jump to navigation

Rasuah lagi di PRK Kuala Terengganu – Malaysiakini January 17, 2009

Posted by nikmj in Buletin Online, By election, malaysiakini, National, news, PRK Kuala Terengganu.
Tags: , , , ,
trackback

 

https://i2.wp.com/buletinonline.net/images/stories/berita/kecohdicendering.JPG“Semua peti undi dalam bandar dapat, semua dapat RM 100 setiap orang,” jawabnya menghurai lanjut pertanyaan kami tentang duit rasuah pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pada jam 3.30 pagi hari ini (17 Januari). (Gambar – ketegangan di Cendering, kelihatan Khairy, Shamsul dan Satiful, semasa berbincang cuba menyelesaikan maslah ‘titi’ haram, bukti keangkuhan UMNO)

Ketika perut lapar setelah pulang dari Kubang Ikan, Cendering, kami berpusing-pusing keliling bandar Kuala Terengganu, mencari-cari kedai yang masih relevan dengan selera didinihari.

Akhirnya kami memilih sebuah kedai kecil berhadapan stesyen teksi, dekat dengan Terminal bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Episod ketegangan di Kubang Ikan kami tinggalkan setelah menghabiskan masa sejam, namun tidak nampak penyelesaiannya. 

Masalah asalnya adalah bila pihak UMNO menghubungkan sebuah pos yang didirikan diluarkan kawasan 50 meter diseberang parit depan sekolah menengah Cendering, dihubungkan dengan ‘bangsal panas’ dengan sebuah titi.

Para petugas dan penyokong PAS tidak puas hati kerana titi yang dibina secara haram itu memberi kemudahan kepada sesiapa sahaja yang mendaftar di pos UMNO berjalan terus masuk ke bangsal panas yang terletak 50 meter dari pintu pagar sekolah itu.

Titi itu perlu dirobohkan, barulah selesai masalah.

Namun kehadiran menantu Pak Lah, Khairy Jamaludin, menaikkan semangat petugas dan penyokong UMNO, begitu juga sebaliknya kehadiran Ketua dan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul dan Fariz, menyebabkan AMK berkeras.

Begitu juga peti undi tersebut yang turut menerima kehadiran Ustaz Satiful Bahri, bekas Ketua Pemuda PAS Terengganu, yang pastinya tidak dapat menerima kewujudan titi itu walau apa pun alasannya.

Setelah minum dan makan nasi lemak yang dibeli di kedai lain, tiba-tiba berhenti sebuah motosikal dihadapan kedai kecil itu. 

Pemuda separuh baya, melompat turun dan terus memesan minuman.

“Mak, nescafe bungkus satu,”katanya yang mungkin telah biasa membeli di kedai itu kerana membahasakan tuan kedai tersebut dengan panggilan ‘mak’.

“Nescafe tak ada, susu dah habis, nescafe ‘O’ boleh,”jawab wanita warga emas, tuan kedai itu.

“Nescafe ‘O’ karang tak tidur pulak, uuh, bolehlah, buat nipis saja,”kata pemuda tersebut sambil berjalan masuk kedalam kedai.

Tiba-tiba telinga kami terdengar perkataan ‘kupon’ yang keluar dari mulut pemuda itu, lantas kami bertanya “kupon? ambil dimana?”soalan tembak yang terkeluar dari mulut salah seorang dari kami.

“Kupon tak ada dah, ambik di Stadium Negeri,”katanya yang mengingatkan kami kepada solat hajat yang diadakan oleh UMNO/BN di stadium negeri. Mungkin waktu itulah diagih-agihkan kupon tersebut.

“Kemudian tukar dimana?,”tanya kami lagi, menantikan jawapan lanjut dari pemuda itu.

“ah….dah dapat dah, semua dan dapat, beri pada orang datang dengan jip bawa duit, dia beri RM 100 pukul 2 tadi,”katanya selamba.

“Oh…. dia beri dalam sampul surat putih,”duga kami, untuk mengetahui rahsia selanjutnya, dengan harapan ia dapat dikaitkan dengan kes wartawan dan blogawan yang diberikan sogokan sampul putih berisi wang tunai RM 50, petang semalam di Pusat Media Jalan Pejabat Kuala Terengganu.

“Tak… dia beri tunai, RM100, dia beri begitu sahaja, tunai, banyak duit yang dibawanya, tapi macam takut-takut masa beri, pandang kiri dan kanan,”kata pemuda itu.

Setelah pemuda itu berlalu, kami bertanya kepada tuan kedai, wanita yang tinggal di Kuala Ibai.

“Mak Cik dapat ke ?, dapat ke duit tu ?,”tanya kami untuk mendapat maklumat lanjut adakah agihan wang rasuah itu begitu meluas.

“Tak dapat, tak pernah dapat, duit tak pernah dapat, minta bantuan apa-apa pun tak prnah dapat, pernah ambil nama, isi borang bantuan-bantuan lain, bantuan ganti atap dan lain-lain,

“tapi tak pernah dapat,”kata tuan kedai dengan nada kesal.

“Minta tanah pun tak dapat, dulu dapat tanah masa PAS perintah, buat rumah sikit-sikit, tak sempat siap sebab tak ada duit nak siap cepat-cepat,
“bila BN perintah, dia minta berhenti buat, kalau tak berhenti, dia sodok,

“Ada ramai yang kena sodok,”ujarnya lagi.

“Begitulah, dia beli harapan orang, buat main orang,”tambahnyai.

“Mak Cik duduk pantai Kual Ibai, tapi pindah awal, tak sempat kena banjir besar air laut, duduk rumah setinggan,”sambungnya lagi.

“Baru ni dia buat rumah kecik-kecik (rumah PPRT), janji nak bagi kepada orang, nak beri kunci masa baru ni, tapi tak beri-beri juga, dapat nombor saja,”katanya.

Sketsa benar dinihari hari pengundian pilihanraya kecil P.036 Parlimen Kuala Terengganu yang pastinya meninggalkan sejarah hitam kepada politik negara. Tidak pernah sebelum ini Pegawai Pengurus pilihanraya meletakkan jawatan, pada pilihanraya kecil ini, ia terjadi.

Puluhan juta ringgit dan mungkin mencapai ratusan juta ringgit wang yang ditaburkan membeli undi rakyat.

Puluhan juta ringgit, malahan ratusan juta ringgit pula nilai projek yang dijanjikan oleh Najib Razak, bakal Perdana Menteri Malaysia yang tidak mungkin akan bersih.

Selepas dikaitkan dengan pelbagai penyelewengan pembelian peralatan perang kapalselam dan helikopter, dikaitkan dengan pembunuhan wanita Mongolia yang tidak akan dilupakan kisahnya oleh generasi mendatang !

UMNO/BN terus angkuh mendabik dada, tidak mengaku kesalahan, tidak mengaku menggula-gulakan rakyat dengan pembangunan, tidak mengaku mengugut pegawai dan kakitangan, tidak mengaku memberi rasuah, tidak mengaku SALAH SAMA SEKALI walau telah dibuktikan dengan terang dan nyata!

Itulah norma-norma hidup yang ditanam, dibaja dan disuburkan oleh elit politik Melayu UMNO dan sekutunya Barisan Nasional selama lebih 50 tahun.

Comments»

1. blackmay66 - January 17, 2009

Sudah jadi darah daging umno,terlebih ilmu

2. blackmamba - January 18, 2009

memang begitu dia ingat kalau tukar kerajaan baru tak boleh mengandalikan malaysia, tapi rakyat tau kalau tukar akan tetap dapat mentakbir malaysia dan mungkin lebih baik.

3. deniel !!! - January 26, 2009

dia bagi duit tuu untuk mkn
bkn bkn untuk suruh undi bn pun
awt hampa x dapat hampa radang ka sebab hampa x dapat

ala baru rm50-rm100
bukan nye rm1000-rm5000

kalau byk camtuu korang kecoh pun x pe lah,,
leh kaya bape hari jee kalau sebyk rm 100 tuu
korang yg coments2 buruk2 nie mesti dapi pas nye kan,
entah2 pas rasuah korang untk buruk2 kan bn kot
huhuhu


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: