jump to navigation

Malaysiakini – 3 usul diluluskan dalam sidang bawah pokok DUN Perak March 4, 2009

Posted by nikmj in buletinonline, General, malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , , , , , , , , , ,
trackback

https://i0.wp.com/buletinonline.net/images/berita/setujuusulsidangdun.jpg


Persidangan DUN Tergempar Dewan Undangan Negeri Perak yang berlangsung semalam di bawah pokok 100 meter dari bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, meluluskan tiga usul.

Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker V. Sivakumar melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.

Persidangan itu, yang berlangsung selama 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Usul pertama dibentangkan oleh wakil rakyat Titi Serong, Khalil Idham Lim, usul kedua oleh ADUN Teja, Chang Lih Kang, dan satu lagi oleh ADUN Pantai Remis, Datuk Ngeh Koo Ham. Mesyuarat itu ditangguhkan pada 10.33 pagi.

Persidangan yang dipanggil oleh Sivakumar itu diadakan di situ selepas polis menghalang beliau dan 27 ADUN pembangkang daripada memasuki Dewan.

Persidangan yang berlangsung sambil wakil-wakil rakyat terbabit berdiri dan ia dijalankan dengan bantuan Setiausaha Dewan yang baru dilantik semalam, Mohd Misbahul Munir Masduki, dengan penggunaan alat pembesar suara.

Kawasan persidangan yang berlangsung di sebuah lorong itu dipagari oleh sekumpulan penyokong pembangkang manakala lebih 200 orang berada di sekitar kawasan berkenaan.

Bernama melaporkan, ia kemudiannya disusuli sidang akhbar di pejabat DAP Perak yang terletak berhampiran.

Pada sidang akhbar itu Mohammad Nizar berkata beliau akan memohon perkenan untuk menghadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah secepat mungkin bagi mempersembahkan keputusan Dewan hari ini untuk membubarkan DUN Perak.

Ketika ditanya apakah tindakan seterusnya jika Sultan Azlan enggan memperkenankan pembubaran DUN, Mohammad Nizar berkata jika pembubaran dewan tidak dilaksanakan, ia akan hanya menyebabkan krisis perlembagaan kini berpanjangan sekaligus menjejaskan kestabilan politik, ekonomi dan sosial di Perak.

“Jadi, kami menyampaikan hasrat rakyat Perak agar Tuanku mendengar suara rakyat dan membubarkan dewan,” katanya.

Apabila diberitahu bahawa beberapa ADUN dari Barisan Nasional mendakwa tidak menerima sebarang notis daripada Setiausaha Dewan mengenai persidangan hari ini, Mohammad Nizar berkata Speaker telah memaklumkannya kepada semua ADUN.

Dato’ Ngeh pula meminta Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Zambry supaya bersetuju dengan pembubaran dewan kerana, menurutnya, itu adalah satu-satunya penyelesaian segera terhadap masalah dan krisis yang berlaku kini.

Beliau berkata laporan polis akan dibuat terhadap polis, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Abdul Rahman Hashim serta kakitangan awam yang terlibat menghalang sidang tergempar hari ini, kerana menghina.

Ikuti catatan liputan secara Langsung dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari, seperti disiarkan dibawah;

https://i0.wp.com/buletinonline.net/images/berita/pejsukperak030309i.jpg

12.04pm – Dibawah pokok inilah Sidang DUN Tergempar yang bersejarah diadakan hari ini oleh pejuang-pejuang demokrasi negeri Perak diketuai oleh YAB dato’ Seri Nizar Jamaludin dan V. Sivakumar, Dato’ Ngeh serta rakan-rakan ADUN Pakatan Rakyat yang lain.

11.50am – Semua ADUN Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat diiringi kesebuah bas bagi mengelakkan tindakan provokasi penyokong UMNO-BN

11.15am – Persidangan Tergempar DUN yang bersejarah telah mendapat perhatian seluruh negara malah seluruh dunia. Komen-komen yang diberikan oleh pengunjung blog anilnetto mencatatkan ramai ahli dan penyokong UMNO-BN berasa malu dengan keadaan yang berlaku di negeri Perak. Wakil-wakil rakyat yang dipilih rakyat bersidang dibawah pohon, sehingga menitiskan airmata beberapa insan yang menyaksikannya


11.13am – Nizar akan mengadap Sultan Perak untuk mempersembahkan keputusan Sidang DUN Tergempar pada harikini

11.11am – Dalam sidang media di pejabat DAP, Menteri Besar Pakatan Rakyat, Nizar berkata wakil-wakil akyat bersidang dibawah pokok kerana dihalang memasuki DUN, namun tanggungjawab berdasarkan arahan speaker dilaksanakan untuk kepentingan rakyat


https://i0.wp.com/buletinonline.net/images/berita/pejsukperak030309h.jpg

10.57am – Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin juga menggesa rakyat supaya bertenang dan mematuhi undang-undang. Beliau meminta mereka supaya tidak mengikut tindak tanduk golongan yang didakwanya menghalangnya dan wakil rakyat Pakatan yang lain daripada memasuki DUN awal pagi ini.

10.53am – Dato’ Ngeh juga berkata Speaker Sivakumar akan mengambil tindakan menghina terhadap polis dan setiausaha kerajaan negeri.

10.50am – Pengerusi DAP Perak dan exco kanan, Datuk Ngeh Koo Ham berkata hari ini adalah yang paling sedih dan menuju ke arah sebuah negara polis.

https://i2.wp.com/buletinonline.net/images/berita/pejsukperak030309g.jpg

11.03AM – Sidang media sedang berlangsung di pejabat DAP, beberapa ratus orang ramai masih berkumpul dan menunggu di hadapan bangunan tersebut, untuk perkembangan lanjut.

10.52am – Seramai lebih kuran 1,000 telah menyaksikan Sidang DUN Tergempar Negeri Perak yang menjadi sejarah demokrasi negara Malaysia. Mereka bersurai dengan aman.

10.46am – Hari Ini Dalam Sejarah, 3 Mac 09 di Ipoh Perak “. untuk dikenangi dan diingati buat selama-lamanya di tanahair kita yang kita cintai, bermula hari ini

https://i0.wp.com/buletinonline.net/images/berita/pejsukperak030309e.jpg


10.37am- Seorang penyokong mempamirkan kad sokongan yang berbunyi ‘ Dunia Sedang Melihat’.
(Gambar – Sidang Tergempar DUN sebentar tadi, kelihatan Speaker DUN, Sivakumar dan disebelahnya Ustaz Misbahul Munir, yang dilantik memangku tugas SU DUN semalam)

10.30am – Sidang tergempar DUN ditangguhkan. Speaker akan mengadakan sidang media di ibu pejabat DAP sebentar lagi.

10.25am – Usul kedua dibentangkan , usul membubarkan DUN, diluluskan sebulat suara

10.23am – Usul pertama dibentangkan sebentar tadi – menyatakan undi percaya kepada Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaluddin – diluluskan dengan sebulat suara.

https://i0.wp.com/buletinonline.net/images/berita/pejsukperak030309d.jpg

10.21am – Persidangan dijalankan dengan ‘formal’ dan aturan Dewan, para ADUN memanggil Siva dengan panggilan Yang Dipertua. Sidang tergempar DUN diadakan di tempat letak kenderaan depan Bangunan Perak Darul Ridzuan Ia diadakan di bawah sepohon pokok, dan semua 27 wakil rakyat Pakatan termasuk menteri besar mereka hadir dengan dipengerusikan oleh Speaker yang berpakaian rasmi. Tiada kerusi untuk semua 28 ahli DUN tersebut.

10.17am – Persidangan dimulakan dengan bacaan doa, seramai lebih 600 orang menyaksikan persidangan bersejarah tersebut

10.16am – Speaker, V Sivakumar baru sahaja mengumumkan beliau akan mengadakan sidang DUN Tergempar disatu lokas kawasan lapang i dalam jarak 50 meter dari pintu pagar Pejabat SUK, dibawah teduhan beberapa pokok.

https://i2.wp.com/buletinonline.net/images/berita/pejsukperak030309c.jpg

10.01am – Dalam pada itu di mahkamah Tinggi Ipoh, Hakim yang mendengar saman kerajaan haram BN adalah Ridwan Ibrahim. Peguam-peguam dari kedua-dua pihak telah berada dalam kamar hakim sejak 20 minit lalu.

9.57am – Semua ADUN Pakatan Rakyat berundur ke pejabat DAP bertentangan dengan pintu masuk pejabat SUK, Dato’ Ngeh dari DAP berkata mereka akan mengadakan sidang media di situ.

9.52am – Masa lima minit sebagaimana diarahkan bersurai telah berlalu, lori meriam air sedang bergerak menghadap orang ramai, namun tidak ada seorang pun yang berganjak

9.50am – Polis menggunakan pembesar suara telah mengarahkan hanya ‘Speaker’ sahaja yang dibenarkan masuk???? Buat apa hanya speaker yang masuk tanpa ADUN-ADUN!

9.47am – Ketua polis Ipoh, Azisman Alias enggan berunding dengan kumpulan wakil-wakil rakyat Pakatan, dengan menyatakan tiada sesiapa dibenarkan masuk. Polis mengundurkan wakil-wakil rakyat dari pintu masuk utama Bangunan Perak Darul Ridzuan, yang menempatkan DUN. Suasana kelam-kabut.Polis mengarahkan himpunan bersurai atau akan ditembak dengan meriam air !

https://i2.wp.com/buletinonline.net/images/berita/pejsukperak030309a.jpg

9.46am – Jeritan ‘Hidup Rakyat…. Hidup Rakyat kedengaran

9.38am – S
ekumpulan 30 orang cuba menghalang laluan menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan Wakil DAP Ipoh Kula serta rombongan wakil rakyat ke pintu masuk utama. Seluruh ADUN Pakatan Rakyat mereka sedang menghampiri dalam jarak 60 meter dari pintu pagar DUN Perak, dikerumuni oleh ramai wartawan.(Gambar kanan – Dr Lo’ Lo’ Ahli Parlimen Titiwangsa turut berada di Ipoh)

https://i2.wp.com/buletinonline.net/images/berita/drlo%27lo%27diipoh.jpg9.37am – menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan wakil-wakil rakyatnya tiba di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan. Laporan akhbar The Star semalam mengatakan, MB Pakatan Rakyat, Nizar berkata Sidang Tergempar DUN boleh diadakan dimana-mana sahaja, walaupun dikedai kopi sebagaimana kata Majlis Peguam. Beberapa ADUN Pakatan Rakyat dilihat berada di tempat kejadian sekarang.

9.31am – Pergaduhan kecil berlaku diantara penyokong UMNO dan Pakatan Rakyat berhampiran bangunan SUK Perak, jeritan ‘kurang ajar’ dapat didengari, namun tidak dapat dipastikan kerana terlalu ramai pihak media di hadapan bangunan tersebut.

9.25am – Kumpulan peguam yang mewakili kerajaan haram BN dimahkamah Tinggi Ipoh adalah Dato Hasfarizam b Harun, Faizul Hilmi, Ahmad Zamri and Badrul Hishah b Abdul Wahab.


9.11am – Lori FRU mengadakan halangan dihadapan bangunan SUK Perak. Lebih 1000 orang kini berkumpul dihadapan bangunan tersebut. Orang ramai yang menungg, berharap ADUN-ADUN dari Pakatan Rakyat akan muncul untuk Sidang Tergempar yang dijadual pada jam 10.00am


9.05am – Keadaan jalanraya di Ipoh penuh sesak, Jalan Istana dimana bangunan Perak Darul Ridzwan terletak telah ditutup kepada semua lalu lintas.

Speaker, V Sivakumar berada di mahkamah Tinggi Ipoh. Beliau diwakili oleh lima orang peguam, diketuai oleh peguam perlembagaan Tommmy Thomas dan dibantu oleh Chan Kok Keong, Agustine Anthony, Philip Koh Tong Ngee dan peguam kelima

https://i0.wp.com/buletinonline.net/images/berita/pejsukperak030309.jpg

8.41am – Gambar diatas adalah gambar terbaru bangunan Perak Darul Ridzwan pagi ini. Lebih 150 orang polis sedang mengepung bangunan Perak Darul Ridzwan. Sekatan jalan raya di pertingkat dan tiada sebarang kenderaan yang dibenarkan melalui berhampiran dengan bangunan Perak darul Ridzwan


8.29am – Pintu masuk ke Dewan Undangan Negeri Perak telah dikunci dan dihalang oleh Pasukan Simpanan Persekutuan, kerajaan UMNO-BN yang merampas kuasa pada 5hb Februari lalu cuba menghalang Sidang DUN Tergempar yang dipanggil oleh Speaker, V.Sivakumar.

Dapat Sidang DUN Tergempar diteruskan? Zambry dan konco-konconya cuba mendapatkan perintah mahkamah pagi ini untuk menghalang Sidang DUN Tergempar tersebut.

Catatan secara langsung hari ini akan menyerlahkan samada Keadilan dapat ditegakkan dengan kebijaksanaan.

https://i1.wp.com/buletinonline.net/images/berita/covertitlivefripoh1.gif

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: