jump to navigation

UMNO lantik penderhaka jadi pemimpin March 24, 2009

Posted by nikmj in harakahdaily, malaysianinsider, National, news, Politics.
Tags: , , , , , , , ,
trackback

Tradisi feudal memang menebal dalam Umno kerana dahulunya Umno dipimpin oleh tokoh-tokoh yang lahir di tepi pagar istana. Sebut sahaja siapa pemimpin Umno pada 1940-an dan 1950-an, hampirnya semua aristocrat Melayu yang berpendidikan sekular.

Orang-orang Melayu kampungan hanya menjadi penyokong kerana satu sebab iaitu bencikan penjajahan British! Sedangkan para pemimpin mereka adalah anak didik British yang pada mulanya bangkit menentang Malayan Union kerana terkejut setelah punca kuasanya (istana) cuba dimandomkan oleh penjajah.

Atas slogan “Hidup Melayu”? Pemimpin Umno membakar sentimen rakyat, agar mereka terus berkuasa. Lihatlah mengapa Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan beberapa pertubuhan lain meninggalkan Umno selepas itu, kerana mereka bukan mempertahankan Raja Melayu, tetapi mempertahankan kuasa yang diperolehi daripada Raja Melayu.

Setelah mendapat kedudukan, Umno telah mencadangkan supaya seorang Melayu (baca: Datuk Onn Jaafar) dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi iaitu jawatan kedua tertinggi di Malaya ketika itu ? Lebih tinggi daripada Raja-raja Melayu. Apabila Raja-raja Melayu diketuai Sultan Badlishah dari Kedah menolak cadangan Umno, Datuk Onn dan para pemimpin Umno secara terbuka melakukan derhaka dengan menghina, mencerca dan mengkritik Raja-raja Melayu. Bahkan, Umno pernah mengugut untuk mempengaruhi rakyat menjatuhkan Raja-raja Melayu. Kenapa? Kerana mereka tidak mendapat kuasa yang diidamkan. Kerana “berbulu” dengan sikap derhaka Datuk Onn inilah, maka seorang putera dari istana Kedah (adinda Sultan Badlishah) dicalonkan sebagai Presiden Umno pada 1951.

Selain Tunku Abdul Rahman Putra ibni Sultan Abdul Hamid yang menjadi Presiden Umno Kedua, Umno juga pernah mengangkat beberapa tokoh istana sebagai pemimpinnya. Antara yang terkenal ialah Tengku Abdullah ibni Sultan Ibrahim dari Kelantan yang lebih terkenal sebagai Tengku Besar Indera Petra.

Beliau dilantik sebagai Ketua Perhubungan Umno Kelantan menggantikan Tan Sri Nik Ahmad Kamil yang menyertai Parti Negara mengakibatkan Umno lumpuh di Kelantan. Setelah itu, beliaulah yang memimpin Umno Kelantan sehingga kemunculan seorang lagi tokoh istana, Tengku Razaliegh Hamzah pada 1967. Siapakah Tengku Indera Petra ini dalam sejarah istana Kelantan?

Tengku Indera Petra adalah bekas Raja Muda Kelantan yang dilantik pada 25 Oktober 1944. Sebagai seorang yang berpendidikan Barat dan pernah berkahwin dengan gadis British, Annette pada 1939, Tengku Indera Petra dikatakan seorang yang agak sosial. Akhirnya pada 1947, telah berlaku krisis dalam Istana Kelantan kerana beliau dikatakan menderhaka kepada baginda Sultan Kelantan. Pergolakan keluarga kerana penderhakaan ini telah menyebabkan Sultan Ibrahim murka lalu memecat beliau secara rasmi sebagai Raja Muda Kelantan pada 1 Februari 1948.

Kisahnya bermula dengan krisis “penderhakaan” dalam istana yang melibatkan hal ehwal peribadi Sultan Ibrahim pada 1947. Menurut Ensiklopedia Nation Master (http://www.nationmaster.com/encyclopedia/Sultan-Yahya-Petra), penderhakaan ini bermula dengan “an alleged sexual scandal” yang menyebabkan Tengku Indera Petra “was banished from Kelantan”.

Kemurkaan ini tidak terkawal lagi sehingga memaksa Tengku Indera Petra melepaskan jawatannya sebagai pewaris takhta. Pada 25 November 1947, Tengku Indera Petra telah menyerahkan surat meletakkan jawatan sebagai Raja Muda dan keturunannya tidak akan menuntut takhta dan menjadi raja lagi. Lalu baginda Sultan Kelantan menamakan anak keduanya, Tengku Yahya Petra sebagai Raja Muda dan dimaklumkan kepada Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent pada tarikh yang sama. Pada hari pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948, berakhirlah kedudukan Tengku Indera Petra sebagai Raja Muda dan terbuanglah dia dari istana kerana menderhaka.

Maka tersebarlah berita kononnya pemecatan ini kerana Tengku Besar Indera Petra tidak disukai oleh British, sedangkan beliau sendiri adalah anak didik British yang tidak pernah tercatat dalam sejarah Kelantan sebagai tokoh anti-British. Bahkan, diketahui juga oleh kalangan istana bahawa Tengku Indera Petra adalah anak emas British, bahkan isterinya pun orang Inggeris.

Yang diketahui rakyat ialah tokoh seperti Asad Shukri Haji Muda (abang Datuk Asri), Abdul Kadir Adabi, Cikgu Daud Jamil, Nik Mat Datuk Amar dan beberapa yang lain. Nama Tengku Indera Petra tidak pernah disebut orang. Tetapi untuk menutup malu dan meyakinkan orang-orang Umno di Kelantan, maka disebarkan cerita bahawa “putera derhaka” ini dilucutkan jawatan kerana anti-British.

Disebabkan Umno Kelantan ketiadaan pemimpin sehingga Pas dengan mudah menguasai Kelantan pada 1959, maka untuk memulihkan semula Umno Kelantan, lalu “ditabalkan” putera derhaka ini sebagai Ketua Umno Kelantan. Tengku Indera Petra turut dicalonkan Umno sebagai wakil rakyat Ulu Kelantan sehinggalah beliau berangkat ke Sri Lanka menjadi duta pada 1971.

Selain menjadi duta di beberapa negara seperti Jepun dan Pakistan, Tengku Indera Petra juga pernah memangku jawatan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. Dengan isteri keduanya, Puan Sri Zainab Ali, lahirlah seorang putera yang terkenal, Tengku Ibrahim yang pernah ditabalkan oleh Umno Kelantan sebagai “Sultan Kelantan” pada 1993 dahulu.

Ketika Umno berusaha memalukan Raja-raja Melayu pada 1993, di Dewan Rakyat, Dr Mahathir secara terbuka pada 12 Mac 1993 mengatakan bahawa perlantikan dan pertabalan Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan adalah “tidak sah”.

Seorang lagi juak Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim menambahkan bahawa waris sebenar Kesultanan Kelantan ialah Tengku Ibrahim, anak Tengku Indera Petra. Mereka mendakwa Sultan Yahya Petra yang pernah menjadi Yang di-Pertua Agong tidak layak menjadi raja kerana baginda bukan putera gahara yang beribukan orang kebanyakan. Mereka lupa bahawa ibu Tengku Ibrahim juga orang kebanyakan.

Menyambut penderhakaan Dr Mahathir dan Shahidan Kassim di Parlimen ini, Annuar Musa, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan sebagai “memanda” kepada “Sultan Ibrahim” ini mengetuai laungan “Daulat Tuanku” dalam upacara pertabalan di Ketereh pada 29 April 1993.

Walaupun ahli Umno Kelantan semuanya memberikan “sembah derhaka” kepada “Sultan Kelantan” yang ditabalkan oleh Umno ini, tetapi para pemimpin Umno melaungkan daulat dalam majlis yang lengkap dengan nobat dan tombak berambu itu.

Inilah peristiwa penderhakaan terbesar yang pernah berlaku dalam sejarah orang Melayu sejak zaman-berzaman kerana tidak pernah berlaku seorang raja ditabalkan oleh rakyat untuk menghina raja yang sedang berdaulat. — Harakah daily

Comments»

1. maw - April 6, 2009

Lantikan saja seorang yang unggul keimananya terhadap allah swt. dari kalangan pewaris/keluarga diraja,tolak waris yang kehidupanya menjual islam demi dunia dan kuasa.Biarlah seorang ulama yang tersohor ilmunya dan keimananya memimpin rakyat yang bertamadun dan berkiblatkan islam.Antara dua darjat rakyat atau raja/sultan adalah sama disisi allah swt.yang membezakan adalah keimanan.Bukan sahaja raja yang zalim disanggah,raja yang tidak mendaulatkan syiar allah swt.tidak wajib dilantik.Perlantikan raja wajib berpaksi kepada kebenaran dan kesahihan pewaris itu mengikut salsilah keturunan raja tersebut.Apakah selama ini rakyat ditipu atas perlantikan raja raja yang ada?

2. Malcolm X - April 6, 2009

umno ermm..penipu paling besar..yang menyokong pun satu hal…sakit!!

3. Mr.Zorro Zz - July 10, 2009

Raja-Raja yang sebenar adalah AHLULBAIT. Kaji, baca dan faham AhlulBait dan fungsinya dengan perkembangan semasa. Jangan BUTA SEJARAH. ruj Kitab ‘Keutamaan Keluarga Rasulullah’ keluaran Klang Book Store dan AHLULBAIT karangan tun Suzana Tun Othaman

4. Mr.Zorro Zz - July 10, 2009

Mereka mengangkat Alim-ulamak dan Pendita-Pendita
(Pembesar-Pembesar) dan Isa AlMasih (Idola) mereka menjadi Tuhan selain daripada Allah; Sedangkan mereka itu hanya diperintahkan MENYEMBAH Allah semata-mata
(atTaubah:41)

5. Mr.Zorro Zz - July 10, 2009

AhlulBait ibarat BAHTERA NUH di zaman Nuh, sesiapa yang menaikinya akan selamat kerana AHLULBAIT (Anakcucu-ku) adalah SARANAN KESELAMATAN di akhir zaman
(hadith Nabi)

Baca Kitab-Kitab Muktabar (ruj: MQTK-pemuda ahli sunnah)

6. Mr.Zorro Zz - July 10, 2009

Dengan PERKATAAN mana sesudah ALQURAN MEREKA ITU mahu beriman?

7. YAM SULTAN empayar Pattani=Kelantan - July 30, 2009

“YAHUDI MENGATAKAN NASARANI SESAT DAN NASARANI MENGATAKAN YAHUDI ITU SESAT; KEDUA-DUANYA BENAR DALAM ‘PERKATAAN’ MEREKA,SEDANGKAN MUHAMAAD SUDAH BERADA DI HADAPAN MEREKA”
(ALQURAN)

8. YAM SULTAN empayar Pattani=Kelantan - July 30, 2009

Raja-Raja berebut dan yang lain jadi juak-juak cari peluang. Apa nak buat, Raja Pattani asal (Boss semua Raja-Raja Negeri Tidak Bersekutu), sudah ‘Hilang’ dalam sejarah. Tapi.., mana Raja Pattani asal pergi hah?

]Untuk tahu lebih lanjut, layari http://mqtkahlulbait.blogspot.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: