jump to navigation

Cadillac One, kereta canggih Obama – Malaysiakini January 29, 2009

Posted by nikmj in Cadillac One, Car.
Tags: , , ,
trackback

 

SESUAI dengan kedudukannya sebagai tokoh paling berpengaruh di dunia ketika ini, kenderaan dinaiki Barack Obama dibina dengan spesifikasi khas bagi mengelak sebarang risiko kejadian tidak diingini.

With 5 in. worth of ballistic armor under its skin, and added height and length, the presidential limo tips the scales at close to 4 tons. It’s probably based on a modified Escalade platform, riding on run-flat tires. The dark leather interior is environmentally sealed against chemical attack.

Sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-44, limosin Obama dikatakan edisi baru dan berbeza sama sekali daripada kenderaan pernah digunakan sejak 2004.

Walaupun General Motors Corporation (GM) tidak mendedahkan ciri Cadillac One terkini itu, dipercayai ia dilengkapi dengan kaca kalis peluru setebal hampir 13 sentimeter selain perisai daripada seramik berkeupayaan tinggi.

Sumber berkata, Cadillac One boleh dianggap seperti kubu bergerak yang dipertingkatkan dengan mementingkan aspek perlindungan dan keselesaan.

“Ia adalah kenderaan terbaik dapat dihasilkan,” katanya.

Sementara itu, kenyataan dikeluarkan GM menyebut, Cadillac One direka bentuk, dibangunkan dan diuji sekumpulan pakar dengan mengutamakan ciri khas.

“Ia tertakluk kepada keupayaannya melepasi ujian ekstrem bagi memastikannya mampu melepasi tahap ditetapkan.

“Untuk mencapai matlamat itu, aspek keselamatan sentiasa diberi penekanan bagi mengelak maklumat mengenainya diketahui pihak tidak berkenaan,” kata kenyataan itu.

Justeru, untuk mengetahui spesifikasi Cadillac One, informasi mengenainya diperoleh daripada pelbagai sumber.

Cadillac One dihasilkan tanpa meniru mana-mana model pernah dikeluarkan GM sebelum ini, sebaliknya gabungan pelbagai elemen ciptaan syarikat berkenaan.

Ia termasuk ciri-ciri ditemui pada model CTS sport sedan, lampu belakang pada STS, lampu depan Escalade dan bahagian sisi berprofil tinggi seperti STS dan DTS.

Secara umum, ia adalah kelahiran semula Cadillac One edisi 2004, tetapi dibezakan dengan bentuk penampilan lebih menarik.

Dikatakan, rangkanya pula berdasarkan binaan pada trak Topkick.

Di sebalik cermin bersalut gelap pada Cadillac One adalah jaminan keselesaan serta kemewahan, sesuai dengan sifatnya sebagai kenderaan Presiden AS.

Tempat duduknya dibalut kulit yang dipotong secara manual dan dijahit tangan, manakala logo rasmi presiden berada di tengah kerusi belakang.

Setiap satu pintu belakang dilengkapi kemudahan canggih, menjadikan penghuninya seolah-olah ada dalam pejabat bergerak.

Logo rasmi turut dapat dilihat pada luar pintu Cadillac One.

Dalam perincian rasmi dikeluarkan GM baru-baru ini, bendera AS dan lambang standard presiden di depan kereta itu diterangi lampu LED berteknologi tinggi.

Cadillac One digunakan Obama adalah satu lagi pengiktirafan tertinggi diperoleh GM selepas ramai presiden AS terdahulu turut meyakini kemampuan syarikat berkenaan.

Seorang daripada presiden terawal menggunakan kereta Cadillac adalah Woodrow Wilson yang melalui jalan di sekitar Boston bagi meraikan kemenangan AS dalam Perang Dunia Pertama pada 1919.

Dua kereta Cadillac dikenali sebagai Ratu Mary dan Ratu Elizabeth digunakan Dwight D Eisenhower ketika menyertai perarakan pelantikannya pada 1953, John F Kennedy dan Lyndon B Johnson.

Pada era mutakhir, limosin Cadillac Fleetwood digunakan Ronald Reagan pada 1983, Bill Clinton (Fleetwood Brougham) dan George W Bush (DTS).

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: