jump to navigation

Negara mampu makmur tanpa BN May 5, 2009

Posted by nikmj in General, harakahdaily, islam, malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , , , ,
trackback

Orang Melayu dan kaum-kaum lain di negara ini kini mulai yakin tanpa Umno dan Barisan Nasional (BN) rakyat masih mampu mengecapi kemakmuran dan kesejahteraan.

Ini dapat dibuktikan apabila rakyat di Kelantan, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak mampu meneruskan kelangsungan hidup seperti biasa tanpa kerajaan BN.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, masyarakat berbilang kaum mulai sedar retorik Umno dan BN yang memperbodohkan mereka selama ini.

“Sebelum ini ramai di kalangan rakyat dipengaruhi dakwaan kononnya hanya Umno dan BN sahaja yang mampu menjamin kesejahteraan hidup rakyat.

“Kita pernah dengar kenyataan rakyat Malaysia tidak akan maju tanpa Umno-BN. Sangkaan itu sekarang semuanya meleset,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung PAS Pasir Puteh kali ke-50, di sini, kelmarin.

Image

Menurutnya apabila rakyat faham dan yakin dengan kemampuan Pakatan Rakyat secara tidak langsung survival politik Umno akan menuju kehancuran.

Contoh terbaru dapat dilihat pada pilihan raya kecil Bukit Gantang, apabila 85 peratus pengundi Cina dan 65 peratus India memberi sokongan padu kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.

Muktamar tersebut diadakan di Maahad Saniah dekat sini. Pada mesyuarat itu Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mohamed kekal sebagai Yang Dipertua PAS kawasan biar pun berlaku pertandingan tiga penjuru.

Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat pula mengekalkan jawatan Timbalan Yang Dipertua. Manakala Adun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim memenangi jawatan Naib Yang Dipertua.

Iskandar yang juga anggota Exco kerajaan Selangor berkata, tindakan kerajaan persekutuan menukar Pengarah Jabatan Pertanian di negeri terbabit secara tergesa-gesa boleh membantut usaha meningkatkan hasil padi di Selangor.

Beliau percaya tindakan itu dilakukan orang politik bagi menyekat kepakaran seseorang individu yang boleh memberi manfaat kepada rakyat.

Katanya daerah Tanjung Karang dan Sabak Bernam merupakan kawasan tanaman padi utama di Selangor.

“Kenapa pegawai yang berjaya melaksanakan projek meningkatkan pengeluaran padi tiba-tiba ditukar,” tambahnya. (Harakahdaily)

Comments»

1. Negara mampu makmur tanpa BN - May 5, 2009

[…] Original post by nikmj […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: