jump to navigation

BN sengaja cari alasan gara2 takut kalah diPenanti – Malaysiakini April 20, 2009

Posted by nikmj in General, malaysiakini, National, news, Politics, suarakeadilan.
Tags: , , , , ,
trackback

 

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/cpa190409.jpgTindakan Barisan Nasional (BN) yang mungkin tidak akan bertanding pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Penanti, Pulau Pinang, disifatkan sebagai sekadar satu alasan yang sengaja diada-adakan.

Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dato K Mustafa Ali turut menyelar kenyataan yang menyebut bahawa perletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin tidak mengikut perlembagaan. 

Tidak betul,  setiap orang wakil rakyat yang dipilih, dari segi perlembagaan dia boleh hendak meletakkan jawatan

tidak ada masalah, bila dia merasakan ada sesuatu yang dia bertanggungjawab untuk berbuat demikian,”

katanya yang ditemui pihak media di Pejabat Perhubungan PAS, disini semalamhttp://www.buletinonline.net/images/stories/berita2/symbolvideo.gif.

Menurutnya, sudah ada kes ikutan (precedent case) dalam UMNO dulu, dimana Dato’

Shahrir Abdul Samad meletakkan jawatan dan bertanding semula.

Katanya, Shahrir yang juga ahli parlimen Johor Baharu, meletakkan jawatan tanpa sebab kecuali mahu menyatakan rasa tidak setuju kepada pemimpin UMNO pada waktu itu.

jadi dia letak jawatan, serahkan kembali kepada rakyat, pastikan ia sebagai satu suara rakyat, setuju atau tidak dengan pimpinan yang ada,

“dan dia menang dalam pilihanraya kecil itu, nak menunjukkan bahawa rakyat tidak setuju dengan cara pimpinan menangani keadaan politik dan pentadbiran negara pada waktu itu,”jelasnya

Mengulas lanjut isu DUN Penanti, beliau menegaskan, mungkin ada sebab-sebab yang munasabah yang menyebabkan Fairus dan dipersetujui oleh PKR untuk beliau meletakkan jawatan dan bertanding semula.

Katanya, bukannya suatu perkara yang mudah bagi satu-satu parti, bagi seseorang tanpa apa-apa sebab meletakkan jawatan. 

“Sebab parti menghadapi risiko bila ada pertandingan ada menang ada kalah, kalau kalah dalam pilihanraya, ertinya hilang satu keusi, kalau menang hanya balik kepada status quo, balik kepada asal, tidak ada untung apa-apa,”ujar beliau

Beliau turut meragui kenyataan Perdana Menteri, Datok Seri Najib Razak, tentang masalah terlalu banyak masa dan kewangan yang dibelanjakan untuk mengadakan satu pilihanraya kecil.

Beliau menyifatkan kenyataan Najib itu sebagai tidak ikhlas kerana lebih banyak wang kerajaan sebenarnya yang dibelanjakan secara membazir bukan untuk kepentingan rakyat secara langsung.

Kalau nak dibandingkan berapa banyak, ratusan juta duit kerajaan yang digunakan (secara) membazir bukan untuk kepentingan rakyat secara langsung,

“sebagai contoh di Terengganu, Piala Monsun dan pembangunan Pulau Duyung,” kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu. 

Beliau berkata, kos pengurusan pilihanraya boleh dikurangkan jika Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mahu.

Saya tidak nampak bagaimana kos (pilihanraya) ini jadi tinggi, misalnya pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu, saya pun terkejut bagaimana SPR dan polis boleh membelanjakan sehingga RM15 juta,

“tak perlu polis ramai-ramai begitu, polis dalam negeri Terengganu pun cukup, tak perlu buat Markaz Tektikal,

tegasnya yang pernah memberi jaminan kepada kerajaan bahawa situasi pilihanraya kecil Kuala Terengganu adalah selamat dan tidak mungkin berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. 

Katanya apa yang berlaku adalah kerana andaian-andaian yang tidak tepat oleh pihak kerajaan, kecuali pada pilihanraya kecil Batang Ai yang boleh difahami, memerlukan perbelanjaan lebih besar kerana berada jauh di pedalaman.

Beliau merasakan pilihanraya kecil DUN Penanti juga tidak akan berlaku sebarang masalah dan menegaskan kerajaan tidak perlu menghantar petugas keselamatan yang terlalu ramai.
 
“Kita buat berlebih-lebihan,memberikan andaian yang salah, malah sebenarnya saya rasa mungkin dia (kerajaan) buat demikian ada matlamat, matlamat saikologi, bila polis ramai akan menakutkan orang, lagi tak baik bagi demokrasi,”

Duit rugi, anggapan salah, dan tak perlu benda-benda macam ini, SPR boleh buat biasa, polis boleh buat biasa,“tidak perlu bimbang, tidak perlu takut, ini sengaja diada-adakan,”tambahnya 

Lihat Video Klip

Ihsan Suara Keadilan Online

Comments»

1. nikmj - April 20, 2009

Bukti BN takut tanding kat Penanti yang dicilok dari Mutaligat
Ingatkah tuan-tuan bagaimana Barisan Nasional sewenang-wenangnya menyuruh Ahli Parlimen dan ADUN mereka meletakkan jawatan tanpa sebab yang kukuh hanya kerana untuk menukar Menteri Besar.
Perkara ini pernah berlaku selepas bekas Menteri Besar Selangor Muhammad Muhammad Taib meletakkan jawatan pada 1997 selepas dirinya dilanda dengan seribu satu masalah iaitu isu bawa lari wanita dan bawa duit ‘cash’ keluar negeri dengan banyak.
DUA kerusi dikosongkan iaitu Ahli Parlimen Kuala Selangor Abu Hassan Omar mengosongkan kerusi Parlimen Kuala Selangor dan Adun Permatang Jamaluddin Adnan mengosongkan kerusi beliau pada 2 Mei 1997.
Pilihanraya kecil Kuala Selangor dan Permatang diadakan serentak pada 29 Mei 1997 dan Abu Hassan menang dan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru dan Jamaluddin Adnan menjadi Ahli Parlimen Kuala Selangor. Tidakkah ini membazir? Mengapa BN melakukan perkara sedemikian yakni berani meletakkan jawatan sedangkan ianya sudah tentu membazirkan duit rakyat. Bukan satu DUN malah satu DUN dan satu Parlimen.
Sebenarnya bukan niat BN untuk tidak membazirkan duit rakyat dengan tidak bertanding di Penanti. Tetapi sebab sebenarnya ialah mereka tahu BN akan dimalukan dengan semalu-malunya kali ini setelah tewas 4-0 sebelum ini.
Terima Kasih kepada Pyan kerana mengingatkan saya semula kepada sejarah lama ini.

Source : http://mutaligat.blogspot.com/2009/04/bn-penipu-tak-mahu-tanding-prk-penanti.html

2. Dulani's Blood - April 21, 2009

PM tidak ambil kesah betapa pentingnya prestasi partinya dan BN, dengan tidak bertanding di Petani beliau tidak menghormati penyokongnya disana, beliau juga tidak tahu bertambah atau berkurangnya penyokong parti, tindakan susulan atau strategi untuk memenangi hati rakyat tidak dapat dilaksanakan dengan tepat sebab tidak ada rujukkan (tidak turut serta)…

Adalah amat penting untuk menyimpan ‘indicator’ walaupun mengetahui kawasan itu tidak dapat dimenangi, ianya sebagai menghormati penyokong di kawasan tersebut, sekiranya dikatakan membazir… sebenarnya peruntukkan untuk kes-kes adhoc memang disediakan..

Adakah tindakan PM menampakan suatu fobia setelah kalah bertubi-tubi dalam pilihanraya kecil?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: