jump to navigation

PRK serentak lakar sejarah – Malaysiakini February 10, 2009

Posted by nikmj in By election, DUN Bukit Selembau kedah, General, malaysiakini, mstar, National, news, Parlimen Bukit Gantang Perak.
Tags: , , , , , , ,
trackback

Seorang wakil rakyat meninggal dunia manakala seorang lagi meletakkan jawatan secara mengejut.

 Kedua-dua peristiwa itu terjadi dalam tempoh 12 jam semalam, sekali gus perkembangan tersebut – sesuatu di luar jangkaan – memberi ruang untuk diadakan pilihan raya kecil.

 Kedua-dua peristiwa itu juga melibatkan negeri jiran – Perak dan Kedah.

KOSONG… Kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Kedah dan Parlimen Bukit Gantang, Perak kini kosong ekoran keputusan ADUN V. Arumugam meletakkan jawatan manakala Roslan Shaharum pula meninggal dunia semalam. SPR dijangka bermesyuarat minggu ini untuk mengatur pilihan raya kecil.

 Malah, sebab bagi kedua-dua pilihan raya kecil kali ini dilihat sebagai “sesuatu yang bersejarah” dalam sistem pilihan raya negara ini.

Sejak pilihan raya umum ke-12 Mac lalu, dua pilihan raya kecil sudah ada diadakan iaitu kerusi Parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Kedua-duanya dimenangi oleh wakil Pakatan Rakyat.

Sambil mengakui kematian Ahli Parlimen dan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) meletakkan jawatan semalam sebagai sesuatu yang jarang berlaku secara serentak, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat secepat yang mungkin untuk mengambil tindakan susulan termasuk pilihan raya kecil.

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak sudah pasti berlangsung dan ia akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas wujudnya kekosongan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf ketika dihubungi mStar Online malam tadi berkata, pihaknya akan meneliti segala dokumen sebelum menentukan tarikh pilihan raya.

Apabila ditanya sama ada akan mengadakan dua pilihan raya kecil serentak, beliau berkata: “Kami juga kena melihat Perlembagaan Negeri Kedah sebaik sahaja menerima notis kekosongan.”

Beliau tidak menyatakan dengan lanjut.

Bagaimanapun difahamkan tindakan meneliti segala dokumen kemungkinan berkaitan dengan perkembangan membabitkan kerusi Changkat Jering dan Behrang di Perak minggu lalu.

Changkat Jering merupakan salah satu kerusi DUN dalam Parlimen Bukit Gantang.

SPR tidak mengadakan pilihan raya kecil selepas mendapati ada keraguan dalam dokumen peletakan jawatan membabitkan kedua-dua ADUN kerusi terbabit dan notis makluman yang dikemukakan oleh Speaker.

Ketika ditanya sama ada SPR akan mengadakan pilihan raya kecil serantak, Wan Ahmad yang dihubungi menjelaskan, “banyak aspek dan perkara perlu dipertimbangkan.”

Apabila ditanya bila kemungkinan kedua-dua pilihan raya kecil akan diadakan, Wan Ahmad menjelaskan, terlalu awal untuk diperkatakan.

“Lagi pun ia perlu dibincang bersama melibatkan tujuh anggota panel SPR,” katanya lewat malam tadi, yang turut terkejut apabila dimaklumkan sama ada suruhanjaya akan mengadakan dua pilihan raya kecil.


KEPUTUSAN KERUSI PARLIMEN DAN DUN DALAM BUKIT GANTANG P59 – BUKIT GANTANG : Jumlah Pemilih (55,471) 

M. Morgan (Bebas) 872

Roslan Shaharum (PAS) 20,015

Abdul Azim Mohd Zabidi (BN) 18,449

Majoriti: 1,566

 

N13 – KUALA SAPETANG : Jumlah Pemilih (19,699)

Tai Sing Ng (PKR) 7,285

See Tean Seng (BN) 6,721

Majoriti: 564

 

N14 – CHANGKAT JERING : Jumlah Pemilih (24,864)

Mat Isa Ismail (BN) 8,309

Mohd Osman Mohd Jailu (PKR) 9,411

Majoriti: 1,102

 

N15 – TRONG : Jumlah Pemilih (10,908)

Norazli Musa (PAS) 3,296

Rosli Husin (BN) 4,212

Majoriti: 916


 ADUN LETAK JAWATAN  

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pula melibatkan tindakan ADUNnya meletakkan jawatan dan ia diketahui pukul 9 malam tadi.

Lewat malam tadi, Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak mengesahkan ADUN Bukit Selambau, V. Arumugam meletakkan kedua-dua jawatannya iaitu sebagai wakil rakyat kawasan itu dan Anggota Exco Kerajaan Negeri.

Menurut beliau, surat peletakan jawatan Arumugam itu bertarikh 8 Februari dan diterima oleh beliau pada 5 petang semalam yang lengkap dengan tandatangan dan cop Pesuruhjaya Sumpah.

“Dukacita saya memaklumkan bahawa beliau (Arumugam) telah meletakkan jawatan sebagai ADUN Bukit Selambau dan juga Anggota Exco Kerajaan negeri berkuat kuasa serta-merta,” kata beliau pada sidang media kedua di Alor Setar.

Azizan berkata, sepucuk surat peletakan jawatan wakil rakyat itu turut diserahkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Dr. Abd Isa Ismail.

Abd Isa, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah Shahbudin dan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah Ahmad Kassim turut menghadiri sidang media itu.

Azizan berkata Arumugam, menerusi seorang wakilnya, telah menghantar dua pucuk surat iaitu sepucuk mengenai peletakan jawatan ADUN yang ditujukan kepada Speaker DUN dan sepucuk lagi kepada beliau untuk memaklumkan peletakan kedua-dua jawatan iaitu Exco Kerajaan Negeri dan ADUN.

Beliau berkata Speaker Dewan Undangan Negeri akan memaklumkan mengenai peletakan jawatan ADUN itu kepada SPR untuk membolehkan pilihan raya kecil kawasan berkenaan diadakan.

Sementara itu, Abd Isa berkata, beliau akan memaklumkan kepada SPR mengenai kekosongan kerusi DUN Bukit Selambau itu pagi ini.

Berdasarkan statistik pilihan raya umum 2008, Bukit Selambau mempunyai 34,977 pengundi dengan 50 peratus adalah pengundi kaum Melayu, hampir 30 peratus pengundi kaum India dan hampir 20 peratus kaum Cina.

Arumugam, 55, adalah pesara mekanik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan pada pilihan raya umum ke-12 tahun lepas, beliau bertanding atas tiket bebas serta memenangi kerusi DUN Bukit Selambau setelah mengalahkan calon BN, S. Krishnan dengan majoriti 7,695 undi.

Beliau muncul sebagai calon Bebas di saatsaat akhir hari penamaan calon setelah borang pencalonan wakil PKR, Saiful Izham Ramli ditolak oleh SPR atas masalah teknikal.

Arumugam kemudiannya menyertai PKR dan dilantik sebagai Anggota Exco Kerajaan Negeri dengan memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India

 

AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG 

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang daripada PAS, Roslan Shaharum pula meninggal dunia pagi semalam dipercayai kerana serangan jantung.

Beliau berkata Roslan, yang pada mulanya sedang menunggu keretanya dicuci di sebuah stesen minyak di Batu Gajah, tiba-tiba dilaporkan merasa tidak sihat dan meminjam sebuah basikal milik orang lain untuk ke farmasi berdekatan.

Sebaik mengayuh basikal itu beberapa meter, beliau dikatakan terjatuh lalu dibawa ke Hospital Batu Gajah sebelum disahkan meninggal dunia, kata Ahmad Najmi kepada Bernama di sini.

Roslan, 50, yang merupakan Pengerusi Yayasan Perak di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.

Lulusan ijazah sarjana muda Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia serta sarjana Sains Pembangunan dan Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysia, beliau pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara dan Universiti Terbuka Malaysia.

Pada pilihan raya unmum ke-12 8 Mac lalu, Roslan memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,566 undi.

Allahyarham memperoleh 20,015 undi manakala calon BN, Abdul Azim Mohd Zabidi (Umno) menerima 18,449 dan calon Bebas, M. Morgan mendapat 872 undi.

Bahagian Parlimen Bukit Gantang terdiri daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Changkat Jering, Kuala Sapetang dan Trong.

Di Perak, BN menguasai 13 kerusi Parlimen manakala Pakatan Rakyat pula 11 kawasan.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa berkata, jentera pilihan raya parti itu bersedia untuk menghadapi sebarang pilihan raya, termasuk pilihan raya negeri sekiranya Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan.

“Pengarah pilihan raya negeri PAS, Asmuni Awai telah memaklumkan kepada saya sebelum ini bahawa jentera parti telah dikerahkan di semua peringkat untuk menghadapi sebarang kemungkinan jika DUN dibubar,” katanya ketika dihubungi.

Nasaruddin yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, kematian Allahyarham Roslan adalah ketentuan Ilahi dan tiada kena-mengena dengan apa yang berlaku di Perak sekarang.

 

Comments»

1. zahar - February 10, 2009

Kali nie SPR tak nak teliti surat perletakan jawatan ADUN Selambau ke?????? lantak le ko labiiiiiiiiiiiiiiiii


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: