jump to navigation

Keluarga restu Abby & Zoulle – Malaysiakini January 15, 2009

Posted by nikmj in Abby Abadi, Entertainment, malaysiakini, National, news.
Tags: , , , , ,
trackback

“KALAU sudah ditakdirkan jodoh saya dengan Abby, saya terima dengan hati yang terbuka. Nabi Muhamad S.A.W dan isteri pun jauh beza umur. Itu bukan satu isu. Saya juga tidak kisah tentang status dia (ibu kepada tiga anak).

 
“Apa yang penting adalah hubungan yang dibina itu. Jadi, tak timbul soal ‘memilih’ kerana diri saya juga bukanlah sempurna,” begitu kata Zulkifli Ariffin ketika ditanyakan reaksinya jika hubungannya dengan Abby Abadi menjadi lebih istimewa selepas ini.

Malah, pelakon yang lebih mesra disapa dengan panggilan Zoulle ini memberitahu, keluarganya juga begitu terbuka dengan pilihan anak-anak. Bukan sahaja berkaitan kerjaya tetapi juga soal jodoh dan pilihan hidup. Justeru, gosip hubungannya dengan pelakon yang cukup terkenal dengan watak Inspektor Aleeza itu juga bukanlah satu isu besar yang harus diperdebatkan oleh keluarganya

Bagaimanapun, Zoulle yang kini telah pun menjadi keluarga baru ‘Gerak Khas’ menegaskan hubungannya dengan Abby Abadi hanyalah sekadar teman baik sahaja. Ia berlaku secara tidak sengaja apabila keduanya berkenalan ketika sama-sama berlakon dalam drama Apa Itu Cinta. “Bila saya cakap dia teman baik saya, ramai yang kata saya nak ‘cover line’.

Hakikatnya itulah situasi sebenarnya. Saya juga tak tahu kenapa orang besarkan isu saya dengan Abby Ini. Sampaikan kenyataan saya yang mengatakan saya tidak anggap dia sebagai kakak pun menimbulkan salah faham. “Memang saya tak anggap dia kakak sebab saya rasa lebih selesa kalau dia jadi kawan. Kalau sebagai kawan, perbualan kami akan lebih meluas dan tidak terhad. Kami bebas untuk berkongsi apa sahaja cerita.

Bagaimanapun, saya tetap menghormati dia yang lebih berusia dari saya,” ujar Zoulle yang lapan tahun lebih muda daripada Abby. Minta maaf Sementara itu, pelakon yang juga bintang iklan komersial ini juga turut ditanyakan reaksinya apabila ada pihak yang menganggap kemunculannya di sisi Abby telah membuatkan imej pelakon yang baru sahaja melalui proses perceraian itu sedikit tercalar.

Perasaan simpati terhadap Abby dengan apa yang telah terjadi dalam perkahwinannya, telah bertukar cerita lain dengan kemunculan Zoulle. “Saya minta maaf jika itu yang difikirkan orang. Apa yang boleh saya cakap, semua ini adalah kebetulan dan bukanlah dirancang oleh saya mahupun Abby sendiri.

Ia tentu sekali tidak menjadi isu kalau hubungan persahabatan kami ini tidak disalah ertikan oleh sesetengah pihak,” tegasnya yang turut mengakui namanya dikenali kerana gosip ini.

Comments»

1. Azim - January 15, 2009

“KALAU sudah ditakdirkan jodoh saya dengan Abby, saya terima dengan hati yang terbuka. Nabi Muhamad S.A.W dan isteri pun jauh beza umur. Itu bukan satu isu….” quote-unquote….

Apsal bila laki muda pikat pompuan tua.. atau vice-versa… mesti nak kaitkan ngan Nabi Muhammad S.A.W. dgn Siti Khadija R.A.??? Diorang ni sedar tak sapa diorang ni nak sama kan diri mereka tu seperti Rasul & isterinya???

2. nikmj - April 2, 2009

“ISU yang mendakwa saya mendesak produser untuk ambil Zul berlakon adalah cukup keterlaluan buat saya. Perkara ini sangat-sangat menjatuhkan maruah saya,” – luah Abby Abadi yang melahirkan perasaan kesalnya gara-gara cerita tersebut.

Hubungan ‘mesra’ Abby dan pelakon baru, Zul Ariffin, 23, bukanlah satu rahsia lagi.

Meskipun kedua-duanya menegaskan hubungan yang terjalin itu adalah atas dasar persahabatan, namun ‘keintiman’ pasangan ini sememangnya sukar dibaca apatah lagi mereka sering dilihat bersama sejak aktres berusia 31 tahun itu bercerai dengan Norman Hakim pada 17 November tahun lalu.

‘Keakraban’ mereka membuatkan banyak pihak merasakan pasangan ini menjalinkan hubungan lebih daripada seorang sahabat. Malah, cerita yang mengatakan Abby banyak membantu Zul untuk mendapatkan tawaran berlakon juga rancak diperkatakan.

Sehinggalah baru-baru ini pelakon popular Gerak Khas itu dikatakan telah mendesak produser drama supaya Zul diberi peluang untuk berlakon di dalam produksi terbabit.

“Salahkah saya bantu dia? Kita sama-sama mencari rezeki di dalam bidang ini. Tetapi apa kuasa saya untuk memaksa produser ambil Zul? Kebanyakan ‘job’ yang dia terima bukan disebabkan saya.

“Dia ada kelebihan tersendiri dan saya yakin produser sendiri boleh nampak bakat dia.

“Saya tidak pernah mendesak produser untuk ambil dia berlakon. Perkara itu memang telah menjatuhkan imej saya,” kata Abby yang ditemui pada majlis ramah-mesra bersama pelakon drama Comel dan Segalanya Ku Terima di Sri Pentas, semalam.

Abby dan Zul sama-sama terbabit di dalam drama bersiri Segalanya Ku Terima sebagai watak ‘cameo’.

Mengulas lanjut tentang hal itu, kata Zul pula, dia tidak bersetuju dengan tohmahan ramai yang beranggapan dirinya bergantung kepada Abby untuk mendapat tawaran berlakon.

“Saya tidak mampu halang persepsi orang pada saya. Jika mereka terus rasakan saya bergantung atau menumpang populariti Abby, saya tak boleh nak cakap apa lagi,” kata Zul.

Drama Segalanya Ku Terima arahan Raja Ahmad Alauddin merupakan drama keempat yang menggandingkan kedua-duanya di dalam produksi sama. Namun begitu, kata Abby, dia tidak merasakan perkara ini patut dijadikan isu besar.

“Saya tidak ada masalah digandingkan bersama dia dalam produksi yang sama.

“Pihak produksi menawarkan kepada kami dan saya terima kerana watak Datin Sofea yang saya bawakan dalam drama ini memberi kesan pada saya walaupun hanya ‘cameo’,” tutur ibu kepada tiga cahaya mata ini.

Perkara itu turut dipersetujui oleh Zul yang membawakan watak sebagai pemandu kepada Datin Sofea.

“Bagi saya, berlakon dengannya cukup senang sebab kami memang dah rapat. Lagipun, saya suka dengan jalan cerita drama ini yang berkonsepkan konspirasi.

“Watak saya juga menarik kerana saya berkomplot dengan Datin Sofea dan menjalinkan skandal dengan Datin Maimun lakonan Azizah Mahzan. Karektor ini cukup berbeza dengan yang pernah saya bawakan,” kata Zul.

Turut membintangi drama 13 episod yang akan mula bersiaran di TV3 pada 14 April ini ialah Raja Farah, Irma Hasmie, Hafizuddin, Azhar Sulaiman, Ezany dan Feroz Khan.

Belum fikir soal kahwin

Kegagalan rumahtangganya bersama aktor Norman Hakim telah meninggalkan impak besar buat diri Abby. Setelah kecewa dengan apa yang berlaku, Abby akui dia kuatkan diri untuk bangkit semula apatah lagi memikirkan masa depan anak-anaknya.

Lantaran itu apabila diajukan tentang subjek ‘kahwin’, sambil tersenyum, Abby berkata, dia belum lagi terlintas untuk berkahwin lagi walaupun gosip hubungannya dengan Zul masih terus diperkatakan.

“Masing-masing ada hak untuk berkawan. Saya tidak rasa satu kesilapan besar untuk berkawan dengan Zul. Dia tidak bagi masalah kepada saya pun.

“Tetapi tentang perkahwinan, saya rasa masih jauh lagi untuk saya bercakap tentang hal itu. Ia tidak termasuk dalam agenda saya ketika ini.

“Perkahwinan bukanlan satu perkara yang mudah. Dengan apa yang saya lalui sebelum ini, saya mengharapkan sesuatu yang lebih baik berbanding dulu.

“Banyak perkara yang saya perlu buat. Saya ingin mengembangkan lagi karier saya,” kata Abby


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: