhimpunan itu adalah perhimpunan haram. 

Walau bagaimanapun, Ahli Perlimen Seputeh, YB Teresa Kok memberi penjelasan kepada polis bahawa mereka berkumpul di tanah persendirian dan polis tidak mempunyai bidangkuasa dalam perhimpunan tersebut. Tetapi, polis dengan degilnya memberi arahan supaya orang ramai meninggalkan tempat itu dengan segera.

Ketika itu, Jenice Lee memberitahu penyokong-penyokongnya supaya duduk dan tidak berganjak dari situ. Apabila penyokong-penyokong tidak mahu beredar dari tempat itu, polis telah mengambil tindakan untuk menangkap 2 orang wakil rakyat dan 9 orang penyokong yang lain. Polis sekali lagi telah bertindak keras terhadap wakil rakyat dan rakyat biasa.

Mereka yang ditangkap dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields. Peguam-peguam DAP sedang menguruskan pembelaan bagi mereka yang ditahan oleh polis. Polis juga telah menghalau penyokong-penyokong DAP yang yang berkumpul di hadapan balai polis tersebut. 

 Selepas itu, YB Lim Kit Siang, YB Teresa Kok dan YB Anthony Loke telah pergi ke balai polis Brickfields untuk mengetahui keadaan sebenar. Penyokong-penyokong menyalakan lilin di luar balai polis tersebut sebagai tanda membantah.

 Belia DAP dan Suaram meminta semua tahanan dibebaskan dengan segera. Tindakan ini dianggap mencabuli hak asasi kemanusiaan dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Ihsan SpeakForPerak

Comments»

1. azidi - May 20, 2009

Saya setuju dengan tindakan Polis menahan mereka yang mengadakan bantahan. Mana ada demokrasi mati di Malaysia. Contoh HINDRAF masih aktif walaupun diharamkan.
Upacara bakar lilin walau ditempat persendirian tetap salah kerana mengadakan perhimpunan melebihi 5 orang. Jadi patuhilah undang2 walaupun atas nama demokrasi.
Malaysia subur dengan demokrasi malah lebih bebas dengan blogger yang bermaharaja. So berani buat berani tanggung la bro…
Polis menjalankan tugas dengan didikasi. Tahniah

2. nikmj - May 20, 2009

Kalau nak kira berkumpul melebihi 5 orang terukla mcm tu, dalam MPV, dlm bas, tempat tunggu bas, dlm pasar, dlm panggung, dlm rumah dsb semua melebihi 5 orang….

Soal nak tangkap memang kerja polis, tapi dlm tanah persendirian polis mesti ada perintah mahkamah dulu baru boleh ambil tinndakan, tidak pun ada laporan polis,

Apa musibahnya kt M’sia acara bakar lilin tu? Tiap2 hari org bakar lilin kt Gereja, paderi pun pakai baju hitam… pergi la tangkap

3. mctoksei - May 20, 2009

polis malaysia dah fobia dengan orang yang membakar lilin dan yang memakai baju berwarna hitam. pelik sungguh negeriku ini!

4. Hunaha Hunahi - May 21, 2009

Eh? Ini macam kalu, nak buat kenduri arwah pun kena minta permit ke? Takkan kenduri kurang 5 org? So, kalau buat berhimpun solat hajat ke jemaah lebih 5 org di tanah sendiri doa minta demokrasi hidup di Perak boleh kena tangkap ke?
Kenapa polis tak tangkap semua ahli ADUN hari tu? Bukan diorang semua pakai hitam ke gi persidangan?

5. Hunaha Hunahi - May 21, 2009

Bagi je org nyala lilin… puaskan hati. Karang tak puas hati, diorang nyala bom pulak. Mana lebih baik? Nyala lilin ke nyala bom?

6. menyampah YBBABI - May 21, 2009

saya bosan dengan tindak tanduk penyokong pembangkang yang cuba menunjukkan hanya mereka saja yang demokrasi, bersih dan baik. Ynag orang melayu ini pulak tanpa usul periksa menyokong tindakan DAP. Saya berdoa orang melayu bersatu supaya kita tidak hilang maruah dan kuasa di bumi tanh sendiri. Kenapalahhhh orang melayu ni suka sangat benda-benda yang memecah belahkan bangsa. Tak nampakkah sekarang ni orang melayu tiada kuasa di Perak dan selangor, dan DAP dan PKR sewenang -wenangnysa beri tanah pada orang- orang DAP.

7. sempadan.. - May 21, 2009

betul tu menyampah YBBABI.. pembangkan tak fikir semua tu.. dok biaq perak dan selangor di control oleh DAP dan PKR.. puak ni dok bagi tanah kat org DAP.. SELAMATKAN PERAK N SELANGOR.. Kembalikan pada BN Umno, supaya boleh bagi kat MIC MCA GERAKAN N PERUT SENDIRI HAHAHA… Menyampah aku kat hang… mcm la dia tu byk tanah..
Jgn harap kerajaan nak selamatkan tnh melayu… keretapi tnh melayu ada la… org melayu sendiri jual tnh kat bangsa lain… sendiri mau ingat la.. hang kumpoi duit beli tnh melayu nak jual tnh tu… jgn mimpi kerajaan melayu hang tu nak jg tanah melayu…

8. abu - May 22, 2009

Umno and BN dah nyanyok la kawan,kumpul harta utk sendiri,jadi pemimpin utk tipu rakyat,curi harta rakyat,(this was not the people for the people concept).I ask u all,are we happy as a Malaysian citizen? We cannot compare with Finland,if we still arguing each other,isi kepentingan sendiri n masih ada parti perkauman.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: