jump to navigation

Chedet sitikus yang menggantung loceng dileher kucing – Malaysiakini April 6, 2009

Posted by nikmj in By election, DUN Bukit Selembau kedah, General, harakahdaily, malaysiakini, mstar, National, news, Parlimen Bukit Gantang Perak, Politics.
Tags: , , , , , , , ,
trackback

SEORANG perwakilan Umno daripada Pulau Pinang mengejutkan perhimpunan agung Umno pada tahun 1991 dengan pertanyaan sinis: “Siapakah tikus yang sanggup menggantungkan loceng di leher kucing.”

Dewan Merdeka PWTC tempat berlangsungnya perhimpunan agung Umno itu tiba-tiba menjadi senyap sunyi. Masing-masing perwakilan yang sebelumnya bersorak-sorai apabila Raja-raja Melayu dihina dan dipermain-mainkan sepanjang tiga hari perhimpunan itu berlangsung mula berasa seram sejuk.

Sepanjang tiga hari, perhimpunan Agung Umno tahun itu berubah menjadi ‘sidang penderhakaan’ terbesar Melayu terhadap Raja-rajanya. Tidak cukup dengan kata-kata nista dan cemuhan yang dilemparkan terhadap Raja-raja Melayu, media massa pro-Umno juga turut menyiarkan ucapan-ucapan perwakilan dan pemimpin Umno yang mengecam dan mempersendakan Raja-raja.

Matlamatnya satu, mahu perlembagaan dipinda bagi membataskan kuasa dan menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu.

Dato’ Zainal Abidin Sakom, wakil Umno Selangor yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar waktu itu menjadi wira dalam perhimpunan itu. Beliau tanpa segan silu dan tidak beradab menyerang peribadi Sultan Selangor. Zainal turut menyerahkan senarai salah laku Sultan Selangor kepada Dr Mahathir untuk didedahkan kepada rakyat.

Penderhakaan terbuka Zainal menaikkan semangat para perwakilan Umno. Satu demi satu aib Raja-raja Melayu didedahkan dan keaiban-keaiban ini disiarkan oleh media elektronik pro-Umno secara langsung dan media cetak pro-BN keesokan harinya.

Bagaimanapun cerita tikus dan kucing oleh perwakilan Umno Pulau Pinang itu tiba-tiba mengecutkan perut para perwakilan yang sebelum itu begitu biadap dan celupar menghina istana.

Tiada seorang pun perwakilan Umno yang berani menyahut cabaran perwakilan Umno itu sehinggalah ucapan penangguhan Presiden.

Dan ketika memberikan ucapan penangguhannya Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad (Dato’ Seri) dengan beraninya berkata: “Ada perwakilan yang bertanya siapa tikus yang berani menggantung loceng di leher kucing… Jawapannya kamilah… Kami yang berada di atas pentas ini (Ahli Majlis Tertinggi Umno).”

Maka bersorak-sorai para perwakilan Umno meraikan keberanian Dr Mahathir itu. Hasilnya satu Resolusi 4 Perkara telah diluluskan Perhimpunan Agung Umno untuk mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu.

18 tahun kemudian

Lapan belas tahun kemudian, di Bukit Gantang; Dr Mahathir yang baru dua hari menyertai Umno mencerca calon PAS, Dato’ Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin kerana kononnya menderhaka kepada Sultan Perak.

…’Saya pohon derhaka’. Cukup special. Tidak pernah dengar perkataan ini sejak (peristiwa) Sultan Mahmud mangkat dijulang, inilah kali pertama kita dengar,” kata Mahathir dihadapan ribuan penyokongnya.

“Kalau tidak bersetuju (kepada raja), kita tidak bersetuju, OK. Tapi jangan sampai kata mohon menderhaka. Wah, bukan main, besar,” kelentong Dr Mahathir.

Tidak payahlah rasanya untuk kita mengulas kenyataan ‘negarawan’ itu. Sejarah panjang pentadbiran Mahathir sudah cukup untuk menyaksikan peri derhakanya beliau kepada Raja-raja Melayu.

Cuma dikesalkan adalah kelompok Melayu penyokong Umno di Bukit Gantang yang masih bersorak-sorai menyokong Dr Mahathir, si tikus tua yang kononnya masih punyai aura untuk memartabatkan Umno dan BN.

Ucapan Dr Mahathir di Batu 2.5 Jalan Simpang dalam kawasan parlimen itu lebih kurang 40 minit disiarkan secara langsung melalui TV1 mulai kira-kira jam 11 pagi.

Ini amat menyedihkan kerana BN terpaksa menyalah gunakan segala kuasa yang ada (Patutkah RTM menyiarkan secara langsung ceramah memancing undi untuk BN sahaja? Jika anak jantan kenapa tidak diadakan debat terbuka antara semua wakil bertanding secara langsung diTV), hanya sekadar untuk merampas kerusi Parlimen di Bukit Gantang. Adakah mereka lupa yang ketidakadilan ini boleh dihidu oleh pengundi yang seterusnya akan mengundi Pakatan Rakyat hanya sekadar protes diatas kealpaan BN?

Sungguh benar kenyataan Dr Mahathir… “Melayu mudah lupa”._ (Harakahdaily)

Comments»

1. RMAF Captain - May 22, 2009

I HATE TO COMMENT THIS….BUT…U HVE TO DO MORE RESEARCH AND UNDERSTAND THE ISSUE…

2. nikmj - May 23, 2009

To RMAF,
If you have more complete reasons and data about why UMNO did that thing to the Rulers, please share with us so that everyone can understand better the issue. TQ


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: