jump to navigation

Isu tahanan mati dalam lokap : Polis tolak bedah siasat kali ke2 – Malaysiakini January 23, 2009

Posted by nikmj in bernama, General, malaysiakini, mstar, National, news.
Tags: , , ,
trackback

Keluarga kepada seorang tahanan yang mati ketika berada di dalam lokap Balai Polis USJ 8, Subang Jaya dua hari lepas, membatalkan upacara pengebumian mangsa berikutan tidak berpuas hati dengan keputusan bedah siasat yang dikeluarkan semalam.

Pengebumian yang sepatutnya berjalan kira-kira pukul 6 petang itu, dibatalkan di saat-saat akhir apabila keluarga A. Kuhan, 23, membuat keputusan untuk bedah siasat kali kedua.

Difahamkan, mayat Kugan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira pukul 7 malam tadi dan pihak pengurusan bilik mayat PPUM bersetuju untuk menyimpan mayat berkenaan.

Bagaimanapun difahamkan, PPUM enggan menjalankan bedah siasat kali kedua berikutan ianya tidak mendapat kelulusan daripada pihak polis.

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam ketika dihubungi Bernama berkata beliau bersama peguam keluarga Kuhan ke Balai Polis USJ8 untuk memohon surat kebenaran bagaimanapun gagal untuk mendapatkannya.

“Setakat pukul 10.30 malam tadi, pihak polis tidak membenarkan atau mengeluarkan borang kebenaran untuk melakukan bedah siasat yang kedua. Kami akan cuba dapatkannya esok melalui ketua polis daerah atau Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bagi memastikan kebenaran didedahkan,” kata Manikavasagam.

Sementara itu, mengulas kenyataan Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar bahawa keluarga mangsa menyerbu masuk bilik mayat Hospital Serdang semalam, beliau berkata dakwaan tersebut merupakan tuduhan yang tidak berasas.

“Saya berada di bilik mayat sejak pukul 9 malam lagi yang saya merupakan orang pertama yang memasuki bilik mayat itu bersama keluarga mangsa.

“Doktor yang bertugas ketika itu sendiri yang membenarkan kami melihat mayatnya justeru saya menafikan dakwaan bahawa kami menceroboh bilik mayat tersebut.

Katanya, dua Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator T. Murugiah dan Datuk S.K. Devamany turut berada di bilik mayat itu dua jam kemudian dan mereka boleh memberitahu perkara yang sebenar berlaku.

Terdahulu itu, kira-kira pukul 5 petang tadi, lebih 1,000 orang berkumpul untuk menghadiri upacara pengebumian itu di Batu 14, Puchong.

Sejak pukul tiga petang lagi, sekumpulan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat berkawal bagi memastikan tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar mengeluarkan kenyataan bahawa sebarang permohonan untuk membuat bedah siasat kali kedua perlu mendapatkan perintah dari mahkamah sebelum boleh berbuat demikian.
 

Khalid berkata, laporan bedah siasat menunjukkan kematiannya adalah akibat paru-paru berair bukan didera ketika di lokap seperti yang didakwa. BERNAMA


 

Comments»

1. b_leo - January 23, 2009

Why are the police so afraid of independent post mortem?
Even without the the post mortem the whole world knows abt the The Polis Diraja Ringgit Malaysia( PDRM).

I urge all the moslems to show their solidarity with the Indian brothers to show the world that muslims will not stand for any aggression just like the palestinian innocent!

I would like to see how our muslim brethen approach this situation.

2. Jeeva - January 23, 2009

b_leo;

i agree with you. government asked non-moslem to donate for palestine victims. yes thats correct as that palestine matter is humanitarian issue and non-moslem should donate to palestine fund. but what government doing when this kuhan Died?? Nothing? the Family have the rights to do the independent Post mortem. why their rights is denied?? i want to see. do our moslem brothers and sisters together with us to fight for Kuhan Issue..Then we Non moslem will donate?? this is not the matter of money. this is matter of Humanitarian. I hope our moslem brothers stands as countrymen insted of religionman…we want your support dear moslem brothers.

3. jsss - January 23, 2009

To all the BN & PDRM bastards count your days, hell is open wide to welcoming you bloody bastards to their custody soon . Let’s you heartless people taste your medicine enjoy life with evils .

4. Kugan death widens the Gaps between PDRM & Indians - Malaysiakini « The Blog Of My Life - January 23, 2009

[…] graphic photographs that the mob took are circulating on the Internet, and being delivered to the mail boxes of hundreds of thousands of […]

5. jerome - January 23, 2009

the bloodied men in blue are crime perpetrators. They are sadists and love to inflict pain and torture on detainees till they died. When they finally died, their job is finished on earth. Later, they will rot in hell throughout eternity.

Kugan finally find perfect peace – in heaven.

6. Wapot - January 23, 2009

Dear all, BN Government is getting worst and being so violent day by day. We are not protected and need a drastic change, can’t tolerate anymore with their animal behaviour we must vote them out to drain.

7. Pak Ulong - January 23, 2009

Kematian Kugan adalah merupakan satu tindakan yang tidak boleh diterima oleh semua rakyat. Mereka yang terlibat secara langsung
mesti dibawa ke muka keadilan. Oleh yang demikian maka janganlah ada pihak yang cuba untuk mempolitikan kes ini untuk kepenting tertentu. Tiada istilah islam atau melayu yang membuat kianat pada kaum india. Oleh itu kepada mereka yang ingin memberi komen tentang kes ini jangan cuba untuk menjadikan ianya sebagai satu isu perkauman. Sebagai orang melayu dan beragama islam ,saya sendiri tidak boleh menerima apa yang telah pihak polis lakukan terhadap simati. Kerajaan seharusnya tampil dengan membuat sebuah badan bebas bagi menyiasat serta membawa mereka yang terlibat kemuka keadilan. Isu tahanan dipukul oleh pihak polis bukan hanya terhadap orang india sahaja. Orang melayu dan cina juga dilayan sedemikian rupa bilamana ditahan oleh pihak PDRM.Lihat sahaja apa yang telah berlaku pada Anuar Ibrahim. PDRM tidak boleh dipersalahkan seratus peratus dalam hal ini. Yang harus disalahkan hanya mereka yang terlibat. Sedar tak kita bahawa keamanan yang kita kecapi pada hari ini adalah hasil penat kerja anggota polis yang menjalankan tugas mereka dengan penuh didikasi sehinggakan kita merasakan diri kita selamat. Ada pun kes kes jenayah yang berlaku namun keamanan melebihi dari kekalutan.
Oleh itu kita seharusnya bersikap terbuka apabila membuat komen dalam perkara yang sebegini rupa. Jangan terlalu emosinal sehingga komen komen yang dibuat menyinggung perasan kaum yang lain.
Isu yang berlaku adalah merupakan isu salah gunas kuasa oleh individu individu tertentu didalam polis. Mungkin ada orang melayu , mungkin ada orang indin atau mungkin ada bangsa lain. Kepada keluarga mangsa takziah saya ucapkan. Saya mengakui bahawa memang susah untuk keluarga mendiang untuk menerima akan kematian yang sebegini.

8. deniel !!! - January 26, 2009

polis nie pun 1,,
hang g tibai sampai mati tuu wat pe?
keje polis siasat jee…

dah dia x nak ngku tuu
x yah lah paksa..

ini adalah teladan wat semua poli
jgn jadi teladan ini kali ke 2,

9. vicky - January 27, 2009

This was in public media that the police mention that there will be no cover up on kuhen muder investigation. So, what they are trying to say is, there has been cover for all this time on police investigation and this will will exceptional. what a stupid, corrupted and idiot goverment.

10. Sebby - January 27, 2009

Mencemarkan nama bangsa dan agama, memburukkan lagi pandangan orang asing terhadap Islam yang sudah di chop dengan keganasan. yang bersalah mesti di bawa ke muka pengadilan untuk menerima hukuman dan sebagai pengajaran bagi mereka yang bersifat kejam, janganlah kita mewarisi sikap dan perangai orang yahudi yang kita kutuk saban hari, sedangkan masih ada orang kita yang sanggup mendera hingga mati tanpa ada rasa belas kesiah.
Takziah kepada keluarga mangsa.

11. iz - January 28, 2009

ini perbuatan binatang bukan manusia.melayu,cina and india we all malaysia.we all condemn this behaviour .

12. amnesty - January 29, 2009

This is obviously a human right issue. The public’s trust on the PDRM will deteriorate if justice is not served in Kugan’s case.Thus, the PDRM should be brave enough to accept its mistake and bring the perpetrators for trial.

13. matgedebe - February 2, 2009

Ini adalah salah laku manusia keatas manusia.apakah kuasa yang ada pada mereka untuk menjadikan mereka lebih kebal.Saya sebagai bangsa melayu yang beragam islam mengutuk sekeras kerasnya ,semuga keluarga mereka tidak berputus asa untuk mengheret mereka mereka yang terlibat kemuka keadilan.Takziah dari saya sekeluarga


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: