jump to navigation

Panas !!! Pangkah BN dapat RM1000 – Malaysiakini January 16, 2009

Posted by nikmj in General, harakahdaily, malaysiakini, National, news, Politics, PRK Kuala Terengganu.
Tags: , , , ,
trackback

Jika seseorang pengundi membuktikan beliau mengundi Barisan Nasional (BN) dengan mengambil gambar kertas undinya menggunakan telefon tangannya yang mempunyai kamera, rasuah RM1,000 akan diberikan kepadanya.

Sabun Untuk Bersamak-Turaab M3
 
 
   

Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dalam blognya, http://www.jeffooi.com

Berikut ialah alih bahasa bebas bloggger Penarik Beca (penarikbeca.blogspot.com) kepada sebahagian dari posting Jeff bertajuk “Kuala Terengganu… Buy-election”.

“Perkataan “buy-election” bukan salah taip. Ia memang pilihan raya yang boleh dibeli dengan wang.

“Saya kini berusaha menyumbangkan apa yang terdaya berkempen untuk Mohd Abdul Wahid Endut, calon PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terenggganu. Penduduk di sini menceritakan pelbagai taktik kotor, tetapi terserahlah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyiasatnya. Saya tetap memberi tumpuan kepada ceramah dan melawat para pengundi.

“Selain dari makan malam untuk 80 meja yang yang ditaja oleh Gerakan, seorang pemimpin tertinggi Umno Terengganu yang melawat pasar dengan gerombolannya dikatakan sengaja membayar RM200 untuk sebiji betik dan memberitahu penjual buah berkenaan supaya menyimpan bakinya.

“Hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh kerajaan BN membeli dan memaksa undi. Undi dibeli dengan harga dari RM300 hingga RM400 (lihat berita Malaysiakini “Anwar accuses government of vote-buying”).

“Tetapi penduduk tempatan memberitahu saya, tawaran telah meningkat sehingga RM1,000 bagi setiap undi.

“Tersebar cerita bahawa seseorang pengundi dikehendaki menggunakan telefon tangannya yang mempunyai kamera untuk mengambil gambar kertas undi yang telah pun dipangkah untuk calon BN sebelum beliau boleh mengambil sogokan RM1,000 itu.

“Teknologi digunakan untuk memastikan seseorang pengundi benar-benar mengundi calon BN kerana sebelum ini pembangkang menyuruh para pengundi mengambil wang dari BN tetapi mengundi pembangkang.

“Umno juga menganjurkan cabutan bertuah untuk menarik orang ramai menghadiri ceranmah-ceramahnya. Hadiah cabutan bertuah tersebut termasuk motosikal dan TV bersaiz besar.

“BN juga menggunakan kekuatan kewangannya dengan membeli ruang iklan dalam akhbar bagi edisi Pantai Timur (tidak sampai RM2000 untuk setengah muka hitam putih). Untuk memastikan iklan-iklan kempen tersebut sampai kepada para pengundi dengan lebih meluas, tiga akhbar berbahasa Cina yang berlainan diberikan apabila seseorang membeli akhbar.

“Bagaimanapun, berdasarkan maklumat yang saya kumpulkan sejak 20 jam lalu, sentimen para pengundi Cina memihak kepada calon PAS”. _ (Harakahdaily)

Comments»

1. UMNO ” dapat duit percuma RM1K hanya dengan ambik gambar” malaysiakini « MY WAY OF LIFE - January 16, 2009

[…] UMNO ” dapat duit percuma RM1K hanya dengan ambik gambar” malaysiakini Jika seseorang pengundi membuktikan beliau mengundi Barisan Nasional (BN) dengan mengambil gambar ke… […]

2. iraman Hj Karim - January 16, 2009

Kita sebenar tidak sedar bahawa umpat/fitnah dan kata mengata oleh penyokong PAS itu adalah satu dosa besar. Kita hanya mengatakan ia dosa jika dibuat oleh UMNO sahaja. Melihat kepada perangai tersebut, saya rasalah jika mereka banyak wang ringgit, PAS tentu akan menjadi juara dalam “bersedekah” kepada penyokongnya.

3. Malaysian yang kecewa - January 16, 2009

Mana duit RM1k ini datang daripada?

4. nikmj - January 16, 2009

To Iraman,
Apa jua yang anda rasakan, itu adalah perasaan anda. Hakikatnya hinggakini walaupun beribu aduan politik wang, tiada tindakan diambil keatas mereka terbabit. Adakah anda juga mahu bersekongkol dengan mereka?

Bagaimana pula dengan hal UMNO memfitnah DSAI liwat, sedangkan mahkamah mengatakan DSAI tidak bersalah. Adakah itu tidak berdosa?

Hingga kini belum ada wakil UMNO memohon maaf, tiada tindakan diambil kepada konspirator, adakah itu juga tidak berdosa?

Fikir-fikirkanlah..

5. AntiKorupsi - January 21, 2009

Pemimpin Umno sekarang ni dah terlebih angkuh dan bongkak…susah nak berubahnya la. Naik meluat tengok…sebahagian je yang sedar dan berpijak dibumi yang nyata. Tapi tu pun nak dicantas…sebab berkata benar tentang parti….malang sungguh aku dulu mendaftar jadi ahli UMNO. Walau ada Msc sekalipun tiada guna kerana tiada wang untuk naik memimpin. Kontraktor yang berkelulusan SPM je yang layak jadi pemimpin cawangan dlm UMNO ni. Duit banyak!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: