jump to navigation

Selamat Tinggal Pak Lah – Malaysiakini April 3, 2009

Posted by nikmj in islam, malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , , , ,
trackback

 Semalam adalah hari bersejarah bagi Malaysia dimana Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang lebih mesra dengan panggilan Pak Lah telah meletakkan jawatan sebagai PM yang kelima.

Sepanjang pemerintahan beliau selama dua penggal (1918 hari) bermula 30 Oktober 2003 sehingga 2 April 2009, beliau mencatat rekod kemenangan terbaik BN pada PR11 dan kemenangan terburuk BN pada PR12.

Berikut adalah hasil survey yang dilakukan di The Blog Of My Life selama 3 bulan berkenaan gelaran yang sesuai diberikan untuk beliau apabila beliau bersara.

pak lah title survey

pak lah title survey

Berdasarkan survey ini, 24% yang mewakili 482 undian dari keseluruhan 1975 undian memilih untuk menggelarkan beliau Bapa Mertua KJ. Tempat kedua adalah Bapa Kemusnahan UMNO.

Ini amat jauh dari peratus undian untuk lain-lain sebanyak 4% sahaja yang mewakili 70 undian. Yang dimaksudkan dengan lain-lain ini adalah termasuk yang diwar-warkan oleh kerajaan iaitu Bapa Pembaharuan dan Integriti.

Berdasarkan undian ini, nampaknya majoriti orang UMNO begitu seronok Pak Lah berhenti dan mereka lebih suka UMNO kekal dalm keadaan penuh korupsi sebelum pemerintahan Pak Lah dan UMNO semacam tidak mahukan perubahan kearah kebaikan.

Pada hemat saya Pak Lah bukanlah seburuk yang disangka oleh mereka yang menentangnya. Perkhidmatan beliau tidak boleh dirujuk semasa beliau menjadi PM sahaja kerana sebelum itu beliau merupakan seorang yang amat dihormati oleh kawan dan lawan.

Oleh yang demikian, secara amnya saya menggredkan beliau pemimpin gred B iaitu OK tapi masih ada ruang untuk perubahan yang lebih baik (alangkah baik jika beliau kurang tidur). 

Masalah negara dan UMNO tidak boleh diletakkan dibawah batu jemala beliau seorang kerana ia masalah bersama akar umbi yang harus diselesaikan. Contohnya dalam UMNO memang politik wang sudah lama berlaku tanpa diambil tindakan tegas dan masalah ekonomi pula, adalah masalah dunia bukan Malaysia sahaja.

Rakyat harus terima kenyataan bahawa Pak Lah bukanlah seorang hero yang boleh menyelesaikan semua masalah. Namun beliau telah menggunakan kedudukan dan amanah yang dipertanggungjawabkan keaatas beliau dengan berusaha sebaik mungkin untuk melakukan perubahan terbaik walaupun beliau sedar itu adalah cubaan melawan arus dalam UMNO.

Yang pasti tindakan meletakkan jawatan adalah suatu tindakan ihklas lagi murni yang patut dijadikan teladan oleh para pemimpin UMNO yang lain. Jangan tunggu sampai rakyat menyampah tengok muka sama berkurun macam orang gila kuasa dan tidak mahu berundur memberi peluang kepada mereka yang lebih layak untuk berkhidmat.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: