jump to navigation

Surat damai Anwar kepada Chedet – Malaysiakini January 15, 2009

Posted by nikmj in malaysiakini, National, news, Politics.
Tags: , , , ,
trackback

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd Noor semalam mengotakan janjinya dengan mendedahkan isi kandungan surat yang ditulis oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Tun Dr Mahathir Mohamad (ketika itu Datuk Seri) seminggu selepas Anwar dipecat dari jawatan dalam Kabinet pada 2 September 1998.

Ezam turut membuktikan bahawa apa yang diperkatakan olehnya selama ini bukan rekaan atau gimik politik semata-mata.

“Saya tunjukkan kebenaran di hadapan anda. Ini adalah bukti besar bahawa Anwar Ibrahim adalah manusia yang paling hipokrit. Saya melakukan ini (pendedahan mengenai surat) kerana ingin mempertahankan diri saya dari tuduhan yang dibuat oleh banyak pihak berkaitan dengan enam kotak yang mengandungi dokumen rasuah yang sibuk diperkatakan.

“Saya ingin jelaskan di sini bahawa pada hari Anwar meminta saya menyerahkan surat inilah, beliau (Anwar) juga telah menunjukkan kepada saya isi empat daripada enam kotak yang mengandungi pelbagai dokumen rasuah yang membabitkan banyak pihak termasuk beberapa pemimpin negara yang sehingga sekarang masih lagi tidak didedahkan oleh Anwar,” katanya.

Menurut Ezam, Anwar telah meminta beliau menyerahkan surat itu terus ke tangan Tun Mahathir pada 8 September 1998 sebelum Tun (yang ketika itu memang jawatan sebagai Presiden UMNO) berjumpa dan berucap dengan semua pemimpin UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) pada petang hari tersebut. “Itu merupakan pertemuan pertama Tun bersama semua pucuk pimpinan UMNO dan akar umbi selepas Anwar dipecat,” katanya.

Bagaimanapun menurut Ezam, beliau gagal menyerahkan surat berkenaan ke tangan Tun pada waktu yang sepatutnya.

“Saya terlewat beberapa minit sahaja dan ketika saya sampai di Jabatan Perdana Menteri, Tun Mahathir ketika itu baru sahaja meninggalkan pejabatnya menuju ke PWTC dan saya serahkan surat berkenaan kepada salah seorang pegawai Tun, dan meminta pegawai berkenaan menyerahkan surat itu kepada Tun.

“Isi kandungan surat ini telah membuktikan sikap hipokrit Anwar yang sebenarnya. Ini kerana kita semua tahu sebaik beliau dipecat, Anwar dengan segala kekuatan yang ada, di hadapan puluhan ribu penyokongnya di merata tempat termasuk dalam dan luar negara telah mengutuk dan mengkritik keras Mahathir dengan pelbagai gelaran dan cacian, tetapi pada hari yang sama kutukan itu dibuat, beliau secara peribadi tanpa pengetahuan penyokong-penyokongnya meminta saya untuk menguruskan usaha damai dan berbaik dengan Tun.

“Inikah ciri-ciri seorang pemimpin yang kita semua inginkan?” ujar Ezam.

Ezam sebelum itu hadir menyampaikan ucapan dan membuat pendedahan mengenai surat berkenaan di hadapan lebih seribu penduduk di Kampung Kubang Parit di sini malam tadi. Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang menganggap integriti bekas Setiausaha Politik Anwar itu sudah tidak boleh dipercayai ekoran dakwaan yang dibuat tetapi masih belum dibuktikan, Ezam berkata, Husam sepatutnya lebih arif tentang perkara itu kerana beliau sendiri telah menjelaskan kepada Husam mengenai perkara itu dan Husam juga mengakui akan keperibadian Anwar yang sebenar.

“Husam tahu sebab saya meninggalkan Keadilan dan saya masih ingat kata-kata Husam bahawa dia juga kenal peribadi Anwar tetapi mereka (Pas) juga mahu mempergunakan Anwar untuk kepentingan parti (Pas). Kalau itu yang dimaksudkan dengan integriti oleh Husam, rakyat boleh menilai,” kata Ezam.

Ezam juga berkata, beliau sanggup bersumpah menyatakan kebenaran apa yang diperkatakan oleh Husam kepadanya mengenai isu itu.

“Anwar juga pernah menyatakan kepada saya bahawa beliau tidak pernah ada hormat kepada Pas, tetapi Pas boleh dipergunakan untuk kepentingan parti (PKR),” katanya. Menjawab tuduhan Anwar bahawa dia dipergunakan oleh UMNO dan BN, Ezam berkata, Sayidina Ali juga dipergunakan oleh Rasulullah ketika peperangan. “Tidak salah dipergunakan tetapi perlu dilihat atas dasar apa? Saya rela dipergunakan sekiranya itu adalah cara terbaik untuk melawan sifat munafik manusia seperti Anwar Ibrahim,” katanya.

Menurutnya, apa yang beliau lakukan hari ini adalah dengan niat untuk mempertahankan agama dan bangsa.

Mengulas mengenai kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam bahawa Anwar akan mendedahkan isi kandungan surat yang dihantar oleh Ezam kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Khairy Jamaluddin yang kononnya beliau meminta jawatan dan beberapa kepentingan lain dalam UMNO, Ezam berkata, “Saya cabar Anwar dalam masa tujuh hari untuk mendedahkan bukti isi kandungan surat itu. Kalau dia dapat buktikannya dalam masa tujuh hari, saya akan tinggalkan dunia politik saya dalam masa 24 jam. Sebaliknya, jika Anwar gagal berbuat demikian dalam masa tujuh hari itu, saya cabar dia untuk letak semua jawatannya dalam politik,” tegas Ezam.

Ihsan SinarHarian

Berikut adalah kandungan surat yang dikatakan Ezam

Surat Anwar bertulis tangan kepada Dr Mahathir.

 

YAB Datuk Seri Dr Mahathir.

Assalamualikum Warahmatullah.

Perkembangan beberapa hari ini kebelakangan ini sungguh merimaskan. Berita-berita yang mengaibkan peribadi saya secara berterusan oleh media tempatan nampaknya tidak berkesudahan.

Saya dan Azizah harus tabah. Anak-anak saya mulanya agak sugul dan gundah. Hati mereka luka dan pelajaran mungkin terjejas. Alhamdulillah, mereka kian teguh berkat sokongan keluarga besar kami, rakan-rakan rapat-khususnya Azizah yang sentiasa disamping mereka.

Saya masih kebingungan, bertanyakan punca konspirasi untuk mengaib dan menjatuhkan saya. Harapan saya, ialah agar keadaan sedikit reda bagi membolehkan saya membela diri dan mengembalikan kepercayaan rakyat.

Seperkara lainnya, ialah perihal keselamatan keluarga saya. Ibu bapa saya mengulangi pertimbangan Datuk Seri agar anak angkat mereka ( menurut Ezam, anak angkat dimaksukan adalah Sukma) tidak harus ditahan. Memadailah, penderaan yang kami alami sebagai keluarga dengan menghadapi tuduhan yang amat berat.

Betapa getir dan cemas kedudukan kami, saya dan Azizah tidak pernah melupakan curahan kasih sayang, bimbingan dan peluang yang Datuk Seri berikan.

Meskipun perhubungan diantara kita agak renggang, saya tidak mungkin melupakan jasa baik Datuk Seri.

Semoga Allah S.W.T memberikan taufik dan hidayah, memelihara kesejateraan kita bersama.

Salam saya dan Aizah kepada Datuk Seri dan kak Hasmah.


Anwar Ibrahim.

8 September 1998

 

SURAT a…

The First Letter dated 25 August 1998

The Honourable Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad,

I would like to enlighten you regarding the calumnious campaign against me as a person and a politician. Considering the method by which the slander was spread and the timing of its release, I cannot but conclude that it was politically motivated. Only the two of us can clarify the muddied waters and untangle the knots.

The conspiracy to bring me down through calumny began more than a year ago with a poison-pen letter circulated so widely that it reached even the small UMNO branches. Normally, I would ignore accusations contained in unsigned circulars, but this time they were too offensive to be left unchallenged. I therefore lodged a police report on Aug 15 last year. I hoped then that the smear campaign would stop.

Imagine my consternation when I learned, a few days before the UMNO general assembly, that a person by the name of Khalid Jefri had written a book which in part repeated all the poison-pen lies and that the book would be distributed by the tens of thousands at the venue of the assembly. To prevent it, I had no choice but to get a court injunction.

Unlike the poison-pen letter, the book carries the names of an author and a publisher, as if daring anyone to challenge the truth of its contents. I had to go to court to make that challenge; otherwise some readers would suspect that there was truth in the book.

My confidential secretary, Mohammed Azmin Ali, made a police report over the distribution of the book, the contents of which are clearly criminally libelous, and I have appointed a lawyer to handle a civil defamation suit against the author and publisher. I have since won an interlocutory injunction, effective until the case is settled. The named suspects are the ones who should be subject to police investigation. According to the Information Act, the onus is on them to prove their accusations, to show admissible evidence in court — not rumour, hearsay or fabrications.

But a week after my report was lodged it became obvious that the police were instead looking into my personal affairs. It was as if I had become the suspect. Their current behaviour indicates some malice towards me. Instead of concentrating on the libelous book, they are now listening to stories churned out by the rumour mill, which is operated by politicians and millionaires who are intent on driving a wedge between the two of us and cutting me down.

I see a picture of contradictions emerging, one that is unsettling. I do not object to the raid on the house of Datuk Nalla [a close friend and occasional tennis partner of Anwar Ibrahim awaiting trial on a charge of unlawful possession of live ammunition] and his arrest on the justification that these would help the police in their investigation. But I have since received information that the idea was to extract a confession from him that would incriminate me in activities that are immoral and disgraceful.

I am certain that the author of the book would not have made up such wild and fantastic accusations if he were not sponsored by influential personalities willing to pay him huge sums of money. I have indicated above that there is a factory churning out these lies. And there is no lie more hurtful to me – and the others who are implicated – than the one that says I have fathered an illegitimate child.

It shocked me to hear the police suggest that I undergo a DNA test. Eventually, my lawyers agreed to the test but proposed that it would be sufficient to carry out the test on Azmin, his wife and the affected child to confirm that the child issued from them.

Praise be to God, it was thus confirmed. The Minister of Science, Technology and the Environment, Datuk Law Hieng Ding, himself telephoned me to give the good news. But now, telephone conversations from my home, which are recorded by the police, have become an issue. I am accused of being a foreign agent.

Many stories have been woven regarding the role of Datuk Nalla, indeed about all the friends I play tennis with and several of my officers. I play tennis once or twice a week at the Tropicana, Kiara or Bangsar. There are stories that have been concocted about activities besides tennis during my tennis hours, complete with the name of a woman, a car registration number and an apartment number at Tivolli Villa.


They are all lies.

I play tennis openly, not in secret, beginning around 6.15 pm and stopping before the Maghrib prayers, although I would sometimes stop for Maghrib and continue with a game afterwards. Every time I play, there are policemen posted outside the tennis court. My tennis games are never played in secret and they are always under police watch.

I have also been accused of meeting a woman at the Flamingo Hotel, a place I have never set foot in. And I have been to the Tivolli Villa only twice — accompanied by Azizah [Anwar Ibrahim’s wife] – to visit my adopted sister, Sukma.

I have been told that I may be charged under the Official Secrets Act. What a baffling thought! To charge under this act a person who holds the second-most important position in government is nothing short of insulting. If it were true that government secrets had leaked, this would be the first time in history that the immediate suspect was the Deputy Prime Minister.

Please do not let the lies of the envious cause you to doubt it. They are but a political conspiracy.

Yours truly,


Anwar Ibrahim

dan SURAT b….

The Second Letter dated 28 August 1998

 

The Honourable Dato’ Seri Dr Mahathir Mohammad

Dear Dato’ Seri,

I would like to add to the letter I wrote on 25 August 1998.

For more than a year, the police have known of a plot to drive a wedge between the two of us by raising doubts in the public mind regarding my character. (The report is hereby submitted by hand).

I attach here also Dato’ Nalla’s affidavit and clippings of press reports on them. It is clear that his detention and interrogation have nothing to do with national security. Instead he has been promised his freedom provided he signs a statement prepared by the police to disgrace his friends.

I would also like to inform you that a police officer has telephoned a former Universiti Kebangsaan Malaysia lecturer to extort a statement from him to the effect that he once had a homosexual relationship with me. He was threatened with prosecution on charges related to his past activities.

These are additional pieces of information that support my conviction that all those lies about me were concocted as part of a political conspiracy. I submit this for your wise consideration. And may God give you peace and blessings.

Anwar Ibrahim 

Kandungan surat adalah Ihsan dari Kopitiam

Comments»

1. zackdanial - January 15, 2009

baik hantar si Kezam ni lawan dgn isreal je

2. Razali - January 15, 2009

betul ke ni? permainan politik semuanya same aje..demi kepentingan masing2.. mulut aje kate demi rakyat..ade padahnya kelak…

3. Devan - January 15, 2009

I dont see anything wrong with the letters !!1Only narrow-minded people like Ezam and nallapambu will see in a different angle.Ezam should involve more into why the following cases are still pending???
a. Altantuya
b. Lingam
c. PI Bala
d. the Auditor report
e. Hamid’s stupidity casesand so many more….forget about DSAI..cos nothing will prevent him from becoming the next PM !!!!

4. Muslim - January 15, 2009

bodoh betul ezam, nampak sgt Anwar is very consistent in his innocent and the letter just prove to us if true that Anwar is trying to play peacemaker rather than all out challenge to Mahathir. Until the then PM didnt listen to the appeal letters, then Anwar is convinced that Mahathir cannot be trusted anymore. Mahathir is part of the conspiracy to knock Anwar out of the politic.

5. HAHS - January 15, 2009

Saya sendiri sekiranya menjadi seperti DSAI akan menghantar surat seperti itu atau tindakan yg lebih lagi bagi mempertahankan maruah diri, keluarga dan hubungan saya dengan ketua dan rakan2 serta rakyat yg cuba di fitnah oleh konspirator terlibat. Saya tidak nampak apa2 masalah dengan surat terbabit malah saya lebih mengaguminya kerana telah menggunakan saluran diplomasi yang baik sebelum mengambil langkah menentang dan menghentam ketua yang turut bersubahat menjatuhkan saya atau mungkin dialah mastermindnya. Sebenarnya, Ezam ni hipokrit dan x tau nak buat apa nak burukkan anwar kerana segala perbuatan dia memburukkan anwar x mendapat apa2 respon dari DSAI. Dia boleh tiru gaya dan percakapan Anwar tetapi tidak dari segi intelektualnya dan jiwanya jauh panggang dari api. Ezam elok dianggap spt anjing yg menyalak meminta perhatian dr anwar tetapi tidak dilayan dan dipandang langsung oleh DSAI kerana orang seperti ini sering gagal dalam tanggungjawabnya serta tewas di uji dgn perjuangan sebaliknya membelot menjadi anjing kezaliman dan kebatilan. Biar tuhan menentukannya.

6. POAD - January 15, 2009

I didn’t see anything wrong with the latter… Muslim MUST appologise between each others..

Anwar case.. what wrong.. Izam..He as a muslim.. He also a Muslim follower.. he has done his good example for all Malaysian ( either Muslim or Non Muslim ). Izam SHOULD follow his good characters .. drop your GILA TALAK ..please keep quite and do your own job..
tHANK YOU.

7. nordin - January 15, 2009

Sikap seorang negarawan akan mengutamakan jalan perdamaian. Saya fikir kalau itu diperlukan maka tidak ada kesalahan mengutus surat. Ini adalah standard practice mana-mana pemimpin bertaraf dunia. Rasulullah sendiri pernah mengutus surat ke beberapa kuasa dunia. Pemimpin negara-negara yang sedang berperang pun senantiasa mengutus surat di antara mereka.

Kalau dibaca dengan teliti, surat itu tidak menunjukkan sebarang kejanggalan. Bahkan menggambarkan hati budi seorang negarawan walau pun diserang dengan pelbagai tuduhan dan tindakan keras oleh Dr. Mahathir.

Saya fikir kegagalan Ezam melaksanakan tugas menghantar surat itu sendiri merupakan suatu masalah. Maka tidak hairanlah apabila berlaku persaingan di antara Ezam dengan Azmin maka Dato Seri tidak mahu berpihak kepada Ezam. Sheer incompetence!

8. fztt - January 15, 2009

If anything, these letters actually STRENGTHEN Anwar instead of weakening him.

Let’s face it, looking at it from neutral point of view, the letters are strenous denial on Anwar’s behalf of the perceived conspiracy against him and he’s defending himself. ANY SANE person would have done the same.

If Anwar is a hypocrite in this instance, he would have begged and pleaded Dr M to see him and say he’ll do anything if Dr M is willing to give him a chance. Do you detect such tones in the letters?

So Ezam, you are Judas and you are irrelevant. Thank you for proving that.

9. arakaar - January 15, 2009

sebagai permulaannya ezam kena declare kepada rakyat malaysia yand badawi dan najib adalah bebas dari amalan rasuah dan salah guna kuasa.

Dengan pengistiharan tersebut baru kita sudi dengar apa dia nak dedah…

10. Sharifah Halimah - January 15, 2009

The letters actually boost Anwar intergrity instead of damaging it. DSAI only been diplomatic and tried to explain his situation. Never in that letter he begged Tun or ask to reconcile or to give him back DPM post or large amount of money. Despite it a very stressful situation, he did not use harsh words toward Tun. It proved that MAT EZAM memang dah gila, hipocrite, bodoh dan sah gila talak. Padam muka Ezam, kena muka dia sendiri. jagan dilayan Mat Gila ni lagi….

11. acah - January 15, 2009

surat ke peti lah itu semua politik bangang
yang x ada kesudahan
sepatutnya orang islam
bersatu bkan mengata sana sini bangang betulll belajar panda2
apa yang al quran suruh buat x nak ikut
kalau semua org islam ikut kan aman malaysia
hidup islam allahuakhbar

12. Maria Johan - January 15, 2009

Like all others I too fail to see whats so wrong with all the letters. Infact they indicate strongly DSAI’s innocence, right from the very beginning. I am more convinced now then ever on his innocence. Thank you Ezam!!
I think Ezam has been ‘cursed’ too many times by too many people and its catching up on him…..kepala dah biul, tak tau yang mana baik n buruk dah!!!
On the contrary the exposure is doing a favour and justice to DSAI.

13. azisirikit - January 15, 2009

Ezam, you are a piece of SHIT!

14. Old Timer - January 15, 2009

Apa yang tersirat ialah Ezam menggunakan ‘reverse psychology ‘untuk bantu bekas bosnya.Mungkin dia rasa bersalah.

15. Comelwangi & Hubby - January 15, 2009

Ezam, why do you have to stoop so low of yourself. I personally feel the letter is beautiful and there’s nothing wrong with it. You are not in Dato Seri Anwar shoes so Just SHUT UP!!!. How would you feel if it falls to you? Can you be as tolerant, tough, patient and to be thrown to Sg Buloh jail????. Please don’t gain attention with these type of craps yah!!!.

16. Chea - January 15, 2009

Salam!

Selepas diamati betul-betul tiap baris surat tersebut (bahasa & english), saya jadi bingung…. Apa masaalahnya surat tersebut? Tiada satu pun yang dapat meragui surat tersebut bagi membolehkan kita mempersoalkan kewibawaan DSAI. Beliau hanya ingin cuba mempertahan diri dan keluarga daripada diaibkan berterusan dan tanpa meminta sesuatu yang bukan haknya. Beliau seperti orang lain juga ingin hidup bebas dan terikat dengan undang-undang malaysia yang telus. Jadi APA ISUNYA SURAT TERSEBUT? Ezam…..Ezam…… BERTAUBATLAH WAHAI EZAM!!!!! (Jika keluarga Ezam membaca nota saya ini, tolonglah pesan kan dia!!!)

17. penggune acer - January 15, 2009

i just wanna say thank you to ezam.
u made such a great contribution to Anwar.
kekeke

18. Ciput Sedut - January 15, 2009

Salam,
Surat tu ok jer…hantar kepada Boss. Apa yang dapat diperhatikan di sini Ezam cuba nak bagitau…. Dr M tu baik. DSAI cuba nak dapatkan bantuan dari Dr M kerana terlalu banyak tomahan yg dilemparkan kepadanya yg mana Dr M powerfull masa tu kan..dan telah banyak membantu DSAI. Pada masa yg sama takan la kalau betul tomahan tu semua, DSAI akan tulis, saya dah buat benda ygn tak elok dan lepastu mintak tolong kat Boss fahami situasi sebenar.
Ezam juga nk menunjukkan, lepas dari kes tu….Boss2 dan kuncu2 PKR pun menghentam Dr M padahal Dr M tu baik jer sama DSAI.

19. KT_ASLI - January 16, 2009

Hey Ezam…

KT tu PAS bertanding takder pasal ngan ENGKO dan PKR… pastu pasal ENGKO ngan DSAI napa nak timbul kat KT nyer undi…

Bodo ler enko nie… balik…balikkkk… balikkkk… keluar dari KT nie..

20. aru affandy abdullah - January 16, 2009

Ezam you are strange. Its Time you look elsewhere, You are no longer in the league where the big boyz play. So just buzz off.

21. Ayin - January 16, 2009

Saudara Ezam

Sudah…sudah la tu. Byk lagi keje2 berfaedah yg buat org ramai respect pd U. Terlalu murah la …umpama anjing kurap kata bekas guru sekolah rendah saya (1984)
1.Sepatutnya keluar dari PKR, U jadi NGO. Disana U akan byk menyumbang dan dihormati. Percaya lah…ramai reformis 1998 dulu begitu kecewa dgn tindak tanduk U sekarang. Hinggakan ada seorg tu yg jadi kan U sbg idola lebih dr saudara Anwar, tapi kini beliau dah hilang ayat nk berkata2 pasal politik.

Nasihat ikhlas terakhir dari saya, lupakanlah politik…jagalah akhlak anda sebaik mungkin dan jagalah ur family yg dh lama susah krn tindakan saudara dulu.

22. Hamba Allah - January 16, 2009

Alhamdulillah Ezam sekarang dah join UMNO..🙂

23. abang - January 16, 2009

Saya percaya manusia bernama ezam ini sudah tidak siuman lagi. Saya kasian juga kat dia ni. Dulu dia maki hamun DM, Najib dan BN tapi sekarang apa dah jadi. Ludah ke langit! Manusia jenia apa Ezam ni. Eh..main politik harus siuman.. baru ada jalan panjang. Ini tak siuman. Jadinya sekerat-sekeratlah jadinya. Seluruh Malaysia tau kerenah Ezam zaman reformasi bermula..Dia lebih dari BOS. Hai Ezam you kena bertaubat. Ezam! awak lah hipokrit tegar!!!!

Ya Allah, selamatkanlah budak Ezam ni daripada terus sesat!!!!

24. Dulani's Blood - January 17, 2009

Sebenarnya ezam ni kecewa bangat tidak kena bagi bertanding ngan UMNO.. tapi dengan cara psycho dia buat pendedahan yang sebenarnya menguatkan DSAI.. dia berpura2 tak tahu apa respon kita pembaca dan pengundi bila baca surat DSAI yang menggambarkan kemurniaan peribadinya… hah sekarang BN baru tau kena duri dalam daging….

25. kebaikan bersama - January 19, 2009

Apa jua komen kita biarlah benar-benar atas dasar kebenaran dan mempunyai keihklasan. Bagi saya tak ada siapa yang tak berbuat salah atas dunia ni melainkan Nabi kita Muhammad S.A.W. Yang penting di sini kita perlu sedar akan kesilapan yang telah dilakukan. Jangan hanya memberi komen yang menguntungkan diri saja dan melihat kesalahan orang lain, sebaliknya perlu dilihat kepada kedua-dua belah pihak agar kita semua umat islam dan melayu akan mendapat faedah bukanya memperoleh padah daripada sikap pemimpin yang hanya memikirkan hendak berkuasa daripada kepentingan ummah itu sendiri…

26. pendi - January 19, 2009

tak baik hentam ezam…. sian dia. dia sebenarnya kerja, segala tindak tanduk, menghentam, menfitnah, mengutuk tu semuanya kerja dia. dan dia terima upah dari kerja dia, nak ambil calon org tak layan walaupun dah tawar diri. jadi sekarang dia sebagai tukang karut UMNO. dapat la juga hasilnya. dgr cite lumayan weh.. sape2 nak jd tukang karut UMNO boleh la tanya kat ezam tuh.

27. joe - January 20, 2009

apalah ezam ni, hang ni sebenarnya dah tak tau arah mana, ikut tafsiran saya kau ni dah songsang dah hati dah tak keruan.
mintak maaf pd DSAI….n bertaubatlah….. moga2 Allah terima.

28. stardust - January 20, 2009

hhaha nak terburai pankreas baca nasihat ‘ikhlas’ AYIN!!!!
jaga akhlak konon..
awak tu berakhlak sangat ker dok mengate orang nie…

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA…

LU PIKIR LA SENDIRI

29. DrZaidan Goro - January 21, 2009

what’s the problem? surat tu isu remeh temeh saja, isu kecil saja kalau nak compare dengan isu besar yang melibatkan masalah ummah dan masalah negara.
Banyak lagi isu besar yang melibatkan pemimpin BN tapi satu haprak pun tak diambil tindakan. Kalau melibatkan pemimpin PKR, cepat pulak BPR dan Polis bertindak. Tak gitu? Atau hangpa semua dah buta?

30. PANAMARIKO - March 11, 2009

Dunia dah nak akhir zaman, salah satu faktornya ialah
seorang pemimpin yg tak layak menjadi pemimpin, PKR tak relevan,
kalau nak memperjuangkan keadilan, kenapa tak bersama dgn parti PAS yg kononnya mengikut lunas ISLAM. PAS dah ditubuhkan seusia UMNO.

31. nikmj - March 11, 2009

To PANAMARIKO,
PKR masih relevan kerana ia memberi peluang kepada bukan Islam untuk menegakkan keadilan sejagat tanpa mengira bangsa, dan agama. PAS mengira agama dan UMNO mengira bangsa.

Tapi yang peliknya kenapa UMNO boleh dianggotai oleh suku kaum Bumiputra Sabah dan Serawak? Mereka bukan Melayu dan bukan beragama Islam? Namapak sangat UMNO dah tak relevan lagi.

32. IBU RISAU BKT BERUNTUNG - July 12, 2009

Hai org Islam dan yg nama Melayu sudah-sudah lah mengutuk dan menghukum. Simpan saje dlm hati dan tunjukkan masa mengundi. Kalau benar ape yang di kata dah jadi mengumpat dan kalau tak betul dah jadi fitnah ini apa yang disebut dalam Al Quran. Fitnah itu lebih besar dari membunuh dan seperti makan bangkai saudara sendiri. Sudah lah jgn tunjuk keburukkkan dan akhirnya dipandang bodoh oleh agama/org lain. Ingat lah dunia ini jambatan akhirat. “Allah tuhan kami dan Allah tuhan kamu. Bagi kami amalan kami dan bagi kamu amalan kamu. Tiada hujah/pertengkaran diantara kami dan kamu. Allah menghimpun diantara kita dan kepadaNyalah kita akan kembali.” Ayat 15 Surah Asy-Syura. Salam kepada semua rakyat Malaysia dan saudara seagama (kita bersaudara)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: