jump to navigation

Najib bentang pakej rangsangan kedua RM60 billion March 10, 2009

Posted by nikmj in budget2008, budget2009, General, malaysiakini, Najib Razak, National, news, Politics.
Tags: , , , , ,
trackback

Pakej rangsangan kedua yang sedang dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak bernilai RM60 bilion, jauh melepasi jangkaan awal RM10 bilion.

Pendedahan itu mengatasi ramalan awal pakej itu yang dijangkakan sekitar RM50 billion atau RM35 bilion.

Jumlah itu akan dibelanjakan dalam tempoh dua tahun, hingga 2010, jumlah besar “yang pertama dalam sejarah ekonomi negara.”

Daripada jumlah tersebut, RM15 bilion untuk suntikan kewangan, RM25 bilion (dana jaminan), RM10 bilion (pelaburan ekuiti), RM7 bilion (inisiatif kewangan swasta atau PFI) dan projek-projek di luar belanjawan, dan juga RM3 bilion (insentif cukai).

Jumlah RM60 bilion ini hampir 9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kata Najib.

Beliau membentangkan pakej itu yang dikenali “bajet mini”, bagi menampung bajet 2009 yang diumumkan tahun lalu, bermula jam 4 petang ini.

Daripada jumlah itu, kerajaan membahagikan dana tersebut mengiktu empat reras berikut:

– Teras Pertama: RM2 bilion

– Teras Kedua: RM10 bilion

– Teras Ketiga: RM29 bilion

– Teras Keempat:RM19 bilion

Huraian teras-teras yang diumumkan ialah:

TERAS PERTAMA: KURANGKAN PENGANGGURAN DAN MENAMBAH PELUANG PEKERJAAN

– Menyediakan latihan dan mewujudkan peluang pekerjaan

– Kebajikan pekerja yang telah diberhentikan kerja

– Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di sektor awam

– Peluang siswazah untuk melanjutkan pelajaran

– Skim PROSPER Siswazah

– Usaha mengurangkan pekerja asing

TERAS KEDUA: RINGANKAN BEBAN RAKYAT, TERUTAMA GOLONGAN MUDAH TERJEJAS

– Meningkatkan pemilikan rumah – Menambah baik infrastruktur awam

– Bom simpanan kerajaan

– Pembangunan pendidikan

– Kemudahan asas di luar bandar

– Program di Sabah dan Sarawak

– Program mikro kredit

– Membantu golongan kurang bernasib baik

– Menjaga kebajikan pekerja yang diberhentikan

– Galakan kepada bank untuk menangguh bayaran balik pinjaman perumahan

TERAS KETIGA: MEMBANTU SEKTOR SWASTA MENGHADAPI KRISIS

– Skim jaminan modal kerja

– Dana jaminan penstrukturan semula industri

– Memudahkan akses ke pasaran modal

– Menarik individu high-net-worth dan berkemahiran

– Mengurangkan kos kendalian perniagaan

– Menggalakkan sektor automatif

– Industri penerbangan

– Elaun modal dipercepatkan

– Carry back losses – Levi keuntungan atas kelapa sawit

– Mempergiatkan aktiviti pelancongan

TERAS KEEMPAT: MEMBINA KEUPAYAAN MASA DEPAN – Pelaburan oleh Khazanah Nasional Berhad

– Projek Off-Budget

– Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI)

– Liberalisasi sektor perkhidmatan

– Peranan Jawatankuasa Pelaburan Asing

– Pembangunan industri seni kreatif

– Pengurusan berkesan sumber kewangan kerajaan

Najib berkata, daripada suntikan fiskal sebanyak RM15 bilion, sejumlah RM10 bilion adalah bagi tahun 2009 dan RM5 bilion bagi tahun depan.

Jumlah RM10 bilion dalam tahun ini dibahagikan kepada RM5 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Jelas beliau, saiz perbelanjaan ini sudah tentunya akan meningkatkan defisit Bajet Kerajaan Persekutuan, yang dianggarkan daripada 4.8 peratus kepada 7.6 peratus pada tahun ini.

“Kerajaan yakin dasar fiskal negara mempunyai fleksibiliti dan keupayaan untuk menampung defisit yang lebih tinggi.

“Keupayaan kerajaan untuk memastikan kedudukan fiskal mapan jelas terlihat daripada kejayaan kita mengurangkan defisit daripada 5.3 peratus pada tahun 2002 kepada 3.2 peratus pada tahun 2007.

“Malahan, semasa negara , mengalami penguncupan pertumbuhan ekonomi dalam tahun 1982, kita telah mengalami defisit 16.6 peratus, berikutan dasar fiskal mengembang, terutamanya untuk membina infrastruktur negara,” kata beliau ketika membentangkan di Parlimen.

Berikut intipati pakej rangsangan kedua:

bullet buttonpembeli rumah diberikan pelepasan cukai bagi faedah yang dibayar untuk pinjaman perumahan sehingga RM10,000 setahun selama 3 tahun;

bullet buttontambahan RM200 juta bagi membina Rumah Mesra Rakyat untuk golongan berpendapatan rendah;

bullet buttondana RM1.6 bilion untuk menggalakkan pelaburan;

bullet buttonRM200 juta untuk membaiki dan menyenggara longkang dan jalan;

bullet buttonRM150 juta untuk menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian, menyelenggara dan membaik pulih rumah kebajikan, balai dan kuarters bomba serta tandas awam di masjid, surau dan kawasan pelancongan;

bullet buttonKerajaan akan menerbitkan Bon Simpanan Kerajaan berasaskan syariah berjumlah RM5 bilion tahun ini;

bullet buttonRM1.95 bilion untuk membina dan menambah baik kemudahan 752 sekolah, terutamanya di kawasan luar bandar serta Sabah dan Sarawak, di mana RM300 juta akan digunakan untuk menambah baik kemudahan sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil dan sekolah mubaligh;

bullet buttonRM230 juta diperutukkan untuk meningkatkan kemudahan asas terutamanya bekalan elektrik dan air di kawasan luar bandar terutamanya di Sabah dan Sarawak.

bullet buttonRM350 juta peruntukkan untuk pembinaan jalan luar bandar.

bullet buttonSubsidi RM674 juta untuk mengelak kenaikan harga barangan keperluan seperti gula, roti dan tepung; *

bullet buttonRM480 juta untuk menampung kenaikan kadar tol; *

bullet buttonKerajaan juga akan menyediakan peruntukan RM500 juta untuk  Program enyenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) dengan dengan memberi tumpuan kepada Sabah dan Sarawak;

bullet buttonRM1.2 bilion diperuntukkan untuk menyediakan infrastruktur dan
meningkatkan aktiviti ekonomi di Sabah dan Sarawak;

bullet buttonRM300 juta untuk program mikro kredit tanpa cagaran di bawah AgroBank bagi embantu petani dan peniaga berasaskan pertanian di luar bandar serta RM50 juta untuk program di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun);

bullet buttonTabung Kebajikan Nelayan sebanyak RM2 juta akan diwujudkan dan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia;

bullet buttonRM20 juta akan disediakan untuk meningkatkan kemudahan pusat penjagaan harian warga tua, memantapkan pengurusan rumah perlindungan wanita dan menambah kemudahan pusat asuhan kanak-kanak;

bullet buttonKerajaan mencadangkan pengecualian cukai yang diberi ke atas bayaran pampasan kehilangan pekerjaan sebanyak RM6,000 sekarang dinaikkan kepada RM10,000 bagi setiap tahun genap perkhidmatan;

bullet buttonKerajaan mewujudkan skim Jaminan Modal Kerja berjumlah RM5
bilion untuk membiayai modal kerja syarikat yang mempunyai dana pemegang ekuiti di bawah RM20 juta;

bullet buttonKerajaan akan wujudkan Institusi Jaminan Kewangan dengan modal berbayar permulaan RM1 bilion, bagi menyediakan penambahan kredit kepada syarikat yang bercadang mendapatkan pembiayaan pasaran bon. Dijangkakan bon-bon berjumlah  RM15 bilion akan diwujudkan menerusi kemudahan berkenaan;

bullet buttonTerbitan hak oleh syarikat tersenarai tidak lagi perlu kelulusan
Suruhanjaya Sekuriti;

bullet buttonBagi menggalakkan pengambilalihan dan penggabungan, Kod untuk tujuan itu tidak lagi terpakai kepada Syarikat Sendirian Berhad;

bullet buttonHanya Suruhanjaya Sekuriti perlu dimaklumkan mengenai sebarang pindaan mengenai terma dan syarat terbitan bon dan sukuk;

bullet buttonBon boleh tukar dikecualikan daripada keperluan penarafan mandatori;

bullet buttonStatus penduduk tetap boleh dipertimbang sebagai warga asing yang memiliki set bersih tinggi dan membawa masuk lebih AS$2 juta pelaburan atau penabungan di Malaysia, sebagai usaha untuk membawa memasuk indvidu beraset besar dan
berkemahiran tinggi;

bullet buttonGolongan profesional berkemahiran tinggi juga boleh dipertimbangkan untuk diberi status yang sama;

Comments»

1. nikmj - March 10, 2009

Just wonder, where the hell is the govt is gong to fork out the RM60B money?

2. Malaysiakini : Stimulus Budget 2009=Pro cronism bailout plan « The Blog Of My Life - March 11, 2009

[…] here for budget […]

3. Dulani's Blood - March 11, 2009

in facts govt can always create money without any limits..BUT only those with shallow knowledge in economy would decide creating super big amount….. if the money is used without asset in return or double the money in return, you only saw recession taking place… our RM will futher sinking.. your RM5.00 will only get half size of the bread.. but your proton can cannot be sold in half body, but you have to double your money then….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: