jump to navigation

Keputusan speaker musnahkan impian UMNO – Malaysiakini February 20, 2009

Posted by nikmj in By election, General, harakahdaily, malaysiakini, Najib Razak, National, news, Politics.
trackback

Sungguhpun Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir Zambry tidak berpuas hati dengan Speaker DUN Perak, V Sivakumar atas keputusannya menggantung dan melarang beliau dan enam Exco daripada menghadiri sesi DUN, namun tindakan itu dibuat mengikut peruntukan kuasa yang ada.

Demikian pandangan pensyarah undang-undang Profesor Dr Aziz Bari yang menyatakan bahawa Sivakumar selaku speaker mempunyai kuasa untuk berbuat keputusan tersebut.

“Speaker ialah ketua Dewan…pada asasnya,” katanya dan menyatakan terdapat kes penggantungan anggota Dewan Undangan Negeri oleh speaker DUN dan anggota Parlimen oleh speaker Dewan Rakyat sebelum

“Kuasa speaker adalah sama di semua negara Komanwel,” katanya dalam sebuah laman web.

Abdul Aziz berpendapat di peringkat persekutuan, Speaker Dewan Rakyat sebelum ini pernah beberapa kali membuat keputusan yang dianggap ‘tidak munasabah, menolak usul, menggantung Ahli Parlimen dan sebagainya’.

“Kali ini giliran BN pula merasa,” katanya.

Abdul Aziz memberitahu bahawa Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin mempunyai hak untuk membawa kes itu di makamah atas sebab ‘posisi kabur kerajaan Zambry.’

Sementara itu peguam Karpal Singh juga turut bersetuju dengan tindakan Sivakumar dan menyatakan bahawa ianya di bawah bidang kuasa beliau selaku Speaker. (Harakahdaily)

** Biarkan BN pula merasa bahana dari tindakan bodoh siNajib yang kononnya pintar dalam membuat keputusan terburu-buru.  BN nampaknya lupa yang DUN adalah dibawah bidang kuasa Speaker. Jadi walaupun Sultan telah melantik MB baru secara haram, kerana kononya BN telah mendapat suara majoriti (sebenarnya tidak sebab BN 28, PR 28 dan Bebas 3 dimana Bebas masih dalam kes mahkamah), namun kerajaan baru tak mungkin dapat beroperasi kerana Speaker masih orang PKR.

Sekarang peluang PR untuk menggunakan kuasa mutlak Speaker untuk mengenakan BN sebagaimana BN selalu melakukannya baik diperingkat Negeri mahupun Persekutuan.

Dengan undang2 tubuh kerajaan negeri yang sedia ada, jalan terbaik adalah dibubarkan DUN agar Pilihanraya dapat diadakan semula untuk menyelesaikan kemelut lawak jenaka politik Malaysia.

BN sudah tiada pilihan lagi kerana dalam dewan PR ada 28 ahli, sedangkan BN 17 dan selebihnya telah diharamkan dari memasuki dewan oleh speaker. Jadi terpaksalah BN mengaku kalah dan ikut permintaan Nizar agar dewan dibubarkan segera. PR ada kelebihan jika mengadakan undi tidak percaya kepada kerajaan haram BN dari segi kehadiran ahli diDUN, 28 LAWAN 17.

Terserah kepada BN untuk tindakan selanjutnya, salah gunakan kuasa eksekutif diperingkat tertinggi seperti biasa, atau tunggu tindakan selanjutnya dari PR.

Comments»

1. haddi - February 20, 2009

harap2 percaturan untk kearah pembubaran dun perak tercapai..
dgn cara ini saja yg bleh membuat negeri perak kembali aman..

2. zaza - February 20, 2009

speaker ada kuasa…sultan takde kuasa ker??? speaker tau undang-undang, sultan tak tau undang-undang ker?? huhuhu pelik2ssss…

3. Philip C. J - February 20, 2009

Salam Sejahtera,

Proffesor,

Pada pandangan peribadi saya, adalah lebih molek DUN negeri Perak di bubarkan sekarang untuk menyelesaikan tsunami politik yg bercelaru dan tidak terarah. Serahkan kepada semua raykat di Perak untuk memilih kerajaan dengan cara demokrasi dan bukan sebagaimana apa yg berlaku sekarang ini dgn cara paksaan & sogokan. Kita semua rakyat Malaysia berhak untuk bersuara demi kepentingan bersama bukannya orang perseorangan / tertentu sahaja. Kalaulah hak bersuara ini terhad untuk orang yg tertentu / berkuasa / senang sahaja sepertimana yg berlaku sekarang ini hancurlah wawasan 2020 yg di laungkan oleh kerajaan BN selama ini. Tak adil lah kalau orang kerajaan BN sahaja yg boleh berhimpun secara haram dan bercakap tentang Bangsa / Agama & sebagainya. Bagi pandangan saya lah Prof.. di negara kita Malaysia yg tercinta ini tidak ada seorang pun rakyat kita membangkang cuma pendapat / fikiran sahaja yg berbeza. Sebab kita semua rakyat Malaysia mempunyai document yg sama. Kalau lah rakyat itu membangkang…..rakyat itu tidak akan mengunakan MyKad / Sekolah dan sebagainya sama dengan rakyat Kerajaan BN. Kita semua sebagai rakyat Malaysia yg berbilang Kaum / Bangsa & Agama befikirlah secara terbuka / berertika untuk memajukan negara / rakyat demi mencapai matalamat & wawasan 2020. Berilah rakyat kebebasan untuk memilih kerajaan demi kepentingan semua.

Sekian

Sarawak, Malaysia

4. ntbn - February 20, 2009

I salute the teamwork and effort for PR PKR, PAS & DAP, Nijar & Sivakumar stand by their decision. Sivakumar is a very intelligent speaker when he come out with the idea of blocking the BN exco, that his job as a speaker of the assembly.

He should be promoted to be the speaker of Parliament for his discovery of idea in such a difficult situation. BN try to use the Sultan ultimate power, but the people and elected assemblymen have their own unique power.
That is real democracy.

5. Malaysian yang kecewa - February 20, 2009

hahahahaha
tahniah PM-in-waiting

6. Mat Penjara say;... - February 20, 2009

Syukurr..Alhamdullilah..Inila berkat kesabaran orang2 yg beriman & bertakwa,Allah swt kirimkan pertolongan dr sumber yg tidak di sangka2. Orang2 yg zalim ini tidak pernah berfikir yg mereka tiada kuasa melaiankan Allah swt yg maha berkuasa atas segala sesuatu. Bersabarlah wahai saudara2 ku dlm PR,moga Allah swt tetap bersama kita semua.. Amin

7. nikmj - February 20, 2009

To zaza,
TQ for highlighting the law issue. As everyone knows the Sultan is the exLord President. And to make it even worse, he is the one who wrote the Perak Constituition. Yet, when Nizar reminded him about the law he wrote, he just nod his head and look down.

Dont you see the situation here. Why the one who understood the law still proceed with something out of his authority? I leave it to you to make your own judgement..

If you want to comprehend better about the Perak situation analysis, you better read this article .. http://mt.m2day.org/2008/content/view/18271/84/

8. Al Ikato Buya - February 22, 2009

Ayo kawan ini salah cara, kalau siapa tau diIndia dan China kuasa ini tidak diberi pada speaker….jika berlaku alamat keluar dari Dewan habis kena tanam. Mujurlah di malaysia raayatnya tak salah guna kuasa dari hati panas tapi masih beri jenaka dalam kancah politik kerana orang2 politiknya tak banyak membaca akta2 DUN atau Perlimen, mereka banyak cakap buat tafsiran budi bicara….

9. carmanio - February 23, 2009

i agee with “.. ntbn – February 20, 2009 ”

carmanio.

10. WAN - March 3, 2009

RIWAYAT UMNO DI PERAK AKAN BERAKHIR


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: