jump to navigation

Nizar dicalon PAS sebagai wakil Bukit Gantang March 24, 2009

Posted by nikmj in By election, General, National, news, Parlimen Bukit Gantang, Politics.
Tags: , , ,
trackback

Datuk Seri Ir. Nizar  yang juga Adun Pasir Panjang dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom.

Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta manakala di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland dan Miano Italy.

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 – 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini).

Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).

Ketika ditanya sebab beliau dipilih sebagai calon, Nizar berkata, pemilihannya sudah tentu mempunyai sebab dan alasan.

Sama ada pemilihannya di sebalik krisis politik akan membawa kelebihan kepada Pakatan Rakyat untuk menang, Nizar berkata, “kemungkinan ada.”

Nizar dalam ucapannya berkata beliau akan meneruskan amanah serta tugas baik yang ditinggalkan oleh Roslan Shaharom, yang meninggal dunia awal bulan lepas untuk membela nasib rakyat di negeri Perak serta negara amnya.

Saya memohon simpati dan sokongan daripada seluruh pengundi dari Kuala Sepetang, Trong hingga ke Changkat Jering menterjemahkan niat yang baik untuk kemenangan pakatan pembangkang dan inilah kehendak rakyat di Perak,” katanya.

Beliau turut merakamkan terima kasih kepada Abdul Hadi dan kepimpinan pakatan pembangkang yang mencalonkan beliau untuk bertanding di Bukit Gantang.

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: