jump to navigation

Obama dan harapan dunia? Malaysiakini January 21, 2009

Posted by nikmj in malaysiakini, mstar, news, Politics.
trackback

 

BARACK Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-44 di hadapan Ketua Hakim John Roberts di Washington semalam (awal pagi ini waktu Malaysia) dengan disaksikan oleh isterinya Michelle (tiga dari kiri) dan anak mereka Sasha dan Malia. _ AP   

RIBUAN orang membanjiri kawasan National Mall bagi menyaksikan majlis angkat sumpah Presiden Barack Obama di Washington hari ini. _ AP
KENANGAN… Presiden George W. Bush bersama penggantinya, Presiden Barack Obama dengan isteri masing-masing Laura Bush (dua dari kiri) dan Michelle Obama ketika sambutan minuman ringan di White House – beberapa jam sebelum majlis angkat sumpah hari ini. _ AP

Barack Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) baru – yang ke-44 dan yang pertama daripada kalangan masyarakat kulit hitam sambil berazam untuk menerokai hubungan baru dengan dunia Islam.

“Kita telah memilih harapan di sebalik kebimbangan, perpaduan yang bertujuan di sebalik konflik,” kata beliau dalam ucapan sulungnya sejurus selepas mencipta sejarah sebagai Presiden yang baru bagi AS.

“Bermula hari ini kita perlu bangkit, membuang yang keruh dan kembali bekerja untuk membina semula Amerika,” kata Presiden berusia 47 tahun, dari parti Demokrat, di hadapan rakyatnya yang masih bimbang dengan kesan kemelesetan ekonomi paling teruk sejak 1930-an.

Malah, ucapannya juga menyampaikan mesej yang jelas kepada dunia dan negara-negara Islam selepas diselubungi pelbagai persepsi negatif sejak 11 September 2001 di bawah pentadbiran Presiden George W. Bush.

“Amerika merupakan rakan kepada setiap negara dan setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak yang inginkan masa depan yang aman dan bermaruah, dan di mana kami bersedia untuk menerajuinya sekali lagi.

“Kepada dunia Islam, kita harus menerokai perjalanan baru berdasarkan kepentingan bersama dan penghormatan bersama,” kata beliau sambil menekankan, “ia tidak diberikan tetapi harus diperoleh.”

Bagaimanapun Obama memberi amran bahawa Washington akan berhadapan dengan mana-mana pihak yang menggunakan “keganasan” dan memenggal mereka yang tidak berdosa tanpa sebarang kompromi.

Kepada dunia Islam, kami inginkan satu arah tuju yang baru,” kata Obama lagi.

Malah dalam ucapannya itu, Obama juga bertekad untuk menangani krisis ekonomi dan kesan peperangan di dua negara, yang secara langsung menjejaskan imej Washington di kaca mata dunia.

Obama yang dipilih sebagai Presiden AS pada 4 November lalu menyempurnakan upacara itu kira-kira 1.06 pagi (waktu Malaysia) di hadapan Ketua Hakim John Roberts.

Obama merupakan Presiden AS yang kelima paling muda dan beliau menggantikan Bush.

Sebelum giliran Obama angkat sumpah, bekas Senator Delaware Joe Biden mengangkat sumpah sebagai Naib Presiden yang baru di hadapan Hakim John Paul Stevens.

Terdahulu kedua-dua Obama dan Bush tiba di bangunan Capitol – lokasi angkat sumpah dari White House menggunakan kenderaan rasmi yang sama.

DI PUTRAJAYA, Malaysia mahu Obama melaksanakan dasar luar yang baru dengan tidak mengutamakan pendekatan unilateral dalam mengambil sesuatu tindakan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berkata, AS perlu mengambil pendekatan berbincang dengan pihak lain sebelum mengambil sesuatu tindakan.

“Amerika Syarikat tidak boleh bertindak sendirian atau dengan hanya sekumpulan kecil pihak yang menyebelahinya sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis Penyerahan Dokumen Perjanjian bagi Penstrukturan Semula Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Sembilan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Najib berkata, AS perlu memperkukuhkan hubungannya dengan badanbadan multilateral seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Pendekatan Amerika Syarikat mestilah mempunyai adunan antara hard power (kuasa ketenteraan) dan soft power (pengaruh ekonomi dan moral),” katanya ketika diminta mengulas mengenai harapan Malaysia terhadap Obama yang mengangkat sumpah sebagai Presiden yang baru.

Najib berharap Obama akan menggunakan lebih banyak pendekatan “soft power” daripada “hard power” berbanding dengan George W.Bush yang lebih banyak menggunakan pendekatan “hard power” dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau konflik.

 

BERITA TERDAHULU

[DIKEMAS KINI, 12.45 TENGAH MALAM] WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baru, Barack Obama dan Presiden George W. Bush, yang beliau akan menggantinya, kini berada di bangunan Capitol sempena upacara angkat sumpah.

Obama yang dipilih sebagai Presiden AS pada 4 November lalu akan mengangkat sumpah dalam tempoh kurang sejam dari sekarang.

Menjelang pukul 1 pagi ini (waktu Malaysia) beliau akan mencatatkan sejarah sebagai Presiden pertama daripada kalangan masyarakat kulit hitam.

Obama dan Bush hadir bersama dari White House di mana Bush sebelum itu telah menganjurkan sesi minuman bagi pasangan suami isteri Presiden dan Naib Presiden yang baru.

Terdahulu Obama dan keluarganya menghadiri upacara khas di gereja St. John’s Episcopalbersebelahan dengan White House.

Obama akan menyempurnakan upacara angkat sumpah ketika dunia mengharapkan presiden yang ke-44 AS itu akan melakukan sesuatu untuk mengubah dasar luarnya dan persepsi masyarakat dunia terhadap Washington.

Harapan itu memuncak ketika konflik Gaza ekoran serangan Israel menghampiri minggu keempat.

Malah perubahan bukan sahaja diharapkan oleh masyarakat dunia ekoran pelbagai dasar berat sebelah AS, rakyatnya juga mahu Obama membebaskan negaranya daripada kemelesetan ekonomi paling buruk sejak 1930-an, kesan peperangan di Afghanistan dan Iraq dan perubahan dasar White House yang diterajui Bush sepanjang lapan tahun lalu.

Beliau dijadual menyampaikan ucapan sulungnya sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden yang baru dari bangunan Capitol – yang diharap akan menjadi peluang terbaik awalnya untuk memenuhi harapan banyak pihak.

Lebih 12,500 anggota tentera dan polis metropolitan dihimpunkan untuk menjaga keselamatan di Washington.

Obama akan mengangkat sumpah menggunakan kitab injil yang pernah digunakan oleh bekas Presiden Abraham Lincoln yang mengakhiri sistem perhambaan di AS.

Majlis angkat sumpah Obama dan Naib Presiden Joe Biden yang disiarkan secara langsung dijangka menarik kira-kira dua juta orang yang sanggup berhimpun di bawah cuaca teramat sejuk.

Obama, pemimpin Demokrat berusia 47, yang telah menewaskan John McCain pada 4 November telah menjanjikan pendekatan pentadbiran bersifat pragmatik berbanding ideologikal.

Selepas majlis angkat sumpah, Obama akan diiringi dari bangunan Capitol melalui Pennsylvania Avenue untuk ke White House – premis pentadbirannya untuk tempoh empat tahun akan datang.

 

Comments»

No comments yet — be the first.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: