jump to navigation

DrM : UMNO mesti segera berubah atau tewas dalam PR 13 – Malaysiakini January 19, 2009

Posted by nikmj in By election, General, malaysiakini, mstar, news, PRK Kuala Terengganu.
Tags: , , ,
trackback

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) perlu melakukan perubahan jika parti itu jika ingin memastikan kejayaan dicapai dalam pilihan raya akan datang.

Menurutnya kekalahan BN di tangan PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu semalam adalah berpunca daripada kebencian rakyat terhadap kepimpinan parti itu.

“Semua orang tak suka kepada Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dan calon pilihannya.

“Sebahagian daripada sebab mereka tidak meyokong (BN) ialah kerana mereka tidak suka kepada calonnya,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan program Kempen Selamatkan Rakyat Palestin anjuran Gabungan Badan Bukan Kerajaan Malaysia Menentang Penindasan Rakyat Palestin di sini hari ini.

Jelas beliau lagi pada dasarnya kedua-dua parti iaitu BN dan PAS mempunyai masalah mereka yang tersendiri.

“Namun masalah BN ini ialah meletakkan calon yang tidak disukai oleh orang ramai semata-mata kerana dia ialah calon Pak Lah.

“Mereka juga tidak suka kepada PAS dan mereka terpaksa membuat pilihan dan saya fikir mereka seperti pilihan raya umum Mac 2008, pilihan mereka ialah untuk menolak BN kerana mereka tidak suka kepada kepimpinan BN lebih daripada mereka tidak suka kepada parti-parti lawan,” katanya.

Beliau berkata antara langkah yang wajar dilakukan BN bagi mengembalikan sokongan rakyat ialah dengan menyingkirkan pemimpin yang tidak diterima oleh rakyat dan terlibat dengan rasuah.

“Tapi apa yang kita lihat pemimpin yang tidak dipercayai serta terlibat dengan rasuah, mereka masih dipilih sebagai calon dalam pemilihan Umno.

“Jika mereka dipilih sebagai calon dan menang, dan selepas menang mereka menjadi anggota pentadbiran kerajaan, BN akan tewas dalam pilihan raya ke-13… kalau nak menang, singkir dan jangan pilih mereka,” katanya.

Bagaimanapun menurut bekas Presiden Umno itu, jika golongan pemimpin yang terlibat dengan rasuah itu masih dipilih sebagai pemimpin Umno, mereka tidak seharusnya dipilih untuk menyertai Kabinet.

Ditanya sama ada kekalahan BN di Kuala Terengganu akan memberi cabaran dan kesan terhadap pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang akan mengambil alih kepimpinan kerajaan daripada Abdullah Mac ini, beliau berkata Najib tidak akan dipersalahkan dalam kekalahan tersebut.

“Kekalahan di Kuala Terengganu bukan disebabkan Najib, ini sebab Pak Lah…Najib tak akan dipersalahkan.

“Tapi jika Najib terus memilih pemimpin yang rasuah, saya fikir beliau juga akan tewas dalam pilihan raya nanti,” katanya. (GlobalBreakingNews)

Comments»

1. Saji - January 20, 2009

Dari sudut menyelesai masalah cara Islam, ‘punca’ pada sesuatu masalah tidak boleh dikenal pasti berdasarkan pandangan mata dan akal atau logik akal atau sains, tetapi dengan pandangan mata hati.

Hujahnya, kalau dilihat dengan pandangan mata sahaja, ia hanya menampilkan hal-hal yang tersurat kepada sesuatu masalah. Kalau menggunakan pandangan akal pula, ia mengelirkan, kerana akal mentafsir atau menghurai dalam lingkungan yang sangat terbatas. Tetapi sesuatu maslah itu, jika dilihat dengan nata hati, akan terserlah hal-hal yang tersirat pada masalah.

Kita contohkan pandang ke laut. Kalau mata melihat, cuma nampak permukaan laut sahaja. Yang kita dapat lihat hanya sampah-sarap, ombak, buih, gelombang. Bila akal melihat, ia lebih kedalam lagi. Akan nampak sotong, ikan, plankton, rumpai dan lain-lain kehidupan laut. Bila hati pula melihat, ia pergi ke dasar laut. Di bawah laut itu rupa-rupanya ada minyak!

Soalannya, adakah kebenciaan rakyat terhadap UMNO/BN yang didakwa oleh Dr Mahathir sebagai ‘punca’ UMNO/BN kalah di PRK KT itu beliau kenal pasti berdasarkan pandangan mata hati?

2. miaw-miaw - January 20, 2009

Dr.Mahadir adalah seorang politikus veteran yang sudah mahir dalam permainan politik. Dia takan dapat bertahan 22 tahun kalau dia tidak pandai membaca ‘IKLIM’ politik. Kalau pemimpin BN hari ini masih juga dalam state of Danial, terimalah padahnya dalam PRU13 nanti. Pada pandangan saya, punca kekalahan BN adalah kerana sebab-sebab berikut;

* Calon BN itu pilihan Pak Lah dan orang memang tak suka Pak Lah
* Peribadi calon BN itu sendiri sudah diketahui umum di kalangan
pengundi Kuala Terengganu dan mereka tidak menyukainya
* Kempen melalui media yang keterlaluan di RTM, TV3 dan semua
surat khabar arus perdana sehingga orang naik muak dan jelak.
Saya sendiri sudah lama tidak menonton TV3,RTM dan membaca
akhbar arus perdana keran muak dan jelak.
* Sejumlah besar pengundi BN tidak datang mengundi kerana
mungkin jelak dan menyangka BN akan menang.

3. nikmj - January 20, 2009

Kenapa masih ramai yang tak faham-faham lagi yang Bee End sudah tidak relevan lagi dan soal calon bukan menjadi persoalannya.

Rakyat sudah lama muak dan lali dengan propaganda BN dan sudah sampai masanya BN diajar secukupnya.

Biarlah BN berterusan dengan ‘state of denial’ nya kerana itu memang sifat semulajadi BN

Saya percaya jika jumlah pengundi meningkat, maka majoriti kemenangan PAS akan lebih meningkat.

Jika dilihat pada jumlah undi, PAS maintain je mcm masa Mat Sabu tewas dulu, tapi jumlah undi BN dah kurang lebih 3K…

4. Pak Ulong - January 21, 2009

Kekalahan BN (UMNO) adalah satu perkara yang bukan mustahil pada masa ini.Jika ada lagi pilihanraya kecil peringkat parlimen atau dewan undangan negeri, pasti BN akan kecundang. Pemimpin BN seharusnya sedar akan fenomena tersebut. Semua itu terjadi kerana rakyat telah muak dengan sandiwara para pemimpin BN terutama UMNO. Sikap pemimpin UMNO yang hanya pandai untuk merompak harta negara telah diketahui oleh rakyat walaupun mereka itu tidak didakwa dimahkamah. Maka itu seharusnya barisan pemimpin UMNO peringkat tertinggi melepaskan jawatan dan memberi peluang kepada mereka yang tidak mempunyai skandal dalam urusan peribadi mau pun dalam perniagaan. Najib yang akan mengambil alih kerusi no.1 seharusnya sedar yang rakyat sudah tidak mempunyai keyakinan kepada dirinya. Bergitu juga Mahyuddin Yasin dan Ali Rostam yang akan beradu untuk kerusi no.2. Untuk kerusi no.3 nama seperti Hishamudin. Mohamad Taib, Rahim Tambi Chik serta yang lain lain yang merebut kerusi naib presiden mempunyai rekod yang kurang baik. Untuk kerusi ketua pemuda pula ketiga tiga yang bertanding mempunyai rekod buruk yang diketahui oleh umum. Mukriz umpamanya, semasa bapa beliau (Mahathir) menjadi PM apa perniagaan yang tidak beliau sapu hinggakan bila dah nak bangkrap diminta bantuan untuk diselamatkan oleh PETRONAS. Bergitu juga Khir Toyo. Khairy yang menjadi menantu Pak Lah lebih teruk lagi skandal yang menjadi bualan rakyat. Rafidah Aziz yang akan mempertahankan jawatan ketua wanita juga tidak sunyi dari skandal dan rasuah. Jika nama nama yang tersebut masih mahu untuk menjadi pemimpin peringkat tertinggi UMNO , selagi itu rakyat akan tidak lagi mengundi pada BN.
Sedarlah wahai pemimpin UMNO, kekalahan yang UMNO hadapi pada ketika ini adalah kerana rakyat sudah boleh menilai akan kaca dan berlian. Jika nama nama yang tersebut tadi sayangkan UMNO maka anda harus berkorban demi UMNO yang telah ditubuhkan untuk membela nasib orang melayu. Bukan seperti mana yang pemimpin tertinggi UMNO lakukan pada masa sekarang membela orang melayu yang hanya menyokong anda. Rakyat sudah tidak dapat lagi untuk menyaksikan sandiwara politik anda yang terang terang memperbodohkan rakyat. Janganlah dianalisa lagi akan kekalahan yang UMNO kecapi pada pilihanraya di KT. Bukan kerana calon atau apa apa alasan yang lain. Yang ada hanya kebencian rakyat terhadap pucuk kepemimpinan tertinggi UMNO yang ada sekarang. Terimalah hakikat yang sebenarnya. Jangan dicari akan alasan yang lain. Rakyat yang bodoh pun takan mengundi lagi untuk UMNO kiranya pemimpin yang ada sekarang masih memimpin UMNO. Jangan hanya memberi beban pada Pak Lah seorang sahaja, Tun juga mesti bertanggungjawap pada apa yang berlaku sekarang.
Tun tidak harus melepaskan bergitu sahaja akan apa yang terjadi pada BN dan UMNO. Tun juga orangnya yang meyebabkan ujud parti KeADILan atas apa yang TUN lakukan Pada DSAI.

5. BebolaIkan - March 6, 2009

takyah pening2 cari alasan utk salahkan sesiapa. apa2 pun, sejak PRU12 hari tu, malaysia dah tak macam dulu. Sekarang, tak kira suratkbr arus perdana ke, neutral ke, malah yang picisan apatah lagi yang kepartian, sume dah tak boleh nak tengok. Lagi banyk dibaca lagi tk faham, lagi keliru, lagi sakit hati dan lebih meletihkan otak. Bg saya tiap parti ada penyokong dan pendirian msg2 yang membuat ia selalu relevan dalam setiap zaman. Saya jg percaya, dalam setiap parti ada org2 yang membuat parti itu rosak, terjejas atau tercemar. Saya jg percaya, setiap orang boleh memihak mana2 parti dia sukai dan selalunya mereka berpihak kepada belah mana yang pandai mengambil hati, memberi sagu hati dan memberinya apa yang dia perlu dan hendak. Sebab itu, kebykkan penyokong berada atas pagar, jadi katak tak pun talam dua muka. tak kira mereka pnyokong dari tahap tinggi atau bawahan. Cuma biasanya yang bawahan ini, setia berlebihan tetapi tak tau setia pasal apa. Dia main ikut apa dan siapa dia suka saja. Itu yang selalu saya perhati disekeliling saya sejak saya kenal tentang parti, pilihan raya, imbuhan dan politik. Cuma saya bukan dan tak boleh jadi penganalisa, hanya rakyat biasa yang menonton, memandang dan memerhati. Saya hormat pemimpin2 saya kerana saya membesar dalam negara yang ditadbir urus dgn baik. Mak saya janda yang ditinggal suami, tak bagi nafkah. Atuk kerja kebun cukuplah untuk tampung kami. Tapi keharmonian, kestabilan ekonomi selama ini, segala macam kempen positif yang kami sbg org kg cuba amalkan wlaupn org kata menteri dan org besar2 cuma pandai cakap tapi tak buat, telah membuat saya skrg masih boleh berduit nak sekolahkan ank2, bercuti, salin baju baru tiap raya dan sesekali jamu keluarga makan besar. Jadi, sbg rakyat, jgn tuding jari pada org atas yg kta tak kenal peribadinya. Buat apa tuduh sana sini, bergaduh sama sdri konon nak membela polan itu polan ini, sdgkan kita ada kehidupan yg perlu diperhatikan, disayangi iaitu ank, isteri atau suami, jg org tua kita. Marah Tun M krn isu raja, isu DSAI, isu kehakiman, sejauh mana kita boleh menilai semua kebenaran? Jiran2 saya sdri ada org dalam bila ada kes polis, nak minta kerja dsb. Marah Pak Lah itu ini, tp anda pasti dulu anda tidak bersorak apabila dia naik jd PM ganti Tun org yg kononnya patut bersara, berundur dr jwtn? Benci Najib, tapi anda sahih dia memang tak bagus? Kita kena cermin diri dan pastikan diri kta dan keluarga terutama anak2, tak buat salah yang kita tuduh org buat. Nanti malu sdri. Saya jg kagumi DSAI, tapi saya tak terikut apa yg dia kata, buat atau dakwa. Saya ada pegangan sdri, kepercayaan sdri. Saya cuma mahu, pemimpin politik, berpolitik utk ksinambungan citra Malaysia yg dikenali dgn keharmonian kaum berwarna warni, sejahtera dgn masyarakat yang penyayang dan prihatin, banggakan negara dgn kepimpinan melalui TELADAN serta yg dduk diatas tu, selalu tengok kebawah, rakyat marhaen ni. Kami pilih anda untuk ilmu kami, negara kami, ekonomi kami, bukan utk anda TEPUK DADA TEPUK PERUT, senang sendiri kenyangkn kroni. Terima kasih.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: