jump to navigation

Komen MB Selangor isu SPRM – Malaysiakini February 21, 2009

Posted by nikmj in malaysiakini, National, news, Politics, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Tags: , , ,
trackback

KOMEN BERKAITAN SIASATAN SPRM

SHAH ALAM: Saya dimaklumkan bahawa siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap saya masih berjalan dan telah dinasihati oleh peguam supaya tidak memberi sebarang komen bagi menghormati perjalanan proses undang-undang. Sebarang kenyataan akan akan dibuat oleh peguam saya, Sankara Nair.

DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

Comments»

1. nikmj - February 21, 2009

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang sedang berhadapan dengan tuduhan menyalahgunakan kuasanya dalam penyelenggaraan kereta peribadinya dan pembelian lembu korban pada Disember tahun lalu menyifatkan tuduhan yang dikenakan ke atasnya sebagai tidak berasas.

Menurut Khalid taktik mengenakan rasuah ke atas beliau merupakan tindakan terdesak daripada kerjaaan Barisan Nasional (BN) yang mahu merampas kerajaan Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR).

“Saya tidak takut dengan desakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana percaya tindakan yang dilakukan itu adalah untuk membantu rakyat yang susah dan bukan untuk diri sendiri.

“Saya tidak makan lembu itu, tapi saya beri kepada rakyat miskin, saya guna kereta Lexus saya sendiri supaya kerajaan negeri tidak perlu keluarkan perbelanjaan untuk itu,” katanya ketika berucap dalam majlis makan malam bersama Pemimpin Tertinggi Pakatan Rakyat di Selangor dan Kuala Lumpur di sini malam tadi.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata wujud bukti kukuh yang menunjukkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyalahgunakan kuasanya dalam isu penyelenggaraan kereta dan pembelian lembu korban.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, pihaknya mendapati terdapat bukti bahawa Khalid telah menyalahgunakan kuasanya dalam penyelenggaraan kereta peribadinya dan pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400 untuk sambutan Aidiladha pada Disember tahun lalu di kawasan Parlimen beliau di Bandar Tun Razak.

Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Ijok menegaskan beliau bukan seorang manusia yang boleh digertak sesuka hati.

“Makin digertak saya akan terus buktikan kerajaan Pakatan lebih baik daripada BN yang telah memerintah negera ini selama 51 tahun.

“Kita tahu kerajaan BN akan tumbang jadi mereka akan guna apa-apa cara sekali pun untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan di Selangor,” katanya.

Tambah beliau, rakyat akan dapat menilai taktik kotor BN seperti itu untuk menguasai negeri ini namun tegasnya kerajaan PR akan terus membela nasib rakyat di negeri itu.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden PKR, Prof. Dr. Syed Husin Ali; Naib-naib Presiden PKR, Azmin Ali dan R. Sivarasa serta Ketua Penerangan PKR, Tian Chua.

2. vesu - February 21, 2009

YAB Selangor ; remember the TRUTH WILL PREVAIL ; walau sesiapa pun – berani kerana benar . TAPI

saya tertarik dengan sitcom AAB the outgoing PM yang kemarinnya kata MB Perak setuju nak buat laporan polis terhadap speaker dun perak setelah diarah oleh beliau ; tapi malam tadi MB itu kata tak jadi pulak,sebab nak ikut prosedur undang2 ; nampaknya MB perak engkar PM ; apa tindakan AAB?

3. vesu - February 21, 2009

berkenaan tuduhan kes lembu itu saya ada satu cadangan kepada suruhanjaya rasuah ; cadangan ini akan menyelesaikan dan seterusnya terhapuslah kes2 berkaitan dengan daging lembu ; arah seluruh rakyat jadi VEGETARIAN …. tak ada keja lain ke ; ?>

4. abdul - February 21, 2009

Ini SPRM satu lagi barua UMNO

5. eagle - February 21, 2009

Lawan tetap Lawan. Pegawai tinggi kerajaan semua kaki bodek dan penakut serta tak ada harga diri.
Begitu banyak lapuran salah guna kuasa kerajaan BN, SPRM buat tak tahu sahaja dan bila ditanya jawapan mereka ialah masih dalam proses penyiasatan. Despicable people !!!!
Guna duit rakyat untuk rakyat dikatakan salah guna kuasa tetapi guna duit rakyat masuk poket sendiri tak mengapa.
Apa punya manusia dalam Malaysia ini. Sesuatu perlu dilakukan kalau tidak negara ini akan menghadapi kehancuran.
Mereka yang berkuasa buat rakyat macam orang bodoh dan buta. Sicko!!!!!!!!

6. Ternut - February 21, 2009

Biasa la tu. MALAYSIA BOLEH!! Bagi diorang semua boleh, bagi orang lain TAK BOLEH.

7. ZAHIR - February 21, 2009

PEMIMPIN TERTINGGI DLM BARISAN NASIONAL UMPAMA GENGSTER PADA RAKYAT..DGN RASUAH,PENCULIKAN&PEMBUNUHAN.GEDEBE LA NGAN KUASA YG ADA SKRG.DI PDG MASYAR NANTI PENENTU SGALANYA.KAMI DLU BN TP SKRG PR LAH YG MEMPERJUANGKN NASIB RAKYAT.

8. bangzahar - February 21, 2009

bukan nya apa tu lepas pilihan raya 3 tempat tu seyap la cerita tu taktik tu,tapi aku rasa lah BN kali ni bungkus terok 3 tempat pasal BN yang membuat dia bungkus.Main suka suka ambil PERAK.Ajak lawan tak mau pula,geranti kalah terok diPERAK.Harap harap PR buat bersabar sikit tak kemana tu.WAK TOYO org dah kenal dah.

9. carmanio - February 23, 2009

we the people of selangor was in a mess @(#&$($&))@&)!)*!*!)……..until march2008…when tan sri khalid came into power….!!

viva tan sri khalid!
viva pr!
viva rakyat!

fcuk toyol!
fcuk umno!
fcuk bn!

carmanio.

10. bugis moden - February 25, 2009

Umno dah tukar slogan anti rasuah. Dulu diorang pakai BPR (Benci Pada Rasuah) tak telus katanya. Sekarang dia ubah lagi SPRM (Suka Pada Rasuah Maa…) Baru lah betul maknanya pada pemimpin umno/bn. Memang besar haramjadah diorang ni!! Esok mati baru tau haa.. Macam drama TANAH KUBOR lakonan Ahmad termimi Serigar. Itulah realitinya pemimpin umno masa kini.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: