jump to navigation

Norman Memey mengaku tak bersalah – Malaysiakini January 20, 2009

Posted by nikmj in Abby Abadi, Entertainment, malaysiakini, Memey Suhaiza, mstar, National, news, Norman Hakim.
Tags: , , , , ,
trackback

Pelakon Norman Hakim dan bintang baru, Suhaiza Suhaimi atau Memey, hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat pada Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini.

 

Hakim Syarie, Wan Mahyudin Wan Mohamad membenarkan kedua-dua aktor itu dilepaskan dengan jaminan bon jamin mahkamah RM3,000 secara tunai setiap seorang yang perlu dibayar hari ini.

 

“Kedua-dua tertuduh turut dilepaskan dengan syarat seorang penjamin dan mahkamah juga menetapkan seorang penjamin kedua-dua tertuduh hendaklah terdiri daripada kakitangan awam.

Norman dan Memey hadir ke Mahkamah Syariah Gombak Timur dalam pakaian berwarna sedondon iaitu hitam dan putih pada pagi ini. foto The Star oleh NORAFIFI EHSAN

 

“Ini bagi mengelakkan kedua-dua tertuduh menghilangkan diri semasa sesi perbicaraan nanti.

 

“Kedua-dua tertuduh ini dibebaskan dari mahkamah oleh seorang penjamin berdasarkan peruntukan Seksyen 22 (4)(5) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor 2003.

 

“Perbicaraan ini ditangguhkan untuk sebutan semula pada 3 Mac depan, pukul 9 pagi untuk perbicaraan dalam kes ini,” kata Wan Mahyudin.

Norman tidak menyembunyikan Keakraban hubungan antara keluarganya dan keluarga Memey. Dari kiri: Memey, ibu Norman, ibu saudara Memey, abang Norman dan Norman.

 

Norman dan Memey datang berpakaian putih dan hitam sedondon secara berasingan seawal pukul 9 pagi tadi.

 

Norman hadir bersama ibunya, Kamariah Kamat, 66, abang dan abang iparnya manakala Memey pula ditemani seorang ibu saudaranya.

 

Selepas dibicarakan, kedua-duanya berjalan seiringan keluar dari mahkamah dan masing-masing meluahkan rasa syukur dengan kelancaran proses prosiding pada hari ini.

Wajah Norman dan Memey sewaktu berjalan ke dalam mahkamah.

 

“Kita sudah melepasi sesi prosiding dan kami mengatakan tidak mengaku bersalah dan akan dibicarakan nanti. Kami berdua bekerjasama dan mengikut prosedur. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Insya-Allah, kita tengok keputusannya nanti,” kata Norman.

 

Memey pula menambah: “Saya pun sama juga, Alhamdulillah kerana semuanya berjalan dengan lancar tetapi kes ini masih dalam siasatan. Jadi, kita tunggulah hari perbicaraan pada 3 Mac depan.”

 

Pada tarikh 3 Mac nanti, apakah yang Norman akan lakukan untuk membela diri?

Gelagat Norman dan Memey yang tersipu-sipu malu apabila disoal tentang kahwin.

 

Norman: “Kami akan melantik peguam bagi pembelaan kerana masing-masing tidak mahir tentang prosedurnya dan meminta pandangan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak mahkamah. Kami berdua juga akan cuba buktikan yang kami tidak bersalah di dalam kes ini.”

 

Tetapi pihak JAIS mendakwa mereka mempunyai bukti yang menunjukkan Norman dan Memey bersalah?

 

Norman: “Bukti adalah pendakwaan. Jadi, bagi pihak kami, kita perlu mempertahankan kerana kita tahu apa yang berlaku. Kami telah mengikut prosedur dan cuba mencari penyelesaian yang terbaik. Kita perlukan kerjasama kerana kami hendak menjernihkan sesuatu keadaan dan bukannya hendak menjadikan perkara ini lebih buruk.”

 

Apa komen apabila ada yang berpendapat, mungkin Norman dan Memey akan mengambil tindakan untuk berkahwin pada masa akan datang.

Norman tersenyum ceria sewaktu mula-mula sampai di mahkamah.

 

Norman: “Buat masa ini kami memang tiada perancangan untuk berkahwin lagipun kita perlu selesaikan apa yang berlaku ini satu-persatu. Nanti, kalau suatu perkara itu belum selesai, kita cuba mencipta satu platform lain pula.

 

Walaupun Norman tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin dengan Memey, tetapi masing-masing sedang mengenali hati budi.

 

Norman:”Sebagai senior, saya perlu mengepalai dalam situasi yang dihadapi sekarang dan kami sentiasa berbincang tentang apakah penyelesaian yang terbaik. Dalam masa yang sama, saya minta juga input daripada keluarga saya dan Memey.

 

“Secara tak langsung, apa yang berlaku ini telah mengeratkan silaturahim dan mengenali hati budi itu berlaku secara tak langsung.”

 

Kenapa tidak kahwin sahaja untuk menyelesaikan kontroversi ini?

 

Norman ketawa. Memey mencelah dengan berkata: “Kahwin ini suatu keputusan yang penting dalam kehidupan. Tak bermakna kahwin adalah jalan terbaik untuk kita berhadapan dengan hal ini. Apa pun keputusan, kita perlu tunggu perbicaraan nanti. Soal kahwin itu, kita fikirkan kemudian hari. Kita tidak perlu membuat keputusan terburu-buru.”

 

Norman pula menjawab: “Kita perlu lebih rasional dan seperti yang Memey katakan, kita tidak perlu terburu-buru dan pada saya perkahwinan itu merupakan suatu yang baik. Jangan risau, kalau ada jodoh kami, hal perkahwinan itu adalah suatu perkara yang tidak perlu disorok lagi.”

 

Apabila diusik adakah mereka merancang untuk mengenakan pakaian berwarna sedondon pada hari ini, Norman yang ketawa dan tersipu-sipu malu di samping Memey mengakui idea tersebut dikeluarkan secara spontan kerana mereka sentiasa berkomunikasi dari berbagai aspek.

 

“Memang saya yang mencadangkan untuk memakai pakaian hitam dan putih tetapi tiada sebab yang spesifik kami memakai warna sedondon,” ujar Norman sambil tersenyum ceria.

 

Norman berkata perasaan cerianya pada hari ini bertambah apabila mendapat semangat daripada keluarga dan merupakan cara untuk memberikan aura positif di dalam menghadapi masalah serta berhadapan dengan kenyataan.

 

Mereka ditangkap berkhalwat oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Norman, MDH Trading & Services di Ukay Perdana, Ampang, Selangor sekitar pukul 3 pagi pada 30 Oktober tahun lalu.

 

Comments»

1. silent reader - January 20, 2009

menegakkan benang yang basah!!!!!

kalo dah basah tu, basah la jugak ek…((((termasuk tgkap basah???))))

2. lizaa - January 20, 2009

norman dan memay muka tak kenal malu. bodok dahlah mengenati isteri, tapi masih boleh senyum. hmmmmmmmm, Allah akan mengukum anda.

3. antidap - January 20, 2009

memang diaorang manusia tiada hati… saya seorang isteri yg punya anak saya dapat bayangkan perasaan abby. kejam mereka. kasihan anak 2. Allah akan balas apa diaorang buat. dasar manusia takde maruah.

4. miaw-miaw - January 21, 2009

Alang-alang dah sedondon tu, esloklah terus nikah. Tak bersalah konon. Tengok muka dua ekor ni pun dah menyirap darah. Tak sentuh dalam tenpoh LAPAN bulan bersekedudukan dalam ofis, memang tak masuk akal. Tu duduk dekat-dekat dalam gambo ni, tak BERSENTUHAN ke…?

5. sakil hati - January 21, 2009

x tau nk ckap apa…mme x tau malu betullah…..memek ko taulah nanti apa yg telah ko buat skrng akan balik smula kt ko..pcaya lah…allah tu maha adil….ko tunggul;a…..

6. Miangkeladi - January 22, 2009

NH kata, dia tak sentuh Memey. Jadi, kalau NH tak sentuh Memey sepanjang 8 bulan bersekedudukan di ofis NH tu, maknanya Memeylah yang SENTOH NH. Hehehe……..

7. Ann - January 22, 2009

Apa prasaan anak2 c norman melihat ayah mrk dgn pasangan khalwatnya d mahkamah. Dgn baju sedondon macam laki bini nk p kenduri kawin…berkepit kesana sini dlm mahkamah macam laki bini….senyum ketawa mcm nk trima anugerah pelakon terbaik…..Pendek kata nampak gembira n bhagia sangat ayah, pasangan ayah dn nenek mrk. MUDAHAN ABBY BIJAK MENGURUSKAN PERASAAN DN EMOSI ANAK2NYA…SUSAH 2…..

8. Ann - January 22, 2009

MMG SAH 2 EKOR NI MUKA TEBAL…TELINGA KUALI….MATI HATI..TAK MALU LANGSUNG…..SELAMBE DEEK JE 2 EKOK NI…MAKIN BENCIIIIIII AKU…

9. Miss Sibuk - January 23, 2009

Memeh sekarang tengah HOT. Semua producer nak amik dia berlako. Tak tau, sapa yang minat nak tengok dia…….

10. arora - January 25, 2009

kalau ada muka 2 orang ni di mana2 chanel tv…sure tak mau tengo,menyamah dan meluat betul! panas betul hati tengo siap pakai sedondon d mahkamah…muka tembok!

11. deniel !!! - January 26, 2009

korang nie apa nak jadii,,,
dgr jee tangkap basah,,
mula arr pikir blue

enth2 dia org tuu x wat pape
korang jee fitnah lebih
abis lah pahala korang dapat dkt meme dgn norman(dah arrr kene share pahala)..

biar lah dia org nak tgkp basah ke,kering ke,seram sejuk ke,
dosa diaorg dia org tanggung

korang fitnah2 dia org nie napa?
korang nampk ke?
atau nak kongsi dosa?

apa2 hal sendiri mau ingat…

12. Miss Sibuk - January 27, 2009

Ala NHakim, kawin lerr cepat dengan si momok ni. Tak sabar nak negok, bapa lama kawin yang ni boley bertahan. Jantan macam si NH ni, takkan berhenti dengan 2 kali nikah je. Sampai umur 50 pun nanti amsih ada berita dia nak kawen lagi. Tak caya, tengoklah BADOL Tompel


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: