jump to navigation

Sidang BN dalam sidang DUN Perak lacurkan demokrasi May 8, 2009

Posted by nikmj in General, malaysiakini, mstar, National, news.
Tags: , , , , , , , ,
trackback

Pemimpin Pakatan Rakyat Perak yang mempersembahkan protes berhubung insiden Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini kepada Raja Nazrin Sultan Azlan Shah, telah dinasihatkan bahawa raja tidak boleh mencampuri soal politik.
RAJA Muda Perak, Raja Nazrin Shah menitahkan sesuatu kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) dan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Setiawan) setelah kedua-duanya dititahkan menghampiri baginda selepas Nizar dilihat menyatakan sesuatu dari bahagian tengah Dewan sejurus baginda berangkat masuk. Insiden itu berlaku sebelum Raja Nazrin Shah merasmikan pembukaan mesyuarat pertama persidangan penggal kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini. –fotoBERNAMA

“Raja Nazrin memaklumkan bahawa baginda meletakkan penghormatan yang tinggi terhadap saya dan Datuk Ngeh Khoo Ngam (bekas Exco Kanan semasa kerajaan Pakatan) dan memaklumkan bahawa Raja berada di atas politik (tidak mencampuri soal politik),” kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Sebaik sahaja Raja Nazrin memasuki DUN yang terletak di bangunan SUK, anggota Pakatan Rakyat berkumpul di tengah Dewan, mengelilingi tempat duduk bentara, untuk menyampaikan rasa tidak puas hati terhadap apa yang berlaku termasuk Speaker V. Sivakumar diangkut keluar dari Dewan.

Nizar mempersembahkan kepada Raja Nazrin bahawa pihaknya tidak berpuas hati dengan cara Sivakumar diperlakukan dan anggota polis dibawa masuk ke DUN.

Ketika Raja Nazrin memasuki DUN kira-kira 50 anggota polis berada dalam Dewan.

Apabila dibangkitkan oleh Nizar, Raja Nazrin mengarahkan semua anggota keluar.

Majlis perasmian hanya bermula selepas Sivakumar, Speaker dilantik Pakatan tahun lalu, dibawa keluar oleh pasukan polis.

Sivakumar tidak berganjak dari tempatnya sejak pukul 10 pagi tadi.

Nizar menyatakan demikian pada sidang media selepas sidang DUN ditangguhkan sebaik sahaja Raja Nazrin menyampaikan titah diraja perasmian petang ini.

Raja Nazrin yang sepatutnya merasmikan sidang itu pukul 10 pagi tadi hanya berbuat demikian 3.17 petang.

Baginda tidak dapat berbuat demikian selepas Sivakumar sejak pagi tadi bertegas sidang DUN tidak akan diadakan selagi 10 anggota termasuk Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry tidak keluar Dewan.

Tiga lagi termasuklah ADUN Bebas yang menyokong BN sekarang.

Bagaimanapun mereka tidak keluar Dewan manakala BN pula mengadakan sidang dalam sidang DUN.

Kemuncak insiden hari ini ialah Sivakumar diganti dengan bekas ADUN Sungkai, Datuk R. Ganesan dan diangkut keluar kira-kira 2.45 petang tadi.

Pada sidang media itu, Nizar berkata, pada hakikatnya tidak ada persidangan kerana perintah awal Speaker tidak diikuti. “Jelas lihat hak Speaker tidak dipatuhi dan dirampas,” kata beliau yang ditemani Sivakumar pada sidang media.

Sivakumar yang ditahan dalam sebuah bilik berhampiran DUN dilepaskan selepas majlis perasmian.

Kata beliau, DUN Perak telah dilacur dengan begitu dahsyat dengan kerja-kerja yang keji dengan menggunakan orang luar.

“Kami menghormati Raja Muda dan saya dititah oleh Tuanku mahu bekerjadengan Pakatan Rakyat, apa yang BN buat usul dalam dewan semua itu tidak laku dan sah kerana telah ditolak sejak semalam lagi.

“Apa yang dibuat oleh BN iaitu menidakkan Speaker telah menghina Dewan, cukup mengaibkan. Kemasukan orang luar satu tindakan yang tidak bertamadun,” katanya.

Mengulas lanjut isu itu, “saya iringi Tuanku keluar dan Tuanku mengatakan baginda mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat.”

Mengenai tindakan susulan, Nizar yang Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak menambah:

“Kita mahu DUN Perak dibubarkan, kerana kerajaan sekarang tidak sah.”

Kata Nizar, beliau akan memohon menghadap Tuanku untuk tujuan tersebut dalam waktu terdekat.

Ketika ditanya sama ada akan mengambil tindakan undang-undang, Nizar berkata, pasukan peguam pihaknya akan meneliti soal itu. (mstar)

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: