jump to navigation

Pakatan Rakyat alukan penubuhan Suaras – Malaysiakini January 5, 2009

Posted by nikmj in malaysiakini, mstar, National, news, Politics, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Tags: , , , , , , ,
trackback

Pakatan Rakyat Selangor mengalu-alukan penubuhan Suara Rakyat Selangor (Suaras) oleh Barisan Nasional (BN) negeri itu dalam usaha menggesa kerajaan negeri menunaikan manifesto pilihan raya umum yang lalu. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, beliau tidak kisah dengan penubuhan badan tersebut dalam usaha BN untuk mengadakan satu gerakan khas bagi menggesa kerajaan negeri dikuasai Pakatan yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP kerana ia akan membolehkan pihaknya bekerja dengan lebih baik.

“Jika mereka nak buat, buatlah. Jika ada tekanan seperti itu, kita akan bekerja dengan lebih baik lagi,” katanya ketika dihubungi mStar Online, semalam. 

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamed Khir Toyo hari ini memberitahu mStar Online, BN di Selangor akan menubuhkan Suaras bagi menggesa kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat melaksanakan janji mereka. 

Beliau berkata, langkah itu adalah usaha pihaknya untuk membuat satu gerakan khusus termasuk kempen kesedaran bagi menyedarkan rakyat bahawa Pakatan di Selangor masih belum melunaskan janji-janji mereka yang dibuat sebelum pilihan raya umum lalu.

Mengulas lanjut mengenai kenyataan Dr Mohamed Khir itu, Khalid yang juga bekas Pesuruhjaya 2 PAS berkata, sepanjang pengetahuannya, penduduk berpuas hati dengan usaha kerajaan negeri ke arah menjadi sebuah negeri berkebajikan. 

“Dalam masa tidak sampai setahun, lebih 40 peratus janji yang kita buat pada plihan raya lalu telah kita tunaikan.

“Ini termasuk bekalan air percuma di Selangor, bantuan Takaful kepada warga emas yang meninggal dunia dan TAWAS (Tabung Warisan Anak Selangor).

“Kita juga sedang dalam usaha untuk menambah pendapatan negeri melalui royalti penjualan pasir. Kalau dulu, kerajaan negeri hanya akan mendapat RM20 juta setahun, akan datang ia akan meningkat kepada RM150 juta setahun.

“Dengan penambahan itu serta langkah-langkah penjimatan yang sering kita amalkan, Insya Allah, segala janji itu akan dapat dipenuhi dan kita akan salurkan apa yang diperlukan rakyat dengan pendapatan yang kita ada,” katanya. 

Beliau bagaimanapun tidak menafikan masih wujud kelemahan yang perlu diperbaiki dalam Pakatan itu namun, sebagai sebuah kerajaan negeri yang baru mengambil alih Selangor daripada BN, Khalid menyifatkan ia adalah jauh lebih baik daripada kerajaan sebelum ini.

“Selain itu, semasa kita membuat manifesto itu, kita tidak tahu yang kita akan mewarisi satu kerajaan yang tunggang langgang dengan pelbagai masalah.

“Tapi kita tetap berusaha menangani masalah-masalah tersebut. Wakil rakyat kita sering turun padang bersama rakyat, bukan hanya duduk di pejabat makan gaji buta.

“Kita yakin, kita mampu laksanakan apa yang dijanji kerana kita mampu dan tidak mengamalkan rasuah. Kalau Khir Toyo masih tidak mahu mengakui hal itu, dia nampaknya masih dalam state of denial,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Ronnie Liu berkata, beliau memandang penubuhan Suaras sebagai satu langkah yang positif. 

“Jika ada usaha Khir Toyo untuk menubuhkan satu badan seperti itu, ia harus dipandang positif kerana kita juga memerlukan check and balance. Kalau kita terlupa sesuatu, ada orang yang akan ingatkan,” katanya. 

Beliau yang juga Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan berkata, kerajaan negeri bukan sahaja melaksanakan janji dalam manifesto malah apa yang tidak dijanjikan juga dilakukan dalam usaha membantu rakyat terutama golongan miskin dan orang kurang upaya (OKU).

“Antaranya termasuk memberi bantuan beg dan kasut sekolah baru kepada pelajar daripada keluarga yang tidak berkemampuan.

“Selain itu, kita juga memberi bantuan bekalan beras kepada keluarga miskin. Ini semua tidak terdapat dalam manifesto,” katanya. 

Berhubung isu pengurangan cukai pintu yang masih belum dilaksanakan Pakatan Rakyat, Liu berkata, kerajaan negeri sedang mengkaji rancangan itu. 

“Kita kena buat kajian betul-betul tambahan pula ekonomi pada tahun ini dijangka merosot. Kalau tidak tahun ini, mungkin tahun depan ia boleh dilaksanakan. 

“Janji kita kepada rakyat, kita akan kotakan tapi berilah sedikit masa kerana kita masih baru. Mana-mana yang kita boleh laksanakan dalam masa yang singkat, kita akan laksanakan dan mana-mana yang memerlukan masa, kita memang kena ambil masa.

“Kita tidak mahu membuat keputusan terburu-buru kerana kita juga perlu melihat kepada kedudukan kewangan. Kita mempunyai tanggungjawab untuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri dan melaksanakan pembangunan,” katanya.

Sementara itu, ADUN Sri Andalas, Dr A. Xavier Jayakumar yang juga Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Tempatan , walau apa jua usaha yang dilakukan oleh BN untuk mengkritik pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor, mereka akan tetap melaksanakan apa yang dijanjikan kepada rakyat.

Comments»

1. GoMalaysian - January 5, 2009

Pilihan Raya Kecil P36 Kuala Terengganu Semakin Hangat!!!

Get The Latest P36 Kuala Terengganu News @
Ikutilah Berita-Berita Terkini P36 Kuala Terengganu Di

Berita-Berita Terkini P36 Kuala Terengganu

2. LaksamanaBentanII - January 5, 2009

umno=bn=suaras —– usaha nak dok tutup penyelewengan/korup umno/bn saja!

rakyat miskin setinggan/ SAR / ngo2 tertindas zaman umno/bn memerintah dulu – suaras- lupa ke?

“Suara2 Rakyat Tertindas” yang didiskriminasi oleh bn lebih 50 tahun di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Sabah & Sarawak macam mana? Boleh dilayan macam Selangor buat jugak ke?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

  • Recent Comments

    fruit machines for s… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    Wallace on LIVE : Inkues kematian Teoh Be…
    SEO on Isu Manohara – Dokumen b…
    semut on Altantuya, C4, puaka, pembunuh…
    ibn wahab on Dr Asri dan fahaman Wahab…
    cincau on How TNB legally cheat Malaysia…
    first world genting… on RPK bongkar Surat Misteri SPRM…
    mengukir waktu on Ramalan nasib menerusi Tarikh…
    Oswaldo Beumer on What you should know about H1N…
    ahmed on Rahsia Surah Al-Kautsar
    what women want in m… on Isu Royalti Minyak Kelantan…
    fazal hatta on Balasan dunia kepada ‘ko…
    chatroulette on Kugan death widens the Gaps be…
    Pritapal Singh on Nissan Grand Livina 10000km ma…
    Toklang Cik on Sunnah Nabi Amalan Sehari…
  • %d bloggers like this: