jump to navigation

Kronologi penderhakaan UMNO kepada Raja – Malaysiakini February 18, 2009

Posted by nikmj in General, islam, malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , ,
trackback

 
 

DAULAT TUANKU….
 

Bismillahir rahmanirr ahiim.. 

Assalamualaikum kepada semua pembaca terutamanya dari kalangan penyokong Umno. Berikut saya sertakan beberapa fakta sejarah mengenai penderhakaan Umno kepada raja-raja melayu.Dalam fakta ini saya tidak boleh mengingati tarikhnya dengan tepat. Akan tetapi insyaAllah kepada semua pembaca yang mengikuti dengan rapat perkembangan politik tanahair sejak dari tahun 80an lagi akan ingat peristiwa-peristiwa ini semua.Juga sekiranya ada kesilapan dalam fakta-fakta ini harap ada pihak tampil untuk membetulkannya.Dan kalau saudara-saudara sekelian ada penambahan,digalakan juga untuk menambah.Kita sebarkan agar generasi muda sekarang tahu akan siapa sebenarnya Umno ini.Saya susun mengikut negeri-negeri. 

Kelantan:
 
Tan Sri Mohammad Mohammad Yaacob yang juga Menteri Besar Kelantan pada era pemerintahan BN di Kelantan (1978-1990) sentiasa lari ke Kuala Lumpur apabila ada majlis rasmi di istana di Kelantan.Ini adalah kerana beliau sentiasa tidak sebulu dengan Tuanku Sultan Kelantan. 

Dato’Annuar Musa pernah pada sekitar tahun 90an dahulu ketika krisis imuniti raja-raja melayu meledak,telah menabalkan Tengku Ibrahim (kalau tidak silap saya sepupu kepada Tuanku Sultan Kelantan) sebagai Sultan Kelantan yang baru.Majlis pertabalan itu telah disempurnakan di bawah sebatang pokok gajus di sebuah padang sekolah di Kelantan.Ini kerana beliau ingin menunjukkan kuasa beliau kepada rakyat dan Tuanku. 

Namun segalanya gagal malah beliau pula didakwa terlibat dengan kes kehilangan wang PPRT yang sehingga sekarang masih menjadi misteri.

Tun Mahathir pula pernah cuba memalukan Tuanku dengan penyiarkan berita beserta gambar oleh akhbar-akhbar utama negara tentang Tuanku yang dikatakan telah melarikan kereta Lamborghini Diablonya dari simpanan kastam. Peristiwa ini juga berlaku pada ketika kemuncak krisis imuniti raja-raja melayu.

Dalam satu Persidangan Agung Umno,kalau saya tidak silap Dato’Alwi Che Ahmad (Ketua Penerangan Umno Kelantan sekarang) telah melafazkan kata-kata berikut kepada Tuanku “Raja Adil Raja Disembah,Raja Zalim Raja Disanggah”sebagai amaran kepada Tuanku agar tidak mencampuri urusan politik di Kelantan.

Negeri Sembilan :

Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebelum perlantikan baginda kejawatan Yang Di-Pertuan Agong juga telah dimalukan oleh Tun Mahathir dengan penyebaran berita bahawa baginda menyimpan minuman keras di istana beliau.Hal itu juga disebarkan oleh seluruh akhbar utama negara ketika krisis imuniti raja-raja melayu sedang berlaku. 

Selangor :

Menteri Besar Selangor ketika itu Tan Sri Mohd Taib telah melukakan hati Almarhum Sultan Selangor iaitu Sultan Sallahuddin Abdul Aziz dengan “kisah” beliau dengan puteri Tuanku (Ku Yah).Sehinggakan dalam satu siaran berita apabila ditanya wartawan tentang suatu perkara berkaitan dengan menteri besarnya ketika itu,Tuanku menjawab “Kalau bagi kat Mamat tu habislah dengan-dengan saya kena pindah kat Pulau Ketam”Jawapan itu cukup menyerlahkan kekecewaan baginda kepada Tan Sri Mohd Taib yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pada masa itu.

Pahang :

Walaupun Tuanku diketahui ramai bahawa Tuanku adalah seorang penyokong kuat Umno dan BN akan tetapi sokongan itu tidak bermakna bagi Tun Mahathir ketika krisis imuniti raja-raja melayu kerana baginda juga tidak terlepas dari dimalukan oleh Tun Mahathir.

Baginda digambarkan sebagai seorang sultan yang mempunyai harta kemewahan yang melampau dan membazir kerana baginda mempunyai kapalterbang peribadi pada ketika itu.Disiarkan juga kepada seluruh rakyat kapalterbang baginda itu.

Perak :

Tuanku Sultan Azlan Shah,sultan yang tercerdik dan terpintar yang lahir dikalangan sultan-sultan yang sezaman dengan baginda.Baginda adalah bekas hakim dan diangkat menjadi sultan setelah kemangkatan sultan Perak Raja Idris Syah dan Raja Muda Perak yang tarikh kemangkatan kedua-duanya adalah hampir jaraknya.

Ketika itu baginda menjadi Raja Dihilir Perak.Oleh kerana kecerdikan bagindalah maka Tun Mahathir rasa tercabar dan ingin menghapuskan imuniti raja-raja melayu ketika itu.Pelbagai cara jahat digunakan untuk menundukkan Tuanku dan akhirnya Tuanku mengaku kalah dan tunduk kepada Tun Mahathir.

Johor :

Baginda juga menerima nasib yang sama seperti Tuanku Sultan Pahang iaitu seorang yang kuat menyokong Umno.Akan tetapi amat malang sekali kerana baginda juga termasuk dalam senarai sultan yang dimalukan Mahathir.

Pelbagai skandal dan cerita dikeluarkan oleh Umno yang diketuai oleh Tun Mahathir tentang baginda.Ini termasuklah juga kisah anakanda Tuanku,Tengku Majid yang ketika itu mewakili pasukan hoki Johor di SUKMA 92 telah memukul penjaga gol pasukan Perak selepas perlawanan.

Berita itu disensasikan sebegitu rupa.Memang ianya satu kesalahan,akan tetapi jika tidak kerana krisis imuniti raja-raja ketika itu,adakah kisah itu akan disebarkan?atau sekadar didiamkan seperti kisah Prebet Adam?

Kerana tekanan Umno jugalah maka Pasukan Timbalan Setia Negeri iaitu pasukan askar peribadi Tuanku dibubarkan.

Terengganu :

Almarhum Tuanku Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Syah telah diugut oleh Mahathir untuk diturunkan dari tahta dengan menggunakan Tengku Ali.Tengku Ali telah mengemukakan tuntutan di mahkamah agar dikembalikan kuasa sultan kepadanya yang mana didalam dakwaannya pemecatan beliau sebagai sultan pada zaman pemerintahan Jepun adalah tidak sah.Sehingga beberapa sesi perbicaraan berjalan,kes itu kemudiannya digugurkan oleh mahkamah.

Begitulah antara beberapa kisah dan senarai penderhakaan Umno kepada raja-raja Melayu.Bagi yang tidak tahu tentang krisis imuniti raja-raja,ianya bermula kerana ada beberapa akta yang tidak persetujui oleh yang Di-Pertuan Agong yang mana ketika itu Agong mempunyai kuasa untuk menolak akta yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Dek kerana tercabar dengan kebijaksanaan Sultan Azlan Syah (Agong ketika itu) maka Tun Mahathir telah memaksa semua raja-raja melayu menandatangani akta yang menyatakan bahawa setiap akta yang telah dipersetujui di Dewan Negara dan juga enakmen yang dipersetujui di Dewan Undangan Negeri akan digazetkan selepas beberapa tempoh walaupun tidak ditandatangani oleh Agong dan sultan.

Hanya Kelantan dibawah kekuasaan PAS satu-satunya negeri yang mempertahankan kedaulatan raja-raja melayu walaupun Umno yang menguasai negeri-negeri lain ketika itu mengaku bahawa dialah juara dalam mempertahankan bangsa melayu.Demi untuk mencapai maksud itu,maka Tun Mahathir telah menggunakan segala ugutan-ugutan yang saya nyatakan diatas kepada raja-raja melayu.

Pada ketika itu jugalah RTM dan TV3 iaitu dua pemutar belit utama Umno telah menyiarkan dengan banyaknya cerita-cerita perihal raja-raja melayu yang mana kesemuanya berkisar tentang kezaliman raja-raja melayu.Antara yang sempat saya ingat ialah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.Cerita ini pada waktu itu telah disiartayang beberapa kali dalam jarak masa yang dekat.Demikianlah dahsyatnya kelakuan Umno sekiranya mereka tidak mendapat apa yang mereka kehendaki maka akan mengamuklah mereka dengan gilanya.

Maka satu perkara yang amat penting bagi kita semua ketika ini,ialah kita seharusnya sedar bahawa Umno adalah penderhaka kepada raja-raja melayu yang tiada tolok bandingnya.Saya yakin dan percaya seluruh raja-raja melayu masih ingat akan peristiwa itu.Betapa hinanya raja-raja melayu diperlakukan Umno.

Pernah juga disiarkan didalam akhbar ketika itu dimana tempat duduk diraja di Stadium Merdeka bagi perlawanan bolasepak telah digunakan oleh jurugambar untuk merakam perlawanan.Ini untuk menunjukan kepada rakyat bahawa raja sudah tidak dihormati lagi.Itulah yang dilakukan oleh Umno kepada raja-raja satu ketika dahulu. Jahat bukan?

Jadi,adakah anda semua hairan dan terkejut dengan segala apa yang telah berlaku sekarang ini?Perkara yang saya sebutkan diatas pada pandangan saya adalah lebih dahsyat daripada apa yang berlaku sekarang kerana ianya melibatkan perlucutan kuasa raja-raja melayu.Alhamdulillah Umno tiada majoriti 2/3 hari ini di parlimen bagi menggubal akta baru yang mungkin memberi kesan yang lebih teruk kepada institusi raja kita.Apatah lagi dengan berlakunya peristiwa seperti sekarang ini.Kalau tidak,mungkin jawatan Yang Di-Pertuan Agong akan tinggal sejarah sahaja kerana amukan Umno…siapa tahu…?

Dan apabila mereka merasa tersepit,maka raja-raja melayu akan dijadikan tunggangan mereka bagi melepaskan diri.Contohnya seperti gesaan Umno bagi mengharamkan penggunaan nama Islam kepada semua parti-parti politik.Umno dengan selambanya menggunakan Majlis Raja-Raja untuk tujuan politik mereka itu.Bagi saya ini adalah wajah sebenar Umno dulu,kini dan selamanya.Sejarah adalah sejarah.Ianya tetap akan diceritakan secara benar walaupun Umno cuba membohonginya.Yang benar pasti datang dan yang batil akan tumbang.Renung-renungkanlah semua.

Ihsan Muslimeen-United

Comments»

1. Al Ikato Buya - February 22, 2009

Ada betul juga apa tindakan Tun buat bagitu untuk menyedarkan Sultan2 agar jangan selalu tidor siang….daulat Tuaku pacal berkata , Tuanku2 perlu berkerja keras macam raayat yang lain kerana Rasullalah buat kerja suruhan dari Allah maka tuanku tidak perlu membezakan kerana kita ini hamba2 Allah swt.Bila Tuanku sendiri turun padang maka raayat yang tau komen ini akan tunduk pada Tuanku2 semua, mereka yang suka komen anak bangsa yang perlu dihantar berniaga diAfrika baru tahu ..mana negara yang dia akan sukai.

2. azidi - May 26, 2009

Saudara Muslimeen. Membaca tulisan saudara tidak banyak menyerlah keburukan UMNO berbanding dengan jasa UMNO kepada kemerdekaan tanahair. Saudara banyak menumpukan kepada kejadian yang didakwa dilakukan oleh Tun yang saudara anggap membawa kemudaratan kepada institusi Raja berperlembagaan. Hakikatnya tulisan saudara lebih kepada rasa kecewa atau mungkin dendam kepada Tun.
Sebagai rakyat biasa, saya menilai UMNO dari awal penubuhannya. Rata2 orang Melayu bergantung kepada UMNO pada ketika itu sehingga era Tun Hussien Onn. Hubungan kaum terjamin semasa dibawah pemerintahan mereka sebelum tercetus peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan diterajui UMNO dalam BN telah mencuba stabilkan politik Malaysia dengan dasar DEB bagi menjamin ekonomi Melayu. Jangan lupa sejarah ini.
Era Tun Dr Mahathir telah membawa lebih kemakmuran kepada Malaysia. Tun telah melaksanakan tanggungjawab beliau dengan penuh didikasi selama 22 tahun. Stail kepimpinan beliau sangat tinggi sunnguhpun terdapat kata2 beliau seorang diktator. Sebenarnya kalau saudara pelajari prinsip2 kepimpinan saudara akan tahu bahawa Tun telah mengambil prinsip kepimpinan yang betul dimana ada masa2 beliau perlu bersikap keras dan ada ketika beliau berlembut dalam menangani sesuatu isu.
Contoh: Sebagai PM berbilang bangsa Tun tidak perlu menunjukkan beliau hanya menumpukan kepada kaum Melayu sahaja. Saudara kena paham apa perasaan Tun dalam situasi begini. Ketegasan Tun dalam melaksanakan ISA seperti OPERASI LALANG menunjukkan beliau mementingkan kesejahteraan rakyat Malaysia. Dengan langkah tersebut, Tun dilihat mengambil tindakan yang betul bagi mengatasi krisis perkauman ketika itu tidak menjadi lebih merbahaya.
Dasar UMNO memperjuangkan DEB banyak memberi peluang kepada Melayu berjaya dalam pelajaran dan keushawanan. Golongan ini kini terlalu ramai dan cerdik pandai yang dapat melihat dunia luar selain dari Malaysia. Segelentir mereka telah lupa diri dan menjadi pembakang kepada kerajaan yang telah membawa mereka keluar dari kepompong kekampungan. Sepatutnya golong seperti ini mambantu kerajaan menambahbaikan mana2 kekurangan yang ada kerana mereka telah terdedah kepada dunia luar selain dari Malaysia. Perlu diingat tidak semua Melayu berpeluang keluar negara dan golongan yang sepatutnya luas perjalanan dan banyak pengalaman membantu kerajaan membina Malaysia dengan cemerlang. Hentikan sengketa yang membawa kepada keretakan dan keharmonian negara. Terima kasih.

3. nikmj - May 26, 2009

Everyone is entitled to their own opinion. But then majority of the party followers are just say yes to whatever their leaders said without even thinking deeply or even seeking the truth behind it. As most leaders are very good in the art of rethoric especially DrM, perhaps you Mr Azidi could spent some time reading this article.

https://nmjnh.wordpress.com/2009/05/18/debat-umno-mykmu-dan-pas-albanjari/

One more thing, about your suggestion that young intellectuals should joint UMNO and help the govt, I believe you should realize that the current UMNO is not yet willing to share the thoughts of the younger generation as most of the inside party are still living in the state of denial and most of them have their own agenda of joining the party rather than really helping the nation. Dont blame on Pakatan as Pakatan is more willing in accepting the young intelectual without prejudice.

4. azidi - May 27, 2009

nikmj. Bagi saya sama sahaja siapa yang memerintah mempunyai kelebihan dari kuasa yang ada. Samada UMNO (sekarang) atau PR apabila berkuasa kelak (jika dipilih rakyat) juga pasti menghadapi sindrom tamak kuasa atau mungkin akan menggunakan cengkaman untuk terus berkuasa. Persoalannya ialah pemimpin yang ada dan rakyat perlu menolak sesiapa yang dilihat mempunyai kepentingan atau agenda peribadi semasa memerintah. Caranya melalui pemilihan dalam parti masing2. Ahli2 parti UMNO, MCA, MIC, DAP, PAS,PKR dan lain2 tahu ragam pemimpin masing2. Melalui pemilihan parti sahaja ahli2 berhak menjatuhkan pemimpin yang tidak bermoral atau yang bermasalah.
Cuma apa yang terjadi sekarang ialah ahli2 masih mengundi pemimpin2 yang bermasalah untuk terus berada dalam parti yang seterusnya berjaya dilantik dalam jawatan tertentu dalam kerajaan atau parti. Dalam hal ini, parti tidak bersalah. yang salahnya ialah ahli2 parti yang mungkin berpaut kepada pemimpin bermasalah untuk kepentingan sendiri. Jadi perkara ini tidak akan berhenti seolah2 putaran roda dan semua parti akan merasakan sindrom ini samada BN atau PR.
Mengenai cerdik pandai yang menjadi pembangkang saya seru mereka ini insaf dan sedar diri kerana bukan semua mereka dari asal keturunan bangsawan. UMNO telah memberi peluang kepada mereka belajar tinggi2 kerana nenek moyang mereka dulu susah dan bergantung kepada UMNO melepaskan diri dari belenggu penjajahan British. Makan ubi kayu zaman Jepun semua dirasai oleh nenek moyang kita termasuk keluarga saya. Dengan UMNO yang menyatukan bangsa Melayu maka lahirlah generasi sekarang yang hidup dalam serba mewah dan sederhana tapi malangnya Melayu sendiri yang cuba menghancurkan UMNO. Sepatutnya tuan2 tidak menyalahkan UMNO kerana UMNO parti Melayu. Tuan2 sepatutnya menyingkirkan pemimpin UMNO yang dikatakan membuat masalah. Bukannya cuba menghancurkan parti Melayu. Jadi fikirlah dengan sedalam2nya. Agenda siapa yang cuba menghancurkan parti Melayu iaitu UMNO. Sebagai seorang Melayu saya mesti pertahankan UMNO kerana itu adalah maruah bangsa Melayu. Kenapa orang Cina tidak memburukkan MCA dan Gerakan atau cuba memusnahkan parti tersebut walhal kemelut selepas PRU 12 lebih menjurus kepada kehilangan banyak kerusi DUN dan Parlimen dikalangan parti mereka? Fikirlah saudara2ku!
Betul kata Tun Dr Mahathir Melayu mudah lupa. Mengikut kata Menteri Pertahanan pada 26 Jun 2009 (Buliten Utama TV 3) ada usaha pihak tertentu untuk menjadikan Chin Peng sebagai wira Malaysia? Adakah golongan Melayu yang cerdik pandai ini juga akan menyokong gerakan mereka? Oleh itu saudara sebangsa dan seagamaku fikirlah sedalam2nya taktik memecahbelahkan perpaduan Melayu kini mungkin akan tercapai dengan sokongan orang2 Melayu sendiri seperti saudara. Cadangan saya mudah sahaja iaitu:
Terimalah parti PAS dan PKR dalam Barisan Nasional. Sebabnya dalam kedua2 parti ada pemimpin yang boleh diangkat sebagai pemimpin negara dan bukan pembangkang. Masalahnya, bolehkah UMNO mengalah dan menerima cadangan positif sebegini. TQ

Unfortunately current UMNO leaders are still living in the state of denial and dont want to compromise. They even fight with each other for the post. Perhaps if Zahid came last night in Hujah TV9 these interesting ideas brought up by Husam could enlighten some to think about what’s happening in M’sia now.

http://cetusan-hati.blogspot.com/2009/05/zahid-dan-saya-malam-esok-rangka-kasar.html

About PKM, if you read the blog about those who involved with, its quite interesting that many never being taught before that PKM is not like Communism in Europe or China. Even some of them went to sekolah pondok and until now still teaching Islam in China, Thailand. As for Chin Peng its about current govt decision. If they can accept the Malays exPKM members, why cant they accept non Malays as well? Goto this link to read their own story about PKM http://matamin.blogspot.com/ that no one can find in our school text books. Who actually hiding this true story?

5. azidi - May 27, 2009

Hallo gang. Kalau semua dah jadi BN tak ada pulak pembangkang. Susah jugakan? Ada polis tapi perompak tak ada, jel kosong polis tak ada kerja. Jadi macam nilah… Lu fikirlah sendiri…. bye!

Pakatan never plan to join BN, Instead they plan to replace BN

6. azidi - May 27, 2009

Gang, I dont thing so. Susah sikit kerana bukan mejoriti Melayu sukakan PR termasuk saya. Ada kebaikan PR dan ada keburukan juga bagi survival Melayu. So iklim politik BN dan PR nanti 50-50. Cuma diharapkan orang Melayu kembali bersatu dibawah UMNO. TQ

Pakatan struggle is not based on races, instead its on justice

7. azidi - May 28, 2009

Sama dengan BN ada UMNO, MCA,MIC,PPP,GERAKAN,LDP,SUPP,PPB,PBS.
PR cuma ada PKR,PAS,DAP dan Hindraf (4 komponen sahaja) so macamana nak struggle tanpa ikut perkauman? BN semua kaum ada, termasuk Sabah dan Sarawak. On justice, jika PR perintah youpun akan pinda akta ikut you punya keperluan juga. So fair and square

Pembetulan, Hindraf not part of Pakatan, Pakatan only support Hindraf in terms of justice. BN struggle based on races as most all of their components is racial based while PR is not based on racial at all. PR priority is justice, so if they have to change anything, its all about justice.

8. azidi - May 28, 2009

Pembetulan. Sokongan kepada HINDRAF dalam bentuk keadilan undang2 pun saya fikir tak betul sebab HINDRAF parti yang diharamkan oleh kerajaan.
Sebab2 diharamkan semua dah tahu asal mula HINDRAF buat rusuhan di KLCC dan sekitar KL hingga mencetuskan keganasan dan hampir orang Melayu juga terlibat untuk menghalang keganasan HINDRAF. So saya fikir silaplah PR memberi sokongan kepada golongan pelampau seperti HINDRAF dan saya percaya ramai Melayu menentang HINDRAF tetapi menyokong MIC.
Nasihat saya kepada PR, jangan memberi sokongan kepada puak ekstrim dan anda akan menerima sokongan jika anda sentiasa tidak mencetuskan masalah kepada negara. Jangan melawan arus maksudnya.
Firasat saya percaya DS Anuar Ibrahim pun sukar untuk dilantik PM kalau PR berjaya dalam PRU 13 nanti sebab dalam PR ada Hj Hadi, ada Lim Kit Siang dan motto PR its about justice. So Hj Hadi dan Lim Kit Siang juga teringin nak jadi PM. So apa komen awak?

9. azidi - May 28, 2009

Hallo Gang nikmj. No comment ke Hj Hadi dengan Kit Siang nak jadi PM boleh ke?

10. nikmj - May 28, 2009

Jawatan PM tertakluk kepada perkenan Agong. Mana2 gabungan parti yang menang diperingkat nasional boleh memilih sesiapa dikalangan mereka. Jadi soal sesiapa berminat tidak menjadi persoalan. Jika saudara pun berminat dan jika ditakdirkan menjadi MP dikalangan parti majoriti didewan rakyat dan menjadi pilihan dikalangan MP, apa salahnya kan?

11. azidi - May 28, 2009

TQ bro..macam mimpi disiang hari pulak awak takdirkan saya jadi MP. agak2 awak, layak ke saya jadi MP ni (terangkat sikit punngung saya dari kerusi ni..).
Memang DYMM Agong lantik PM semua tahu. Kerusi tu satu aje. Tapi kalau dah berebut DSAI, Haji Hadi dan Lim Kit Siang semua kata masing2 banyak pengundi macam di Perak tu macam mana? jawab bro…

Bila masa lak dia orang berebut ni? Setahu saya PR belum pernah menang kt dewan rakyat. Setahu saya kat Kelantan, Penang, Kedah, Perak dan Selangor takde pulak mereka bergaduh. Mungkin kat Perak dulu ada sedikit keistimewaan dimana Sultan tetap memilih melayu islam dari parti PAS menjadi MB walaupun PAS bukan mendapat majoriti. So what’s the problem bro?

12. azidi - May 28, 2009

Bro. Saya bayangkan PRU 13 beb. Sebab puak kamu kata PRU 13 PR perintah. Memanglah belum berebut jadi PM masa kini cuma angan2 PR nak perintah lepas PRU 13. Saya ni fikir beyond next GE.
Katalah saya sokong PR tapi saya tak nak DSAI jadi PM. Saya nak Haji Hadi dari PAS jadi PM sebab PAS banyak kerusi yang dimenangi dan parti PAS semua orang Melayu termasuk ulama. Macamana. DSAI boleh beri laluan tak kepada Hj Hadi. Kena tanya bro soalan ni sebab jiwa saya kuat kepada Melayu bro..

Insyaallah azam diikuti oleh usaha serta direstui Allah boleh berjaya. Namun kita harus berdiri atas hakikat dan fakta. Jika angan2 saudara menjadi kenyataan, kita tunggu perkenan YDPA siapa yang lebih layak, mungkin mereka, mungkin orang lain, anything is possible

13. azidi - May 29, 2009

Gang sebelum Hj Hadi atau DSAI jadi PM ke 7, marilah ramai2 kita beri sokongan padu kepada YAB DS Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak menjadi PM ke 6 menjalankan amanah dan tanggungjawab beliau dengan penuh didikasi. Boleh tak?

14. abejib - May 29, 2009

Yes why not, we can give najib opportunity to prove himself capable of being a PM, afterall his late father was a PM as well, but of course after he clear himself from international allegations about Eurocopter, Altantuya, Perak issue, Submarine first, OK?

15. azidi - May 29, 2009

abejib. You pun dengar rumors aje. Eurocopter belum belipun. Altantuya pun you tak ada proof, kalau ada you jumpa Tan Seri Musa Hassan perseonal beri maklumatlah jadi saksi or star witnes. Kenal tak TS Musa Hassan siap? Dia IGP
Isu Perak baguslah UMNO dapat perintah semula sebab mejoriti Melayu. Memang DAP marah tapi Melayu suka. Pasal Submarinepun You dengar cakap bloger. Kalau betul ada rasuah RM 500 juta, bodohlah orang yang dapat duit tu nak kerja lagi. Siap kena fitnah dan maki hamun lagi.
Bro. Kalau You dapat RM 500 juta, You mati 5 x hidup balikpun tak habis anak, cucu dan cicit you makan duit tu. Buat apa nak kerja lagi Fikirlah bro logik tak logik apa yang you dapat cerita dongeng tu….

16. abejib - May 29, 2009

Azidi !! So all of the news published by foreign newspaper you think all untrue? So you think buying old chopper at double price is wise? So you think being a witness would clear the case like Subramaniam the missing PI? So you think RM500m is good enoug for the greed one? If so why the sugar boss still want to increase the price? Open you mind dude, face the truth !!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: