jump to navigation

Ugutan dan Cubaan Rasuah Punca Arumugam Letak Jawatan – Malaysiakini February 10, 2009

Posted by nikmj in Buletin Online, By election, DUN Bukit Selembau kedah, General, malaysiakini, National, news.
Tags: , , , , , ,
trackback

 

https://i0.wp.com/buletinonline.net/images/stories/berita1/aru_exco_mb_new.jpgAdun Bukit Selambau V Arumugam meletakkan jawatan kerana tidak tahan ugutan dan cubaan rasuah oleh Barisan Nasional (BN) yang menawarkan habuan RM5 juta (Gambar – Arumugam dan Ustaz Azizan)

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Razak mendedahkan demikian dalam sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon semalam yang turut dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Dr Abd Isa Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah Shahbudin dan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah Ahmad Kassim

Beliau berkata perkara tersebut dinyatakan oleh Arumugam dalam surat peletakan jawtan Arumugam yang beliau terima jam 5 petang semalam.

Katanya Arumugam mendakwa beliau  tidak lagi tahan dengan ugutan oleh pelbagai pihak, termasuklah individu tertentu yang mewakili pemimpin Barisan Nasional (BN) menawarkan habuan RM5 juta supaya beliau melompat parti.

“Saya hormati pendiriannya dan menolak habuan RM5 juta itu dan menurut surat itu, beliau (Arumugam) telah menerima pelbagai ugutan sejak Mac 2008 lagi dan disebabkan tidak lagi tahan dengan ugutan dan demi keselamatan keluarganya, beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan,” katanya.

Ustaz Azizan berkata surat peletakan jawatan Arumugam telah diserahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Dr Abd Isa Ismail.

Sehubungan dengan itu, Abd Isa berkata beliau akan memaklumkan kepada SPR mengenai kekosongan kerusi DUN Bukit Selambau itu hari ini.

Mengulas perkara sama, Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kasim berkata PKR akan mengadakan mesyuarat khas pra pilihan raya, termasuk pemilihan calon bagi pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf ketika dihubungi oleh mStar online berkata, pihaknya akan meneliti kesemua dokumen berkaitan sebelum menentukan tindakan susulan.

“Kami juga akan melihat Perlembagaan Negeri Kedah apabila menerima notis pemakluman kekosongan,” kata beliau ketika ditanya sama ada akan mengadakan pilihan raya kecil. (BO)

Comments»

1. mawi - February 10, 2009

persepsi lagi ……

report la kat polis baru ada kes polis….. oooooo polis org BN… susah la mcm tu. kalau arumugam yg ckp sure mulut dia dah kene saman…. so dia gunakan azizan utk cakap….so tak boleh la nak saman azizan sbb hearsay…..kalau disaman pon si azizan sure dlm court dia ckp saya cuma intrepitasikan apa yg arumugam ckp …. tapi dia cuma anggaokan begitu…. tapi damage has been done.

mcm tu la keje pembangkang ni ….. rosak negara mcm ni.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: