jump to navigation

Anwar : Bukan Islam terkecuali dari Hukum Hudud – Malaysiakini January 7, 2009

Posted by nikmj in By election, General, islam, malaysiakini, mstar, National, news, PRK Kuala Terengganu.
Tags: , , , ,
trackback

Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji tidak akan mengenakan undang-undang hudud ke atas bukan Islam jika meneraju kerajaan pusat.

 Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, pihaknya tidak akan memaksa masyarakat bukan Islam di bawah penguatkuasaan undang-undang hudud.

 “Tiada niat untuk memaksa mereka (bukan Islam) tunduk kepada hudud,” katanya ketika berucap pada ceramah perdana sulung di sini, malam tadi.

 Ia merupakan ceramah besar pertama selepas penamaan calon bagi pilihan raya kecil Kuala Terenggani pagi semalam.

 Malah ia juga adalah kenyataan pertama Anwar mengenai hudud sejak ia muncul dua minggu lalu.

 Turut hadir berucap adalah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

 Ketua Pembangkang di Parlimen itu mengakui bahawa memang wujud masalah perbezaan pandangan di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.

 “Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ada pandangan yang berlainan tetapi Umno yang menggunakan media untuk mengelirukan.

 “Ronnie Liu (daripada DAP) mungkin kata Kristian adalah lebih baik manakala saya kata Islam lebih baik.

 “Tetapi umumnya kami mempunyai matlamat sama untuk menjadikan negara lebih baik,” katanya.

 Isu undang-undang hudud dibangkitkan oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam satu forum di Kota Bahru lebih dua minggu lalu.

 Dalam forum tersebut, Khairy meminta Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menyatakan pendiriannya mengenai hudud dan Husam menegaskan parti itu akan melaksanakan hudud dan qisas sebaik sahaja pakatan pembangkang memerintah negara ini.

 

Comments»

1. eagle - January 7, 2009

Orang UMNO kalau mengaku Islam konon nya mereka lah yang memperjuangkan Islam tetapi hukum dari ALLAH mereka boleh putar belitkan demi kepentingan politik. Ini lah UMNO yang telah menipu rakyat selama 50 tahun.
Mari ramai ramai undi PAS. Rakyat Malaysia diseluruh dunia menanti 17 Januari sebagai hari pengajaran kepada BN dan UMNO.
Undi lah PAS, jangan undi UMNO kecuali berminat nak berkaraoeke dengan si FARID tu.
Undi lah PAS, Undi lah PAS dan UNDI LAH PAS.

2. Asrul Faizin - January 7, 2009

Saya secara amnya bersetuju dengan penjelasan Dato’ Seri. Cuma, penerangan yang sejelas-jelasnya harus diberikan kepada masyarakat Islam dan bukan Islam berkenaan isu hudud ini. Ini kerana saya khuatir jika perkara ini tidak dilakukan, BN khususnya UMNO akan lebih memutar-belitkannya sehingga akhirnya, akan merugikan Pakatan.

Tahniah Dato’ Seri. Sekarang ini barulah saya benar-benar yakin Pas dan DAP sebenarnya boleh bersatu. Cuma dengan syarat, buang ego masing-masing, duduk semeja dan berbincang sekaligus menatijahkan keputusan yang terbaik untuk rakyat dan negara.

Syabas sekali lagi untuk Dato’ Seri, pimpinan PKR, pimpinan Pas, pimpinan DAP dan seluruh warga Pakatan Rakyat.

3. LaksamanaBentanII - January 7, 2009

Satu penegasan dan komitmen yang jelas dari DSAI terhadap “Pelaksanaan Hukum Hudud di Malaysia” sekira PR menguasai Kerajaan Pusat. Cita2 setiap mukmin yang ingin hidup dalam keadaan aman dan sejestera didunia dan di akhirat nanti.

Allah yang menetapkan hukum hudud. Hukum Hudud adalah berfungsi melindungi dan membela hak asasi individu (Agama, Nyawa/Jasad, Aqal, Harta, Maruah) dari dicerobohi oleh Penjenayah, Perogol, Pencuri, Pembunuh, Pemabuk, dll. Hukum Hudud bukan untuk menzalimi orang-orang yang baik atau rakyat yang tidak bersalah. Ia menjamin kesejesteraan seluruh masyarakat tanpa penjenayah.

Selepas 50 tahun merdeka, UMNO masih berdolak-dalik dengan Hukum Hudud dan undang2 syariah yang lain. Mufti ramai, Qadhi ramai, Alim-ulamak ramai, Ustaz pun ramai. Mereka semua dok buat apa? Atau mereka ini dihalang oleh pimpinan umno?

Saya yakin sekira digerakkan seluruh tenaga ummah ini, bukan hudud saja yang akan terlaksana, seluruh Sistem Islam akan berfungsi, seperti yang pernah digerakkan oleh DSAI dulu semasa dalam kerajaan iaitu Akta Bank Islam, Akta Insuran Islam, Pajak Gadai Islam, Skim Pelaburan Islam, Universiti Islam, dan lain2. Ini semua sudah terbukti tidak pernah menafikan hak asasi rakyat bukan Islam.

Dengan komitmen DSAI ini, saya yakin PR mampu membuat perubahan yang lebih baik yang akan membawa keadilan, kebajikan dan keharmonian semua pihak sama ada masyarakat Islam atau masyarakat bukan Islam di Malaysia ini.

Rakyat akan bersetuju dan berjuang ke arah itu, kecuali pemimpin UMNO!

4. Saji - January 8, 2009

Walaupun orang bukan Islam dikecualikan daripada hukum hudud jika PR memerintah, Datuk Seri Sendiri bersama-sama pemimpin Islam PR lain perlu menjelaskan kepada bukan Islam dan ahli UMNO mengenai kekurangan /kelemahan undang-undang janayah konvensional berbanding dengan hukum hudud yang dirancang dilaksana kepada umat Islam dinegara ini. Antaranya yang tidak dapat tidak perlu dijelaskan ialah, pertama; menukar istilah atau ungkapan ‘hukum hudud’ kepada ‘undang-undang jenayah Islam’, kedua; prinsip ‘undang-undang jenayah Islam’ yang menekankan falsafah pencegahan lebih baik diubati atau “prevention is better than cure” iaitu bagi menjelaskan kelemahan undang-undang jenayah konvensional yang menekankan prinsip ‘dah sakit baru diubati’, dan prinsipnya tidak menekan golongan lemah dengan memberikan contoh hukum jenayah mencuri melibatkan kes orang miskin mencuri makanan daripada orang kaya.
Selaian dari itu gunakan pandangan ahli atau bidang psikologi bukan Islam Barat yang dikenal pasti ada kaitan dengan polemik hudud ini dan menyokong pelaksanaan undang-undang jenayah Islam tersebut di negara ini atau memperlekeh undang-undang jenayah konvensional.
Antara yang saya maksudkan ialah pandangan bidang psikologi yang terkenal yang mengatakan LEBIH BANYAK PENJARA KES JENAYAH DIBINA LEBIH BAYNAK ORANG AKAN MELAKUKAN JENAYAH UNTUK MENJADI PENGHUNINYA.
Kemudian keluarkan perangkaan kes jenayah semasa yang dikatakan meningkat itu, keadaan penjara di seluruh negara yang sesak sana sini hingga menyebabkan kerajaan terpaksa melaksanakan sistem pardon dan kes projek pembinaan penjara di Serawak yang sudah 10 tahun terbengkalai dan kelemahan sistem pardon yang diperkenalkan oleh kerajaan.
Di akhir penjelasan tegaskan undang-undang jenayah konvensional sebagai sebahagian daripada pekakas-pekakas golongan kapitalis untuk menjaga kepentingan dirinya dan keroninya dengan cara memanipulasi kelemahan undang-undang jenayah konvensional di atas.

5. Hadi, Anwar :Hudud untuk Islam sahaja- Malaysiakini « The Blog Of My Life - January 9, 2009

[…] Anwar pun telah menyatakan hal yang sama. […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: