jump to navigation

Perkembangan terkini krisis politik Perak May 12, 2009

Posted by nikmj in malaysiakini, mstar, National, news.
Tags: , , , ,
trackback

BERIKUT adalah perkembangan krisis politik Perak selepas Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin disahkan sebagai Menteri Besar.

11.30 malam: Pakatan Rakyat mengesahkan akan memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

7.40 malam: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Pembangkang seharusnya tidak meletakkan sebarang terma dan syarat bagi apaapa jua perundingan dengan Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan krisis politik di Perak.

7.30 malam: Polis meminta semua pihak terutamanya penyokong parti politik agar bersabar dan bertenang dalam menerima keputusan Mahkamah Rayuan hari ini berhubung jawatan menteri besar Perak.

6.30 petang: Keadaan di kawasan sekitar bangunan SUK tenang

Anggota-anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan pejabat Menteri Besar.

5 petang: Anggota FRU masih kawal bangunan SUK. Kakitangan sudah mula tinggalkan bangunan tersebut.

3.30 petang: Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata beliau dan Exconya telah mengosongkan pejabat masing-masing di Bangunan SUK pada pukul 2.30 petang tadi.

3.20 petang: Nizar mengadakan mesyuarat di Wisma DAP selepas makan tengah hari.

3.15 petang: Nizar berkata beliau masih menunggu nasihat barisan peguamnya dan akan menghormati keputusan mahkamah dan mematuhi apa yang diputuskan selepas perbincangan dengan barisan peguam.

2.45 petang: Nizar keluar dari pejabat MB di Bangunan SUK untuk minum di sebuah restoran berhampiran.

2.20 petang: bilangan anggota FRU ditambah di perkarangan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak.

2.00 petang: Nizar berkata beliau akan melihat implikasi keputusan Mahkamah Rayuan sebelum menentukan tindakan lanjut sama ada akan mengosongkan pejabatnya di Bangunan SUK.

1.50 petang: Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau akan tetap meneruskan tugas sebagai Menteri Besar Perak dan akan kembali ke pejabat di bangunan SUK pada bila-bila masa.

1:30 petang: Mahkamah Rayuan benarkan permohonan Zambry tangguh laksana Nizar MB Perak yang sah

1:15 petang : Pegawai Kewangan Perak Jamalludin Al Amin dilantik jalankan tugas SUK Negeri ganti Abdul Rahman yang digantung serta-merta, kata MB Nizar

12.30 tengah hari : Pegawai Kewangan Negeri Perak Datuk Jamalludin Al Amin Ahmad dilantik menjalankan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri menggantikan Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim

12.15 tengah hari : Pakatan Rakyat sedia bekerjasama dengan BN untuk mengatasi kemelut 3 bulan. Tetapi PR mahu DUN Perak dibubarkan dan pilihan raya baru diadakan.

11.30 pagi: Pakatan Rakyat (PR) memutuskan segera 10 perkara yang tertangguh pad hari pertama Datuk Seri Mohammad Ir. Nizar Jamaluddin kemblai sebagai MB Perak yang sah.

11.20 pagi: Sidang media diadakan oleh Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Khoo Ham di tingkat dua Bangunan SUK.

11.10 pagi:Sidang media belum dimulakan. Datuk Seri Mohammad Nizar belum pulang dari Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Wartawan masih menunggu di luar bangunan SUK, Ipoh.

11 pagi: Salah seorang Exco kerajaan negeri Pakatan Rakyat, N. Sivanesan memasuki bangunan SUK.

10.50 pagi: Wartawan berkumpul di perkarangan bangunan SUK menanti sidang media oleh Datuk Seri Ir Mohammed Nizar Jamaluddin.

9.50 pagi: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dari Barisan Nasional memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi KL semalam yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak sah.

9.07 pagi: Pasukan FRU mula meninggalkan kawasan pekarangan bangunan SUK. Sehingga kini separuh anggota telah meninggalkan kawasan bangunan SUK.

9.00 pagi: Barisan Exco kerajaan negeri Pakatan Rakyat masih di pejabat masing-masing. Nizar pula berada di Istana Iskandariah.

8.30 pagi: Datuk Mohammad Seri Nizar mengemukakan surat minta perkenan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Surat dihantar dengan tangan oleh pembantu Nizar.

7.45 pagi: Nizar tinggalkan bangunan SUK menuju ke Istana Iskandariah di Kuala Kangsar.

7.31 pagi: Nizar dan lapan Exconya masuk ke bangunan SUK. Wartawan tidak dibenarkan masuk.

7.28 pagi: Seorang pegawai pejabat SUK menghalang rombongan Nizar dengan meminta makluman pelaksanaan keputusan mahkamah semalam.

7.26 pagi: Pergerakan mereka ditahan oleh pasukan polis dan FRU yang menjelaskan kepada Nizar bahawa hanya Exco dibenar masuk ke bangunan SUK.

7.25 pagi: Nizar bersama lapan Exco dan beberapa ADUN Pakatan Rakyat melangkah ke arah bangunan SUK.

7.23 pagi: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tiba di pekarangan Wisma DAP isterinya Datin Seri Fatimah Taat.

7 pagi: Tidak sampai 10 ADUN termasuk sebahagiannya berkumpulan di pekarangan Wisma DAP – kira-kira 50 meter dari bangunan SUK Perak.

Comments»

1. nikmj - May 14, 2009

Kedurjanaan rampasan kuasa di Dewan Undangan Negeri Perak oleh Umno-BN adalah bersifat keji dan hina.

Kajian rambang mendapati bahawa rakyat Perak dan ramai golongan muda, yang telah mengikuti insiden yang melupuskan tamadun dan kemuliaan itu, meronta-ronta jiwa mereka mencari jalan bagaimana pula untuk menguburkan kedurjanaan Umno-BN itu. Jentera Kerajaan Persekutuan, khususnya Polis Di-Raja Malaysia telah disejarahkan sekali lagi sebagai bersekongkol dengan kedurjanaan ciptaan Umno-BN di Perak. Mereka adalah penyebab kejayaan kesinambungan segala kedurjanaan yang berlaku di Malaysia. Keazliman yang tidak kunjung padam, bahkan semakin menjadi-jadi sejak jawatan Perdana Menteri disandang oleh Najib Razak, akan dirintihkan oleh Rakyat kepada Tuhan mereka sehingga Ia menjatuhkan keputusan terhadap sekelian penzalim.

Penahanan saya di Balai Polis Sungai Senam, Perak adalah tidak sah dan menyanggahi kebebasan dan hak asasi saya sebagai Warga Malaysia, Ahli Parlimen Malaysia dan tetamu undangan ke Dewan Undangan Negeri Perak. Kesemua Ahli-Ahli Yang Berhormat Parlimen, khususnya dari Pakatan Rakyat telah diundang untuk menjadi tetamu di sidang Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei 2009 semalam.

Pihak polis telah mengasari saya dan bertindak di luar batasan dan kewarasan yang dituntut oleh undang-undang. Pegawai-pegawai polis yang bertugas telah bersikap seperti robot yang tiada akal fikiran dan enggan mendengar penjelasan saya. Saya telah dikasari oleh polis ketika ingin memasuki Dun Perak dan telah mengalami kecederaan di tangan saya. Surat jemputan untuk saya ke sidang Dun Perak telah dirampas apabila ditunjukkan kepada pihak polis supaya saya diizinkan masuk ke Dewan persidangan.

Pihak polis telah dilihat dan dilapor menangkap rakyat yang berpakaian serba hitam yang berada berhampiran dengan bangunan yang menempatkan Dewan persidangan. Tindakan tersebut juga adalah menyalahi Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak kebebasan dalam soal peribadi kepada rakyat, selagi mana ia tidak mengganggu ketenteraman awam.

Kesangsian rakyat terhadap Umno-BN sudah semakin menebal hasil dari perbuatan durjana Umno-BN di Perak. Keadaan itu boleh diselamatkan dari menjadi lebih parah dengan pembubaran segera Dewan Undangan Negeri Perak dan untuk memulihkan demokrasi di mata rakyat dan dunia seluruhnya.

ZURAIDA KAMARUDDIN
Ketua Wanita KEADILAN
Ahli Parlimen Ampang

Source : http://www.keadilanrakyat.org/index.php/content/view/754/1/

2. soleh abu - May 24, 2009

parti pembangkang x boleh terima kenyataan..anwar ibrahim babi yang ajar dia org lompat parti pastu nak salahkan org lain..hoi zuraida betina bodo..

3. zul - May 24, 2009

betul tu aku sokong kau soleh abu…kalau diaorg buat semuanya halal,semua betul…udah2 la..teman org perak dah menyampah ngan pembangkang ni..hoi zuraida ko jaga kawasan ko dah la nk sibuk negeri org buat pe..
HIDUP UMNO


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: