jump to navigation

Nizar fail rayuan ketepikan keputusan mahkamah rayuan, Zambry mulakan tugas MB May 13, 2009

Posted by nikmj in malaysia today, malaysiakini, mstar, National, news, Politics.
Tags: , , , , , , ,
trackback

Bab baru krisis politik Perak masuk hari ketiga pagi ini dengan Daruk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dijadual memasuki kembali Bangunan SUK di sini pukul 8.30 pagi.

Semalam beliau memaklumkan bahawa akan menjalankan tugas sebagai Menteri Besar seperti biasa ekoran keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin, yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Pejabat Menteri Besar terletak di Bangunan SUK ataupun yang turut dikenali sebagai Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Selepas Mahkamah Rayuan memutuskan sedemikian pukul 1.20 tengah hari semalam, sejam kemudian Nizar dan barisan Exconya meninggalkan pejabat masing-masing kerana “mahu menghormati keputusan mahkamah.”

Nizar hanya berada di pejabatnya kira-kira sejam termasuk 10 minit pada sebelah pagi semalam.

Beliau sempat mengadakan sidang media di pejabatnya sebelum keluar kira-kira 2.30 petang untuk minum di sebuah restoran berhampiran Bangunan SUK.

Difahamkan hari ini, Zambry akan mempengerusikan mesyuarat Exco pukul 10 pagi nanti dan disusuli dengan sidang media dua jam kemudian.

Zambry juga dipercayai akan mempengerusikan mesyuarat Barisan Nasional (BN) Perak petang ini.

DATUK Seri Mohamad Nizar Jamaluddin ketika mengadakan sidang media di ibu pejabat DAP semalam.

Dalam pada itu, Nizar dijadual akan memfailkan rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan semalam.

Salah seorang Exconya, N. Sivanesan berkata, pihaknya memutuskan demikian malam tadi selepas mengadakan perbincangan dengan pasukan peguam Nizar.

Ia akan difailkan pukul 9 pagi ini di Putrajaya.

“Kami juga akan memohon agar rayuan ini didengar segera dan kami juga akan memohon agar permohonan ini didengar oleh tiga hakim mahkamah rayuan,” kata beliau yang juga seorang peguam ketika dihubungi.

Perkembangan semalam berlaku tidak sampai 24 jam selepas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan status memihak kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kelmarin.

Zambry berjaya dalam usahanya untuk menagguhkan keputusan kelmarin sehingga Mahkamah Rayuan mendengar rayuannya kelak.

Zambry dilantik menerajui kerajaan negeri Perak pada 5 Februari lalu menggantikan Nizar dari Pakatan Rakyat.

DATUK Seri Dr Zambry Abdul Kadir (kiri) mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan status beliau sebagai Menteri Besar di Pejabat Umno Perak semalam. Turut sama dalam sidang akhbar itu ialah kesemua 27 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN).

Beliau menekankan bahawa statusnya masih sahih kerana dilantik Sultan.

Pukul 1.20 tengah hari semalam Mahkamah Rayuan mengumumkan keputusan yang membolehkan Zambry kekal sebagai Menteri Besar sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali membenarkan permohonan Zambry bagi penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Ramly juga berkata, mahkamah akan menetapkan tarikh awal untuk mendengar rayuan Zambry.

Kata Ramly, beliau berpuas hati bahawa terdapat keadaan khas untuk membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan itu kerana rayuan Zambry akan dianggap sebagai tidak berguna jika penangguhan itu tidak dibenarkan.

Zambry dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang ke-11 pada 5 Februari lalu dan mengangkat sumpah pada hari berikutnya. (mstar)

Comments»

1. Aldot - May 13, 2009

Kami di sabah simpati dengan keadaan pentadbiran kerajaan negeri perak. Kalau bukan kerana BN, Perak tidaklah seteruk begini. Kalau tidak menculik 3 adun, PR masih mentadbir dengan licin, berbanding dengan kemelut sekarang. Makin lama kemelut ini, makin ramai orang sabah benci dengan BN.

Harap maaf kepada para pemimpin BN, rakyat lebih pintar dari kamu sekarang. Fikirkanlah.

2. manjung - May 13, 2009

MB Haram Zambry 3H Haram, Hampeh dan Hanggus, Sedarlah diri sikit rakyat tak mahu kan awak, Saya cabar awak dapatkan semua tandatangan rakyat Perak. Kot baru sedar diri tu….. mamposlah cepat

3. Hang Jebat - May 13, 2009

Sultan melantik Zambry sebagai MB Perak kerana telah menerima tawaran RASUAH dari Najis… Antara rasuah tersebut adalah PROJEK2 mega untuk PUTRA Baginda… Sudahpun Sultan dan kerabat2nya makan free dari titik peluh rakyat nak sapu PROJEK lagi… Kerana WANG, Raja sanggup kianati rakyat… kami akan bongkarkan PROJEK2 PUTRA RAJA satu demi satu mengikut keadaan…

4. Muak a.k.a Loya Boy - May 13, 2009

Selagi DUN belum dibubar dan diadakan semula pilihanraya, selagi itulah kita semua, terutamanya kalangan rakyat Perak yang ‘pening’ dengan perkembangan sekarang. Harap masa terdekat pilihanraya tersebut dapat diadakan untuk memastikan rakyat dapat memilih pemimpin yang diingini dan ‘halal’. Semakin lama berterusan kami rakyat Malaysia turut merasa muak dengan keadaan sebegini yg berterusan tidak berkesudahan.

5. hamdani misfahun - May 13, 2009

Apakah entiti kamu bercakap sebagai rakyat sabah. Saya rasa elok bercakap bagi diri sendiri saja kerana anda tidak mendapat sebarang endorsement dari sebarang rakyat. Anda hanya nampak di depan mata anda saja, tapi orang lain nampak lebih jauh dari anda.Tapi mereka tidak menggunakan forum ini. Mereka hanya memendam rasa, bimbang,curiga bahawa orang melayu akan menerima nasib pak kadok, ayam menang kampung tergadai jika BN tidak membuat sesuatu utk mengembalikan maruahnya. Membiarkan Nizar di bonekan oleh puak-puak tertentu samalah seperti orang celik membiarkan orang buta melalui longkang luas di depannya tanpa panduan.Tapi sebuta-buta orang buta ia ada deriarasa yg sensitif dan mungkin dia tak terjun longkang. Tapi buta orang celik ini amat bahaya.Ia akan berajakan nafsu. Mentang2 ada title MB tidak kira apa akan terjadi pada bangsanya d masa akan datang. Apa melayu ada selain dari kuasa politik d malaysia ini?. Kalau kuasa politik juga d dominate oleh bangsa bukan melayu, melayu akan menjadi melukut di tepi gantang. Fahamkah anak2 muda dengan perumpamaan ini. Saya rasa mereka tidak ambil kisah semua ini kerana membesar dan hidup d zaman siber.Mereka tidak d sedarkan oleh ibubapa kerana ibubapa terlalu sibuk hal2 mereka sendiri.Jadi anak2 muda membuat persepsi bahawa apa yang mereka kecapi dewasa ini akan berterusan.Ingat saudara , apa yang sudah saudara kecapi sekarang ini tidak mesti dapat d kecapi seterusnya jika pemerentahan bertukar induk. Keutamaan dan citarasa mereka pasti berbeza.Apa yang saudara harapkan hanya tinggal harapan.Tangisan air mata darah pun tidak dapat mengembalikan apa yang telah hilang.Jangan mengajar anak2 mengamalkan yang d kendong d cicirkan yang di kejar entah kemana.Seburuk-buruk BN, ia terbukti dpt memberi faedah kepada majoriti rakyat.Yang tak dapat faedah ada banyak sebab dan alasan, samaada kelemahan diri sendiri atau kelemahan kerajaan.Kelemahan kerajaan perlu d baiki dengan cara bijaksana bukan dengan cara menggantikan dgn yang baru yg amat nyata tidak dpt menjamin kesejahteraan kita.Anda misti ingat kerajaan baru bukan ada mukjizat.Mereka tidak mampu mengadakan semua yang baru untuk memenuhi kehendak mereka.Mereka pasti mengambil apa yang ada pada kita untuk d berikan kepada siapa yang mereka suka.FIKIRLAH………

PAS dah memerintah Kelantan lebih 18 tahun. Takde pun masalah kaum… Kenapa sibuk2 dengan PAS diPerak?
Seperkara lagi tentang penukaran kerajaan, kenapa tidak boleh ditukar? Bukankah dengan menukar kerajaan, kerajaan yang kalah akan lebih berusaha lagi agar lebih telus dan jujur dalam melaksanakan amanah rakyat?

6. KANTOI TUA - May 13, 2009

Barisan nasional takut dgn rakyat di perak kot,takut tak ada org akan mengundi, dah tua pun takut umur 63 thn takut lawanlah Pakatan Rakyat ya dia masih budak lagi belum bersunat ,picit anunya dah nya menangis….kerja tak pandai habis kot membazir waktu,Macam mana nak proses 1Malaysia bila hari sibuk sorong tarik…satukata haram,satu kata halal……POTONG DAGINGNYA BUAT SUP hehe…..

7. nikqlate - May 13, 2009

Yeke simpati…. kenape di SABAH BN boleh menang lak…. Sabah kan tempat kuat BN….

1. Aldot – May 13, 2009

Kami di sabah simpati dengan keadaan pentadbiran kerajaan negeri perak. Kalau bukan kerana BN, Perak tidaklah seteruk begini. Kalau tidak menculik 3 adun, PR masih mentadbir dengan licin, berbanding dengan kemelut sekarang. Makin lama kemelut ini, makin ramai orang sabah benci dengan BN.

Harap maaf kepada para pemimpin BN, rakyat lebih pintar dari kamu sekarang. Fikirkanlah.

8. Abuakira - May 13, 2009

Biar Rakyat Perak menentukan masa depan mereka! Apa yang dibuat oleh MB Nizar adalah yang sebenar dan Sultan perlulah memahami hasrat rakyatnya. Kami orang Wilayah, Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan lain-lain sedang memerhatikan. Parti yang suka buat kerja haram ni akan mendapat padahnya dalam PRU nanti, insya’Allah.

9. Aldot - May 14, 2009

Ya, sabah masih kuat BN, tapi PR ke 13 nanti, tengolah…
Kita dekat sini boleh rasa mood majoriti rakyat.

10. Aldot - May 14, 2009

Kepada Hamdani Misfahun.

Inilah kerja BN bila sudah terlalu takut kehilangan POWER.

“Tindakan polis mencampuri urusan Dun merupakan suatu jenayah perlembagaan yang amat serius sekali gus meruntuhkan doktrin pengasingan kuasa yang telah diamalkan oleh negara ini sejak lebih 50 negara ini mencapai kemerdekaan,” kata Shamsul.

Menurut Shamsul, Polis seharusnya bertanggungjawab mempertahankan hak undang-undang bukannya meruntuhkan kedaulatan perundangan negara sebagaimana berlaku di Perak.

“Apabila polis telah menceroboh doktrin pengasingan kuasa antara kuasa, legistatif, kuasa Eksekutif dan kuasa Perundangan ,ia akan memberi masej jelas kepada seluruh dunia bahawa negara ini secara keseluruhannya sedang menghadapi krisis perundangan yang amat parah.

“Seharusnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Ketua Polis Negera memahami realiti bahawa pembatasan kuasa yang diberikan selama inilah yang menjamin kestabilan, keamanan dan keharmonian negara selama ini.

“Apabila pembatasan kuasa ini telah dinodai dengan tindakan polis yang semata-mata bertindak mahu menyelamatkan kuasa BN di Perak maka negara ini sedang berhadapan dengan kekacauan dan kemelut keamanan yang membimbangkan seluruh rakyat negara ini,” jelas Shamsul.

Menurutnya lagi, seluruh rakyat di negara ini sedang berada dalam ketakutan kerana tindakan polis tersebut telah menyebabkan rakyat akan hilang keyakinan terhadap sistem keadilan di negara ini.

“Rakyat bawahan atau mereka yang berada di kampong-kampong mungkin tidak menyedari kesan dari tindakan polis menyalahguna kuasa di Dun Perak tetapi kalau ditanya kepada pengamal undang-undang atau mereka yang yang ada pendidikan setentunya mereka akan menyatakan negara ini sedang berada dalam keadaan amat merbahaya.

“Keamanan dan kestabilan negara sedang berada diambang kehancuran, semua sistem samaada sistem pentadbiran, kehakiman, kepolisian dan sebagainya akan berhadapan dengan krisis keyakinan rakyat.

“Diperingkat antarabangsa pula, negara ini tidak lagi diyakini oleh pelabur luar malah pelabur juga turut takut untuk berurusan dinegara ini kerana semua sistem yang menjamin prinsip keadilan telah tiada lagi,” ujar Shamsul yang juga seorang peguam.

Menurut Shamsul lagi, kesan campurtangan polis terhadap institusi Dun Perak bukan sahaja suatu bentuk salah guna kuasa dan menghina kuasa Legistatif malah suatu penderhakaan badan penguatkuasaan itu terhadap kedaulatan negara.

“Ini suatu tindakan yang amat serius dan amat menakutkan dan Menteri Dalam negeri, Hishamudin Hussein dan Musa Hasan perlu segera melepaskan jawatan mereka serta merta sekiranya mahu menyelamatkan negara ini dari terus akan meletakkan negara ini dalam kehancuran.

“Sekiranya mereka tidak meletakkan jawatan, nama mereka akan tercatat dalam sejarah hitam negara sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap keruntuhan negara,” katanya

Sehubungan itu AMK dan seluruh barisan pemuda Pakatan rakyat akan mengadakan pertemuan dalam masa terdekat untuk mengambil tindakan yang lebih berkesan bagi memastikan Hishamuddin dan Musa di seret kepengadilan atau mereka perlu melepaskan jawatan mereka serta merta.

11. den.joy - May 18, 2009

wahai BN(UMNO) dengarilah permohonan rakyat Perak yang mahukan pilihanraya diadakan bagi mengatasi kemelut politik di . jangan hanya pandai mengatakan bahawa UMNO mementingkan rakyat tapi hakikatnya adalah sebaliknya. jangan biarkan masalah ini berlanjutan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: