jump to navigation

Isu disebalik demonstrasi PPSMI March 12, 2009

Posted by nikmj in General, National, news, Personal, Politics.
Tags: , , , , , , ,
trackback

Kepada warga yang terlalai sila buka mata dan bangun dari tidur. Basuh muka dan celikan mata. Cari dan sila baca Perlembagaan Malaysia. Kalau malas, cuba risek dan tanya peguam atau pelajar undang-undang tentang hak-hak asasi kita sebagai warga didalam negara kita ini. Didalam Perlembagaan Malaysia di Fasal 10 ada termaktub hak asasi warga untuk : Bebas Berpersatuan, Bebas Bersuara dan Bebas Berkumpul. Perlembagaan Malaysia adalah rujukan kita semua untuk mendirikan negara bangsa. Justeru berkumpul dan turun ke jalan raya itu adalah hak kita. Ini cukup jelas. Berkumpul dan turun ke jalan raya bukan untuk terberak di atas jalan. Turun ke jalan raya bukan untuk pau orang lalu lalang. Hak berkumpul dan turun ke jalan raya ini kita dilakukan untuk merayakan, menyatakan sokongan atau menyatakan bantahan kepada apa sahaja isu. Warga Muslim berkumpul beramai-ramai dan berarak dari Masjid Negara ke jalan-jalan raya dalam Bandar untuk merayakan Mauludur Rasul. Ini di lakukan setiap tahun. Ini hak kita. Saban tahun penganut agama Hindu berkumpul dan berarak dari pelbagai kuil menuju ke Batu Caves. Ini hak kita. Saban tahun masyarakat Tionghua berkumpul dan berarak di Kuil Bukit Robson. Ini hak kita. Semua negara dalam dunia ini mengakui hak-hak asasi ini. Hanya negara-negara yang zalim sahaja yang menafikan warganya dari berpersatuan, berkumpul dan menunjukkan perasaan beramai-ramai. Negara-negara dibawah pemerintahan yang zalim melarang warganya dari bersuara, dari menyatakan pandangan atau dari berani membantah. Negara bentuk ini di panggil negara zionis atau negara fascist. Cakap Melayunya – negara seperti ini adalah negara kuku besi macam negeri dibawah pemerintahan Raja Bersiong.

Negara-negara zionis dan zalim ini wujud. Pemerintah didalam negara zalim ini tidak mahu rakyat bersuara , tidak mahu rakyat membantah dan tidak mahu rakyat menjadi bijak. Pemimpin dalam negara-negara yang menghalang hak asasi ini tidak mahu warga negara itu jadi cerdik dan mengetahui hak-hak mereka.

Jika warga terus bodoh maka elit politik dalam negara zalim ini dapat melakukan pelbagai betuk kejahatan. Elit politik akan merompak harta kekayaan negara. Elit politik akan menjual khazanah negara untuk keuntungan diri. Elit politik di negara zalim hanya akan memperkayakan anak bini dan kawan-kawan mereka sahaja. Peluang untuk hidup selesa kepada warga lain akan dinafikan.

Elit politik di negara zalim boleh menangkap sesiapa sahaja tanpa bicara. Malah elit politik ini boleh membunuh rakyat tanpa dakwa dakwi. Justeru, jika kita telah memahami semua ini maka tidak timbul tohmahan terhadap tunjuk perasaan yang berlaku Sabtu 7hb March lalu. Warga berkumpul dan membantah kerana warga tidak bersetuju pengunaan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran mata pelajaran Maths dan Sains . Khalas. Dasar pengunaan Bahasa Inggeris ini telah dibuat oleh Mahathir Muhamad beberapa hari sebelum dia gulung tikar dari Puterajaya. Tidak ada perbincangan. Tidak ada kajian. Dan tidak ada apa-apa persediaan untuk melaksanakan dasar ini. Mahathir Muhamad membuat keputusan seorang diri. Ini hakikat. Enam tahun kemudian hasilnya dilihat.

Ibu bapa dan guru-guru mendapati bahawa dasar Mahathir Muhamad ini salah dan perlu di hapuskan. Ibu bapa dan guru-guru melihat anak-anak sekolah semakin terkapai-kapai untuk memahami satu bahasa baru. Anak anak juga merosot dalam pembelajaran maths dan sains.

Waspada! Jangan pusingkan dan menuduh para penunjukan perasaan itu yang turun ke jalan sebagai kumpulan yang tidak suka belajar Bahasa Ingeris. Ini tidak betul. Tidak ada sesaiapa pun menentang pembelajaran Bahasa Inggeris. Apa yang hendak ditempikkan oleh para demonstran melalui tunjukan perasaan itu ialah : Untuk mempelajari Bahasa Inggeris atau apa sahaja bahasa dalam dunia ini bukan melalui pembelajaran Maths dan Sains. Memperlajari bahasa ialah melalui sastera bahasa tersebut. Bahasa hanya dapat dihayati melalui sastera. Ini hakikat. Kenapa menteri yang bertanggung jawab ini masih pekak badak dalam hal ini. Ahkir-akhir ini telah bocor berita yang melaporkan bahawa dasar yang dibuat seorang diri oleh Mahathir Muhamad ini sebenarnya bersangkut paut dengan peluang perniagaan dan kontrek.

Beberapa bilion ringgit telah diagih-agihkan kepada penerbit buku, kepada pembekal komputer dan pembekal alatan sekolah. Maka inilah yang dipertahankan oleh menteri pelajaran. Menteri pelajaran mempertahan semua ini kerana menteri sendiri memiliki kepentingan diri. Cintakan bahasa ibunda tidak termasuk dalam kontrek ini. Justeru, tomahan yang mengatakan parti pembangkang menjadi dalang membuat huru hara itu tidak betul:- Pertamanya – konsep parti pembangkang tidak boleh lagi dipakai. Lima negeri dalam negara ini kini dibawah pentabiran Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat bukan parti pembangkang di negeri negeri ini tetapi parti yang memerintah.

Kedua – pemimpin Pakatan Rakyat turut sama berada di jalan raya kerana parti mereka juga membantah dasar PPSMI. Adalah hak mereka untuk sama ke jalan raya. Ini hakikat.

Ketiga – ahli-ahli dan penyokong Pakatan Rakyatlah yang beribu-ribu turun ke jalan raya menunjukkan bantahan terdahap dasar PPSMI ini. Dalam masa yang sama ada juga penyokong dari Barisan Nasional yang turut sama menunjukkan perasaan. Mereka ini juga tidak menyokong dasar PPSMI.

Keempat – ketua dan pemimpin Pakatan Rakyat bukan dalang tetapi sebahagian dari ahli jawatankuasa yang menyusun perhimpuanan tersebut. Ini hakikat.

Tohmahan dan memburuk-burukan Pakatan Rakyat tidak akan menyelesaikan apa-apa. Menakut-nakutkan orang ramai dengan senjata, polis dan gari tidak akan menyelesikan masaalah. Menembak gas pemedih mata, memuntahkan cecair kimia dan memukul para demonstran tidak juga akan menyelesaikan masaalah. Masaalah ini hanya akan selesai jika dasar PPSMI Mahathir Muhamad ini dihapuskan dan bukan diteruskan.(TT)

Comments»

1. Anizam Amin - March 12, 2009

Lebih baik terkapai-kapai sekejap dari tenggelam selama-lamanya. Kenapa mengalah dengan mudah sekali. Bukan disuruh telan racun. Mengapa melayu suka mencari jalan mudah. Ini bukan cara Islam. “Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri Cina” Mengapakah diadakan demonstrasi? Untuk siapa? Tanya anak-anak kita sendiri. Apa yang mereka mahu…merekalah yang harus menentukan masa depan mereka.

2. awangsoh - March 12, 2009

Baru nak maju dah lupa bahasa Melayu. Itu belum lagi maju. Kalau dah maju nanti tak tahu ke mana bahasa Melayu agaknya. Teringat kisah Si Tanggang. Yang ‘lupa akan ibunya’. Alasan PPSMI pun kerana nak maju setaraf dengan bangsa lain. Tak salah. Yang salah lupakan bahasa ibunda sendiri untuk dimartabatkan. Alasan Si Tanggang.

3. nikmj - March 13, 2009

To Anizam,
Budak baru masuk darjah satu apa mereka tau? Quarn belum qatam, 3M baru lepas pagar, ni suruh mereka tentukan sendiri… Lu pikirlah sendiri…

Kalau pelaksanaan untuk 18 tahun keatas tu, bolehlah mereka fikir sendiri.

Sebagai ibubapa orang Islam, hak masih ditangan ibubapa. Ade anak ke takde? Kalau takde, mintak tolong…. TOLONG DIAM !!!!!!

4. Anizam Amin - March 13, 2009

As parents my friend, don’t you want the best for your children. In this current situation, having the advantage of learning another language is an asset. You obviously have no foresight. If you ask a child “would you like to be at par with other people of the world or would you like to remain like katak dibawah tempurung?” I wonder what he/she would answer.

5. nikmj - March 13, 2009

To Anizam,

All parents want the best to their children. However, teaching M&S in English for Malaysian where the medium and common language is Bahasa Malaysia is not the best option.

The only reason it was implemented 6 years ago because no one in the Chedet Cabinet were brave enough to say no to Chedet idea even though it is not right.

Statistics have proven that the achievement by Malaysian especially those who stay in rural area in those 2 subjects dropped.

Perhaps never come across your knowledge that more than half of the Malay who were offered JPA scholarships failed in their English course and not even good enough to study abroad eventhough their SPM results were excellent.

So even the best Malaysian SPM achievers mostly lack proficiency in Engliish, how do you expect those kids 7 years old to master English on the spot when they start their education in standard one?

Be reasonable and trust me, I’m also want the best for my kids. Just improve the English subject first, especially the English teachers. If the English is OK, then not even 2 those subjects only. Infact, a special school of English medium can be constructed.

6. nikmj - March 13, 2009

To Anizam,
One more thing, since you talk about asset, and foresight, I guess you sight have been messed up. Learning English got nothing to do with the learning M&S. UNless your mother tongue is English, I believe most Malaysian preferred to study M&S in their mother tongue language. While it is easier to understand, that subjects basically involves calculation and theories in addition to whatever relates to us.

Sorry to say that, I neither want to be at par or remain underneath. Instead I would rather preffered to be above the rest. One thing for sure, its not the English that would bring you up there because after all who give a damn to the British?

German, Russia, Japan, Israel, Thailand, korea, China, France, Spain, Italy, Arab, India and most develop nations they use their own language and yet you people still bow to them. What a jerk, be proud of yourself, be proud of being Malaysian, be proud that 300 million people understand Bahasa.

If we Malaysian do not even want to study and use Bahasa, just tell me which nation that use English is not living under the tempurung? Even USA use USa English and not British English, then who are you to decide what is the best for our kids???? I think study Arabic is much better, at least it would help to understand the Quran better..

7. rasa syang bangsaku - March 13, 2009

aku tak nampak apa faedah yang korang bertekak kat sini aper hal ???…nak berdemomstrasi ?? naper tak ajak ank skali ??? nak bantah kenape??? tnya pada diri sendri kenapa perlu bantah …senang mengenai bahasa ibunda …tapi persoalannya ada kita martabatkan???…..mase lalu org berpolitik kedai kopi …sekarang berpolitik di ruangan blog!!! ada peningkatan kan ????..tapi cuba lihat masyarakat kita sendiri ada peningkatan ????—-yang terangnya masyarakat ada peningkatan dlm memfitnah diantara satu sama lain , memaki hamun —dri sidang parlimen ke sidang blog dn kdai sidang kdai kopi semuanya sama …..

renung-renungkan lah apa yang kita dh lakukan ???

8. nikmj - March 14, 2009

Kepada yang sayang bangsa,

ni apsal nak bawa anak pergi demonstrasi ni? Guna la otak sikit, hal masa depan anak2 tahun satu tu orang tua mereka yang tentukan. Nanti bila dah mukallaf bolehlah mereka tentukan kemudian.

Anda dah renungkah diri anda sendiri, dengan menyamakan semua orang, tempat dan keadaan?

There must be a rational explanation for anything happened. So if you dont know, then ask. OK

Assalamualaikum

9. drrazi - March 14, 2009

aslmkum….
maaf mengganggu. saya tidak mahu turut serta dalam perdebatan. cuma ingin membetulkan “Tuntutlah ilmu sampai ke negeri Cina” itu bukan hadith,justeru ia tidak boleh dikaitkan dengan Islam dan mengatakan ‘Islam suruh’. memang ada hadith lain menyatakan tuntutan yang sangat-sangat penting untuk menuntut ilmu, betul,setuju. wajib lagi hukumnya. memang sgt penting untuk menuntut ilmu. sangat-sangat penting. tapi bukan part yang ‘ke negeri cina’ tu ek? sekadar berkongsi. hehe….

terimakasih….wallahua’alam.=)

10. Ann - March 15, 2009

Hanya pihak sekolah yang tahu baik buruk, berkesan gagalnya PPSMI. Sains dan Matematik adalah subjek yg melibatkn b’sa teknikal. Utk bimbing murid faham soalan dan menguasai teknik menjwb juga guru perlukan pendekatan sgt teknikal. Mmg tk sesuai langsung utk dijadikan medium memperkaya b;sa Inggeris. Ketika Matematik diajar dlm b’sa Melayu, kelemahan paling kronik majoriti pelajar ialah memahami soalan bermasaalah. Kalau pelajaran B’sa Inggeris pun payah nak lulus..fikirlah sendiri. Hakikatnya memang PPSMI gagal. Kasihan ramai anak yg baru bersekolah 2 3 bulan balik rumah dn give up…tk mau pergi sekolah….mak bapak mengeluh….tk boleh tlg sebab tk tahu. Kalau dlm b’sa Melayu boleh juga tlg sikit2. Anak2 para pembuat dasar dn pemimpin tk terlibat krn mrk dihantar ke sekolah antarabangsa dn ke luar negeri. Jadi yg jadi mangsa ialah anak rakyat biasa. Kalau di banci….rata2 guru, pensyarah dn pentadbir sekolah akan menolak PPSMI. Jgn terlalu ego wahai pemimpin negara…takut kamu semua akan jatuh terduduk selepas keputusan pilihanraya akan datang diumumkan kelak. Tak salah dengar suara rakyat. Tak lemah pemimpin yang menurut saranan rakyat. Ingat kamu bukan malaikat yg tk buat salah.

11. Ann - March 15, 2009

Satu lagi….ketika Matematik dn Sains diajar dlm B’sa Melayu…prestasi pelajar kita dlm Matematik dn sains sangat-sangat ok…malah cemerlang. Tanpa PPSMI ramai anak Malaysia yg cemerlang di Malaysia mahupun di luar negara. Ada baiknya dimantapkan saja silibus matapelajaran Bahasa Inggeris, jgn diganggu Matematik dan sains. Kerajaan pn tlh berjanji utk mengkaji kedudukan PPSMI selepas 6 thn dilaksanakan. Rujuklah para guru, pentadbir sekolah dn pensyarah mereka ini yg terlibat secara langsung. Jgn dirujuk Dr Mahathir. Dia tak tahu apa2. Jgn dirujuk ahli politik…mereka tak tahu apa2.

12. nikmj - March 18, 2009

Kajian lapan universiti awam mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) “menimbulkan kerugian berganda kepada murid” dan “tidak menguntungkan, sebaliknya membantut tahap kecerdasan murid.”

Kajian yang diusahakan Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina) dan melibatkan 53 pakar bahasa itu mendapati, pelaksanaan PPSMI hanya memberikan kesan minimum – kurang daripada 4 peratus – kepada pencapaian bahasa Inggeris secara menyeluruh.

“Dari segi perkiraan analisis kos-faedah dalam konteks pelaburan jangka panjang, amalan PPSMI tidak menguntungkan, sebaliknya membantut tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang.

“Dengan ini, disarankan supaya dasar PPSMI diberhentikan.

“Ia juga harus diterokai pendekatan alternatif pengajaran bahasa Inggeris cara lain yang lebih konkrit dan praktikal, iaitu dengan menggubal dan menambahbaikan kurikulum dan pedagogi mata pelajaran bahasa Inggeris itu sendiri,” laporan itu dipetik.

Laporan sepuluh halaman itu turut mendedahkan pelaksanaan PPSMI menimbulkan kerugian berganda kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terlibat – bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

13. Ku Li slammed Bernama for posting a manufactured his statement « The Blog Of My Life - April 13, 2009

[…] adalah penting untuk mengadakan pembaharuan dasar dan sistem pendidikan terutamanya berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).      Razaleigh berkata PPSMI tidak berjaya terutamanya bagi pelajar luar bandar yang […]

14. STP - December 5, 2009

Artikel atau rencana nih macam bodoh jer. Kalau kau betul2 baca perlembagaan undang-undang, kau mesti baca ada peruntukan untuk jaga ketenteraman awam, ada peruntukan tentang permit polis, ada peruntukan tentang tidak melawan polis. Kepala otak kau lah, hak manusia konon. Di Malaysia, orang Melayu ada hak untuk diberikan perhatian kerana orang Melayu adalah golongan peribumi termiskin, dan orang lain ada hak juga untuk hidup dengan aman dan harmoni. Baca perlembagaan konon.

Karlo KL


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: