jump to navigation

Toyo digantung setahun oleh Selcat May 19, 2009

Posted by nikmj in General, malaysiakini, National, news.
Tags: , ,
trackback

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor mendapati bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo bersalah kerana tidak menghadiri siasatan awam Mac lalu berhubung perbelanjaan dana agensi kerajaan negeri.

Jawatankuasa itu -di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor – juga mendapati beliau bersalah terhadap tiga tuduhan membuat kenyataan yang menghina legitimasi Selcat, dalam media dalam dalam blognya.

khir toyo and selangor state assemblyEkoran itu, Dr Mohd Khir yang juga ketua pembangkang di DUN Selangor digantung selama setahun daripada menghdiri sidang DUN kerana gagal menghadiri siasatan awam tersebut, dan digantung masing-masing enam bulan bagi setiap tuduhan tersebut.

Kesemua elauan dan keistimewaan yang diterimanya sebagai seorang ADUN juga digantung.

Bagaimanapun, Pengerusi Selcat, Teng Chang Khim berkata, hukuman tersebut merupakan syor yang dibuat oleh Selcat.

Syor tersebut, katanya, akan dibentang di sidang DUN Julai depan untuk dibahas dan setiap wakil rakyat termasuk Dr Mohd Khir akan dibenarkan membahaskannya.

Dalam siasatan Selcat selama lapan hari Mac lalu, para saksi memberi keterangan bahasa berjuta-juta ringgit dana syarikat pelaburan kerajaan negeri, telah disalahguna oleh Balkis, pertubuhan isteri-isteri wakil rakyat Selangor yang dipengerusikan oleh isteri Dr Mohd Khir – Datin Zaharah Kechik – sewaktu beliau menjadi menteri besar.

Sementara itu, ketika dihubungi, Dr Mohd Khir berkata beliau menerima surat berhubung hukuman tersebut.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan meminta peguamnya mengkaji perkara itu sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.

Comments»

1. azidi - May 20, 2009

Harap semoga DS buat rayuan dan meneruskan tugas sebagai wakli rakyat. Terimalah hakikat DS sebagai pembangkang dulu ketua kerajaan.
Inshaallah jika diizin Allah jadilah semula ketua kerajaan satu hari nanti. Sebelum itu ikutlah rentak dimana bumi dipijak disitulah langit dijunjung


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: