jump to navigation

BN kelam-kabut gara2 kalah diKT – Malaysiakini January 20, 2009

Posted by nikmj in By election, General, malaysiakini, National, PRK Kuala Terengganu.
Tags: , , ,
trackback

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa BN kalah kerana calon, yakni Abdullah pilih calon yang salah. Calon itu bukan ‘orang’ BN tetapi ‘orang’ Abdullah.

Khairi pula berkata, “Kekalahan calon BN pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu semalam perlu dilihat daripada pelbagai sudut dan bukan faktor calon semata-mata”. Maknanya calon pilihan Abdullah adalah betul. Kalah bukan pasal calon sahaja, banyak lagi pasal lain termasuk rasuah, jenayah dan sebagainya.

Kini, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Gua Musang, Bazlan Baharuddin pula bersuara mengatakan program yang dianjurkan oleh UMNO tidak mencapai matlamat menyebabkan golongan belia yang dididik mencintai parti berpaling tadah.

Beliau berkata, kursus-kursus yang dianjurkan oleh parti itu tidak ada kesinambungan bagi membolehkan golongan terbabit mendapat pekerjaan sebaliknya terabai tanpa pembelaan.

“Inilah antara sebab UMNO kalah di mana golongan muda menjadi penentu kepada kemenangan calon parti pembangkang,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Bazlan berkata demikian bagi mengulas keputusan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu kelmarin yang memihak kepada calon pembangkang.

Beliau berkata, sebagai parti yang memerintah tentunya mempunyai keupayaan dan pendekatan strategik membantu golongan belia mendapatkan pekerja yang berfaedah.

“Tetapi apa yang berlaku, selepas kursus diadakan, mereka dibiarkan sendiri tanpa pembelaan dan ini menyebabkan mereka mencari peluang kepada parti lain,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta pendekatan masa depan perlu diubah dengan memastikan golongan terbabit ada peluang untuk mendapat pekerjaan bukan lagi sebagai penganggur.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Rantau Panjang, Mohd Afandi Yusoff berkata, persidangan perwakilan UMNO pada Mac depan akan menentukan masa depan parti itu dan orang Melayu di negara ini sama ada hidup atau mati.

Katanya, kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu kelmarin mencorakkan masa depan UMNO sama ada kekal sebagai wadah perjuangan orang Melayu atau hilang dalam lipatan sejarah.

“Sekiranya kepimpinan sekarang tidak berubah selaras dengan kehendak pemuda, agak sukar untuk meramalkan masa depan UMNO dan bangsa Melayu di negara ini,” katanya.

Beliau berkata, strategi masa depan tidak boleh lagi dengan cara yang ada masa kini tetapi perlu kepada perubahan drastik yang bukan sahaja dari segi strategi parti tetapi pendekatan dengan golongan muda.

“Kalau pemimpin yang dipilih nanti anti golongan agak sukar untuk melihat UMNO hidup dan berkembang sebagaimana di awal penubuhannya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan kepada pemimpin-pemimpin yang ada dan ahli-ahli yang berjuang untuk parti, supaya mengembalikan UMNO ke landasan asal yang boleh mencorakkan masa depan yang lebih baik.

“Kita tengok kepada pilihan raya kecil Permatang Pauh di Pulau Penang dan pilihan raya kecil Kuala Terengganu cukup untuk menyatakan yang golongan muda sudah tidak mahu kepada UMNO,” katanya.

Untuk itu, beliau sarankan golongan belia yang meminati blogger dan internet didekati melalui program berkala yang boleh membawa kepada mereka minat dan tertarik mengikutinya.

“Jangan sekadar beri kursus kemudian ditinggalkan mereka tanpa pembelaan ini menyebabkan golongan terbabit ‘lari’ kepada pembangkang,” katanya. (Sabahdaily)

Comments»

1. nikmj - January 20, 2009

Muhyiddin: Umno sudah hilang faktor ‘penarik’
Jan 19, 09 3:55pm
Calon timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terus terang mengakui bahawa Umno telah kehilangan faktor “penarik” untuk menarik rakyat kepada parti tunjang komponen BN itu.

Beliau yang juga naib presiden Umno berkata, faktor itu perlu dibawa kembali kerana dengan memiliki faktor penarik itu, bermakna rakyat akan tertarik dan memberikan perhatian terhadap perkara baru dan menarik yang disampaikan oleh parti itu.

“Sekarang ini dalam Umno, apakah faktor penarik itu. Tidak ada faktor penarik, kita telah kehilangan faktor penarik yang akan membuatkan rakyat benar-benar mahu mendengar apa yang dikatakan oleh pemimpin,” katanya.

Muhyiddin yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu memberitahu wartawan Malaysia di Manama (Bahrain) ketika diminta mengulas kekalahan BN dalam pilihanraya kecil Terengganu Sabtu lalu di mana calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut menewaskan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan majoriti 2,631 undi, lapor Bernama.

Mohd Abdul Wahid mendapat 32,883 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi.

Oleh itu, kata Muhyiddin, Umno dan BN perlu merekayasa bagi memenuhi aspirasi rakyat tanpa mengorbankan prinsip dan perjuangan Umno.

“Presiden parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bakal penggantinya Datuk Seri Najib Tun Razak perlu melakukan perubahan radikal, pembedahan politik, jika terpaksa,” katanya.

‘Perlu perubahan’

Muhyiddin berkata, sebaiknya ialah menjalankan post-mortem untuk mengenal pasti kelemahan yang menyumbang kepada kekalahan di Kuala Terengganu dan lebih penting lagi mengkaji dengan mendalam pemikiran pengundi.

“Tidak dapat tidak, pasti ada kelemahan dalam mana-mana pilihanraya kecil walaupun jentera parti bekerja keras siang dan malam. Tetapi mungkin ada isyarat yang perlu diberi perhatian dengan serius.

“Apakah ini bermakna rakyat masih sukar untuk menerima BN selepas kita kalah pada pilihanraya umum lalu, kerana mereka tidak rasa sudah ada satu perubahan atau pembaharuan yang kita kata kita hendak lakukan,” katanya.

Oleh itu, kata Muhyiddin, BN dan Umno khususnya, tidak seharusnya mengambil masa terlalu lama untuk melaksanakan segala bentuk pembaharuan yang dijanjikan.

Apa yang penting, tegasnya, ialah Umno dan BN menangani isu persepsi tertentu yang bermain di benak pemikiran pengundi.

“Bila sebut Umno atau BN, ini persepsi dia dan ditokok tambah pula dengan putar belit parti pembangkang. Di samping itu, kita tidak boleh menolak kemungkinan bahawa rakyat kita juga sudah lebih faham dan peka serta mampu menilai daripada semua sudut.

“Mungkin kita dilihat belum bersedia untuk memenuhi apa yang mereka fikir baik,” kata beliau sambil menyarankan supaya Umno dan BN bersedia bertindak secara lebih radikal dalam melaksanakan perubahan yang difikirkan perlu.

Muhasabah diri

Muhyiddin menegaskan bahawa kenyataan-kenyataan tertentu perlu dibuat supaya rakyat faham apa yang dimaksudkan dengan pembaharuan yang ingin dibawa oleh Umno dan BN.

“Jika tidak mereka akan anggap kenyataan-kenyataan kita sebagai retorik. Jadi saya lebih cenderung mengalisis keputusan pilihanraya kecil itu daripada perspektif lebih holistik walaupun kita boleh kenal pasti sebab kekalahan daripada segi biasa seperti jentera pilihan raya tidak berapa berkesan walaupun kerja keras, soal calon, perkara yang ditimbulkan parti lawan dan sebagainya,” katanya.

Di masa lalu, katanya BN akan menghadapi pilihan raya kecil dengan penuh bersemangat dan yakin, mencatatkan kemenangan di kawasan yang dianggap bermasalah.

Muhyiddin berkata, beliau ada menerima pandangan daripada pelbagai pihak yang melahirkan kebimbangan kekalahan BN dalam pilihanraya kecil menjadi satu trend baru kerana rakyat masih tidak melihat apa-apa pembaharuan di pihak BN dan Umno sendiri.

“Biar kita bermuhasabah secara serius. Mungkin orang marah kalau saya kata macam ini. Dan tentu akan ada pemimpin yang kata ia tidak menjadi trend, tapi kita tak tahu,” katanya.

Menurut beliau, parti kerajaan perlu faham semasak-masaknya apa yang rakyat mahu kerana penentu kalah menang pada mana-mana pilihanraya ialah rakyat.

“Kita perlu jujur kepada diri sendiri. Jangan kita bersikap ‘tak ada apalah, kita okaylah’. Ini yang jadi masalah kepada kita,” kata Muhyiddin.

Jelas beliau lagi: “Perkataannya ialah `segera berubah’. Dalam tempoh tiga, empat tahun ini akan ada lagi pilihanraya kecil, pilihanraya negeri. Jadi bagaimana keadaan kita”.

Selain Umno, parti komponen BN yang lain juga perlu melakukan muhasabah diri kerana mereka juga mempunyai masalah mereka sendiri, katanya.

2. DrZaidan Goro - January 20, 2009

Tak ada satu apa pun yg menarik tentang BN (Barang Naik).Orang yg hilang akal @ cetek akal saja yang akan memilih BN untuk memerintah.

3. Saji - January 20, 2009

Dalam Islam, seseorang yang ingin menyelesaikan masalah perlu memebezakan di antara kesan pada masalah dan punca masalah. Kesan atau akibat dari masalah itu adalah sesuatu yang kita mahu buang, tetapi punca masalah sesuatu yang kita mahu bunuh atau hapuskan. Membuang kesan pada masalah adalah langkah sementara. Tetapi menghapuskan puncanya bersifat kekal.

Lebih dari itu, masalah tidak boleh dilihat dengan mata dan akal. Kalau dilihat dengan pandangan mata sahaja, ia menampilkan hal-hal yang tersurat kepada sesuatu masalah. Kalau menggunakan pandangan akal pula, ia mengelitukan, kerana akal mentafsir atau menghurai dalam lingkungan yang sangat terbatas. Sebaliknya, sesuatu masalah itu perlu dilihat dengan pandangan mata hati.

Sebagai analoginya, kita pandang ke laut. Kalau mata melihat, cuma nampak permukaan laut sahaja. Iaitu yang kita namapak hanya sampah-sarap, ombak, buih dan gelombang. Bila akal melihat, ia lebih ke dalam lagi. Iaitu yang kita nampak sotong, ikan, plankton, rumpai dan lain-lain. Bila hati melihat, ia pergi ke dasar laut. Di bawah laut itu rupa-rupanya ada minyak!

Berdasarkan hujah Islam di atas, tidakkah masalah pemilihan calon yang salah bukannya punca masalah yang menyebabkan UMNO/BN kalah teruk dalam PRK KT atas alasan ia didasarkan kepada pandangan mata yang disokong oleh pandangan akal yang mengaitkan calon yang dipilih itu, khasnya dan pemimpin UMNO/BN, amnya dengan perbuatan tidak bermoral rasuah, ego, sombong dsb.? Dan, tidakkah punca masalah yang menyebabkan UMNO/MN kalah teruk dalam PRK tersebut ialah masalah kebencian rakyat yang berterusan terhadap pemimpin UMNO/BN?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: