PDRM guna Mitsubishi Evolution X – Malaysiakini March 26, 2009
Posted by nikmj in Car, General, malaysiakini, Mitsubishi Evolution X, National, news, Review.Tags: kosmo, malaysiakini, Mitsubishi Evolution X, pdrm
trackback

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam menampilkan sebanyak 25 buah kereta peronda berprestasi tinggi jenis Mitsubishi Evolution X (Evo-10) yang bakal digunakan oleh anggota polis dalam usaha mempertingkatkan keupayaan tugas-tugas rondaan.
![]() |
Ihsan Kosmo Online
|
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kereta baru itu bertujuan untuk mempertingkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti serta membolehkan pasukan polis sampai ke kawasan kejadian jenayah dengan lebih pantas.
“Pemerolehan aset-aset ini bertujuan untuk kegunaan pencegahan dan pembanterasan jenayah, penyeludupan dan risikan maklumat.
“Selain itu, ia juga bertujuan mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada masyarakat serta menunjukkan kehadiran polis di kawasan yang cenderung berlaku kejadian jenayah,” katanya dalam Perutusan Khas Ketua Polis Negara sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-202 di sini semalam.
Kereta peronda berkuasa tinggi yang baru dilancarkan itu dilengkapi dengan enjin serba baru iaitu enjin aluminium 4B11T 2.0 L turbo dengan transmisi manual lima kelajuan.
EVO 10 MEMANG BAGUS TAPI TAK MEMBAZIRKAN WANG PEMBAYAR CUKAI KE? APA KAH KERETA PERDANA V6 BUATAN NEGARA KITA MALAYSIA YANG SERBA BOLEH NI TAK BAGUS? TAK MAMPU KEJAR PEROMPAK,PENYAMUN DAN SEBAGAINYA?