jump to navigation

Mahkamah kembalikan Perak kepada rakyatnya May 12, 2009

Posted by nikmj in harakahdaily, malaysiakini, mstar, National, news, Politics, suarakeadilan.
Tags: , , , , , , , , ,
trackback

Menteri Besar Perak Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bersama lapan exconya memasuki bangunan SUK jam 7.31 pagi tadi selepas mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah. (Harakah)

Turut bersama rombongan itu ialah V. Sivakumar yang Khamis lalu disingkirkan oleh Barisan Nasional (BN) daripada kedudukan Speaker DUN.

Difahamkan seorang pegawai pejabat SUK menghalang rombongan Nizar dengan meminta makluman pelaksanaan keputusan mahkamah semalam. Untuk itu hanya Nizar dan lapan Exconya dibenarkan masuk ke bangunan SUK.

Dalam sidang akhabr beliau sejurus selepas keputusan mahkamah petang semalam, Nizar mengumumkan bahawa hari ini adalah hari paling bertuah bagi rakyat perak kerana undang-undang dan perlembagaan Negeri Perak telah di kembalikan kepada rakyat Perak.

Hakim Abdul Azizi disifatkan sebagai hakim yang berani dan bersemangat yang membuat keputusan untuk menegakkan keadilan. Nizar juga memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana telah memberi petunjuk dan hidayah Nya hari ini.

Keputusan ini adalah tanda-tanda positif untuk memulihkan kembali pemerintahan raja berpelembagaan, demokrasi berparlimen yang boleh dimanafaat oleh setiap rakyat Perak.

“Samada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat kehakiman awam lebih afdal untuk menentukan kesejahtraan negeri dan rakyat Perak,”

kata Nizar dalam kenyataan akhbar beliau.

Nizar akan membawa keputusan mahkamah hari ini untuk mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk mendapat restu Sultan seperti berikut:-

1) Kesemua pertuduhan yang dibuat oleh Dr Zambry Abdul Kadir dan Exco beliau harus diteliti kembali dan tidak dikira sah sehingga kecuali sidang Dun pada 7 Mei lalu.

2) Mohon  Zambry dan enam Exconya segera mengosongkan jawatan seperi yang diarahkan mahkamah hari ini.

3) Mengantung jawatan penasihat undang-undang Kerajaan Negeri Perak Ahmad Kamal Md Shahid dengan berkuatkuasa segera.

4) Mengadakan menyuarat Exco Perak dengan segera.

5) Membuat permohonan bahawa Dun di bubarkan seperti yang dicadangkan semasa sidang Dun bawah pokok pada 3 Mac 2009. (SK)

Kira-kira jam 7.45 pagi, Nizar dilaporkan meninggalkan bangunan SUK menuju ke Istana Iskandariah di Kuala Kangsar dan mengemukakan surat minta perkenan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang dihantar oleh pembantu Nizar sendiri kepada pihak istana.

Comments»

1. Mahkamah kembalikan Perak kepada rakyatnya - May 12, 2009

[…] Original post by nikmj […]

2. razak hassan - May 13, 2009

para sahabat rakyat perak yang teman kasihi…….!!!!!!

cuba tuan-tuan fikir apa itu demokrasi….??????
apa yang di katakan majoriti ..??????
if you are in power …..you must be powerfull…..or you look bloodyfull….
ADA KAH TUAN-TUAN MAHU BANGSA KITA DAN RAJA KITA LOOK BLOODYFULL..?????????
FIKIR-FIKIRKAN LAAAAAAAAHHHHH….!!!!!!!!!
SElamat BerJuang…….

3. AHLUL BAIT AL HABSYI - May 25, 2009

WOH KOME AKU ORANG PERAK JUGE..
AKU TAK REDHA KOME MAKI SULTAN..KATE KOME NI HANDAL AGAME..KOME TAK PIKIO KE..APE BALASAN TINDAKAN KOME NI..KOME SIBUK BEREBUT KUASE.SEDANGKAN KOME LUPE KOME SIAPE..KOME TAU AWALUDDIN MAKRIFATULLAH TAPI KOME TINGGALKAN.KOME PEGANG GELARAN USTAZ TAPI KOME JEBAK ISTERI KOME DLM PERTIKAIAN KOME..APE YANG KOME PERJUANGKAN???CUBE KOME MUHASABAH DIRI DULU..KOME PERJUANGKAN PARTI KOME KE..KOME PERJUANGKAN AGAME KE..KOME PERJUANGKAN RAKYAT KE..KOME PERJUANGKAN PANGKAT KE…APE?! KOME TAK REDHO KETENTUAN YANG TUHAN BAGI KAT KOME..KOME GUNEKAN ALASAN “TIDAK ADIL/POLITIK WANG/TIADA DEMOKRASI MCM2 LAGI”..TAPI KOME TAK PIKIO ATAU LUPE NGAN SATU NAME YANG DIPANGGIL TAKDIR DAN KETENTUAN TUHAN..AKU SANJUNG PERJUANGAN PAS MASE MULA2 DULU.MASE KITE DAPAT 1 KERUSI JE…PENUH TAWADHU’ PAS MEMPERJUANGKAN PARTI ISLAM DEMI UMAT ISLAM SENDIRI..SEKARANG NI KITA SEOLAH2 DIPERGUNAKAN KERANA KETAMAKAN KITE SENDIRI..PIKIO LE BEBAIK..
AKU TAK SUKE ORANG KATE BURUK KAT ORANG ISLAM PASAL AKHLAK KOME YANG TAK TENTU ARAH..
AKU KE SURAH DENGAN OPAH AKU NAK IBADAH.KOME BUAT CERAMAH SIAP MAKI HAMUN LAGI..BOLEH KE HARAM JADAH,KEPALA BAPAK,BANGANG DAN PELBAGAI MAKIAN YANG AKU TAK SANGGUP NAK SEBUT KELUAR DARI MULUT USTAZ YANG BAGI CERAMAH MAGHRIB???PASE KOME TERLALU TAKSUB,KOME DAH JADI TAK SEDO DIRI..ORANG YANG DENGO MAKIN GETIK.SEKARANG ANAK MUDA NGAN ORANG TUA YANG POMPUAN TAK MAU DATANG SOLAT JEMAAH.DEME CAKAP,”ALA YONG,TAK SANGGUP NANGGUNG DOSE MENGUMPAT DALAM RUMAH TUHAN DEH..”
JANGAN INGAT KITE ADE ILMU AGAME,KITA BOLEH GUNE HADITH SESUKE ATI..UDAOH LE MAKI ORANG SIAP BAGI HADITH LAGI..EEII,GERAM BETUL AKU DENGO.
AKU MINTAK SUMUE MUHASABAH DIRI..TANYA DIRI APE YANG KITE NDAK DALAM HIDUP..KALO KITE INGAT PERJANJIAN KITE DENGAN TUHAN,IDOK LENAK BERGADUH SAMPAI PUTUS SILATURRAHIM..AKU NENGOK ORANG UMNO,ORANG ISLAM JUGAK.YANG KOME PULAUKAN DEME NGAPE?KOME TU DAH TENTU KE SYURGANYE?…KOME CAKAP ORANG PERAK PERLUKAN KOME..JANGAN TIPU DIRI SENDIRI…KALAU KOME TANYE ORANG2 KOME,CONFIRM DEME CAKAP DEME SOKONG KOME..CUBE TANYE SEMUA ORANG..AKU DAH BUAT SURVEY KE KAMPUNG2..ORANG2 TUE DAH HILANG KEPERCAYAAN PADE KOME…DEME MELUAT.DEME PEGANG PADE ADAT,YANG KOME KUTUK SULTAN APE HALNYE..KALAU BUAT UNDI PILIHAN RAYA LAGI,KOME AKAN KALAH MAJORITI LAGI TERUK.JADI,KOME JANGAN TEMPAH BAHAYE..APE KATE KITE RANCANG STRATEGY BARU,MACAM MANE NAK MENANG PILIHANRAYA AKAN DATANG DENGAN USAHA DAN TAWAKKAL.ITU LAGI PENTING DARIPADA BEREBUT KUASE..ORANG LUAR TENGOK PUN MENYAMPAH..NAMPAK KITE NI LEMAH SEBAB KUTUK2 ORANG,MAKI ORANG,BUAT TAKTIK KOTOR BURUKKAN ORANG..KOME BUAT LAMAN MACAM NI DAH BAGUS TAPI KOME DOK DITAKUK LAME,CRITE BENDA LAME,BERGADUH DAN BURUKKAN ORANG.PADAHAL KITE NI ORANG ISLAM DAN PAS.PATUTNYA,BINCANG STRATEGI,MINTAK PENDAPAT AHLI YANG LAIN MACAM MANE NAK MENANG HATI RAKYAT..BIARKANLAH ZAMBRY MENANG DULU.KALAU KITE PEMIMPIN YANG BAGUS,KITE BANTU PEMIMPIN YANG SEDANG PIMPIN KITE.BUKAN BUAT KECOH DAN MEMALUKAN PARTI.BAGI IDEA SAMA2 BANTU MAJUKAN NEGERI.BUKAN BERGADUH REBUT KUASE DAN TENDER.PIKIO LAH.AKU HARAP NIZAR DAPAT TRIMA KRITIKAN DAN PANDANGAN AKU KALAU DIA ADE CIRI2 PEMIMPIN ISLAM YANG BAIK..KALAU DIA MELENTING,AKU TAU LAH DIA NI JENIS APE..

Assalamualaikum saudara Al-Habsyi,
Kalau nak cerita pasal penderhakaan kepada Sultan , klik pautan ini untuk fakta kronologi penderhakaan UMNO kepada raja. https://nmjnh.wordpress.com/2009/02/18/kronologi-penderhakaan-umno-kepada-raja-malaysiakini/


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: