jump to navigation

Saiful saman blogger Pahangdaily RM2j – Malaysiakini April 23, 2009

Posted by nikmj in General, malaysiakini, mstar, National, news.
Tags: , , , ,
trackback

Mohd. Saiful Bukhari Azlan, yang sebelum ini mendakwa telah diliwat oleh majikannya Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini memfailkan writ saman ke atas penulis laman blog pahangdaily.com kerana menyiarkan enam artikel berunsur memfitnah dan jahat.

Saiful berkata, dia mengambil langkah itu memandangkan penulis laman blog terbabit terus memfitnahnya dengan menyiarkan artikel-artikel yang menuduh dirinya terlantar sakit tenat ekoran sumpah laknat yang dibuatnya tahun lalu.

Bagaimanapun ketika ditanya siapa penulis laman blog berkenaan saiful enggan mendedahkannya.

Saiful tiba di mahkamah pada pukul 2.30 petang dengan ditemani ayahnya Azlan Mohd Lazim dan peguam Zamri Idrus.

“Biar kami serahkan writ saman ini kepada penulis dahulu.

“Kami tidak boleh dedahkannya sekarang,” kata Saiful kepada pemberita selepas memfailkan writ saman berkenaan di sini.

Dalam writ saman tersebut, Saiful mengemukakan tuntutan ganti rugi am sebanyak RM2juta daripada penulis blog berkenaan kerana memfitnahnya.

Pada 3 Mac lalu, Saiful membuat laporan polis terhadap blog berkenaan yang didakwa mengeluarkan enam artikel berunsur memfitnah dan berniat jahat terhadapnya.

Blog itu mendakwa Saiful menderita akibat kemaluannya bernanah dan sukar untuk membuang air kecil dan besar selepas melakukan sumpah laknat atau mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan sebelum ini.

Saiful mendakwa dirinya telah diliwat oleh Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Kes itu telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah Tinggi telah menetapkan 1 hingga 24 Julai untuk perbicaraan dakwaan kes liwat tersebut.

Perbicaraan akan didengar di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang menetapkan tarikh itu selepas kes berkenaan secara rasminya dipindahkan dari Mahkamah Sesyen semalam walaupun mendapat bantahan peguam Anwar, Sulaiman Abdullah.

Anwar, 61, menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara jam 3.01 petang hingga 4.30 petang, 26 Jun tahun lalu. (mstar)

Comments»

1. nikmj - May 28, 2009

This was posted on Susan Loone’s blog:

Susan,

I would like to write the following statement in the name of GOD whom I believe.

I am a government doctor in the rank of consultant working in Hospital Kuala Lumpur (HKL). I know personally the doctors who examined Saiful on that day – 28 June 2008.

The so-called medical report mentioned in the NST is a fabrication or imagination by the UMNO paper. There is no such medical report submitted to the polis yet.

When examining Saiful, the specialist could not find any signs of Saiful being sodomised. Saiful was very cheerful, unlike real sodomised patients who will usually be very sad and disturbed.

Saiful was subsequently admitted to the ward and observed for a day. He was completely well in the ward and not emotionally disturbed.

Please let RPK know of this.

Thanks.

This article was first published in Malaysia Today on 30 July 2008

Source : http://mt.m2day.org/2008/content/view/22453/84/


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: