jump to navigation

Isu Range Rover : Khir Toyo tarik janggut Saari Sungip March 13, 2009

Posted by nikmj in General, harakahdaily, National, news, Politics.
Tags: , , ,
trackback

Ketua Pembangkang Dun Selangor, Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo menarik janggut Adun Hulu Klang, Saari Sungib sambil memberi amaran keras supaya jangan membabitkan isterinya dalam isu pembelian dua kereta Mercedes dan sebuah Range Rover.

Amaran keras Khir itu dilakukan di luar dewan Dun selepas Saari mendedahkan penyelewengan dalam Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang membeli sebuah Range Rover bernilai RM500,000.

Katanya, Range Rover itu dibeli untuk kegunaan syarikat tetapi setelah kenderaan itu sampai ia telah diberikan kepada isteri Pengerusi KDEB.

Khir yang menunggu Saari di luar dewan berkata; “‘You’ serang isteri saya. ‘You’ jangan serang isteri saya, you hendak serang saya tak apa, jangan serang isteri saya. Isteri saya tidak boleh memandu.”

Saari menjawab; “Saya bertanya untuk disiasat selepas itu beri jawapan, saya cakap ia diguna pakai oleh syarikat.”

Khir membalas; “Awak orang tua awak mesti semak dengan tepat, jika isteri saya terdakwa, saya tidak akan maafkan awak, tuntut di akhirat.”

Pada mulanya Saari beranggapan Khir hanya bergurau dengan menarik janggutnya tetapi ternyata Khir serius dan penuh emosi.

Bagaimanapun, amaran itu tidak menakutkan beliau untuk terus mendedahkan segala penyelewengan yang telah dilakukan ketika Khir menjadi Menteri Besar demi kepentingan rakyat negeri Selangor.

Sebenarnya, kata beliau, isu KDEB itu sudah lama diketahuinya sejak seminggu menjadi wakil rakyat tetapi hanya didedahkan dalam sidang DUN kali ini.

Katanya dalam sidang penggal pertama dahulu perkara itu tidak sesuai untuk didedahkan sehingga perbahasan menjunjung titah ucapan Tuanku Sultan Selangor, tengah hari tadi.

Beliau menganggap Khir bukan mengancam tetapi hanya menunjukkan rasa tidak puas hati dan beremosi. [Harakahdaily]

Hahahahah… jika betul dakwaan Saari Sungip, nampak gayanya Khir Toyo memang in deep shit.Sebenarnya hal ini berbangkit sebab salah Khir juga yang seperti orang gila talak yang tak henti-henti menyalak kat kerajaan PR Selangor. Mengapakah Khir tidak berdiam diri seperti bekas-bekas MB negeri yang lain? Buat kerja anda sebagai ADUN, jangan dijolok sarang tebuan. Kan sekarang ibarat meludah kelangit, jatuh kemuka sendiri. Bukan setakat pendedahan rasuah beliau, namun kini rasuah bininya dan Balkis pun mula dibawa mula pengadilan… Pandai buat, pandai-pandailah tanggung !!!!

Comments»

1. razli kajang - March 15, 2009

terlampau kuat berpolitik 2 le jadinya..sape dok atas..depa tekan la yang dok kat bawah…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: