jump to navigation

Debat antara PAS dan BN isu royalti minyak malam ini – Malaysiakini January 15, 2009

Posted by nikmj in By election, General, harakahdaily, malaysiakini, National, news, Oil, PRK Kuala Terengganu.
Tags: , , , , , ,
trackback

Isu royalti Petroleum yang didakwa oleh Kerajaan Persekutuan telah menyerahkan kembali kepada kerajaan negeri Terengganu masih ‘samar-samar’ dan tidak jelas.

Debat BN vs PAS
 
 
   

PAS Terengganu yang pernah menerajui kerajaan negeri antara tahun 1999 hingga 2004 pernah menghadapi saat getir apabila hak mendapat royalty disekat serta ‘dirampas’ oleh kerajaan pusat.

Berikutan itu, kerajaan negeri di bawah pimpinan PAS ketika itu bertindak menyaman pihak Petronas dan Kerajaan Persekutuan kerana didakwa melanggar perjanjian serta Akta Petroleum 1974.

Kini, pilihan raya kecil di Parlimen Kuala Terengganu telah membangkitkan semula isu tersebut apabila Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak menyerahkan sejumlah wang RM408.6 juta kepada Menteri Besar Terengganu, Dato� Ahmad Said pada akhir Disember 2008 lalu.

Sehubungan itu, Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) akan menganjurkan satu Majlis Debat Perdana bertajuk ‘Royalti: Antara Hak dan Maruah Rakyat Terengganu’ yang akan diadakan pada hari ini 2009 (Khamis) jam 8.00 malam di Dewan Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai, dekat sini.

Antara ahli panel yang dicadangkan oleh Mampat iaitu Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut dengan Ketua Bahagian Umno Kuala Terengganu, Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Manakala, pengerusi Debat Perdana itu akan dikendalikan oleh seorang Dekan Universiti Malaya, Profesor Dato’ Paduka Dr Muhammad Bakar.

Persetujuan rasmi serta kesanggupan semua pihak ahli panel dan pengerusi debat telah diperolehi penganjurnya (Mampat) kecuali ahli panel dari Barisan Nasional (BN) yang menurut laporan tidak rasmi sebuah media tempatan telah menolak pelawaan debat tersebut.

Pengerusinya, Mohamad Fauzi Abu Samah berkata rasional debat royalti itu diadakan bagi memberi ruang dan peluang seluas-luasnya kepada bakal Ahli Parlimen menjelaskan pendirian dan komitmen masing-masing terhadap isu tersebut.

“Kita (Mampat) mahu isu royalti terus dibela kerana ia (royalti) adalah hak rakyat dan kedua-dua pihak boleh berhujah untuk menjelaskan kekeliruan kepada rakyat,” ujarnya ketika ditemui Harakah, hari ini.

Katanya, agenda ‘Debat Perdana’ yang dicadangkan itu kini telah menjadi pentas baru bagi negara-negara maju menampilkan calon kepimpinan yang bakal bertanding.

Menurutnya, orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bagi melihat serta menilai personaliti calon-calon yang bakal bertanding dalam pilihan raya kecil ini. – azm _ (Harakahdaily)

Comments»

1. Devan - January 15, 2009

UMNO mesti tak Datang….Tiada telur !!!Takut nanti jadi tak boleh jawab…sebab duit dah di sapu oleh croni UMNO…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: