jump to navigation

Utusan damai ke Jakarta dihantar Tengku Fakhry April 28, 2009

Posted by nikmj in General, malaysiakini, National, news.
Tags: , , , , , , , ,
trackback

Tengku Temenggung Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Tuanku Ismail Petra telah menghantar “utusan” untuk menemui ibu mertuanya, Daisy Fajarina, di Jakarta bagi mendamaikan hubungan antara kedua belah pihak, kata teman rapat pasangan tersebut, Mohd Soberi Shafii.

manohara odelia pinot indonesia model blog website 230409Mohd Soberi – yang mengaku kerap bersama pasangan tersebut sejak pertemuan pertama Manoharan Odelia Pinot dengan Tengku Muhammad Fakhry tiga tahun lalu – berkata utusan tersebut berlepas ke Jakarta semalam.

“Beliau pergi jam 2 (petang semalam). Saya rasa ibu Manohara (Daisy) tidak mahu berjumpa. Tetapi kita hantarlah,” katanya yang kerap menggunakan slanga Indonesia dalam perbualannya.

Mohd Soberi bersetuju menemui Malaysiakini, sebuah agensi berita Indonesia – Antara – dan sebuah stesyen TV republik itu – TVOne – untuk menceritakan versi beliau mengenai isu sensasi itu. Pertemuan hampir sejam itu berlangsung di sebuah terkemuka di ibunegara petang semalam.

Menurut Mohd Soberi, utusan itu juga diminta terus menjaga kebajikan ibu bekas model terkenal itu dan kakak beliau, Dewi Asih Pinot.

mohd soberi shafii“Istana tidak mahu campur,” kata Mohd Sobri bahawa utusan tersebut bukan wakil rasmi Istana Kelantan.

Sehubungan itu, kata Mohd Soberi (foto), penyelesaian konflik pasangan tersebut kini “terpulang” kepada sikap ibu Manohara.

Tarik balik larangan

“(Perkara itu) terpulang kepada Daisy. Kalau (beliau kekal) agresif, masih berdendam, bagaimana (hendak selesai)?” kata seorang sahabat rapat kepada pasangan diraja itu, Mohd Soberi Shafii, yang mendakwa sering mengiringi pasangan tersebut. 

Daisy sebelum ini mendakwa anaknya itu diculik dan didera kerabat diraja Kelantan itu. Isu itu mendapat perhatian besar, khususnya media Indonesia apabila Daisy tampil membuat kenyataan akhbar, mendesak campurtangan pemerintah republik itu.

Daisy juga berkata, beliau tidak dibenarkan masuk ke Malaysia, yang didakwanya atas arahan Istana Kelantan. Bagaimanapun, pihak imigresen menarik balik larangan tersebut Isnin lalu, atas Kementerian Dalam Negeri (KDN).

manohara odelai pinot mother daisy fajarina 230409Mohd Sobri juga berkata tidak perlu Duta Besar Indonesia di Malaysia, Dai Bachtiar membuat kunjungan ke Istana Kelantan berhubung perkara itu.

“Itu sudah jadi (hal) kerajaan. Kerajaan hendak masuk istana, kena sebaik-baiknya. Untuk apa (ke istana)? Kalau Pak Bachtiar pergi, tetapi ibu Daisy (foto) terus menghuru-harakan keadaan bagaimana?” soalnya.

Mengenai dakwaaan Daisy bahawa Tengku Temenggung Kelantan itu ‘menculik’ Manohara selepas selesai mengerjakan umrah, Mohd Soberi menjelaskan, ia berpunca daripada salah faham semata-mata.

“Pemandu di Jeddah tidak tahu. Dia bawa Daisy ke tempat jet (akan berlepas) juga. Itu yang jadi kelam-kabut sikit. Jet bila tutup pintu, tidak boleh buka dah. 

Pulang dari Umrah

“Jadi, tertinggalah beliau (Daisy). Itu saja, itu yang beliau kata culik itu,” katanya sambil menambah, Daisy sepatutnya pulang menaiki penerbangan lain.

Mohd Sobri berkata, beliau juga berada di situ dan menaiki jet yang sama dengan Tengku Temenggung dan isterinya pulang ke tanahair.

Menurutnya, turut bersama mereka ialah seorang pengawal peribadi suami isteri itu.

“Ejen perlancongan lupa cakap pada pemandu kereta. Sepatutnya (selepas) turun dari hotel, kita ke jet, beliau (Daisy) ke (penerbangan) komersial.

manohara odelia pinot tengku fakhry kelantan selangor fa cup final 280409“Ibunya tak tahu. Bila ibu tengok anak naik jet, ibu menangis. Tetapi dalam kapal terbang, Manohara telefon beritahu (ibunya) mahu balik Kelantan dan ibu (pulang) ke jakarta,” katanya.

Mohd Soberi mendakwa ‘ketengangan’ antara kedua pihak itu bermula apabila Daisy didakwa menuntut kerabat diraja itu melangsaikan hutangnya.

“Beliau (Daisy) minta supaya Tengku TT (Tengku Temenggung) bayar hutang. Sedangkan TT telah beri RM300,000,” kata Mohd Sobri yang mendakwa hutang Daisy berjumlah RM600,000. 

“Satu malam beliau bertempik di rumah Tengku TT, tempik macam orang gila. Kenapa tak bagi wang? Anak sudah dikahwini. (Tengku) TT kata hendak bayar, (dan minta) acknowledgement RM300,000 yang telah dibayar sebelum ini,” kata Mohd Sobri.

‘Berjanji di depan Kaabah’

Selepas itu, katanya, Daisy menerangkan kepada Tengku Temenggung mengenai perbelanjaannya dari wang tersebut.

“Di situ (Daisy) mula marah, kaburkan (bawa pergi) anaknya ke Jakarta,” tambah Mohd Soberi.

Diminta menjelaskan keadaan semasa Manohara, beliau berkata, kedua pasangan itu sudah “berjanji dan berbai’ah” sebagai suami isteri daripada dunia sampai akhirat di depan Kaabah.

manohara odelia pinot tengku fakhry kelantan“Saya tanya Mano, masih mahu (bersama Tengku Temenggung)? (Katanya) Kalau tak mahu, saya sudah minta minta cerai. (Tengku) TT adalah lelaki pertama dan terakhir saya. Itulah ucapan Manohara setiap kali saya tanya, berpuluh kali,” kata Mohd Soberi.

Beliau juga menjelaskan, Daisy dilarang masuk ke negara ini sebelum ini bagi mengelakkan beliau membuat ‘kecoh’ di Kelantan, tambahan lagi ketika itu menjelang hari keputeraan Sultan Kelantan Mac tahun lalu.

“Di sana beliau beritahu ejen perlancongan mahu ke Kelantan, suruh Manohara minta cerai. Mahu bawa balik Manohara. Kalau tak, beliau kecohkan hari keputeraan (Sultan). Ibu Daisy ini agresif, beliau tak takut sesiapa,” katanya.

Mohd Sobri berkata, pertemuan ibunya dengan gadis berumur 17 tahun itu tidak sesuai diadakan pada masa ini.

“Kalau kita pertemukan (mereka) saat ini, saat beliau marah dan berdendam, beliau nanti menghasut anaknya, (dengan berkata) kamu sayang akukah? Kamu mahu lihat aku matikah? Jadi Manohara tidak boleh stand itu,” katanya.

Ihsan Malaysiakini

Comments»

1. N for Nothing - April 28, 2009

Kenapa Tengku Fakhry gak ke jakarta langsung aja?? Musti kirim utusan segala? kalo memang benar kenapa musti takut?
Now I know why malaysia called Country

This is your last approved comment allowed, andsome of your unruly comment have to be deleted. You rude behavior is no longer tolerated. One thing you should realised is you are dealing with the palace and not layman like you. There are protocols have to be followed.

2. fidah - April 29, 2009

N for Nothing,
Terlebih dahulu anda harus tahu dan ngerti bahawa undang-undang Malaysia bukan untuk dilanggar! setelah saya teliti saya dapati kemelut kisah Manahora dan TT ini sebenarnya berpunca dari soal kemahuan sang ibu Manohara yang tidak dipenuhi…semasa saya berada di Indonesia dari 24-27 April 2009, saya hampir muntah melihat hampir setiap 15 minit, ibu manohara muncul di kaca televisyen, menangis, memberitahu anaknya telah diculik oleh TT, didera dan etc…mulanya saya kaget, hingga telefon kawan yang bertugas di sebuah media di Malaysia, untuk tahu lebih lanjut apa sebenar yang berlaku! ketika dlm flight untuk pulang ke KL, flight attendant menanyakan kenapa manohara diperlakukan sebegitu, konon katanya, TT menawarkan 10billion kepada ibu manohara supaya memutuskan pertalian anak dan ibu, saya bilang kita tidak perlu masuk campur hal hubungan isteri, suami dan ibu mertua. Yang pasti Manohara baik2 aje tetapi wajah flight attendant ni berkerut seribu, saya tidak tau samada dia memahaminya atau sengaja tidak mau memahaminya!

3. siska - May 1, 2009

i’m not a fan of anybody in this case.nevertheless,i do somehow rather know the kelantan family.hearring all these news frighten me but sincerely hard for me to belive cause as for me the kelantan royal family are one of the good royal family in malaysia(i think).
But if things truely happen as said by the girl’s mother,i just feel it’s not a good thing to do.as a mother myself of course i’ll go crazy if my daughter is been ill treated!!!!NO WAY!!!!
But if her daughter is happy with her husband i suggest as a mother BEHAVE YOURSELF and respect your daughter’s decision!don’t ask toooo much.always remember life is short!$$$$$ is everything in this world ok!!!

4. siska - May 1, 2009

correction,$$$$$$ is NOT everything in this world!!!!!!

5. siska - May 1, 2009

i’m not a fan of anybody in this case.nevertheless,i do somehow rather know the kelantan family.hearring all these news frighten me but sincerely hard for me to belive cause as for me the kelantan royal family are one of the good royal family in malaysia(i think).
But if things truely happen as said by the girl’s mother,i just feel it’s not a good thing to do.as a mother myself of course i’ll go crazy if my daughter is been ill treated!!!!NO WAY!!!!
But if her daughter is happy with her husband i suggest as a mother BEHAVE YOURSELF and respect your daughter’s decision!don’t ask toooo much.always remember life is short!$$$$$ is NOT everything in this world ok!!!

6. uni. Manokwari/papua barat - May 1, 2009

Kasihan sekali manohara! mungkin dia belum dewasa, waktu menikahkan usianya masih 16 tahun lebih sedikit. jadi dia belum bisa melakukan langkah yang mana yang harus ditempuh. di lain pihak dia mencintai ibunya dilain pihak juga dia terlanjur nikah sama TT, saya berdoa semoga masalahnya cepat selesai! dan kepada semua para gadis harus behati – hati dalam melngkah, apalagi dalam hal perkawinan. jangan dulu memikirkan perkawinanlah, kalau masih bisa kita sekolah dan bekerja.Jodoh tuhan yang atur.kalo sudah begini separti kasusnya “manohara” kita tidak bisa berbuat apa-apa. masih dalam satu negara aja kita sudah jungkir balik urusi urusan yang berbau-bau KDRT, apalagi kalu sudah beda negara. Tapi semua itu ada hikmahnya. kepada ibu manohara supya diberikan ketabahan, karena dimana ada gelap pasti ada terang.!

7. Ela - May 3, 2009

Ibu Daisy bilang,TT menikahi Mano krn telah trlanjur berzina dg Mano.
Saya rasa itu juga bagian dr taktik TT untuk ‘mengikat’ Mano.
Klo memang tidak terjadi sesuatu yang buruk,buatlah press conference,biarkn Mano bicara.kerajaan Kelantan pasti berisikan orang-orang moderat nan intelek yang juga peduli pada hak perempuan.biarkan Manohara bertemu media dan bicara tanpa tekanan.dengan begitu masyarakat Indonesia akan lega dan semakin respect terhadap keluarga TT.

8. asrol kelate - May 4, 2009

“Wahai orang-orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Surah al-Hujurat: ayat 6)

http://www.rakyatkelantan.blogspot.com/

9. ms_stawberry - May 16, 2009

siapa yang bersalah ni?tak faham lah?hari hari dengar berita tak baik..apa ni..yang mana betul ni?buat tengku temenggong kelantan n cik puan manahoara plesae jaga lah hubungan baik antara satu..jangan bergaduh..tuanku tu anak raja kelantan..take care about the family..please please…cinta lah sesama sendiri ok ..dari brunei darussalam..

10. jam - May 18, 2009

yesterday,i’m juz got to know this problem and i amat terkejut/surprise.because last month at the first time i saw both of them at one ceremony.Manohara looked so happy,friendly n of course gorgeous!!! from their face especially Manohara i didn’t know that they have a big problem.it seems like Manohara is very happy with her husband.then,after reading of all this, i don’t know which side is true.is it what i saw at the ceremony is just lakonan/kepuraan from both of them????both of them just know it.but, all the best to them n hopefully bisa diselesaikan masalah ini secepatnya.

11. nikmj - May 27, 2009

Ada khabar gembira buat ibu Manohara Odelia Pinot, menantu Sultan Kelantan, apabila dijanjikan akan ada satu pertemuan dengan anaknya yang berpisah sejak Mac lalu.

Khabar baik kepada Daisy Fajarina itu menyusul sehari selepas menerima tamparan hebat apabila sebuah organisasi pejuang wanita Pusat Bantuan Krisis Ratna Sarumpaet (RSCC) enggan membantunya kerana tiada bukti diserahkan berhubung dakwaan penderaan putera Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra.

Akhbar dalam talian Detik.com hari ini melaporkan, wakil istana itu Datuk Kadar Shah Sulaiman menjanjikan satu pertemuan antara Manohara Odelia, kini digelar Cik Puan Temenggong Kelantan, dengan ibunya “secepatnya” setelah timbul dakwaan kontroversi sebulan lalu.

“Kami dapat keputusan untuk menyelesaikan persoalan ini secara kekeluargaan. Sekarang ini yang paling penting saya bisa mempertemukan ibu Daisy dengan anaknya,” Kadar Shah dipetik berkata di sidang media di sebuah hotel di Jakarta.

Pemimpin Umno dari Muar itu hadir bersama Daisy.

Ibu Manohara Odelia sendiri dilaporkan mengenali Kadar Shah sejak lama dan menghormatinya.

Pada 20 April lalu, dalam satu sidang media di Jakarta, Daisy mendakwa beliau mempunyai bukti penderaan tersebut dan maklumat mengenainya disampaikan oleh orang istana sendiri yang bersimpati dengannya.

Beliau juga cuba mendapatkan bantuan polis dan jabatan kerajaan Indonesia untuk bertemu dengan Manohara Odelia setelah gagal berbuat demikian atas alasan dilarang masuk ke Malaysia.

Jabatan Imigresen segera menarik balik larangan tersebut setelah isu itu muncul meluas di kedua-dua negara berjiran ini.

Menurut media itu lagi, pertemuan tersebut kemungkinan diadakan di Singpura – seperti permintaan Daisy – dan kebetulan Sultan Kelantan sedang menerima rawatan di republik pulau itu.

Akhbar dalam talian yang terkenal itu menambah, selepas sidang media hari ini, Kadar Shah akan pulang ke Malaysia untuk bertemu dengan Manohara Odelia dan bertanya khabar.

Beliau dilaporkan dijadula bertemu bekas model muda Indonesia itu sama ada Jumaat atau Sabtu ini.

Setelah pertemuan itu, barulah akan diatur pertemuan Manohara Odelia dengan ibunya (foto kiri).

Akhbar yang sama semalam melaporkan Ratna Sarumpaet, seorang aktivis wanita dan penggiat seni popular Indonesia, berkata Daisy tidak pernah mengemukakan bukti kepadanya dalam usaha RSCC memberi khidmat bantuan guaman.

“Berulang kali kami minta bukti, seperti baju bekas diperkosa tetapi tidak bisa. Selalu alasannya sakit. Tetapi paginya sakit, siangnya dia diwawancara di hotel.

“Saya menjadi ragu dengan perjalanan kasus ini,” Ratna dipetik berkata akhbar internet itu.

RSCC kemudian membuat keputusan menarik balik kesediaannya membantu Daisy, lapor Detik.com lagi.

12. nikmj - May 30, 2009

Perjuangan Daisy Fajarina untuk bisa kembali berbicara dengan putrinya Manohara Odelia Pinot akhirnya membuahkan hasil. Ikuti video perbualannya disini

https://nmjnh.wordpress.com

13. nikmj - June 2, 2009

Model Indonesia Manohara Odelia Pinot, isteri Tengku Temenggong Tengku Mohamad Fakhry Sultan Ismail Petra, kembali menjadi tumpuan dengan mendakwa beliau telah dianiayai oleh suami dari kerabat diraja Kelantan itu.

Semalam, model berusia 17 tahun itu menjadi tumpuan media cetak Indonesia selepas “lari” ketika berada di Singapura.

Laporan Banjarmasin Post yang memetik Manohara, yang berkahwin dengan Tengku Mohamad Fakhry, 31, tahun lalu berkata, model itu telah melarikan diri dari sebuah hotel di Singapura kelmarin.

Walaupun ditahan oleh pegawai-pegawai istana, menurut laporan tersebut, beliau telah diselamatkan oleh pihak berkuasa Singapura selepas terlihat menerusi CCTV yang Manohara sedang bergelut dengan mereka.

Manohara dilaporkan “bebas” dengan bantuan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Singapura dan kemudian disatukan dengan ibunya yang berada di tingkat bawah hotel berkenaan.

Pasangan Tengku Mohamad Fakhry dan Manohara berada di Singapura untuk menziarahi Sultan Kelantan yang kini menjalani rawatan di Mount Elizabeth hospital.

Berita Kompass pula melaporkan, Kementerian Luar Indonesia akan bertindak jika Manohara membuat aduan rasmi.

Laporan Jakarta Post menunjukkan Manohara dicium oleh ibunya, Daisy Fajarina di rumah mereka di Sipli, Jakarta Barat.

Daisy telah beberapa kali muncul dalam program gosip TV sambil mendakwa anak perempuannya telah diculik dan dianiaya oleh putera tersebut.

Jelas Daisy, beliau akan mengambil tindakan ke atas Tengku Mohamad Fakhry, dan menyalahkan pihak berkuasa Malaysia dan Indonesia yang cuba menutup kes penganiayaan ke atas anaknya itu.

“Perkara yang menjadi kebimbangan ternyata muncul benar. Manohara telah dianiaya secara fizikal. Dia juga telah dicederakan di bahagian dada dengan pisau cukur,” kata Daisy kepada AFP kelmarin.

Kata beliau, Manohara sudah pun memfailkan tuntutan cerai.

Pada sidang media sebaik sahaja tiba di Indonesia, Manohara mengesahkan dakwaan ibunya bahawa beliau telah dianiaya oleh Tengku Mohamad Fakhry.

Manohara yang dipetik AFP berkata, beliau masih “trauma” dengan apa yang terjadi selepas mendirikan rumah tangga tahun lalu.

Secara diam-diam, katanya, beliau telah memanggil polis Singapura dan merayu bantuan ketika berada di republik itu.

Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, kerajaan Malaysia tidak akan terlibat dalam kes tersebut.

“Saya merasakan ini lebih bersifat soal peribadi. Kita tidak harus diheret ke dalam situasi itu,” katanya di sini.

Belum ada komen daripada kerabat diraja Kelantan.

Peguam Manohara, Yuri Darmas berkata, model itu akan menjalani pemeriksaan untuk menyokong dakwaan telah dianiaya.

AFP memperoleh maklumat daripada laman web Detikcom, Indonesia memetik seorang kawan putera itu bahawa Manohara telah dibenar meninggalkan hotel secara sukarela dan menyalahkan ibunya mempengaruhi Manohara agar sengaja mereka cerita.

Kawannya, Mohd. Soberi Shafii berkata, model itu akan diperiksa oleh “seorang doktor berkecuali sama ada di Australia, Singapura atau London” untuk menyokong dakwaannya.

Source : http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/6/2/mstar_berita/20090601231101&sec=mstar_berita

14. Only me - June 2, 2009

wah..wah..message saya and others didelete neh..knp takut ya kebenaran telah datang???..

Moderator : All messages that tend to spread hates among races and creates racial disharmony in addition to the one that use vulgar words or contain sexual harrasment would be deleted. Please be rational and use proper words in commenting. TQ

15. norzam - June 3, 2009

hal rumah tangga memang macam tu la ada pasang dan surut jangan libatkan ibu bapa sendiri mesti seatlekan ……

16. norzam - June 3, 2009

ala hal rumah tangga sendiri seatle mak bapak tak leh leh la campur

17. ore klate - June 3, 2009

bo2 la manohara wey…nok jluwok doh dgr cite2 ni….jgn la dok buruk tok laki sndiri…bia makamah slesai sapo btol n sapo saloh..

18. dolah - June 3, 2009

awl sgt kawin umo 17….xtaw lg gapo2…money is nothing r daisy…

19. Beyaz - June 6, 2009

I heard from a source that Manohara ‘ mum doesnt have a good record at all when she was reciding in France. Apparently she was charged with abbetting ” sexual crime” with her husband in France and they couldnt return to France for fear that they will be arrested.

Well some one can check on it , if its true. Than we can confirm that her mother is a sick woman. From the whole story, this women is money crazy.

2. The Prince’s wife is too young to understand the protocols and plus
marriage life is not all about a bed of rosses. Tengku Temenggung definately love his wife, and are looking forward to make amends, no marriage is a bed of rosses, by not allowing the mother to disturb them I think again is a good atempts.

3. Its unfortunate for this marriage, because he is a Prince and she is a WHORE…( the mother inlaw) who will whore around on tv for money.
and the Princess is only 17 yrs old. If only they met when she is older and more mature..this will not happen..and if He is only a layman ..no one would take notice of this normal husband and wife squable.

4. I was in Kuwait when I saw their news on the news paper. I as a Kelantanese felt insulted by the news , insulted because my Prince has be humiliated by stupid marrital stories that was blown out of propotion.

5. And my Indonesian’s counterpart…even call Kelantan- Notorious
because of this news.

6. If someone can prove to the media that Manohara’s family is a sick family , therefore..that would save the name of my Royal Household.

20. nikmj - June 22, 2009


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: