jump to navigation

Sekitar AJL 2009 – Malaysiakini January 19, 2009

Posted by nikmj in Entertainment, malaysiakini, mstar, National, news, Song.
Tags: , , ,
trackback

PERSEMBAHAN finalis Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL23) termasuk artis jemputan iaitu One Nation Emcees, M. Nasir, Jamal Abdillah, Jaclyn Tahir, Wada, Haqiem dan Hafiz berjaya memukau 15,000 penonton di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam.

 

Rata-rata penonton yang hadir memberikan sorakan dan tepukan gemuruh kepada penyanyi yang membuat persembahan.

Persembahan ‘opening’ One Nation Emcees berjaya memukau penonton dengan rentak rap mereka. -foto The Star oleh KAMARUL ARIFFIN
Band Sofaz yang berjaya layak ke peringkat akhir AJL dua tahun berturut-turut bagaikan sudah selesa walaupun membuat persembahan pertama. Dengan lagu hits Bukan Di Sini, Sofaz berjaya menghiburkan penonton dengan persembahan yang sederhana.
Dengan bertemankan gitar, Aizat yang pertama kali bergelar finalis AJL menyanyikan Lagu Kita dengan sepenuh jiwa sehingga membuatkan penonton terpukau dengan persembahannya yang bersahaja itu.
Aiman, penyanyi kelahiran Akademi Nasyid ini juga tidak ketinggalan bersaing di dalam kategori Etnik Kreatif menerusi lagu Dusta Berkalang. Dari segi persembahan, vokal Aiman masih perlu digilap dan menyebut bait lirik dengan betul selain kostum yang dipakainya agak tidak sesuai serta berserabut dan menyebabkan Aiman kelihatan kurang selesa ketika beraksi di pentas.
Faizal Tahir mengalunkan lagu Cuba dengan persembahan yang ringkas dan bersahaja memandangkan lagu tersebut merupakan lagu pertamanya. Namun, kehebatan vokal Faizal memang tidak perlu disangkal lagi.
Sama seperti Sofaz, Estranged yang kali kedua bergelar finalis AJL23 memberikan persembahan yang unik dengan menggunakan kain tirai putih. Walaupun gagal mengulangi kejayaan mereka pada tahun lalu, Estranged masih berjaya memukau penonton dengan vokal mantap dan paduan muzik bertenaga.
Ayu yang mendapat jolokan Whitney Houstan oleh pengacara Ally Iskandar, Cheryl Samad dan Faizal Tahir pada malam tadi tidak kalah dengan vokal ‘Hanya Di Mercu’nya namun nasib tidak menyebelahinya.
Walaupun menggantikan Mawi, Zahid masih berjaya menyanyikan lagu Doa Dalam Lagu mengikut identitinya sendiri. Heliza pula tampak selesa dengan gandingan barunya itu.
Faizal memang hebat! Itulah yang berjaya diluahkan selepas menonton persembahan keduanya menerusi lagu Sampai Syurga. Tidak hairanlah persembahan ini berjaya meraih Persembahan Terbaik dengan kerana menonton persembahan Faizal ibarat melihat klip video.
Spider yang kali terakhir membuat persembahan menerusi lagu Rela Ku Pujuk pada 2004 kembali bersaing dengan mempertaruhkan lagu Bila Nak Saksi. Tam menyampaikan lagu tersebut dengan bersahaja tetapi aura Spider masih ada apabila persembahan mereka berjaya memikat hati penonton.
Lagu Aku Stacy memang tepat dan tercipta untuk penyanyinya, Stacy! Dengan kelincahan tarian dan paduan vokal bertenaga daripada Stacy, dia telah berjaya menggamatkan suasana sehingga ada penonton yang bangun berdiri di akhir persembahannya.
Ziana Zain yang enam tahun ‘berehat’ daripada AJL kini kembali bersaing menerusi lagu Dingin. Ternyata vokal Ziana masih utuh dan bertenaga sehingga ramai penonton yang bersorak memberikan sokongan ketika beliau melontarkan ‘high pitch’. Tahniah Ziana!

Contengan pada muka vokalis Meet Uncle Hussein, Lan ini memberikan satu daya penarik. Keunikan tersebut mengiringi persembahan bertenaga dan gempak melalui Lagu Untukmu sehingga penonton tidak berhenti memberikan sorakan dan tepukan dari awal mereka mula membuat persembahan.
Farawahida tidak kalah dengan persembahan bertemakan Cina bertepatan dengan lagu Persoalan Cinta yang menggunakan peralatan muzik ‘ehu’. Dengan vokal yang lantang, kejayaan Farawahida menerusi kategori Etnik Kreatif tidak perlu disangkal lagi.
Persembahan Elyana menerusi lagu Kalis Rindu tidak kalis dengan props yang menarik. Walaupun hanya duduk di atas tangga, Elyana berjaya melakukan persembahan dengan cara tersendiri. Elyana juga tidak lupa mengenakan kasut hitam sesuai dengan tema persembahannya berwarna pink itu.
Jaclyn Victor menyampaikan lagu Gemilang dengan adik Wada, Juara Idola Kecil.
Jamal Abdillah diundang menyanyikan lagu Gadis Melayu dengan adik Haqiem Idola Kecil. Persembahan mereka mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.
M. Nasir menyanyikan lagu Andalusia bersama adik Hafiz Idola Kecil.
Paduan nyanyian antara Hafiz, Haqiem, Wada, Jaclyn Victor, Jamal Abdillah dan M. Nasir menerusi lagu Isabela berjaya menawan hati penonton sehingga ramai yang tidak henti bersorak.Ternyata persembahan ‘interlude’ semalam merupakan persembahan penutup yang terbaik.

 

Tidak salah jika dikatakan, AJL23 adalah yang terbaik setakat ini! Selain bebas kontroversi, hampir semua persembahan finalis malam tadi cukup menarik.

 

Malah, dari aspek teknikal juga, pihak penerbitan nampaknya sudah lebih teliti dan tidak mempunyai sebarang masalah.

 

Bertemakan Iluminasi Muzik, AJL23 berjaya menampilkan konsep yang sesuai dengan tema “cahaya” itu di samping set pentas yang menarik.

 

Antara finalis yang mendapat sorakan paling gemuruh adalah Faizal Tahir yang menyampaikan dua buah lagunya iaitu Cuba dan Sampai Syurga, Stacy (Aku Stacy), Ziana Zain (Dingin) dan Meet Uncle Hussein (Lagu Untukmu).

 

Comments»

1. i think they could do better.. - January 20, 2009

“Tidak salah jika dikatakan, AJL23 adalah yang terbaik setakat ini!”

adoi…??? seriously ehh..?? agak which year org yang tulis artikel ni di lahirkan ehh..??

honestly…one of the most boring AJL ever!!
opening act pun tak gempak mana..
banyak lagi yang best before ni…

ini belum ckp psal yang menang malam tu…
iskk…

jgn salah anggap eh..sokong industri musik tempatan..but come on laa.. props pentas pun macam prop buat persembahan kat sekolah2..(even actually prop kat sekolah2 better..!!seriously?!?!) ape cer?
kite supposenyer maje ke depan…
jgn laa dok selesa di takuk yang same..
negara kite dah advance in so many ways..
takkan takleh come up with something better than this??

just my 2 cents..

2. Aku Siapa??? - January 24, 2009

Orang bawah nie macam orang tua je yg bg komen… hahaha… pls la minda uptodate skit….. AJL 23 la antara AJL yg terbaik n kputusan yg betul2 bagus mengikut aliran muzik terkini untuk bawak muzik kita ke satu peringkat yg sama dgn negara luar… juri2 AJL 23 pun jenis otak2 yg uptodate n tak macam juri2 masa separuh akhir aritu… mmg tak boleh bla…. banyak lagu2 bagus sesui untuk dibawa ketengah pada zaman nie t dorang sia2kan camtue je…. huhuhu… kesian Malaysia dapat juri tua2 yg tak uptodate… patut la lagu Malaysia susah nak bawak keluar…contohila cara orang indonesia nak perkenalkan muzik dorang keluar… smua lagu2 yg mempunyai muzik unik yg uptodate… mari kita open minda kita smua kalo nak orang yg hiburkan kita menggunakan bahasa kita sendiri berjaya… dan bukan orang luar negara yg hiburkan kita…..

Just my opinion… -Pemerhati muzik-

3. Aku Siapa??? - January 24, 2009

Bukan orang bawah orang atas aku tue… hehehe… sorry ye kalo terasa cuma open la minda n jadila orang yg hidup pada tahun 2009 skit….. huhuhu

4. muhammad fitri - January 28, 2009

sye nie pminat setia idola kecil terutamanye ridzuan haqiem rusli..
sye amat kagum dngn prsembahan haqiem..
boleh tak sye dpatkan no telefon haqiem??

5. Mai - October 31, 2009

Saya peminat setia Afiq idola kecil……………………………………….boleh cye mintak no tel Afiq x?
Kalau kawan-kawan nak chat ngan saya hantarlah e-mail kat saya:sarahkeramat@yahoo.com.my


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: