jump to navigation

Beribu ahli UMNO Perlis sertai PKR May 19, 2009

Posted by nikmj in General, malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , ,
trackback

Tindakan ahli-ahli Umno yang didakwa melompat parti untuk menyertai PKR secara terbuka di Perlis, khususnya di Kangar, menimbulkan tandatanya apakah ianya tanda membantah pelantikan Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu sebagai pengerusi Umno negeri yang baru.

Dr Md Isa yang juga ADUN Bintong, merupakan ketua Umno bahagian Kangar. 

Malaysiakini difahamkan seorang bekas pemimpin Umno bahagian Kangar telah mengisytiharkan keluar parti itu bersama-sama kira-kira 1,000 ahli parti itu untuk menyertai PKR, bulan lalu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, seorang pemimpin Umno bahagian tersebut yang tidak mahunya disebut, mengesahkan perkara itu berlaku tetapi berkata, tidak tahu apa puncanya.

mat isa sabu md isa sabuBeliau juga mengesahkan kumpulan tersebut bertindak keluar Umno selepas selepas Dr Md Isa dilantik menerajui Umno Perlis, menggantikan bekas menteri besar, Datuk Seri Shahidan Kassim pada 24 April lalu.

“Mereka buat (keluar) secara terbuka,” katanya ketika dihubungiMalaysiakini hari ini.

Ditanya sama ada bekas pemimpin Umno itu mempunyai masalah dengan Dr Md Isa, beliau berkata: “Saya tak tahu”.

Shahidan dilantik MT

“Tetapi setahu saya, bekas pemimpin Umno berkenaan, turut menghadiri perhimpunan agung Umno hujung Mac lalu,” tambahnya.

Ia, tambahnya, diikuti pula dengan penubuhan bahagian DAP di ketiga-tiga bahagian – Padang Besar, Kangar dan Arau – yang dirasmikan dua minggu yang lalu.

Kemelut politik Umno di Perlis tercetus selepas pilihanraya umum 2008 apabila Shahidan tidak dilantik semula sebagai menteri besar.

Shahidan juga enggan melepaskan jawatan pengerusi Umno negeri kepada Dr Md Isa.

Bagaimanapun bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan pengerusi Umno negeri-negeri.

Najib yang juga presiden Umno melantik Dr Isa Sabu mengetuai Umno Perlis. 

Jawatan kosong

Datuk Zahidi Zainul Abidin yang juga ketua Umno Padang Besar, dikekalkan sebagai timbalan pengerusi Umno negeri.

shahidan kassimManakala Shahidan yang juga ketua Umno bahagian Arau, pula dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno. 

Mengenai badan perhubungan Umno negeri, setakat ini, Dr Md Isa belum lagi mengisi kekosongan bagi jawatan setiausaha, bendahari dan ketua penerangannya.

Sebelum ini, Datuk Hashim Suboh yang merupakan penyokong kuat Shahidan memegang jawatan ketua penerangan Umno negeri.

“Kalau dulu ada juga orang lobi-melobi jawatan tersebut, tapi sekarang orang macam tak peduli,” kata seorang pemimpin Umno negeri itu. 

“Sampai sekarang orang tertanya-tanya (siapa yang akan mengisi jawatan itu),” tambahnya.

Perlis mempunyai tiga bahagian meliputi 330 cawangan dengan sejumlah kira-kira 54,000 ahli. (mkini)

Comments»

1. nikqlate - May 19, 2009
2. nikmj - May 20, 2009

Berita ini berita benar dan disahkan oleh Shahidan Kassim dalam Malaysiakini.

Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mangakui beliau ada mendengar cerita ramai ahli Umno di negeri itu telah menyertai pembangkang.

Katanya, mereka termasuk ketua cawangan dan bekas ketua cawangan Umno di Perlis yang tidak puas hati dengan tindakan kerajaan negeri membuang mereka dari jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK).

Shahidan yang kini menjadi penasihat kepada perdana menteri bagi wilayah pembangunan koridor utara (NCER) berkata, pemecatan ahli JKKK itu berlaku di Pauh, Kuala Perlis, Titi Tinggi, Santan, Mata Air dan Beseri.

“Setakat ini 16 atau 17 ketua cawangan dan bekas ketua cawangan telah dibuang dari JKKK, menyebabkan mereka dan yang lainnya, tidak puas hati.

“Ketua cawangan dan bekas ketua cawangan Umno dipinggir dan kerajaan negeri tidak mengambil kisah perkara tersebut.

“Pembangkang pula telah mengambil kesempatan daripada perkara tersebut,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Sehubungan itu, Shahidan menasihatkan Menteri Besar Perlis, Datuk Md Isa Sabu supaya tidak memekakkan telinga terhadap perkara tersebut.

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, tindakan ahli Umno menyertai pembangkang bukan sahaja berlaku di bahagian Kangar tetapi juga di Padang Besar.

Marah pada MCA?

“Saya kenal mereka itu semua. Mereka adalah bekas pemimpin Umno di Kangar.

“Betullah angka itu,” katanya ketika diminta mengulas laporan Malaysiakini semalam bahawa 1,000 ahli Umno di bahagian tersebut menyertai PKR.

Sementara itu, seorang pemimpin Umno bahagian Padang Besar, ketika dihubungi Malaysiakini, juga mengakui ramai ahli Umno di bahagian itu yang keluar parti.

Bagaimanapun pemimpin yang enggan namanya disiarkan itu tidak dapat memberi angka sebenar ahli Umno yang keluar parti.

Katanya, mereka bertindak demikian kerana marah kepada pemimpin MCA bahagian yang membuang ahli JKKK di beberapa tempat di Padang Besar.

Beliau mendakwa, tindakan pemecatan ahli Umno yang menjadi ahli JKKK itu disokong pula oleh Md Isa.

“Mana boleh pemimpin MCA memecat ahli JKKK yang terdiri daripada ahli-ahli Umno,” katanya.

Source : http://malaysiakini.com/news/104704


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: