jump to navigation

Nabil bintang paling popular 2008 April 13, 2009

Posted by nikmj in Entertainment, General, malaysiakini, mstar, National, news.
Tags: , ,
trackback

Juara Raja Lawak musim kedua, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil dinobatkan sebagai Bintang Popular 2008 sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang berlangsung di sini, malam tadi.

Kejayaan Nabil itu sekaligus menewaskan penyanyi sensasi Mawi yang telah mengungguli gelaran tersebut tahun lalu selama tiga tahun berturut-turut.

Nabil turut berjaya meraih dua anugerah iaitu untuk kategori Artis Komedi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular.

Selain Nabil, artis yang baru pertama kali memenangi anugerah pada acara berprestij itu ialah Stacy menerusi kategori Artis Baru Wanita Popular, Meet Uncle Hussein (Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular), Noorkhiriah (Artis Komedi Wanita Popular) dan Que Haidar (Pelakon Filem Lelaki Popular).

Paling menarik, Datuk Siti Nurhaliza berjaya mengekalkan gelaran Penyanyi Wanita Popular bagi 12 tahun berturut-turut manakala Mawi buat kali keempat tetap menjadi pilihan untuk merangkul gelaran Penyanyi Lelaki Popular.

Kumpulan nasyid Rabbani pula kali kelapan masih terpilih sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular.

Pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi buat kali keenamnya berjaya meraih gelaran Pengacara TV Lelaki Popular manakala Fara Fauzana dipilih sebagai pemenang gelaran yang sama bagi kategori wanita.

Fara turut meraih anugerah bagi kategori Penyampai Radio Wanita Popular manakala rakan seperjuangannya, Faizal Ismail memenangi gelaran Penyampai Radio Lelaki Popular.

Pelakon Rosyam Nor dan Dynaz berjaya merangkul anugerah bagi kategori Pelakon TV Lelaki/Wanita Popular.

Maya Karin pula meraih gelaran Pelakon Filem Wanita Popular.

Dalam pada itu, penyanyi Jamal Abdillah turut diberi pengiktirafan untuk menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.

Comments»

1. Nabil bintang paling popular 2008 - April 13, 2009

[…] Original post by nikmj […]

2. waksan - April 15, 2009

Dengan tiga patah perkataan yang terakhir dalam setiap persembahan lawaknya, ‘Lu pikirlah sendiri’ Nabil telah membolot anugrah yang lumayaan dan melonjakkan lagi namanya.
Namun lawak2nya belum pernah lagi dapat mencuit hati wak jauh sekali dapat membuat wak tertewa -tergelak kerana krlakarnya banyak yang tak kelakar.
Apa pun syabas Nabil budak Kg Latak, , jln. masuk ke Kg.Kayu Ara, Mambau ,Seremban.

3. How I Lost Thirty Pounds in Thirty Days - May 4, 2009

Hi, good post. I have been thinking about this issue,so thanks for writing. I will definitely be subscribing to your posts.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: