jump to navigation

Syed Husin : BN jumpa Bush, bukan Anwar – Malaysiakini January 15, 2009

Posted by nikmj in By election, islam, malaysiakini, National, news, PRK Kuala Terengganu.
Tags: , , , , , , ,
trackback

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mempunyai hubungan rapat dengan Amerika Syarikat (AS) seperti yang didakwa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali berkata, Anwar tidak mempunyai hubungan baik dengan Amerika, tetapi beliau dari awal lagi telah membuat gesaan kepada AS melalui beberapa pertemuan dengan pemimpin dunia seperti Turki supaya menghentikan keganasan yang dibuat Israel ke atas Palestin.

“Kenyataan itu sengaja dibuat untuk memburuk-buruk imej Anwar.

“Ini merupakan fitnah besar daripada Barisan Nasional (BN) kononnya Anwar mempunyai hubungan yang baik dengan AS,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Syed Hamid yang meminta Anwar menggunakan kelebihan hubungan rapatnya dengan AS untuk mempengaruhi kuasa besar itu mengarahkan Israel menghentikan serangan ke atas Palestin.

Menurutnya, Anwar memang ada membuat beberapa siri syarahan di universiti di AS dan Britain, tetapi itu tidak bermakna Anwar mempunyai hubungan baik dengan AS.

Beliau berkata, syarahan yang dibuat di sana adalah untuk memberi nafkah dan menyara keluarganya.

“Anwar tidak pergi bertemu Bush, tapi yang jumpa Bush, Mahathir dan Abdullah Badawi. Dia (Syed Hamid) perlu tahu gesaan supaya mengadakan Sidang Parlimen Khas baru-baru ini bermula daripada Pakatan Rakyat.

“Sejak zaman Mahathir lagi BN tidak habis-habis memfitnah Anwar dan saya ingin tegaskan bahawa kenyataan itu tidak benar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub menyifatkan Syed Hamid berfikiran sempit kerana membuat kenyataan sedemikian.

Beliau berkata, kenyataan Menteri Dalam Negeri itu juga berunsur fitnah kerana menggambarkan Anwar sebagai pro-AS.

“Saya nak tanya dia (Syed Hamid), siapa yang lebih berkuasa, kerajaan Malaysia atau Anwar,” katanya.

Menurutnya, sepatutnya kerajaan yang berusaha mempengaruhi AS supaya mendesak Israel menghentikan serangan di Palestin selepas pihak pembangkang juga menyokong usul Perdana Menteri pada Sidang Khas Parlimen, Isnin lalu.

Ihsan SinarHarian

Comments»

1. HAHS - January 15, 2009

Dah bagi keja dan kuasa, x reti nak buat keja!! Orang lain buatkan, x reti nak bersyukur. Lagi nak mengutuk orang macam2. Memang tak ada tokoh jadi menteri, belajar tinggi2 undang2 pun tak ada apa boleh buat memperbaiki dan mereformasi hubungan dalam negeri dan luar negeri. Malaysia ni selagi pemimpin UMNO jadi menteri dan PM nya. Dari segi International political akan jadi penakut dan pentingkan diri. Kena gertak dgn AS, dah kelam kabut tangkap militan islam. Kalo takde pun diada-adakan. Kononnya nak mogoklah lepas tu nak tarik rundingan perjanjian FTA dengan Amerika oleh Muhyiddin, tup2 Abdullah melenting memandai2 tahan rundingan tak maklumkan kabinet kesannya sebab tekanan dari AS. Depan rakyat, yok2 membantah Israel, rakyat buat demo tentang Israel di tangkap Polis Malaysia. Baru kena gertak duta AS dah menggigil tapi depan rakyat cakap berapi. Dengan Singapura, kena mainkan je malaysia. Apa punya Hipokrit, Incredibility dan Incompetence la pemimpin Malaysia ni.

2. faris - January 15, 2009

http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2009/01/annapolis-summit-anwar-sudah-terjerat.html

http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2009/01/annapolis-summit-semakin-nafi-semakin.html

Bagaimana ye tiba2 sibuk MPT PKR nafi Anwar ada hubungan dengan Amerika? Adakah untuk elak pekung Anwar makin terdedah???


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: