jump to navigation

Jutawan OIM ke3 jatuh kepada Tomok – Malaysiakini May 2, 2009

Posted by nikmj in Entertainment, General, mstar, National, news.
Tags: , , , , , , ,
trackback

Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail yang pada awalnya `tersingkir’ berjaya menjuarai One In A Million (OIAM) musim ketiga sekali gus meraih RM1 juta, semalam.

JUTAWAN OIAM… Tomok melakar sejarah menjadi pemenang lelaki pertama.

Ini kerana sebelum persembahan bermula, pengacara Marion Caunter mengumumkan penyanyi utama New Boyz itu tersingkir ekoran mendapat jumlah undian khidmat pesanan ringkas (SMS) terendah sepanjang minggu lalu.

Bagaimanapun, Tomok seolah-olah `mati hidup kembali’ apabila orang ramai membuat keputusan mengkehendaki tiga finalis beraksi di peringkat akhir.

KUCUPAN DAN DAKAPAN ibu bapa tersayang mengiringi kejayaan Tomok.

Sebelum ini, mereka berpeluang berbuat demikian menerusi undian di laman web http://www.8tv.com.my/oiam.

Ternyata Tomok membalas kepercayaan mereka dan menterjemahkan peluang keemasan itu dalam bentuk persembahan terbaik pada malam itu.

Tomok membawakan lagu Hanya Kau Yang Mampu (Aizat) dan Rindu Terhenti yang merupakan lagu baru ciptaan Aubrey Suwito dan dilirikkan Tinta STIGA FINALIS OIAM …(dari kiri) Esther, Tomok dan Aweera.

Penyanyi berusia 24 tahun itu dalam sidang akhbar berkata, dia bersyukur diberi peluang untuk membuktikan keupayaan.

“Saya memanfaatkan peluang itu dengan memberikan apa-apa yang termampu. Alhamdulillah, saya berjaya akhirnya selepas menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran,” katanya.

Pertandingan OIAM peringkat akhir diadakan di Stadium Malawati di sini, semalam.

Dalam sidang akhbar itu, Ketua Pegawai Eksekutif 8tv, Ahmad Izham Omar mengumumkan Tomok meraih undian SMS tertinggi sebanyak 39.3 peratus diikuti Esther dengan 33.29 peratus dan Aweera (27.41 peratus).

Untuk rekod, keputusan sebenar itu hampir menyamai keputusan tinjauan mStar (sehingga 2 Mei, 1 pagi) sepanjang minggu ini iaitu, Tomok (39.8 peratus), Esther (34.5 peratus) dan Aweera (25.7 peratus). (Mstar)

Comments»

1. Esther.zhen - May 4, 2009

i love tomok too^-^

2. ana - May 4, 2009

congratulation kak tomok……!!! semoga makin berjaya…
ana penggemarmu dari indonesia………!!!
salam kenal…………..!!!

3. ana - May 4, 2009

i love u tomok…..!!!!

4. Imel - May 7, 2009

Slamat y k’tomok smoga mkin jaya truzzz,dari pnggemarmu imel di indonesia

5. Imel - May 7, 2009

Kamu memang the best k’tmok,aku slalu mengikuti perjalananmu dari dulu

6. Emy - May 22, 2009

K’tomok selamat ya..senang sekali dech emy semenjak tau k’tomok ku sang juaranya.krna itu yg emy harap2kan..sekali lagi sELaMaT yaCh.,aq emy penggemar dr indonesia akan terus support k’tomok! Cia you..!

7. muhd zahirul faiq - November 17, 2009

yo tomok…lw nk tw mke kte hmpir nk serupe..huhu
ak akn sntiase sokong kamu….
ak zahirul faiq,semoge dpt knl dgn lebih rapat k…bye


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: