jump to navigation

Pembohongan tahap cipan UMNO – Malaysiakini January 9, 2009

Posted by nikmj in General, harakahdaily, malaysiakini, National, news, Politics, PRK Kuala Terengganu.
Tags: , , , , , ,
trackback

BUKAN menjadi satu keganjilan untuk media massa utama negara ini berbohong, lebih-lebih lagi tentang segala peristiwa yang berlaku di lima negeri ditadbir “kerajaan gabungan parti pembangkang” (istilah ini juga sudah memeningkan kepala).


Juga tidak menjadi satu keganjilan untuk Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib untuk berbohong, kerana bercakap bohong sudah menjadi resmi beliau sejak berkecimpung dalam politik. Jika Sultan Selangor pun sanggup dibohongi, apatah lagi rakyat biasa khususnya para penyokong Umno di kampung-kampung.

Tetapi agak aneh jika Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang diamanahkan menjaga hal ehwal Islam atau lebih tepatnya diistilahkan sebagai “Menteri Agama” untuk turut berbohong, kerana kecenderungan untuk berbohong itu pasti mencemarkan imej Islam dan institusi Islam yang diterajuinya.

Lebih dikesalkan apabila menteri berkenaan, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi baru sahaja selesai menunaikan ibadah haji di Makkah.

Semuanya berpunca daripada kenyataan Zahid kononnya kira-kira 13,000 murid Tadika Kemas di Perak mungkin terjejas pembelajaran mereka ekoran arahan kerajaan negeri Perak mengarahkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) mengosongkan 700 premis tadika milik agensi itu.

Zahid menyandarkan kenyataannya kepada maklumat yang diperolehi daripada beberapa pegawai Kemas yang mendakwa telah diarahkan oleh Pejabat Daerah supaya menyerahkan kunci Dewan Orang Ramai dan pejabat Kemas kepada kerajaan negeri sejak beberapa bulan lalu.

Mingguan Malaysia, 4 Januari lalu melaporkan kenyataan Zahid kononnya sesetengah Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Persekutuan (JKKP) telah menyerahkan kunci premis berkenaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) kerana ingin mengelak pertengkaran.

Dalam satu perkembangan berasingan, Bendahari PAS Perak, Dr Khairuddin Dato’ Abdul Malik mendedahkan strategi jahat Umno negeri untuk memburukkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat ketika pembukaan sesi persekolahan, 5 Januari lalu.

Menurutnya, pada petang 4 Januari telah disebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) di kalangan pemimpin Umno Perak yang menyebut: “Jam 9.00 pagi 5/1/09 bawa Tan Sri Muhammad Taib (Menteri Pembangunan Luar Bandar) ke Dewan Tadika Kemas Sri Ampang di mana pelajar tadika Kemas dihalang masuk dewan oleh arahan kerajaan negeri, boleh jadi isu kempen kita di Kuala Terengganu.”

Bertindak berdasarkan SMS itu, kira-kira 50 orang pemimpin Umno pelbagai peringkat telah berkumpul di hadapan premis tadika tersebut dengan kehadiran wakil-wakil media keesokan harinya.

Bagaimanapun pihak JKKK Sri Ampang telah membuka kunci pagar dan kunci pintu dewan seawal jam 7.30 pagi. Ini bersesuaian dengan arahan Menteri Besar Perak supaya semua dewan yang digunakan oleh Kemas di Negeri Perak bagi kelas tadika dibenarkan berjalan seperti biasa.

Dr Khairuddin yang datang sendiri ke tempat kejadian mengarahkan pintu pagar dibuka seluas-luasnya dan meminta pelajar masuk ke dalam dewan. Bagaimanapun seorang guru Kemas yang berada di situ menghalang pintu pagar itu daripada dibuka dan mengambil rantai pagar untuk dililit kembali.

Lakonannya yang hampir gagal itu dijayakan dengan kehadiran Mat Taib yang kemudiannya membuat kenyataan kepada media kononnya Kemas dilarang menggunakan permis sedia ada oleh kerajaan negeri.

Pembohongan Mat Taib ini disokong pula oleh wakil rakyat Umno yang hadir dan beberapa kakitangan Kemas dan disiarkan secara meluas oleh “media massa arus perdana”.

Bagaimanapun lakonan dan pembohongan para pemimpin Umno ini dijawab tegas oleh pemimpin kerajaan negeri.

Penjelasan diberikan Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Ngeh Koo Ham dalam satu sidang media di Bangunan SUK pada hari yang sama bahawa tidak ada arahan daripada kerajaan negeri agar premis Tadika Kemas dikunci.

Beliau menasihati akhbar Melayu supaya lebih bertanggung jawab dalam menyiarkan berita dan merujuk sumber yang sebenar.

Malah Menteri Besar, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menegaskan akan menyaman dua “akhbar arus perdana” dan dua menteri Persekutuan kerana memfitnah kerajaan negeri.

Episod di atas membuktikan bagaimana terdesaknya Umno untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat sehingga sanggup berbohong dan membuat kenyataan palsu.

Lebih melucukan, kejadian yang ‘menggegarkan’ negara itu hanya berlaku di sebuah premis Tadika Kemas di Kg Sri Ampang sedangkan di seluruh negeri Perak, beratus-ratus Tadika Kemas masih terus beroperasi seperti biasa di dewan orang ramai milik Kerajaan.

Episod yang berlaku di negeri Terengganu semasa pemerintahan PAS (1999-2004) cuba diulang tayang di Perak. Tetapi seperti hadis Nabi: “Orang mukmin tidak akan disengat dua kali dalam lubang yang sama.”

Ternyata Umno hanya mampu untuk membohongi sebahagian manusia pada sebahagian masa, tetapi tidak mampu untuk membohongi semua manusia pada semua masa.

Kali ini pembohongan Umno bukan sahaja berjaya dihidu lebih awal, tapi turut mencalar kredibiliti dan wibawa Menteri Agamanya sendiri.

Jika pemimpin Umno yang bertaraf Menteri Agama pun berbohong dan menjadi ‘penyambung lidah syaitan’, adakah Umno masih layak untuk dipercayai! 

Ihsan HarakahDaily

Comments»

1. maw - January 9, 2009

inilah dinamakan ketuanan melayu,cuba tipu orang melayu,melayu dulu lain,melayu sekarang lain.ketuanan melayu sekarang berpaksi pada syarak,berlandaskan fakta,bertiangkan iman dan bertapakan kebenaran.Wahai melayu yang mencari tuan,baliklah kepangkal jalan.

2. danny - January 9, 2009

Bodoh Punye UMNO..

3. Pak Ulong - January 9, 2009

Pembohongan adalah adat resam orang politik. Jika takut untuk berbohong jangan masuk politik. Di Malaysia penbohongan orang politik sudah menjadi seperti kemestian. Telah banyak perkara yang orang politik berbohong kepada rakyat samada dari BN atau PR.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: