jump to navigation

Nik Aziz mahu Pak Lah kekal jawatan PM – Malaysiakini February 17, 2009

Posted by nikmj in General, harakahdaily, malaysiakini, National, news, Tuan Guru Niik Aziz Nik Mat.
Tags: , , ,
trackback

Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi diminta mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas perhimpunan agung Umno Mac depan bagi mengelakkan politik negara terus menjadi kalut.

Ini kerana PAS melihat Dato’ Seri Najib Razak sudah terpalit dengan banyak isu dan kepemimpinannya semakin tidak dihormati rakyat di negara ini.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Abdullah usah mudah menyerah kalah kepada Najib biar pun pada perhimpunan agung Mac depan Presiden Umno sudah beralih kepada anggota parlimen Pekan itu.

“Kejadian penculikan tiga bekas Adun Pakatan Rakyat di Perak merupakan rancangan jahat Umno yang dikatakan turut melibatkan Najib. Ini kerana setelah menghilang diri beberapa hari mereka muncul bersama Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya.

“Bagi saya sahlah Najib punca kekalutan politik di Perak. Menculik wakil rakyat adalah salah dalam Islam. Malangnya perkara itu berlaku ketika Najib bakal menduduki kerusi Perdana Menteri tidak lama lagi,” katanya.

Beliau ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur petang semalam.

Baru-baru ini Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Jelapang, Hee Yit Foong menghilangkan diri dan hanya muncul bersama Najib di Putrajaya bagi mengisytiharkan keluar dari Pakatan Rakyat.

Ekoran tindakan itu Najib mengadap Sultan Perak bagi membolehkan Menteri Besar BN dilantik.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, cara yang dilakukan Timbalan Perdana Menteri tidak kena adat orang timur dengan merampas kuasa melalui penculikan wakil rakyat.

“Saya tak dapat terima cara Najib memancing tiga Adun terbabit yang menghilangkan diri dan kemudian muncul di televisyen.

“Kalau di Kelantan perkara seperti itu kita katakan pekerjaan hantu raya yang menyembunyikan orang,” katanya.

Oleh itu beliau berkata, Abdullah perlu mempertahankan jawatan sebagai Perdana Menteri sehingga menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 bagi mengekalkan kestabilan negara.

Menurutnya tidak sepatutnya beliau melepaskan jawatan disebabkan faktor kekalahan teruk Umno pada pilihan raya umum lalu, sebaliknya perlu terus memikul tanggungjawab tanpa mudah menyerah kalah.

“Kalau Dato’ Seri Abdullah rasa tak bersalah dalam hal ini, mengapa harus ambil tindakan untuk berundur. Saya tak faham politik Umno sekarang,” ujar beliau.

Katanya tidak menjadi halangan beliau terus kekal sebagai ketua kerajaan di Malaysia biar pun bukan lagi mengetuai Umno.

Ditanya mengenai tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melengah-lengahkan tarikh pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau sehingga mengambil tempoh 58 hari dianggap sebagai satu permainan politik.

“Saya tahu SPR boleh bertindak atas kuasa mereka tetapi apa yang berlaku sekarang tarikh penamaan calon dan pilihan raya ada kaitan dengan perhimpunan agung Umno Mac depan,” katanya.- (Harakahdaily)

Comments»

1. rambo_malaysia - February 17, 2009

gogogog!!1

buang najib dalam laut……

2. Icon69 - February 17, 2009

PANDAI SUNGGUH PAS BERLAKON. KALAU ADA APA2 YANG BAGI MEREKA ADVANTAGE, SOKONG SAJE. PANDAINYA KATA LOMPAT PARTY SALAH DALAM ISLAM. BILA NASARUDDIN LOMPAT PKR, KENAPA SETUJU PULA? SO KEPADA PENYOKONG PR, BUKALAH MATA DAN HATI YANG SEMAKIN BUTA TU!.

3. Wapot - February 17, 2009

Lagi bagus buang najis dalam loji tahi daripada buang dalam laut mati pulak ikan-ikan dalam laut tu nanti .

4. nikmj - February 17, 2009

to icon69,
TGNA bukan berlakon, yang berlakonnya para wakil BN yang nak bertanding pilihanraya umno nanti.

TGNA cakap lompat kearah kebaikan tu baik, contohnya jika mahukan perubahan kearah yang lebih baik. So melompat tu kiranya langkah bijak. ie BN ke PR

Melompat tu haram dan hina jika melompat kerana mendapat imbuhan spt wang, pangkat dsb kerana ada unsur rasuah dan kepentingan diri, contohnya PR ke BN

Bila nasarudin lompat kePKR, TGNA setuju kerana dia dah insaf. Namun bila melompat balik keBN tu sbb dia kena kidnap..

Bila la penyokong BN ni nak buka mata dan hati yang semakin buta tu!

5. Ibni Judas - February 17, 2009

maknanya kalau pi merompak utk bantu kewangan utk PAs dan PKR baik le ye!!

6. nikmj - February 17, 2009

to Ibni Judas,
Itulah masalahnya dengan BN, selalu berfikiran negatif hinggakan benda haram boleh diterima jika menguntungkan kroni.

Buat peringatan anda jika anda orang muslim, mengikut islam merompak tetap haram walaupun berniat baik, contohnya Robin Hood.

7. pemerhati - February 17, 2009

ak xpaham knp nk lompat p BN…nk jadi exco negeri pn tak jgk, kalo kat PR jd exco…tentu la ad yg tersirat…kalo bukan imbuhan yg lebih lumayan drp jwtn exco kn?
kalo dh nama manusia tu…mesti la nk yg mana lebih untung lebih nilai

8. sapasapaje - February 17, 2009

korang BN dan PR sama2 kongkalikong…duk sibuk berebut kerusi/kuasa…kuasa yg dah ada tak digunakan sepenuhnya utk kebaikan rakyat dan negara….kecoh ja lebih!! Masa ekonomi gawat begini masih lg sibuk duk berebut kuasa…hujung2 tergadai negara ni!!

9. anakmelayu - February 18, 2009

itulah masalah orang melayu..senang diperkotak-katikkan oleh orang lain. Cuba lihat kenapa bangsa lain sokong Anwar…sebab mereka tahu, mereka akan dapat lebih faedah….kaji sejarah Sinagapura..baru nanti melayu sedar…buruk2 UMNO…sempat juga jengok kepentingan melayu

10. zag - February 18, 2009

bukan something wrong about najib tapi pembangkang takut hadapi najib sebagai seorang pemimpin yg lebih berkaliber dari paklah…. kalau paklah pimpin…PKR peluang cerah pasal paklah lemah… tapi kalau najib pimpin PKR kena la kerja kuat lagi…..

11. kaka - February 19, 2009

Mungkin semua si pelompat tu melompat ke arah kebaikan… mahukan perubahan yang lebih baik… cth 3 Adun PKR lompat BN sbb they all tgk banyak yang tak kena ngan PR. Then Nasarudin dah kambali insaf sebab tersilap langkah lompat ke PR, yang kononnya lebih baik dari BN..rupanya PR lagi teruk dari BN…hahaha..
Aku pun tak faham jugak kenapa kalau yang PR boleh buat (halal kononnya) then jadi haram bila sampai kat BN…
to nikmj…u pun tolong jgn jadi buta yang celik jugak, klu PR semuanya baik..BN semuanya duit …elooo orang politik nih semua sama je.duit sama penting bg they all.Nizar tak nak hilang jawatan pun sbb dah xda gaji MB & naik Camry yang baru beli tuh…huhu putih mata jek….

12. nikmj - February 19, 2009

to kaka,
apa yg u nak cakap, itu u punya hal la, yang pasti PR MENJEMPUT semua YB yang ingin berubah kearah kebaikan dan keadilan semua melompat ke PR agar kerajaan yanglebih adil dapat ditubuhkan. Adakah itu suatu kesalahan?

Nizar, tidak hilang jawatan kerana beliau belum meletakkan jawatan lagi. Zambry masih MB haram dan speaker telah mendenda beliau haram memsuki Dewan selama 18 bulan. Jadi tidak timbul soal duit kerana PR tak janji apa2 berupa wang atau kedudukan kpd mana2 YB YANG NAK JOIN PR. aDAKAH ANDA MASIH BUTA LAGI??????

13. zaza - February 20, 2009

to nikmj,
Memang nizar tak nak lepas jawatan tapi kalau dah kena pecat tuh faham sendiri lah, maknanya dah ilang kuasa lerrr. .saman zambry tu hal lain ler..tapi iye ke dia nak saman zambry yg hya menurut perintah…eloo sapa yang lntik zambry tuh bukan raja dia ker..dlm erti kata lain sultan la dia saman..

Tapi yang kelakarnya mesti Anwar Ibrahim malu besar kan..sebab dia la angkara lompat melompat jadi kenyataan… ibarat nak kenakan orang terkena batang hidung sendiri…Karpal Singh pun bengang giler kat dia….ntah2 tok guru Nik Aziz pun….hahahahaah..

Ye ker PR tak janji apa2 pada YB yang nak join PR??? Ye ker BN kasi wang & kedudukan pada YB yang join BN… kelakar la u nih…u audit akaun BN ker?? bagi la bukti baru orang yang u claim buta nih celik.. tak pun ko tu yang buta bukti??? membuta tuli jer cakap orang lain tak betul….ahakssss

14. nikmj - February 21, 2009

To zaza,
Pertamanya Sultan tiada hak memecat Nizar. Hanya DUN sahaja ada hak, Sultan hanya boleh melantik MB jika ada kekosongan jawatan. Sila semak Undang Tubuh Kerajaan Negeri jika anda masih sangsi. Jadi tiada kaitan antara saman Zambry dengan saman Sultan.

Sultan akan sisaman oleh Karpal kerana undang2 tersebut telah diadakan oleh UMNO pada tahun 1993 (semak buku sejarah jika anda masih buta ) TGNA telahpun menyatakan pendapatnya tentang melompat kearah kebaikan tu baik, dan melompat kearah keburukan itu hina.

Pasal bukti tu, akan didedahkan bila Kerajaan Malaysia baru ditubuhkan. Skrg ni, kalau tunjuk, nanti kena OSA. mACAM LA U TAK TAU how the country is being governed

15. kaka - February 23, 2009

apa tak ada kaitannya…. nikmj, sapa yang lantik zambry,bukan sultan ke??? Apa kuasa zambry nak melantik diri sendiri.. Haaaaaaaa tau pulak DUN ada kuasa lantik MB, ingat kan tak tau…sultan bertindak bila nizar sudah tidak mendapat majority kepercayaan DUN..dah apa yang nak menidakkan kuasa yang ada pada DUN dgn apa yang u katakan DUN punya kuasa lantik MB, then sultan pun ada kuasa….apa yang nak dipertikaikan lagi..Nizar saman zambry secara selindungnya sultan juga ada kaitan dgn pelantikan beliau..nak saman sultan secara terangan tak bolehlah sebabnya NIZAR anak melayu and about karpal nak saman sultan tuh i tak heran sgt sebab karpal tuh memang giler, ketua (ANWAR) sendiri pun nak kick out.. P/s :
1. i tak kata pun sultan tak boleh didakwa n disaman..tapi kurang sesuai sket melayu nak bertelagah dgn sultan secara terangan..
2.Huraikan sket undang2 tubuh kerajaan negeri (pada dasarnya u takde lah buta sangat kan,mcm u claim org2 lain buta …cuma u rabun tahap kritikal jek)

16. nikmj - February 23, 2009

To kaka aka moo_eri,
First of all you make a mistake by implying that BN is having a majority by bringing their supporters to have an audience with the Sultan. According to the Undang Tubuh Negeri, you can only say that you have the majority if the motion of no confidence is passed in the State Assembly and being approved by the Speaker.

What Najib did was to bring all of his supporters to Palace and not through State Assembly, therefore the majority is void. Anything dealing with void majority is of course null and void.

Sultan only authorize to select a candidate proposed by the state assembly and of course by majority. In Perak case, Sultan power is not yet effective as the state assembly NEVER passed any motion of no confidence to Nizar and Speaker never proposed any names to Sultan as new MB. Thus, in this crisis, Nizar is still the legal MB, and what speaker did (suspend Zambry and his excos) are all in accord with current laws.

What Karpal and Nizar did was not related to each other. Nizar act on behalf of elected MB while Karpal act on behalf of certified lawyer.

Hopefully you will open your eyes bigger by understanding the law better.

17. nikmj - February 25, 2009

To all BN supporters,
Diatas permintaan dan doa anda semua, kini ada wakil rakyat PR yang tampil bersama bukti membuat laporan polis dan SPRM tentang kes cubaan merasuah wakil rakyat PR oleh BN.

Kita tunggu apatindakan selanjutnya oleh pihak berkuasa.. http://idhamlim.blogspot.com/2009/02/terkini-jam-1115-pagi-adun-kuala-kurau.html

Saya agak2 lah, mesti case close ataupun orang yg membuat laporan akan didakwa, wakil BN mesti lepas nya… bukan rakyat tak tau .. kah kah kah..

18. lean - February 25, 2009

cuba renung-renungkan pantun ni…tak yah la gaduh2…

……”Peguam Nga Hock Cheh, juga bagi Nizar, menukar topik hujahan apabila tibatiba membaca sajak empat rangkap dalam mahkamah berbunyi”…….

Harapkan pagar,pagar makan padi,
Harapkan adun, adun lompat parti,
memang tak berprinsip & berintegriti,
cara BN rampas kuasa cabul demokrasi.

aku ada jawapannya khususnya pada ANWAR IBRAHIM dan amnya pada PR…

harapkan pagar,pagar makan padi,
harapkan adun,adun lompat parti,
ajaran Anwar tak berprinsip & berintegriti,
akhirnya malu sendiri dan gigit jari.

hahahahahahah…. sapa lagi tak berprinsip & berintegriti skarang ni…Anwar nya kah?… guru lompatnya kah?….tukang ajar nya kah?…tukang promosinya kah?……haaa kita tya nujum pak belalang.. sure pak belalang jawab, jawapannya hanya satu iaitu ANWAR IBRAHIM…..

19. nikmj - February 25, 2009

Buat lean aka roz_ha@hotmail.com dari 115.133.72.189,
Hang ni tak habis-habis nak cerita benda yg takde kaitan dgn DSAI. Adalah dinasihatkan anda buka buku sejarah politik M’sia dan tgk sapa yang mula dan sapa dah lompat.

Kalau hang tak tau dan tak ingat, mula2 Terengganu, lepaih tu Sabah, dan skrg Perak. Semuanya lompat ke BN. Semuanya xde kaitan dgn DSAI dan DSAI xmalu dan xrugi apa2 pun. Yang pasti, yg malu adalah sikatak lompat kerana hingga skrg, mereka dan keluarga mereka xdterima masyarakat pun.

So skrg sapa yg xberprinsip dan berintegriti? Bukankah BN terang2 beli org? Hari ini pun ada lagi laporan keSPRM .. baca ni .. http://idhamlim.blogspot.com/2009/02/terkini-jam-1115-pagi-adun-kuala-kurau.html

Saya bukanlah nujum pak bealalng… sekadar membetulkan fakta sahaja… jgn main balun tanpa fakta… nanti malu sendri

20. lean - February 26, 2009

heehee tak malu pun….
abis 2 dah tau kesannya macam tuh…kenapa dulu anwar sibuk2 dok promosi lompat parti nih…tokguru si katak lompat …huhu pelik2, klu PR buat semuanya okkkkkk jekkkk..jadi bapak katak pun ok jek..

21. kaka - February 26, 2009

betul tuh lean apa nikmj katakan…jangan malu sendri macam tok guru katak lompat BeeEnd yang malu besar….hahahaha


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: