jump to navigation

UMNO tidak akan berubah selagi Islam diketepikan – Malaysiakini March 27, 2009

Posted by nikmj in General, islam, malaysiakini, National, news, utusan malaysia.
Tags: , , , , ,
trackback

Bukan mudah untuk mengubah sesuatu perkara yang sudah menjadi darah daging dan ‘wirid’ harian. Malah ianya sudah berakar umbi.

Apatah lagi sistem, perlembagaan, undang-undang serta peraturan malah amalan dalam sesuah organisasi tersebut sudah berakar umbi sejak sekian lama.

Lebih malang lagi Islam yang sepatutnya menjadi asas dan matlamat perjuangan diletakkan setaraf dengan biro pertanian dan sebagainya. Maka sudah pasti sebarang cakap dan tutur kata untuk membaiki sesebuah parti hanya tinggal retorik dan angan-angan kosong.

Itulah yang bakal terjadi kepada Umno. Walaupun sebahagian besar pimpinan Umno iaitu Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ketiga-tiga Ketua sayap Umno adalah orang baru namun saya yakin Umno tidak akan berubah dari stail dan perangai lama. Ini kerana sistem, undang-undang dan peraturan dalam Umno masih sama cuma orang yang bertukar.

Rasuah, fitnah-memfitnah, penyalahguna kuasa, zalim, tohmah, caci-mencai, ‘cah keting’ dan sebagainya sudah tentu sukar untuk dikikis dari Umno kerana hanya iman dan Islam yang dapat mengawal dan membasmi semua perkara jijik itu. Selagi Islam dikesampingkan (seperti yang Umno amalkan) maka selagi itulah segala sifat mazmumah itu akan terus bergentayangan dan menjadi ‘wirid’ harian pemimpin dan ahli Umno.

Lihat sahaja bagaiman hebat dan yakinnya Pak Lah bahawa beliau akan dapat membenteras rasuah dalam negara dan dalam Umno tetapi semua itu hanya retorik bahkan rasuah lebih membarah dalam Umno ketika beliau menjadi Presiden. Bayangkan kira-kira 1,000 aduan dilaporkan kepada Lembaga Disiplin suatu rekod yang tidak masuk akal. Bahkan ini menunjukkan seolah-olah Umno sudah menjadikan rasuah sebagai program parti.

Dari pemimpin atasan sehinggalah kepada AJK Cawangan semuanya dikatakan terlibat dengan rasuah. Dari sekecil-kecil amaun duit dan habuan sehinggalah sebesar-besar angka dan jumlah duit dan habuan semuanya menjadi gula-gula terbaik untuk calon-calon menang bertanding jawatan dalam Umno.

Maka saya yakin Umno tidak akan berubah selagi Islam tidak diangkat menjadi perlembagaan dan amalan dalam Umno. Pemimpin dan ahli akan terus memberi dan menerima rasuah dalam apa bentuk sekalipun selagi mereka tidak kembali kepada Islam dan tidak takut kepada Allah.

Sama juga halnya selagi rakyat dan pemimpin negara terus memandang Islam dengan sebelah mata maka selagi itulah seribu satu masalah dalam negara tidak akan selesai.

Bak kata Pak Lah dalam ucapan perpisahannya, Umno tidak akan berjaya melakukan perubahan dalaman jika mengambil pendekatan “order lama” yang tidak disenangi masyarakat, termasuk menyekat kebebasan rakyat.

Beliau mengakui bukan kesemua ahli UMNO “sejernih air di kolam syurga”.

“Saya juga tidak riak untuk mendakwa bahawa setiap ahli UMNO adalah sebersih kain putih dan tidak mempunyai kelemahan.

Islam bagi Umno dan BN hanyalah untuk solat, doa, nikah kahwin, zakat dan haji. Umno masih ber’aqidah’ bahawa Ekonomi pemerintahan, muamalat dan lain-lain seolah-olah tiada dalam Islam.

Ihsan Mutaligat.Blogspot.com

Comments»

1. nikmj - April 2, 2009

Lagi bukti UMNO tolak ISLAM

Posting pertama dalam blog baru ini…aku nak flashback kepada apa yang berlaku tahun 1996. Yang ni berlaku kat Kapar, Selangor. Aku tuliskan semula, surat arahan kepada ketua-ketua cawangan Umno, yang dikeluarkan oleh Umno Bahagian Kapar.

Semua Ketua Umno Cawangan-Cawangan,
Dalam bahagian Kapar.

Tuan-Tuan,

GARIS PANDUAN PROGRAM AGAMA.

Dengan hormatnya dimaklumkan, saya diarah untuk menarik perhatian Ketua-Ketua Cawangan mengenai perkara di atas. Adalah diperhatikan akhir-akhir ini ada cawangan-cawangan UMNO dalam bahagian Kapar yang menganjurkan program-program agama seperti ceramah-ceramah, pengajian, forum dan sebagainya. tuan-tuan adalah diminta supaya lebih berhati-hati apabila mengundang para penceramah/ustaz untuk mengisi program-program tersebut kerana terdapat penceramah-penceramah agama yang menggunakan ayat-ayat al-Quran dan Hadith sebagai dalil dan hujjah untuk merendah-rendahkan perjuangan UMNO.

Sebagai contoh, pada 7hb. September 1996 yang lepas, satu majlis forum telah diadakan di bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang. Salah seorang ahli penal forum itu telah menghuraikan ayat 36 Surah Al0Ahzab yang menjelaskan kesesatan mereka yang “memilih hukum selain dari hukum Allah”, termasuk juga mereka yang menolak hukum hudud dalam al-Quran.

Kita tidak boleh menerima hujjah dari Quran seperti itu kerana ini akan menjauhkan sokongan rakyat kepada Umno.Kita menolak hukum Quran kerana ianya bersesuaian dengan semangat Barisan Nasional bagi mengekalkan kuasa dalam negara ini. Kejahilan masyarakat dalam agama bererti keuntungan kepada perjuangan kita.

Sebagai garis panduan, sila ambil langkah-langkah berikut apabila menganjurkan program-program agama:

1. Sila berbincang dengan Nazir Masjid/Pengerusi surau supaya tidak menjemput ustaz-ustaz yang menentang dasar kerajaan. Pengajian tafsir Quran dan hadith hendaklah dielakkan kerana biasanya Quran dan hadith menjelaskan sifat-sifat munafiq, syirik dan sebagainya. Ini mungkin “terkena kepada kita”

2. Pilihlah ustaz yang sesuai dengan perjuangan kita. Sekiranya meragui latarbelakang mereka, sila rujuk kepada Ketua Biro Agama bahagian. Adalah diingatkan supaya tuan-tuan lebih berhati-hati. Terdapat ramai para ustaz termasuk kadhi yang menentang dasar kerajaan.

3. Sila nasihatkan ahli-ahli Umno agar meeka tidak terpengaruh dengan hujjah agama selain dari apa yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan pada masa ini. Memadailah sekiranya masyarakat diajak untuk turut serta bersama kita dalam majlis-majlis tahlil dan membaca yassin yang diadakan di masjid/surau.

Sekian, terima kasih.

Hormat dari saya,

SAMAN BIN HAJI AHMAD

Setiausaha, Umno Bahagian Kapar.

s.k.

YB Dato’ Ketua UMNO Bahagian Kapar,
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kapar,
Ketua Biro Agama Bahagian Kapar.

Tak Percaya, klik sini untuk melihat surat UMNO ni http://perakexpress.blogspot.com/2009/04/umno-pembela-agama-khak-tuih.html


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: