jump to navigation

Malaysiakini, Isu DUN Perak : Keputusan terburu-buru musnahkan demokrasi February 6, 2009

Posted by nikmj in By election, General, malaysiakini, National, news.
trackback

Keputusan istana yang memihak kepada Najib sesungguhnya telah merosakkan sistem demokrasi dinegara ini.

Dikala isu pengosongan kerusi DUN ditiga kawasan pelompat parti (2PKR, 1 DAP) masih belum diputuskan mahkamah, seharusnya istana membiarkan kerjaan PR meneruskan pemerintahan. Justeru itu, adalah amat tidak wajar memberikan tapuk pemerintahan kepada Najib kerana jumlah kerusi adalah sama iaitu 28.

Jika keadaan seri, tidak mungkin sesebuah kerajaan itu akan menjadi kukuh. Oleh yang demikian maka hasrat Nizar untuk membubarkan DUN agar rakyat diberi peluang semula untuk memilih calon perwakilan sepatutnya diberikan keutamaan oleh istana jika istana berfikiran dan membuat keputusan secara professional.

Keenganan Nizar meletak jawatan bukan kerana beliau menderhaka. Beliau hanya bertindak mengikut perundangan tubuh kerajaan negeri Perak. Jika benar Niza telah menderkaha, maka adakah rakyat jelata yang memihak kepada beliau seperti yang hadir kekediamannya semalam juga menderhaka?
Memang benar jawatan Menteri Besar adalah hak mutlak Sultan. Namun Sultan juga harus mengikut perlembagaan yang telah termaktub. Oleh kerana 3 kerusi DUN masih dalam urusan mahkamah, maka istana sepatutnya menunggu sehingga mahkamah memberi kata putus.

Sesungguhnya peristiwa ini akan tetap dikenang oleh rakyat Perak dan Malaysia sebagai titik tolak kemusnahan demokrasi dan penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang berkenaan.

Jika benar dakwaan BN yang mereka mendapat mandat rakyat (BN 28, PR 28, Bebas 3), bubarkan DUN supaya rakyat boleh memilih wakil mereka. Kebenaran akan dihasilkan ..

Comments»

1. Icon69 - February 6, 2009

ini lah kebenarannya. BN dapat majority. So nak argue apa lagi? yang melompatpun Adun PKR… Boss dia DSAI yang ajar lompat melompat. Padan muka.

2. sarawak - February 6, 2009

SULTAN bodoh

3. nikmj - February 6, 2009

To icon69,
Sejarah melompat ni dimulakan oleh BN yang membeli ADUN bermula diTerengganu, Sabah dan kini diPerak.

Jika sebelum ini DSAI mewar-warkan akan mengambil alih tapuk pemerintahan, ia hanya akan dilakukan didlam dewan menggunakan undi tidak percaya yang termaktub dalam perlembagaan sebagai cara menggantikan kerajaan

Cara yang digunakan BN tidak beretika langsung. Yang melompat munkee 2 ekor tu bukan PKR lagi. Mereka telah keluar PKR dan jadi calon bebas.

Kalau BN nak mereka pun, boleh ambil free of charge… useless.. bak kata mahathir
7. Presiden UMNO berkata UMNO sedia untuk menerima siapa sahaja untuk menjadi ahli. Ini memanglah dasar parti. Tetapi kedua-dua ahli yang ingin keluar dari PKR ini mempunyai masalah. Mereka dituduh terlibat dengan rasuah seks.

8. Apakah UMNO begitu terdesak sehingga tidak dapat tunggu keputusan mahkamah berkenaan tuduhan terhadap mereka sebelum menerima mereka? Jika diterima sekarang dan kemudian mereka didapati tidak bersalah maka Kerajaan pimpinan UMNO (lebih kurang) akan dituduh mempengaruhi mahkamah. Benar tidak benar bukan soalnya. Pada pandangan masyarakat tuduhan ini tetap akan dipercayai. Ia akan punyai kesan dalam PRU13.

9. UMNO sudah dianggap bergelumang dengan rasuah, selalu mungkir janji, mengutamakan kroni Perdana Menteri di Terengganu. Jika kepada semua ini ditambah pula dengan penerimaan orang yang dituduh melakukan rasuah seks, imej UMNO akan jadi lebih buruk.

Pengajarannya, bila Anwar menggunakan taktik yang sama mengambil alih Malaysia nanti, saya doakan semua agen UMNO yang menyokong tindakan Najib ini keluar beramai-ramai menyokong Anwar… OK ke bro?

4. Tiger - February 6, 2009

Apa boleh buat, Pakatan sukar tanding Biggest MAFIA Malaysia (faham-faham siapa tu?). Polis dan Tentera (ketua/ Panglima sahaja) di bawah kawalannya. Sebab masing-masing ingin jaga kepentingan masingX. Perlu ingat, hampir 80% anggotanya tidak setuju dengan tindak tanduk MAFIA ini. Sekarang Sultan pun terpengaruh olehnya. Inilah politik di Malaysia, rakyat menjadi hamba mereka. Rasuah di mana-mana, maruah tak penting, keadilan hanya untuk kekayaan politik masing-masing. Budaya Individualism di Malaysia, bila akan berakhir? Budaya High Power Distance ini disalah guna oleh mereka ini untuk menindak rakyat, hak rakyat diperalat dan abaikan dengan wang ringgit. Kepada kepada tiga pengkhianat yang mengkhianati Pakatan, perbuatan anda semua akan dibalas oleh Tuhan yang maha kuasa nanti. Sumpahan dari rakyat jalata akan beri kesan kepada 3 generasi awak anak/cuci/cucit. Kami rakyat jelata berdoa ramai-ramai semoga perbuatan anda bertiga yang tidak bermoral dan beretika ini akan diberi balasan yang sewajarnya oleh Yg Maha Esa.

5. muahaha - February 6, 2009

Seingat saya masa belajar dulu ler, apabila Sultan menerima nasihat dari MB, Sultan WAJIB mengikuti nasihat MB. Tak boleh memilih untuk tidak mahu ikut. Mesti ikut.

Jadi apa yang berlaku di Perak, sangatlah pelik.

6. mynetworkplaces - February 6, 2009

i really like ur comment in tok det’s blog…

“Yang pasti BN dah tunjukkan kat semua rakyat yang perancangan Anwar untuk merampas kuasa mcm Najib buat diPerak ni adalah sesuatu yang boleh dilakukan…”

Especially This part…

“…Anwar masih berhati perut dan masih mencuba cara demokratik iaitu menerusi dewan perwakilan dan bukan secara tidak beretika”

Damn straight bro!

7. MiE - February 6, 2009

please sarawak.. watch out your word.. i bet Sultan Azlan Shah is a thousand more brilliant than you.. for your info, he is ex-Ketua Hakim Negara.. i’m sure he know better anout the law than us, even i admit that his decision is not fair enough for those had used to voted PR..

8. pemerhati - February 7, 2009

politik malaysia semuanya sama.cari salah orang.apa yang pasti, negara kita ada 2 parti gergasi iaitu BN dan PR. bagus untuk Malaysia. Kenapa aku kata begitu….

1. dulu perak, BN memerintah. kalo diteruskan BN memerintah
mungkin tiada perubahan sekarang ini.
2. tahun 2008 PR pegang. BN mula mencari cara untuk menarik
perhatian rakyat. Sebagai contoh jalan2 di Perak. Diturap baru. Ini
kebaikan untuk rakyat Perak. Sepatutnya bila BN telah mengambil
tindakan, PR juga perlu menunjukan perubahan di Perak.
3. tahun 2009 BN mengambil alih semula. Jadi PR perlu lah mencari
cara menarik perhatian rakyat Perak seperti BN menarik
perhatian rakyat Perak.

Bagi aku, sesiapa yang memerintah, semuanya sama sahaja. cuba kita semua fikir sejenak apa perjuangan mereka

1. BN – Menambah baik hidup rakyat
Cuba anda fikir, berjayakah BN menambah baik hidup rakyat. Bagi
aku masih belum sempurna.

2. PAS – Menjadikan Malaysia sebagai Negara Islam
Dulu 5, sekarang 4 negeri yang diperintah PAS, mana Hudud,
mana Negeri Islam, kalau tidak dapat negara pun. Bagi aku, takan
berjaya selagi berpakat dengan DAP.

3. DAP – Ingin mendapat sama adil kepada setiap kaum.
Betul ka????

4. PKR – Mendapat keadilan untuk rakyat
Keadilan untuk rakyat ka atau diri sendiri…..

Apa yang dapat disimpukan di sini….semua parti baik BN or PR, sama je….takyah duk mengata orang itu dan ini

9. ADUN BABI NGEPET - February 7, 2009

Betl kata TIGER tu…apa boleh buat…memang pun kedua-dua party tak boleh berbuat apa2 lagi pasal TITAH sultan dah dikeluarkan..semua orang pun tahu…1 patah kata keputusan dari sultan,itu adalah muktamad…JADI dalam situasi ini siapa yang sepatutnya dipersalahkan…kalau nak difikirkan…kedua-dua parti tu yang gila dan tamak kan kuasa….betol tak brooo…sapeee yang tak nak jadi Pak menteri ooooiii…semua tu kekuasa anyang dipegang….kalo mcm tu semua org nak kannn….JADI aku simpulkan mcm nie lah…yang punca menjadi masaalah ini berpunca daripada 3mangkuk ADUN ini..terlalu TAMAK kan kuasa sehingga sanggup bunuh org yang ada disekelilingny semata-mata takut hilang kuasa…biaralah putih mata sama2…itu yang sebenar yang ada pada 3 mangkuk pak ADUN…DIAORANG INI KU GELARKAN ADUN “BABI NGEPET”…dan BN pulak…mcm buayalah…ada peluang NGAPPPKAN terus….jadi yang selebihnya….LU PIKIRLAH SENDIRI………OK samekom….

10. nikmj - February 7, 2009

To MiE,
Read this my friend,
Sultan had acted beyond his powers in dismissing the Pakatan state government which was ultra vires to Article 16 of the Perak Constitution.

The Article states that if the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the legislative assembly he shall tender the resignation of the executive council.

This is unless on the MB’s request, His Royal Highness dissolves the legislative assembly.

“This should not be constituted as a threat to the Sultan, but a firm reminder that he is required to act within the parameters of the Perak Constitution,” said Karpal.

He also argued that the Election Commission had ruled that there was doubt over the vacancy of the seats of Changkat Jering assemblyman Mohd Osman Mohd Jailu and Behrang assemblyman Jamaluddin Mohd Radzi after the resignation letters submitted by Perak assembly speaker V. Sivakumar were contradicted by denials from the duo.

This triggered the provisions of Article 33 (1) which says: If any question arises whether a member of the legislative assembly has become disqualified for membership, only the assembly could decide on the status of the assemblymen and not the Sultan of Perak.

I dont think that the exChief Judge doesnt know about this since Nizar did remind him when he had an audience with the Sultan. Instead of TQ Nizar for reminding him, he jut nod his head, look down and said nothing.. There must be a hidden agenda behind his decision I guess… Whatever it is, surely there will be fire in the Perak SA as the SA would be 28 vs 28 and the Speaker is from PKR while the 3 frogs are barred from entering the SA..

11. ADUN BABI NGEPET - February 7, 2009

Aku tertarik dgn apa yang diungkapkan oleh PEMERHATI tu..
Memang betul apa yang anda katakan….aku rumuskan semua…masing2 ada kepentingan sendiri baik pun parti ataupun peribadi….Apa yang penting bagi mereka nie…mesti dpt pegang kuasa untuk mentadbir sesebuah kerajaan…supaya nya apa nanti…senang cari duit lebih,ada nama pulak lagi tu…jadi Aku nak bagi nasihat sikitlah pada semua yang terlibat dalam arena politik ni…FIKIRKANLAH dari mana anda berasal…dan FIKIRKANLAH…dimana anda akan tamatkan riwayat anda…ALLAH memang MAHA mengetahui setiap apa yang difikirkan manusia……walaupun kita tgk karang ni terlalu banyak dakyah2 tentang ketidak stabilan politik mahupun ekonomi,rasuahlah,mewujudkan kroni2 untuk keuntungan peribadi nie..jadi sampai sekarang nie susah ku nak cakapkan siapa yang boleh ku jadikan TOKOH PEMIMPIN terhebat waktu ini untuk ku tunjukkan pada anak pada masa depan…walau bagaimanpun,ALLAH masih juga bagi kesenangan dan kemewahan pada semua orang ini walaupun pada dasarnya niat mereka tak jujur dan berperibadi untuk sendiri…PERCAYALAH,,,suatu ketika ALLAH akan tetap juga memberi pembalasan pada orang2 ini…

aku nak bagi sikit nasihat untuk semua2 yang terlibat dalam politik mahupun perniagaan…..
INGAT…..ALLAH sentiasa ada dengan kita…jadi setiap perlakuan yang kita buta tu…mesti ada pembalasannya…dari ALLAH…..tidak sekarang…tidak esok…tapi mesti ada suatu ketikanya…INGATLAH….bersyukurlah dgn apa tyang kita nikmati sekarang ini…berbanding dengan negara2 lain yang hancur lebur..porak peranda…….yang menyedihkan…orang tak bersalahpun turut menerima musibah dari sikap keangkuhan kumpulan2 ini…itu aje untuk hari…

Wassalam…yang lain tu…LU PIKIRLAH SENDIRI….SAMEKOM…

12. SARUN - February 7, 2009

SULTAN MINUM KE?

13. SARUN - February 7, 2009

DENGAN terlantiknya Menteri Besar baru di Perak semalam, Umno kini mendapat semula kuasanya yang hilang selama 11 bulan apabila rakyat menafikan kuasa itu pada pilihan raya umum lalu. Soal kuasa itu sah atau sebaliknya, hakikatnya Umnolah mengemudi kerajaan Perak selepas ini.

Kejayaan Umno kembali semula berkuasa menerusi apa yang disifatkan satu rampas kuasa siang hari itu benar-benar mengembira dan melegakan Umno. Dengan apa yang berlaku bolehlah Umno menuntut dan mengatakan bahawa parti itu mendapat sokongan Melayu dan memulihkan semula kedudukan parti berkenaan.

Umno boleh mendabit dada kononnya parti itu sebenarnya yang diingini oleh orang Melayu Perak. Umno juga boleh berangan-angan mengatakan parti merekalah dipercayai rakyat seluruhnya. Atau Umno juga boleh mengakui partinya turut sama direstui istana apabila Sultan Azlan Shah bersetuju melantik MB dan tidak bersetuju membubarkan DUN Perak seperti mana diminta oleh Pakatan Rakayat.

Apapun Umno tidak perlu peduli. Restu dari istana adalah penting dalam konteks politik negara ini. Samada tindakan istana itu betul atau sebaliknya itu soal lain.Umno menampakkan kuasa yang mereka perolehi itu betul dengan mencari tukang-tukang untuk mencanangkan tindakan itu betul dan tepat. Banyak tukang-tukang demikian yang boleh diupah atau diberikan imbunan pangkat dan kedudukan.

Tukang-tukang itu boleh menjustifikasikan atas berbagai nama; budibicara, kebijaksanaan atau pandangan jauh Sultan.

Adat dan kepercayaan kolot orang Melayu meletakkan apa juga yang dilakukan Sultan itu betul walaupun kesalahan dilakukan itu kadang-kadang terang benderang, atau kadang-kadang pada satu masa dulu kita sendari menetangnya dan menyokong balik atau menyetujui bila ia memberi keuntungan kepada kita.

Buku-buku sejarah mengenai kekejaman sultan atau raja-raja banyak tersimpan di arkib. Kita boleh membacanya untuk mengetahui sifat-sifat ini yang dipakai dari kalangan raja-raja Melayu, Inggeris, atau raja-raja apa jenis dan bangsa saja dari seluruh dunia.

Dari semangat Melayu, sesiapa pun gembira dengan terbentuknya kerajaan Perak yang dianggotai oleh Melayu total di Perak itu. Hanya bangsa yang tidak suka kepada bangsanya sendiri saja kalau tidak suka bangsanya menjadi kerajaan. Hanya Melayu yang hilang rupa diri dan akal budi saja tidak menyokong Melayu.

Bagaimana pun bila ada yang mempertikaikan perlantikan atau pertukaran kerajaan itu ialah dari segi teknikalnya yang dikira sangat menjijikkan dan tidak adil.

Dengan terlantiknya Adun Pangkor, Zambry Abdul Kadir itu orang Melayu Perak kini tidak perlu bimbang lagi mengenai keselamatan mereka. Hak-hak Melayu, kepentingan Islam pasti akan terbela dengan utuhnya. Soal tanah rezeb Melayu pasti akan terjaga dengan eloknya.

Projek atau kontrak kerajaan tidak akan jatuh ke tangan Cina lagi. Begitu juga dengan kawasan balak tidak lagi jatuh ke tangan Cina.

Semuanya akan dapat kepada Melayu kerana kerajaan MB yang ada kini bukan lagi menjadi boneka kepada mana-mana Cina. Mungkin dalam masa sesegeranya juga Zambry akan memansuhkan semula polisi kerajaan Pakatan yang memberi gerak tanah milik kekal kepada penduduk kampung baru seperti mana pantasnya tindakan Umno sebelum ini mempertikaikan pemberina itu.

Dari satu segi itulah yang dapat dilihat dan dirasai terhadap perubahan drastik yang berlaku di Perak itu. Memang Umno boleh bergembira dan orang Melayu boleh membuat kenduri kesyukuran dengan menyembelih unta atau gajah.

Tetapi dari sudut lain kemelut politik yang membawa perubahan kepada kerajaan itu meninggalkan kesan yang menakutkan untuk masa depan medan politik negara ini dan inilah yang menjadi masalah baru kepada Umno dan Melayu.

Kejadian di Perak itu membuka kepada dimensi hubungan atau perpaduan politik negara ini tidak baik. Mungkin kerana terlalu gembira orang Melayu tidak sedar bahawa di sebalik kemeriah dan sorak sorai Melayu Umno itu ada pihak lain yang kecewa. Hakikatnya kejayaan Umno itu dirayakan oleh Umno saja tetapi tidak oleh kaum lain. Apakah situasi ini disedari oleh Umno?

Realiti ini jelas sehingga semalam saya belum terbaca ulasan dan juga mendengar komen daripada pemimpin Cina dalam Gerakan atau MCA berhubung kejayaan Umno itu. Apakah mereka tidak ditanya atau mereka enggan mengulas atas kepentingan politik? Yang ada memberi ulasan menggambarkan mereka suka dengan apa yang berlaku itu hanya orang-orang Cina marhaen sahaja.

Apakah sikap senyap dan membisu mereka itu menandakan mereka marah. Mereka tidak setuju kerajaan Perak yang didominasi kaum Cina (DAP) dijatuhkan? Ini perkara yang sepatutnya diberi perhatian oleh Umno di sebalik sorak sorai itu.

Jelas apa yang berlaku dan dilakukan itu menyakiti orang Cina. Orang Cina berangapan seolah mereka tidak perlu diberikan peluang menjadi kerajaan menurut perlembagaan yang ada dan perlu ditumbangkan. Dalam hal ini mereka tidak mengira siapa Cina yang menguasi kerajaan Perak itu, MCA, Gerakan atau DAP? Tetapi orang Cina pasti merasa bangga kerana rakan mereka dalam DAP dapat menguasi sebuah kerajaan.

Apa yang dibayangkan Dr Mahathir Mohamad apa yang berlaku di Perak itu memberi kesulitan atau keburukan kepada BN – Umno pada pilihan raya ke 13 adalah tepat. Dapat diselami kata-kata Mahathir itu bahawa dengan apa yang berlaku orang Cina akan membenci Umno atau sokongan orang Cina kepada Umno – BN makin merosot.

Dr Mahathir boleh berkata begitu kerana beliau faham dan ada pengalaman dengan sikap politik orang Cina. Dr Mahathir pernah kalah tahun 1969 di Kota Star disebabkan orang Cina tidak mengundinya hanya disebabkan beliau berkata beliau tidak perlu undi Cina. Sejarah dialami Dr Mahathir itu seharusnya dijadikan iktibar kepada Melayu Umno.

Disebabkan keintiman masyarakat Cina itu begitu kental kesan atau rasa sakit hati orang Cina itu bukan saja di Perak. Ia tidak boleh bendung daripada menjalar di negeri-negeri lain juga. Sudah pasti Cina di Pulau Pinang akan melepas marah dan dendam dengan apa yang berlaku di Perak itu dengan memberi sokongan pada kepada kerajaan DAP Pualau Pinang.

Pada saya ini sangat bahaya bagi Umno. Politik rakus dan tidak menghormati hak orang lain dan mencerminkan ketamakan kuasa memberi kesan buruk dan kegembiraan sekejap saja. Dari segi politik jangka panjang apa yang dilakukan Umno itu tidak bijak. Dan kesan daripada tindakan ini ialah kepada Pengerusi Perhubungan Umno Perak, Mohd Najib Razak. Kerakusan Najib itu akan dilihat sebagai itulah stail dan pendekatan Najib apabila beliau menjadi PM kelak.

Dalam hal ini Najib untung dalam mengambil hati orang Melayu untuk mendokong beliau sebagai PM tetapi pada masa sama beliau telah mengguriskan hati orang Cina dengan apa yang berlaku itu. Keadaan ini seharusnya tidak berlaku menjelang beliau ingin mengambil kuasa daripada Abdullah Badawi Mac depan.

Memerhati perkembangan yang berlaku hari ini saya tidak tergamak untuk mengatakan kemungkinan dengan apa yang berlaku ini menyebabkan MCA dan Gerakan atau parti-parti Cina di Sabah dan Sarawak dan seluruh orang Cina sedang membuat homework baru dalam hubungan politik mereka dengan Umno. Tragedi rampas kuasa di Perak yang berlindung di istana itu boleh menyebabkan kaum Cina menyemak balik persefahaman politik mereka dengan Umno.

Di sini terlalu awal untuk mengatakan mereka akan membuat reform politik besar-besaran dengan memberi sokongan kepada PKR dan Pas bagi menyertai rakan mereka DAP dalam Pakatan Rakyat itu tetapi kemungkinan itu tidak mustahil.

Jadi Umno perlu insaf dan sedar hal ini kalau tidak kejayaan di Perak itu bukan memberi satu kegembiraan tetapi akan menganugerahkan kesedihan berpanjangan terutamanya kepada mereka yang bertanggungjawab di sebalik tragedi 6 Februari 2009 itu.

14. SARUN - February 7, 2009

ADUN YG RASUAH. PR BUANG, BN BELI….BALIK KG AKU TERAJANG WAKIL RKYAT MCM NI…BUKAN NAK BELA RAKYAT NI….CELAKA MELAYU MCM NI….BURIT N DUIT, PEMIMPIN MELAYU YANG DI PILIH NAJIB….SAMA—-BAPA BOREK, ANAK RINTIK. HIDUP 2 ORG WAKIL RAKYAT NI PASTI TAK SENANG….JAGA KAU

15. PERANG - February 7, 2009

NIZAR TAK SAMBUT HARI JADI SULTAN PERAK KUT

16. kantoi - February 8, 2009

10 bulan bersama PKR masih ada rayat perak yang buta hati dan buta perut…… Sebangsat bangsat UMNO mereka tak sanggup bunuh bangsa agama dan raja mereka.

17. Bintang Timur - February 10, 2009

sedarlah wahai para penyokong pr yang berbangsa melayu.hanya UMNO yang dapat membela bangsa melayu.Kita merdeka dari penjajah dulupun sebab jasa pemimpin UMNO yang terdahulu.kau orang pakat sokong pr tu apa yang kau orang dapat?UMNO PEMBELA BANGSA DAN AGAMA.HIDUP UMNO UNTUK SELAMA-LAMANYA.

18. nikmj - February 10, 2009

Wahai Bintang Timur,
Sedarlah kamu yang selama ini kamu telah dibrainwash oleh UMNO. Kita berjuang bukan atas dasar Melayu… apa guna Melayu yang sanggup memusnahkan agama dan kepercayaan rakyat Malaysia sendiri demi kepentingan peribadi?

Jika sekadar sokong UMNO untuk mengharap balasan material, lupakan hasrat anda untuk berjuang atas dasar bangsa konon!!!

Apa yang anda agungkan dengan UMNO yang mendakwa membela bangsa dan agama?
Lupakah anda yang UMNO lah yang telah berdemo seluruh negara dalam cubaan menghapuskan kekebalan kuasa Sultan dulu?

Lupakah anda yang dari dulu hingga kini UMNOlah yang menghalang PAS dari melaksanakan hukum Hudud?

Lupakah anda yang hampir 100% orang Islam ahli PAS orang Melayu? Lupakah anda walaupun UMNO parti Melayu tetapi bukan 100% ahlinya beragama Islam?

Lupakah anda yang Nabi Muhammad (saw) tidak pernah melebihkan kaumnya Quraish dari bangsa lain? Hanya Yahudi sahaja yang gemar berkata demikian!!

Lupakah anda yang perkatan Melayu tidak wujud dalam Quran atau kitab2 agama lain?

Jadi apakah tujuan sebenar perjuangan anda dalam UMNO? Materialistik untuk kepentingan sendiri? atau apa?

19. KOPEHAL - February 10, 2009

Yang benar pasti menang….
Hanya Allah yang dapat membalas seadil-adilnya..

20. osman lebar - February 15, 2009

nizar is the best n pkr is the best party ever..i will pray for ur success….the others dun talk like shit ok….always read utusan malaysia…

21. rakyat yang menilai - February 23, 2009

wahai semua orang melayu yang mengaku dirinya islam.serta semua orang2 politik yang berjuang nak menegakkan keadilan bangsa dan agama..Sedar tak anda semua gerak geri anda .tingkah laku anda allah telah lama memerhati dan merekotkan.samaada yang baik atau buruk. walaupun tak ada camera tertup maupun terbuka.semuanya telah dirakam .cuma menunggu masa aja untuk diberi pendakwaan dimahkamah yang disediakan olehnya. Mahkamah yang sebenar2adil yang tak baleh dipertikaikan. bukan saja tingkahlaku malahan amalan buruk baik kalian semua termasuk saya.masatu hukumannya mesti bebaloi………..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: