jump to navigation

Malaysiakini : Kisah benar dimasjid Simpang Taiping March 30, 2009

Posted by nikmj in By election, General, islam, malaysiakini, mstar, National, news, Parlimen Bukit Gantang Perak.
Tags: , , , , ,
trackback

Berlaku sedikit kekecohan selepas solat Magrib dimasjid Simpang Taiping gara-gara keangkuhan UMNO.

Berikut adalah laporan dari mstar online,

Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Hussin ketika dihubungi mStar Onlineberkata, Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid dan terus mengimamkan solat Maghrib.

“Orang-orang dia (Nizar) minta mikrofon untuk Nizar berucap selepas Maghrib tetapi tidak diberikan, telah dihalang oleh Pengerusi Masjid (Yahaya Sulaiman).

Rosli yang turut hadir ketika kejadian berkata, tidak berlaku apa-apa kekecohan besar dan kumpulan Nizar telah meninggalkan majlis selepas itu.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir pada majlis tersebut.

Mengulas isu yang sama, Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, Nizar bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak.

Cuak dengan laporan berat sebelah tersebut, saya melayari blog DS ir Nizar sendiri dan ini jawapan beliau.

Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turu mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derkaha!

Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.

Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.

Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat “wa’tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu…. ” dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.

Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma’mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.

UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama’iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato’ Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.
Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.

Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, “jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir”. Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan “ajaib” tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.

Semuga pembaca blog semua dapat menilai apa yang sebenarnya terjadi. Saya hanya menyampaikan, mungkin mereka yang hadir disitu dapat memberi penjelasan lebih lanjut. Bagi saya, adalah hak imam meminta sesiapa yang baginya layak untuk menyampaikan tazkirah selepas solat maghrib. Jika dinilai dua cerita diatas, nampaknya UMNO yang menggunakan masjid untuk berpolitik.

Comments»

1. akim - April 1, 2009

insyaAllah, yg benar pasti menang…

2. nikmj - April 3, 2009

Jawapan imam ini, ana petik dari blog aabo@anak sengat berkaitan dengan isu rampas kuasa di masjid dek kerana DS Ir Haji Mohamad Nizar, Jamaluddin calon Pakatan Rakyat pada PRK P059 yang menjadi iman di Masjid Simpang, manakala Dr Zambry AK dan TS Muhyidin Yassin menjadi makmun.
Kata Imam: Memang saya yang jemput Nizar jadi Imam semasa solat Magrib di Masjid Simpang Taiping.
Punca isu : LINK
Anak Sengat dapat bercakap dengan Pak Imam itu mellalui talian hanfonnya.. Pak Imam dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Mungkin memikirkan nasibnya yang akan terjadi selepas ini.
Pak Imam: . ” Memang ana imam yang bertugas masa tu dan memang ana yang jemput DS Nizar jadi imam”
Masa ana datang Maghrib, DS Nizar telah ada, memang ana difahamkan beliau akan solat di situ..tak pulak dengar cerita umNO nak buat bacaan Yasiin. Mungkin depa dah tahu DS Nizar nak ke situ… ( mengikut catatan, Zamri memang banyak kali di apati menjejaki DS Nizar setelah DS Nizar hadir di sesuatu tempat sejak mula merampas kuasa ) Ana tak perasan ada Zamri dan TS Muhyiddin Yassin.. Ana terus bagi pada DS Nizar jadi imam.
Selesai menjadi imam dan wirid DS Nizar melepaskan pembesar suara lalu diambil oleh seorang imam luar yang diangkut ke situ (dia habak dia ustaz MPT: Bior betul beb !-MPT mana ada jawatan ustaz). Ana minta diserahkan pada anak pembesar suara itu, tetapi dia enggan menyebabkan anak meninggikan suara. mengatakan “ana imam di sini”.
Terkejut lalu dia terus menyerahkan ana mikrofon tu. Ana pun jemput orang yang jadi imam tadi hurai ayat “wa’tasimu” (aliImran) untuk beri tazkirah. Tiba tiba orang umNO bantah tak mahu tazkirah..politik kata mereka. Oleh kerana agak kecoh ana pun serah untuk baca Yasin. DS Nizar turut berada bersama ketika membaca Yasiin. Zamri telah keluar sebelum Yasiin dibacakan..tinggal Muhyidin dan Calon Ismal Safian.

Untuk seterusnya sila baca dihttp://politikbanjar.blogspot.com/2009/03/56-abo-bukit-gantang-imam-jawab-isu.html


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: