jump to navigation

DUN Perak dibubarkan? – Malaysiakini February 4, 2009

Posted by nikmj in By election, General, malaysiakini, National, news.
Tags: ,
trackback

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dijangka akan dibubarkan dalam masa terdekat jika Sultan memberikan perkenan kepada kerajaan Pakatan Rakyat itu untuk memanggil pilihanraya negeri secara mengejut.

Difahamkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin berusaha menghadap Sultan Azlan Shah untuk memaklumkan keputusan terkini selepas tiga wakil rakyat kerajaan negeri itu berpaling tadah.

Bagaimanapun tiada butiran lengkap tentang status pertemuan dengan baginda. 

Difahamkan Mohd Nizar sedang menunggu untuk dipanggil menghadap Sultan Perak.

Beberapa pemimpin kanan PAS dan wakil-wakil rakyat Pakatan yang dihubungi Malaysiakini enggan mengulas buat masa sekarang.

Difahamkan tiga Ahli Dewan Undang Negeri (Adun) Pakatan Rakyat, termasuk Timbalan Speaker Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) telah menulis surat, memaklumkan meninggalkan gabungan tersebut pagi ini.

Dua Adun PKR Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) keluar parti beberapa hari – menimbulkan krisis mendebarkan di negeri itu.

Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak kini tinggal 29 daripada 59 kerusi di DUN. 

Tiga bekas Adun kerajaan campuran itu kini menjadi wakil rakyat bebas dan dipercayai akan menyokong BN membolehkan parti itu menguasai kerajaan dengan majoriti tipis satu kerusi.

Seterusnya klik disini

Comments»

1. nikmj - February 4, 2009

Perak Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin has called for a press conference at 1pm where he is expected to make a major announcement on the political impasse in the state.

He will make his announcement amid swirling rumours that the state assembly will be dissolved to make way for fresh polls.
The Malaysianinsider 120pm

2. john wayne - February 4, 2009

“written by Raja Petra, February 04, 2009 13:54:42
LATEST UPDATES: Umno about to launch a coup and will meet the Perak Sultan this afternoon to form a new state government. Zahid Hamidi or Hamzah Zainuddin to be the new Menteri Besar of Perak ”

Not a good sign for rakyat.. Chimeera

Sources : https://mt.m2day.org/2008/content/view/17586/84/

3. tan, tanjong bungah - February 4, 2009

Hi everyone,

Whether PR or BN administers Perak State Govt., the majority of 1 or 2 for either party would give rise to instability in the state. Hence, in such dire economic conditions, the state and country would suffer dearly.

It’s only right and proper that the Perak State Assembly should be dissolved to pave the way for Perakians to decide on the new govt. I am confident HRH The Sultan of Perak would do just this – return the democratic rights to the people to decide which govt. they want.

4. nikmj - February 4, 2009

Latest 330pm
Malaysiakini difahamkan anggota keluarga Nasharuddin telah memaklumkan kepada PKR tentang kehilangannya.

Sementara itu, dua lagi Adun DAP Perak dikatakan akan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

Jika mereka benar-benar berbuat demikian, lima orang Adun Pakatan Rakyat – dua dari PKR dan tiga dari DAP – keluar parti dan membolehkan BN menguasai kerajaan negeri dengan lebih stabil.

Ekoran itu, kerusi Pakatan di DUN Perak akan tinggal 27, sama dengan jumlah kerusi BN (27) dan lima Adun bebas.

Sebelum ini dua Adun PKR – Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Osman Jailu (Changkat Jering) – telah keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

Dan hari ini, Adun DAP dari Jelapang – Hee Yit Foong – mengesahkan turut keluar parti dan menjadi Adun bebas.

5. MJ - February 4, 2009

Wonder how Millions has all of these fiasco cost.

The truth may eventually be surfaced.

Wish to see it happened and slam dunk for PR!

6. nikmj - February 4, 2009

4:25pm Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu akan menyertai Umno.

Kedua-duanya kini berada di pejabat timbalan perdana menteri.

Datuk Seri Najib Razak memanggil semua Adun dan ahli parlimen BN sebelum mengadakan sidang akhbar khasnya jam 4 petang ini.

Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim – yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari – juga kelihatan di pejabat timbalan presiden Umno itu.

Adun Jelapang dan juga bekas Timbalan Speaker DUN Perak, Hee Yit Foong kelihatan di Putrajaya.

7. nikmj - February 4, 2009

5:06pm BN. BN mempunyai cukup jumlah Adun untuk membentuk kerajaan baru Perak selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) melompat kepadanya secara terbuka dan rasmi hari ini.

Tiga bekas wakil rakyat Pakatan termasuk Adun Jelapang dan juga bekas Timbalan Speaker DUN Perak, Hee Yit Foong akan kekal wakil rakyat bebas tetapi bersama kerajaan BN, kata timbalan perdana menteri.

Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akan menghadap Sultan Perak secepat mungkin.

Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim – yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari – kembali semula kepada Umno.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: