jump to navigation

Malaysiakini : Bubarkan DUN Perak cara terbaik atasi krisis perlembagaan – Majlis PEGUAM March 4, 2009

Posted by nikmj in General, malaysiakini, mstar, National, news, Politics.
Tags: , , ,
trackback

Pilihan raya tergempar cara terbaik! Majlis Peguam mengesyorkan agar diadakan pilihan raya baru untuk keluar daripada krisis politik Perak yang berlarutan lebih sebulan termasuk beberapa insiden membabitkan soal perundangan dan kehakiman semalam.

SEJARAH Sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) diadakan di bawah pokok, di kawasan kira-kira 100 meter dari bangunan SUK Perak, Ipoh antara 10 hingga 10.30 pagi tadi. – foto The Star oleh ZABIDI TUSIN

“Tidak ragu-ragu bahawa akan ada lagi kes (baru) yang difailkan di mahkamah. Dan, publik terpaksa melalui kesan ketidaktentuan (politik semasa).

“Situasi ini sukar dipertahankan dan memerlukan satu perkara yang akan menyelesaikan secara konklusif – pilihan raya baru.

“Kini ada pintu peluang bagi keadaan ini berlaku. Biarkan orang ramai memutuskannya,” kata Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat petang ini ekoran “episod drama politik” terbaru yang disaksikan di Perak sejak pagi semalam.

Kenyataan beliau itu menyentuh pelbagai aspek yang berlaku sejak pagi tadi di Ipoh, antaranya penganjuran sidang tergempar di luar DUN, keputusan Mahkamah Tinggi untuk tidak mengiktiraf peguam swasta mewakili Speaker, tindakan polis menghalang ADUN daripada memasuki pekarangan bangunan SUK – yang menempatkan DUN.

Kata beliau, perkara yang berlaku di Perak di luar dugaan dan membabitkan isu perundangan yang kompleks.

Sungguhpun ia tidak munasabah untuk satu pandangan konklusif mereka, sesetengah perkara itu hendaklah ditangani sebagai satu perkara prinsip, katanya dalam kenyataan.

Beliau menanyakan sama ada dibenarkan untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan di luar Bangunan Sekretariat Negeri.

“Tentulah, Bangunan Sekretariat Negeri di mana Dewan Undangan Negeri patut diadakan.

“Bagaimanapun, Speaker dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilarang daripada mengadakannya di satu tempat yang sesuai oleh polis dan ini membangkitkan isu serius mengenai kesahihan tindakan polis.

“Dengan itu Speaker tersebut tidak ada pilihan tetapi untuk bertindak dalam apa yang dilihat sebagai kuasa yang luas untuk mengadakan persidangan ini di tempat lain,” kata beliau.

Beliau berkata ada pandangan berbeza, tetapi keadaan itu di luar dugaan dan Aturan Mesyuarat mungkin tidak meliputi sepenuhnya seperti keadaan yang tidak diingini, menyerahkan kepada Speaker dengan kuasa untuk bertindak mengikut keadaan kes itu.

Sreenevasan berkata keadaan itu tidak boleh dipertahankan daripada kritikan dan hanya mendesak untuk satu perkara iaitu pilihan raya negeri.

“Kini ada harapan untuk ini berlaku. Biarlah rakyat menentukan,” tambah beliau.

Krisis politik Perak yang bermula 25 Januari lalu hari ini menyaksikan beberapa detik menarik dan mencemaskan serta menimbulkan pelbagai tanda – ke mana menujunya amalan demokrasi di negeri itu.

Comments»

1. glm - March 4, 2009

biar rakyat perak menantukan siapa pemimpin meraka jagan perjudiskan keadaan diperak


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: